You are on page 1of 12

KUMPULAN 6

HIRARC DI DEWAN AUDITORIUM 6

Ahmad Imran Baharuddin, Ain Syakilla Azizul Rahman,


Amanda Maisarah Norazman, Amiera Omar, Amir Zikry Zulkifli, Mohd Shahir Yahya

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,


Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Parit Raja, Batu Pahat, 86400 Johor, Malaysia.

1.1 PENGENALAN

Skop kajian kami ialah Dewan Auditorium 6, bertempat di Shared Facilities Hab Pendidikan Tinggi
Pagoh. Dewan Auditorium 6 adalah salah satu daripada 6 dewan yang disediakan di Shared Facilities Edu
Hub Pagoh. Kami memilih tempat ini kerana setelah beberapa kali mengambil ujian di auditorium ini,
kami mendapati terdapat beberapa kelemahan untuk diperbaiki. Kami berpendapat bahawa jika kami
menyenaraikan kelemahan tersebut dan mencari jalan penyelesaian, perkara ini mungkin dapat dielakkan
untuk pengguna-pengguna Auditorium 6 pada masa akan datang. Dalam laporan ini disertakan sekali
kajian literasi, metodologi kajian yang juga mengandungi jadual HIRARC, keputusan dan perbincangan
kajian, rujukan ilmiah turut disertakan bersama ialah tempat kajian dalam bentuk gambar rajah di
lampiran.

1.2 KAJIAN LITERASI

‘Risk Matrix’ digunakan untuk mengendalikan hazard pada setiap aktiviti dalam carta alir. [1] Hal ini untuk
memastikan setiap hazard yang terdapat dalam setiap skop kajian sikategorikan dalam ‘skala’ atau
‘magnitud’ yang sesuai dengan tahap hazard sama ada ‘high/medium/low’.

Pengiraan untuk Risk ialah Risk = Likelihood x Severity yang juga digunakan dalam jadual HIRARC
(Lampiran B).

Jadual yang ditunjukkan di bawah ialah ‘Risk Matrix’, di mana ‘risk’ bergantung kepada Likelihood (Skala
1-5) dan Severity (Skala 1-5) yang dipersoalkan.
Jadual 1 : Risk Matrix [1]

Severity (S)

Negligible Minor Serious (3) Fatal (4) Catastrophic


(1) (2) (5)

Most Likely (5) 5 10 15 20 25

Possible (4) 4 8 12 16 20

Conceivable (3) 3 6 9 12 15

Remote (2) 2 4 6 8 10

Inconceivable (1) 1 2 3 4 5

Legend: Risk Description Action

High Immediate

Medium Moderate

Low Slow

1.3 METODOLOGI KAJIAN

Terdapat 3 fasa dalam menjalankan kajian ini:

1.3.1 Fasa Permulaan

Soalan yang kami dapati dalam menjalankan kajian ini:


1) Apakah hazard yang mungkin wujud di Auditorium?
2) Apakah magnitud ‘likelihood’ dan ‘severity’ untuk setiap hazard?
3) Apakah langkah-langkah untuk mengelakkan, menghapuskan, dan mengawal hazard?

1.3.2 Pengumpulan Data

Kami melawat tapak kajian pada 1 April 2018 untuk mengumpul bukti hazard yang mungkin wujud di
tempat penyelidikan. Gambar-gambar berkaitan hazard di tempat kajian diambil berdasarkan carta alir
acara di Auditorium 6. Berdasarkan daripada gambar-gambar yang diambil, kami membuat pemerhatian
yang sesuai yang mungkin akan mengelakkan kemalangan pada masa hadapan and juga untuk
menjadualkan data tersebut ke dalam jadual HIRARC. Gambar-gambar yang ditangkap boleh dirujuk ke
Lampiran A.

Carta alir digunakan untuk mengenal pasti setiap risiko dan langkah kawalan dalam setiap acara dalam
carta alir. (Rajah 1)

Mula

Masuk pintu utama

Masuk pintu kedua

Turun tangga

Masuk ke tempat duduk

Duduk

Tamat

Rajah 1: Carta alir aktiviti

Berdasarkan carta alir aktiviti, penilaian risiko bermula sejurus kita membuka pintu pada pintu pertama
auditorium. Auditorium ini yang menggunakan pintu berganda hanya boleh membuka satu bahagian pintu
sahaja. Pintu ini juga mempunyai hujung yang tajam di sisi pintu. Ini menimbulkan masalah apabila
banyak pelajar masuk ke dalam dewan ini secara serentak dan mungkin terdedah kepada kecedaraan pada
bahagian badan belah atas. Terdapat juga lapisan kedua untuk memasuki auditorium ini, iaitu pintu kedua.
Pintu kedua ini adalah sama seperti pintu pertama. Dua lapis pintu ini mencipta kesan hambatan
(bottleneck) dimana jika terdapat ramai pelajar yang menumpu masuk, proses ini tidak akan mewujudkan
peralihan yang lancar ke dalam auditorium terutama jika mereka menolak antara satu sama lain untuk
masuk. Setelah masuk ke dalam auditorium, para pelajar perlu melalui satu lagi halangan iaitu menuruni
tangga. Tangga tersebut, yang dilampirkan dalam Lampiran A, berwarna gelap. Suatu pemerhatian yang
dibuat pada 15 Mei 2018 semasa suatu ceramah seorang pelajar telah tersadung ketika menuruni tangga.
Setelah menuruni tangga, seseorang itu perlulah ke tempat duduk mereka masing-masing. Jarak antara
setiap barisan kerusi adalah sempit dan bukan saiz purata masyarakat di Edu Hub Pagoh. Mereka yang
jatuh dalam kategori lebih daripada purata mendapati kesukaran untuk masuk dan juga menyesuaikan diri
di tempat duduk. Aktiviti berakhir setelah kita duduk di tempat masing-masing.
1.3.3 Fasa Akhir

Selepas mengambil data, kami menjadualkan data tersebut ke dalam jadual HIRARC seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 2. Untuk penjadualan data yang sebenar, lihat Lampiran B.

Jadual 2 Contoh jadual yang digunakan

HIRARC FORM
Company: Conducted by:
Location (Name & Designation)
Process:
Date: Review Date:

HAZARD IDENTIFICATION RISK ASSESSMENT RISK CONTROL


OTHER
No Work Activity Hazard Risk LEGAL REQ. Recommended
Hazard Risk @ Effect Existing Risk Control Like. (L) Sev. (S) Risk (L*S) REQ. Action by Dateline
Classification indication control measure
e.g Feeding Foods Cap, Longer sleeve, OSHA 1994, 1. PPE
1 Lion Physical Head injury/ Fatal 5 4 20 High PIC
to animal Shoes, Canvas Section 15 2. Training

1.4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

1.4.1 Hazard Identification

Kami mengenal pasti hazard berdasarkan pengalaman kami berada di dalam auditorium beberapa kali
untuk menduduki ujian serta berdasarkan kepada gambar-gambar yang kami tangkap untuk membuat
kesimpulan yang lebih lanjut.

1.4.2 Risk Assessment

Data ini diambil daripada jadual HIRARC pada seksyen ‘Risk Assessment’:

Jadual 3: Risk Assessment di Dewan Auditorium 6

No. Hazards Classification Consequences Risk Ranking


1. Bucu pintu tajam Fizikal Luka Medium
2. Lebar pemijak tangga kecil Fizikal Melambatkan Medium
perjalanan, kaki
tersadung
3. Ruang ke tempat duduk sempit Ergonomik Mengganggu orang Medium
yang telah duduk
4. Kerusi kecil Ergonomik Kerusi patah Medium
5. Tempat sandar terlalu keras Ergonomik Kekejangan otot Medium
6. Pintu berat Fizikal Jari tersepit Low
7. Fizikal Pintu menghentam Low
Ruang antara dua pintu masuk pelajar yang berada
kecil di ruang itu
8. Skru pada kerusi longgar Fizikal Anggota badan Low
tercedera/retak
9. Fizikal Terpijak benda Low
Karpet gelap tajam

Berdasarkan Jadual 2 yang dinyatakan di atas, kesemua enam hazard telah diklasifikasikan berdasarkan
rating mereka dalam pengiraan risiko (risk). Memandangkan kesemua risiko adalah pada tahap yang
sederhana (medium), setiap hazard dibahagikan sama rata dan pada kedudukan yang sama kerana tiada
risiko yang berada pada tahap tinggi mahupun rendah.

Rajah 2: Bucu yang tajam

Berdasarkan Rajah 2, hazard yang terdapat pada pintu tersebut ialah bucu yang tajam. Hazard ini
dikategorikan sebagai hazard fizikal dan mengakibatkan seseorang boleh luka apabila terkena bucu
tersebut. Ranking risiko adalah pada tahap sederhana.
Rajah 3: Karpet gelap dan lebar pemijak tangga kecil

Rajah 3 menyenaraikan dua hazard yang akan mungkin berlaku di dalam Auditorium 6 iaitu lebar pemijak
tangga kecil dan karpet gelap. Kedua-dua hazard ini dikategorikan dalam hazard fizikal. Tahap hazard
adalah pada tahap sederhana bagi lebar pemijak tangga kecil dan tahap rendah untuk karpet gelap. Antara
akibat untuk hazard lebar pemijak tangga kecil adalah kaki tersadung dan juga melambatkan perjalanan.
Akibat untuk karpet yang berwarna gelap adalah terpijak benda yang tajam.

Rajah 4: Ruang kecil

Rajah 4 menunjukkan bahawa hazard yang terdapat ialah ruang ke tempat duduk kecil. Hazard ini
diklasifikan sebagai hazard ergonomik iaitu melibatkan struktur muskuloskeletak manusia. Akibat
daripada hazard ini ialah aktiviti keluar masuk akan mengganggu orang yang telah duduk.

Rajah 5: Tempat sandar dan saiz kerusi

Berdasarkan Rajah 5, terdapat dua hazard iaitu kerusi kecil dan tempat sandar terlalu keras. Kedua-dua
hazard ini dikategorikan dalam hazard ergonomik. Akibat daripada kerusi kecil ialah kerusi akan patah
dan berada pada tahap risiko yang sederhana. Akibat tempat sandar terlalu keras ialah apabila duduk
terlalu lama akan menyebabkan kekejangan otot belakang dan tahap risiko adalah sederhana.

Rajah 6: Aktiviti membuka pintu Dewan Auditorium 6

Rajah 6 menunjukkan hazard pintu yang berat. Hazard ini dikategorikan sebagai hazard fizikal dan akibat
daripada hazard ini adalah jari akan tersepit. Walaubagaimanapun tahap risiko adalah rendah.
Rajah 7: Aktiviti memasuki dewan

Berdasarkan Rajah 7, hazard di sini ialah ruang antara dua pintu dewan kecil. Dewan ini terdapat dua
lapisan pintu yang tidak ditunjukkan di sini tetapi apabila pelajar berpusu masuk, pintu akan menghentam
pelajar yang berada di ruang itu. Hazard diklasifikasikan sebagai hazard fizikal dan tahap risiko adalah
pada tahap rendah.

Rajah 8: Skru longgar

Rajah 8 menunjukkan hazard skru pada kerusi lonngar. Ini akan mengakibatkan anggota badan tercedera
atau retak apabila jatuh daripada kerusi. Hazard ini adalah hazard fizikal dan risiko adalah pada tahap
minima.
6.4.3 Risk Control

Jadual 4 :Risk Control di Dewan Auditorium 6

No. Hazard Control Measure Risk Control


1. Engineering Control Meletakkan penutup plastik pada
Bucu tajam bucu yang tajam
2. Lebar pemijak tangga kecil Engineering Control Meletakkan reflective light/garisan
yang berwarna terang pada setiap
tangga
3. Ruang ke tempat duduk sempit Substitution Melebarkan jarak antara barisan
4. Kerusi kecil Substitution Menggantikan kerusi berdasarkan
saiz purata pengguna
5. Tempat sandar terlalu keras Engineering Control Meletakkan span
6. Pintu berat Engineering Control Mengubahsuai setting ‘door
closer’
7. Ruang antara dua pintu masuk Engineering Control Membesarkan ruang
terlalu kecil
8. Kerusi patah akibat daripada skru Substitution Menggantikan kerusi yang baru
longgar
9. Karpet gelap Admin Control Menyapu sebelum dan selepas
penggunaan auditorium

Rajah 9: Penutup plastik [6]

Cadangan penambahbaikan bagi hazard bucu tajam ialah penutup plastik seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.9.
Rajah 10: Reflective light caution tape [7]

Rajah 6.10 menunjukkan jalan penyelesaian bagi hazard lebar pemijak tangga yang kecil.

Rajah 11: Kumfi lumbar support [8]

Seperti di Rajah 11, Kumfi lumbar support itu merupakan salah satu cara untuk menyokong tulang
belakang bagi hazard tempat sandar terlalu keras. Kami telah menjawab persoalan yang berada pada Fasa
Permulaan iaitu antara hazard yang wujud di Auditorium 6 ialah bucu pintu tajam, lebar pemijak tangga
kecil, ruang ke tempat duduk sempit, kerusi kecil, tempat sandar terlalu keras, pintu berat, ruang antara
pintu masuk kecil, kerusi patah, dan karpet gelap. Berdasarkan kiraan ‘likelihood’ dan ‘severity’ untuk
setiap hazard, tiada yang mencapai tahap tinggi. Secara purata hazard pada tahap sederhana (5 daripada 9
hazard) dan selebihnya pada tahap rendah (4 daripada 9 hazard). Antara langkah-langkah untuk
mengelakkan, menghapuskan, dan mengawal hazard telah dikenalpasti melalui kaedah ‘risk assessment’
dan ‘risk control’ yang terdapat pada Jadual 4.

6.5 KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan untuk mengawal risiko yang terdapat di Dewan Auditorium 6 dan membekalkan
kompilasi yang komprehensif mengenai hazard yang mengancam nyawa pengguna auditorium tersebut.
Kami berharap dalam pembentukan kajian ini agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang
sepatutnya untuk mengawal risiko yang berlaku di kawasan kampus kami.

RUJUKAN
[1] Ahmad Amal Abdul Hamid, et. al., “Proceedings of The 1st Master Project Symposium On
Occupational Safety and Health”, Universiti Teknologi Malaysia.
[2] Ahmad Rasdan Ismail et al 2017 IOP Conf. Ser.: Mater. Sci. Eng. 257 012056
[3] R M Sari et al 2017 IOP Conf. Ser.: Mater. Sci. Eng. 180 012120
[4] Bakti Viyata Sundawa et al 2017 J. Phys.: Conf. Ser. 890 012147
[5] L Widodo et al 2017 IOP Conf. Ser.: Mater. Sci. Eng. 277 012023
[6] Sharp edge cover [Photograph]. Retrieved from https://www.alibaba.com/product-detail/sharp-edge-
cover-auto-door-trim_1936820028.html
[7] Reflective light caution tape [Photograph]. Retrieved from https://www.aliexpress.com/item/NEW-
1pcs-Waterproof-Pure-Color-Reflect-Light-Safety-Security-Caution-Reflective-Tape-Warning-
Tape-Sticker-Self/32722281167.html
[8] Kumfi Lumbar Support Pillow [Photograph]. Retrieved from https://www.amazon.com/KUMFI-
Lumbar-Support-Cushion-
Adjustable/dp/B072N742V1/ref=sr_1_1?ie=UTF8&qid=1527559676&sr=8-
1&keywords=kumfi+lumbar+support+pillow

You might also like