You are on page 1of 5

Peranan syariah dalam pembangunan ummah

Pendanuluan
Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi
mengatur kehidupan mereka. Anutan terhadap keseluruhan ajaran Islam akan menjamin manusia
mencapai kejayaan yang hakiki di dunia mahupun akhirat. Sebagai satu agama yang bertindak
mengatur perjalanan hidup manusia, Islam merupakan satu ajaran yang istimewa kerana
menawarkan garis-paduan dalam seluruh aspek kehidupan. Tiada satupun keperluan diabaikan di
dalam ajaran Islam. Justeru itu sebagai satu cara hidup, ajaran Islam mengandungi tiga
komponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak.

Pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Walaupun begitu
tafsiran dan matlamat pembangunan menurut perpektif Islam adalah berbeza dengan apa yang
difahami oleh masyarakat barat. Walau apapun langkah yang diambil dan natijah yang terhasil
dari pembangunan, ianya tidak boleh terkeluar dari ruanglingkup keredhaan Allah.

Pembangunan Menurut Islam


Pembangunan menurut kacamata Islam bukan hanya tertumpu kepada pembangunan kebendaan
semata-mata tetapi ia meliputi ruanglingkup yang lebih luas. Secara umumnya pembangunan
bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses peningkatan kualiti kehidupan di mana peningkatan
kualiti kehidupan ini termasuklah usaha-usaha penambahan dalam tingkat pendapatan dan
penggunaan, taraf pemakanan, kesihatan, pelajaran, suasana yang sesuai untuk meningkatkan
harga diri dan kebebasan untuk memilih bagi semua lapisan masyarakat bagi sesebuah Negara.
Selain dari itu Islam juga melihat pembangunan itu adalah berdasarkan kepada kewujudan
kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi manusia dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani,
kewujudan sebuah negara yang makmur dan aman tenteram yang dapat memberikan keselesaan
jasmani dan rohani serta memaju dan membangunkan manusia dalam semua bidang agar
berlakunya peningkatan dalam semua aspek kebajikan manusia seperti moral, spiritual dan
material bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.

Berdasarkan definisi di atas dapat difahami bahawa pembangunan dalam Islam adalah meliputi
semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan. la ditumpukan
kepada pengoptimum kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal,
ekonomi dan ssosial tidak terpisah. Pengertian ini berbeza dari pemahaman umum terhadap
pembangunan yang lebih menjurus kepada aspek pembangunan fizikal ataupun pembangunan
ekonomi semata-mata.

Pendekatan Pembangunan Menurut Islam


Pendekatan Islam terhadap pembangunan adalah berlandaskan kepada beberapa falsafah iaitu

Pertama : Pembangunan berlandaskan prinsip Tauhid iaitu keesaan dan kekuasaan Allah taala.
Prinsip inilah juga yang mengatur peraturan tertentu tentang hubungan manusia dengan tuhan
dan sesama manusia.
Kedua : Pembangunan berlandaskan Rububiyyah iaitu menekankan bahawa Allah sebagai
penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menampung dan menjaga serta mengarahkan
kehidupan makhluk kearah kesempurnaannya. Ini merupakan ketetapan asas alam sejagat yang
memberi panduan dan cara yang ditetapkan oleh Allah bagi menjamin pembangunan sumber-
sumber alam secara bermanfaat dan juga hubungan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Ketiga : Peranan manusia sebagai utusan Allah di muka bumi. Asas ini menentukan status dan
peranan manusia, menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai manusia, sebagai muslim dan
sebagai ummah secara umum.

Keempat : Pembangunan berteraskan prinsip penyucian diri dari segala aspek kekotoran sama
ada kekotoran hakiki dan maknawi.

Pembangunan Ummah
Pembangunan ummah merupakan natijah yang terhasil dari pembangunan insan. Pembangunan
insan sebenarnya adalah satu proses yang kompleks. lanya melibatkan beberapa tahap ataupun
tingkat iaitu :

Pertama : Pembangunan fizikal atau jasmani. Pembangunan fizikal merujuk kepada pertumbuhan
dari segi ketinggian dan berat badan, kematangan sistem organ utama seperti otak, saraf, deria
dan sebagainya. Syariat Islam telah meletakkan satu panduan yang jelas bagi menjana
pembangunan fizikal ini seperti menggalakkan seseorang itu menjalani kehidupan yang sihat dari
aspek pemakanan yang berzat dan halal, tidur yang mencukupi dan penjagaan kesihatan.
Amalan-amalan ibadah juga boleh menjadi alat untuk penjagaan kesihatan seperti pergerakan
dalam solat dan amalan berpuasa. Kelemahan fizikal akan menjadikan umat Islam tidak mampu
membina tamadun yang gemilang dan juga menghalang mereka dari melaksanakan ibadah-
ibadah tertentu.

Kedua : Pembangunan Kognitif. Pembangunan Kognitif membawa maksud proses dimana


individu berkembang dari aspek pengetahuan dan keupayaan untuk membuat persepsi, berfikir,
memahami dan menggunakan kemahiran dalam menjalani kehidupan. Perkara yang amat berkait
dengan pembangunan ini ialah tuntutan menuntut ilmu dan berfikir. Islam jelas menuntut
penganutnya agar menuntut ilmu. Ini boleh dilihat dari banyak ayat-ayat al-Quran mahupun
hadis yang menekankan agar kita menuntut ilmu dan meletakkan orang yang berilmu lebih tinggi
kedudukannya dari mereka yang tidak berilmu. Islam juga menggalakkan panganutnya agar
menggunakan akal fikiran dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Ketiga : Pembangunan Emosi. Pembangunan emosi bermaksud perkembangan perasaan dan


peluahannya dalam konteks hubungan dengan orang lain atau objek lain di dunia ini. Emosi
merupakan sumber keseronokan mahupun kesedihan yang berupaya mempengaruhi
perkembangan moral seseorang.

Keempat : Pembangunan Sosial. Pembangunan sosial bermaksud satu proses perkembangan di


dalam hubungan antara manusia dengan persekitarannya. Faktor sosial dan budaya merupakan
pengaruh penting dalam kehidupan manusia. Keluarga, jiran, masyarakat dan seluruh umat
merupakan keadaan persekitaran di mana individu boleh dipengaruhi ataupun mempengaruhi.
Justeru itu Islam menggalakkan agar umatnya saling kenal mengenal antara satu sama lain.
Syariat Islam juga telah mengatur bagaimana cara kita menjalinkan hubungan sesama kita seperti
dalam adab-adab pergaulan di dalam keluarga, jiran tetangga dan masyarakat persekitaran.
Tuntutan syariat agar kita saling kasih mengasihani, hormat menghormati, tolong menolong
adalah intipati kepada pembangunan sosial ini.

Kelima : Pembangunan Kerohanian : Pembangunan kerohanian mempakan satu proses yang


bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan
mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi pincang. Oleh itu pembangunan kerohanian ini
menjadi asas kepada keseluruhan pembangunan yang disebut di atas. Setiap menusia akan
menempuh kesemua dimensi perkembangan tadi sepanjang hayat mereka. Setiap tahap
perkembangan ataupun pembangunan tersebut dipandu oleh ajaran syariat Islam.

Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah


Pembangunan ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya dilaksanakan mengikut acuan
pembangunan barat. Barat hanya menitikberatkan pembangunan fizikal yang dipandu oleh akal
manusia semata-mata. Akal manusia terbatas kerana manusia tidak mampu memikirkan
keperluan manusia yang lain secara meyeluruh. Keperiuan manusia hanya diketahui oleh Allah
taala kerana Dia yang menciptakan manusia. Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapa
objektif yang utama antaranya ialah :

1. Mendidik manusia.
Kehidupan manusia terdedah kepada ujian dan cubaan. Manusia yang dicipta oleh tuhan adalah
lemah yang memerlukan pertolongan dari tuhan dalam menghadapi cabaran yang berlaku.
Kehidupan didunia ini penuh dengan cubaan dan ujian sebagai mana yang disebut di dalam surah
al-Kahfi ayat 7. Oleh itu syariah diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan
cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan kebenaran dalam
jiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah.
Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya
menjadi ahli masyarakat yang berguna dan member! manfaat kepada yang lain.

2. Memelihara Lima Perkara Asas Dalam Islam.


Objektif kedua syariah ialah memelihara lima perkara yang menjadi tunjang dan pokok bagi
kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah
dan harta. Lima perkara ini disebut sebagai maqasid syariah. tuntutan penghayatan dan
pemeliharaan terhadap lima perkara ini merangkumi penghayatan terhadap kehidupan peribadi
seperti penghayatan terhadap rukun Islam. Mereka yang menghayati tuntutan hukum ini akan
dapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan masyarakat. Penghayatan yang kedua berkait
dengan perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan
tidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.
Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum
sipenjenayah tetapi membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai
matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud,
qisas dan takzir.

3. Menegakkan Keadilan.
Syariah diturunkan bagi mendidik dan membangunkan manusia supaya mereka maju didunia dan
akhirat. Menurut Islam, kestabuan sesuatu masyarakat bergantung kepada penggabungan kedua-
dua aspek iaitu fizikal dan rohani. Ini dapat ditunjukkan melalui tertegaknya keadilan dalam
sesebuah masyarakat sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-Hadid ayat 25.

Syariah Islam tidak dapat dinafikan sebagai asas pembangunan ummah kerana memiliki ciri-ciri
keistimewaannya tersendiri. Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan
global (Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia. Merangkumi
hubungan antara manusia dengan tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Syariah mengatur
hubungan dengan tuhan jelas dapat dilihat dalam sistem peribadatan. Manakala dalam hubungan
sesama manusia boleh dilihat dalam peraturan kekeluargaan seperti hak dan tanggung jawab
suami isteri, ibu bapa ke atas anak-anak dan sebaliknya. Begitu juga dalam transaksi seharian
seperti urusan jualbeli, kontrak, sewaan dan seumpamanya. Syariat juga mengatur hubungan
antara bangsa seperti peraturan peperangan, hubungan diplomatik dan lain-lain.

Syariat Islam juga tidak membebankan umatnya. ini dijelaskan oleh Allah di dalam surah al-
Baqarah ayat 286. Setiap peraturan mahupun ketetapan yang ada di dalam syariat Islam adalah
masih lagi berada dalam ruang lingkup kemampuan manusia sama ada ibadahnya mahupun
undang-undangnya. Syariat Islam juga adalah syariat yang bersifat kemanusiaan. Syariah
mewajibkan tolong menolong, zakat, wakaf, sedekah dan lain-lain. Ini dijelaskan di dalam surah
al-Maidah ayat 2. Selain dari itu syariah Islam juga bersifat kontekstual ataupun praktikal dimana
setiap ketetapan yang ada adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh kudrat manusia.
Walaupun kita kaji dan halusi seluruh peraturan yang ada dalam syariat Islam kita tidak akan
menemui sesuatu yang Allah tetapkan kepada hambaNya adalah sesuatu yang di luar
kemampuan manusia. Contohnya dalam ibadah seperti sembahyang, puasa zakat, haji dan lain-
lain lagi. Allah tidak mewajibkan kita sembahyang sepanjang masa tetapi hanya lima kali sehari
semalam. Allah tidak mewajibkan kita berpuasa sepanjang tahun tetapi hanya sebulan sahaja dari
setahun itupun bukannya berpuasa sepanjang hari tanpa boleh berbuka. Allah tidak mewajibkan
zakat ke atas seluruh umat Islam tetapi hanya ke atas mereka yang berada. Begitu juga kewajipan
haji bukannya setiap tahun tetapi sekali seumur hidup.

Kesimpulan
Manusia perlu dipimpin dan diberitahu bahawa pembangunan berteraskan Islam adalah lebih
luas daripada pembangunan yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar, kerana ia bukan sahaja
memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia dan sumber alam, malah lebih penting
daripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur luaran manusia. Antara kalbu,
akal dan nafsu dengan anggota lahiriah dan pancaindera yang lain. Interaksi murni di antara dua
unsur yang bertunjangkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah ini sahajalah yang dapat
melahirkan amal dan tindak laku manusia yang selamat pembangunannya.

Berdasarkan huraian-huraian yang dikemukakan oleh penulis di atas tadi, dapatlah dikemukakan
beberapa rumusan seperti berikut:
1. Syariah Islam adalah satu peraturan yang diturunkan oleh tuhan kepada seluruh umat manusia
sebagai panduan mereka dalam menempuh kehidupan. Keperluan terhadap satu panduan yang
serba lengkap adalah satu kemestian kerana manusia adalah makhluk yang dicipta serba
kekurangan.
2. Syariah Islam adalah peraturan yang mengatur kehidupan manusia agar mereka memperoleh
kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kejayaan dan kebahagiaan yang menjadi
buruan manusia bukan dihitung berdasarkan kepada pancapaian kemajuan didunia semata-mata.
3. Syariah Islam diturunkan adaiah bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia. Manusia
kadang-kadang lupa peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengejar cita-cita masing-
masing. Manusia hanya mementingkan diri sendiri kerana godaan nafsu dan perasaan. Oleh itu
matlamat syariah (maqasid Syariah) boleh dijadikan panduan agar manusia tidak mengabaikan
kepentingan dan hak orang lain dalam mengejar cita-cita masing-masing.
4. Pengamalan dan penghayatan prinsip-prinsip syariah secara menyeluruh seperti keadilan
sejagat, persamaan, persaudaraan dan lain-lain merupakan satu petunjuk dan panduan kepada
manusia dalam pengurusan dan pembangunan ummah.
5. Pembangunan ummah adalah satu bentuk pembangunan yang bersepadu yang mengambilkira
pembangunan fizikal dan spiritual. Kedua-dua aspek pembangunan ini memerlukan antara satu
sama lain. Tanpa ada pembangunan fizikal umat Islam juga tidak mampu mewujudkan
pembangunan spiritual dan begitu juga sebaliknya.

You might also like