You are on page 1of 20

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/272682130

PENYATUAN SISTEM APLIKASI JUPEM DI BAWAH SATU GERBANG

Conference Paper · December 2014

CITATIONS READS

0 1,042

1 author:

Azlena Haron
National Institute of Public Administration (INTAN)
13 PUBLICATIONS   52 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Azlena Haron on 23 February 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PENYATUAN SISTEM APLIKASI JUPEM DI BAWAH SATU GERBANG

Oleh :

Sr Haji Ramli bin Nor

Pn. Nik Zapida bt. Nik Mat

Pn. Azlena bt. Haron

Abstrak

JUPEM merupakan pusat pembekal data kadaster, pemetaan dan geodetik kepada agensi-
agensi awam mahupun orang awam. Keperluan ini meningkat dari masa ke semasa
berdasarkan kesedaran pengguna yang mula menerima kepentingan pengetahuan
terhadap koordinat sebagai penanda bagi satu-satu lokasi. Pembangunan sistem aplikasi
seperti E-Kadester, E-Biz melalui JUPEM Geoportal memudahkan pengguna mencapai atau
memperoleh data secara atas talian. Namun begitu, data yang dibekalkan amat terhad
kepada senarai produk yang telah disenaraikan dan data yang tersedia di dalam bentuk
digital sahaja. Perkara ini terjadi disebabkan data-data yang terdapat di JUPEM tertakluk
kepada akta keselamatan dan juga data yang masih dalam bentuk fizikal. Keadaan sistem
aplikasi yang masih dalam hak-hak jagaan bahagian/seksyen lebih menyukarkan capaian
walaupun secara luar talian. Sehubungan itu Pengurusan JUPEM telah menetapkan bahawa
perlunya disediakan panduan kepada pembangun sistem agar sistem yang dibangunkan
menepati kehendak pelanggan JUPEM samada luaran atau dalaman. Satu kajian telah
dijalankan ke atas sistem aplikasi sedia ada di JUPEM. Kajian mendapati bahawa data atau
maklumat JUPEM hanya diketahui oleh Bahagian/Seksyen masing-masing, dan tanpa disedari
terdapat persamaan yang boleh dijadikan titik pertemuan untuk membolehkan data dan
maklumat dicapai melalui satu gerbang. Arkitektur GIS JUPEM dibangunkan bagi
menggambarkan keseluruhan keadaan sistem aplikasi di JUPEM. Dengan itu, Pengurusan
JUPEM bersetuju menetapkan bahawa data dan maklumat yang diberikan secara percuma
hendaklah melalui GIS Portal, manakala data dan maklumat yang dijual hendaklah melalui E-
Biz. Seterusnya, Portal JUPEM akan menggabungkan kedua-dua portal ini bagi menjadikan
ianya adalah gerbang utama JUPEM. Pengurusan ICT dapat diselaraskan serta meningkat
keyakinan Jabatan dalam membuat keputusan. Penyatuan ini mewujudkan pengumpulan
dan integrasi data daripada pelbagai sumber ke destinasi tunggal. Kesan intergrasi ini
meningkatkan ketersediaan sistem, memudahkan analisis data dengan lebih berkesan,
meningkatkan kawalan keselamatan penggunaan ICT, mengoptimum pemulihan
bencana. Pengukuhan perlu dilakukan dengan merangka Kerangka ICT JUPEM. Ianya juga
dapat mengurangkan ketidakcekapan, seperti pertindihan data, kos yang berkaitan
dengan pergantungan kepada pelbagai pangkalan data dan pelbagai titik atau
sumber pengurusan data. Untuk mencapai hasrat ini beberapa perkara perlu disatukan
terlebih dahulu iaitu, penyatuaan pelbagai jenis data untuk menghasilkan produk yang lebih
bernilai, pelbagai perisian yang telah digunakan perlu disatukan atau wujudkan antaramuka
dan perkakasan yang perlu dikongsikan bagi memudahkan penyelenggaraan. Dengan
penyatuan ini diharapkan JUPEM dapatkan memberikan perkhidmatan yang lebih baik
kepada pelanggan.

Kata kunci : ARKITEKTUR GIS JUPEM, KERANGKA ICT JUPEM, JUPEM GEOPORTAl, GIS PORTAL
1.0 PENGENALAN

JUPEM merupakan pembekal utama bagi data kadaster, pemetaan


dan geodetik kepada agensi-agensi awam mahupun orang awam.
Keperluan ini meningkat dari masa ke semasa berdasarkan kesedaran
pengguna yang mula menerima kepentingan pengetahuan terhadap
koordinat sebagai penandaan bagi satu-satu lokasi.

Kertas kerja ini disediakan bagi menjelaskan akan pentingnya sistem-


sistem yang ada di JUPEM dikaji bagi mewujudkan pengumpulan
dan integrasi data daripada pelbagai
sumber ke destinasi tunggal. Dengan membina integrasi ini JUPEM
dapat meningkatkan ketersediaan sistem, memudahkan
analisis data dengan lebih berkesan, meningkatkan kawalan
keselamatan penggunaan ICT, mengoptimum pemulihan
bencana. Ianya juga
dapat mengurangkan ketidakcekapan, seperti pertindihan data, kos
yang berkaitan dengan pergantungan kepada pelbagai pangkalan
data dan pelbagai titik atau sumber pengurusan data.

2.0 LATARBELAKANG

Seiring dengan hasrat perkhidmatan awam untuk mempertingkatkan


sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan ke tahap yang boleh
dicapai pada bila-bila masa, sistem-sistem aplikasi perlu dipastikan
berada dalam keadaan tersedia, tepat, selamat dan dipercayai.

JUPEM merupakan pembekal data geospatial kepada agensi atau


kementerian di Sektor Awam. Namun begitu, JUPEM telah
memperluaskan penyebaran data dan produk melalui atas talian.
Selain daripada agensi kerajaan, data spatial JUPEM juga di digunakan
oleh pelbagai lapisan pelanggan seperti Jurukur Tanah Berlesen, pelajar,
penyelidik dan tidak tidak ketinggalan juga orang perseorangan.

Pelbagai sistem aplikasi telah dibangunkan meliputi tiga data asas


JUPEM iaitu Pemetaan, Kadester dan Geodetik. Jadual 1 menunjukkan
antara sistem aplikasi dan pangkalan data yang telah dibangunkan
dan ada juga masih dalam peringkat pembangunan hasil daripada
perbincangan bersama bahagian. Namun begitu, penerangan
terperincin masih diperlukan bagi mengelakkan disalah tafsirkan.
Persoalan di sini adakah konsilidasi di antara pangkalan data berlaku
walaupun di dalam bahagian yang sama.

Jadual 1 : Senarai Sistem Aplikasi Dan Pangkalan Data Sedia Ada


Mengikut Bahagian

Bahagian Nama Sistem / Bahagian Nama Sistem /


Pangkalan Data Pangkalan Data
Bahagian Ukur i-Astrosoft Bahagian JUPEM
Geodetik Sistem Perancangan GEOPORTAL
(BUG) Pengurusan dan dan Korporat EBIZ
Perhitungan (BPK) GIOS
Falak (SPPF) Pangkalan Data
i-FOS Consgeo
i-TOS
Real-Time Tidal
Processing
Software
Bahagian Ukur E-Kadaster Bahagian WEBMAP
Kadaster (BUK) Kartografi dan e-Atlas
GIS (BKG) POD THEMATIC
Pangkalan Data
Tematik
Bahagian IDPC Bahagian GIS PORTAL
Geospatial DGIS PORTAL Pangkalan Aerialphoto
Pertahanan MAF GIS Data Orthophoto
(BGSP) Geospatial Pangkalan Data
Negara Topografi
(BPDGN) Pangkalan Data
Padu
Rajah 1 pula menunjukkan rajah arkitektur di antara sistem aplikasi yang
telah dibincangkan. Secara ringkasnya, di dapati bahawa sistem
aplikasi ini berdiri secara sendiri (standalone). Persoalan di sini ialah di
manakah titik persamaan yang boleh diwujudkan bagi membolehkan
berlakunya penyatuan di antara sistem-sistem aplikasi di JUPEM.

(a) (b)

(c) (d)

(e) (f)
Rajah 1 : Gambaran ringkas bagi (a) GDAS 2-BPDGN (b) E-Kadaster-BUK
(c) IDPC-BGSP (d) EBIZ –BPK (e) AIMS-BUG (f) GIOS-BPK
3.0 Objektif

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti di bawah :

a) Untuk memudahkan dan mengoptimumkan infrastruktur ICT


termasuk server, pangkalan data, rangkaian, keselamatan dan
keupayaan pengurusan sistem;
b) Untuk meningkatkan kawalan penggunaan ICT;
c) Untuk meningkatkan ketersediaan sistem, mengurangkan downtime
dan mengoptimum pemulihan bencana; dan
d) Untuk menyelaraskan pengurusan ICT serta meningkat keyakinan
pengurusan JUPEM dalam membuat analisis dan keputusan.

4.0 PERNYATAAN MASALAH

Pembangunan sistem aplikasi seperti E-Kadester, E-Biz melalui JUPEM


Geoportal memudahkan pengguna mencapai atau memperoleh data
secara atas talian. Namun begitu, data yang dibekalkan amat terhad
kepada senarai produk yang telah disenaraikan dan data yang tersedia
di dalam bentuk digital sahaja. Perkara ini terjadi disebabkan data-
data yang terdapat di JUPEM tertakluk kepada akta keselamatan dan
juga data yang masih dalam bentuk fizikal. Keadaan sistem aplikasi
yang masih dalam hak-hak jagaan bahagian/seksyen lebih
menyukarkan capaian walaupun secara luar talian. Sehubungan itu,
pihak Pengurusan JUPEM telah menetapkan bahawa perlunya
disediakan panduan kepada pembangun sistem agar sistem yang
dibangunkan selain menepati kehendak pelanggan JUPEM samada
luaran atau dalaman; ianya juga dapat memudahkan
penyelenggaraan dan pemantauan terhadap sistem-sistem
berkenaan.
5.0 MOTIVASI

5.1 Kajian Kepuasan Pelanggan : Satu kajian telah dijalankan


berkaitan penerimaan pelanggan terhadap penggunaan JUPEM
Geoportal. Antara kaedah pelanggan mendapatkan produk
dan perkhidmatan JUPEM ialah melalui Laman Web JUPEM,
Temujanji, Kaunter Perkhidmatan, Telefon, Surat/Menyurat dan
Emel. Kajian menunjukkan bahawa pelanggan JUPEM lebih
selesa berurusan secara di atas talian (Laman Web JUPEM/Emel)
berbanding dengan kaedah lain yang disenaraikan. Kajian juga
menunjukkan kepentingan kepada kepada JUPEM Geoportal
ialah maklumat boleh dicapai pada setiap masa, antaramuka portal
JUPEM adalah mesra pengguna dan perkhidmatan portal JUPEM
menepati piagam pelanggan.

5.2 Mewujudkan JUPEM GIS Arkitektur : Sesi percambahan fikiran


telah dilaksanakan bersama pemilik sistem berkaitan sistem
aplikasi sedia ada di JUPEM. Tujuan sesi ini ialah mengenalpasti
keperluan kepada penyatuan sistem-sistem aplikasi di JUPEM.
Perbincangan meliputi kepada aliran kerja, penggunaan data,
pengguna kepada sistem-sistem aplikasi dan juga masalah
keselamatan. Persetujuan telah dicapai supaya diwujudkan
JUPEM GIS Arkitektur bagi menggambarkan bahawa sistem-sistem
aplikasi yang telah dan akan dibangunkan berada di bawah satu
perancangan yang teliti. Arkitektur ini dibangunkan berasaskan
kajian literatur On Developing Spatial Data Infrastructure Of China [1],
Architecture design of grid GIS and its applications on image processing
based on LAN [2], dan A Model-Based, Open Architecture for Mobile
dan Spatially Aware Applications [3].
Hasil rekabentuk ini telah dibentangkan kepada pengurusan
JUPEM dan bersetuju agar ianya diperincikan lagi dan selari
dengan kehendak MAMPU. Arkitektur GIS JUPEM dibangunkan
bagi menggambarkan keseluruhan keadaan sistem aplikasi di
JUPEM. Pengurusan JUPEM juga bersetuju menetapkan bahawa
data dan maklumat yang diberikan secara percuma hendaklah
melalui GIS Portal, manakala data dan maklumat yang dijual
hendaklah melalui Portal E-Biz. Manakala, JUPEM GeoPortal akan
menggabungkan kedua-dua portal ini bagi menjadikan ianya
adalah gerbang utama JUPEM. Pengurusan ICT dapat
diselaraskan serta meningkat keyakinan Jabatan dalam membuat
keputusan.

Rajah 2 : Arkitektur GIS JUPEM

Rajah 2 menunjukkan Arkitektur GIS JUPEM terdiri dari enam


lapisan. Bermula dengan Lapisan Asas (Base Layer), Lapisan
Kawalan (Control Layer), Lapisan Sumber (Resource Layer),
Lapisan Pelaksanaan (Implementation Layer), Lapisan Aplikasi
(Application Layer), dan Lapisan Pelanggan (Stakeholder Layer).
Lapisan Asas terdiri daripada data spatial asas yang yang
terdapat di JUPEM seperti data vektor, data raster dan data
geodetik. Lapisan Kawalan adalah kedudukan data asas yang
disimpan dengan pelbagai landasan pangkalan data seperti
Oracle, PostGreSQL dan MYSQL. Dan, data asas tersebut mestilah
mematuhi piawai yang ditetapkan walaupun ianya terdiri di
dalam pelbagai format.

Integrasi data berlaku di Lapisan Sumber di mana data


geospatial dimanupulasi bagi menghasilkan output yang
diperlukan seperti peta tematik, ortofoto dan foto udara. Integrasi
dilakukan melalui ‘query statement’. Seterusnya, output ini
diterjemahkan melalui Lapisan Pelaksanaan iaitu landasan yang
membolehkan pelbagai bentuk data spatial seperti ESRI, MAPINFO
dan lain-lain web services yang terdapat di pasaran. Landasan ini
perlu menepati kerangka ICT, manakala teknologi yang
digunakan mestilah menepati busines operasi dan polisi.

Akhirnya, pelanggan boleh mencapai produk yang dibekalkan


melalui Lapisan Aplikasi. Pelanggan tanpa menyedari bahawa
mereka sebenarnya mencapai dan memperolehi maklumat dan
produk melalui penyatuan pelbagai aplikasi. Antara kaedah yang
biasa digunakan untuk capaian data GIS ialah kaedah Data
Mining. Pelanggan akan mendapatkan maklumat spatial yang
lebih tepat, berikutan kawasan yang diperlukan dipaparkan
dengan kaedah ‘zooming’ [6];

5.3 Analisis Jurang: Analisis jurang menunjukkan bahawa kekuatan


yang terdapat di JUPEM adalah melalui kemudahan sedia ada
seperti Pusat Data, Bekalan Data dan Sistem Aplikasi. Adalah satu
keperluan kepada pengautomasikan proses bisnes dalam
meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada
pelanggan [4]. Penyatuan sistem aplikasi dapat dilaksanakan
dengan adanya aplikasi GIS yang telah dibangunkan, peruntukan
yang diperolehi, konsultan yang berpengalaman serta Personal
ICT yang kompeten.

Untuk meyokong penyatuan aplikasi, sokongan ketersedian data


daripada pembekal utama amatlah diperlukan. Seterusnya,
perancangan penyediaan storan perlulah di rancang oleh
bahagian yang dipertanggungjawabkan iaitu BPDGN.
Penyediaan data foto udara dan ortofoto di bawah Bahagian
Topografi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tapisan
Keselamatan Data pula di bawah tanggungjawab BGSP.
Manakala kawalan keseluruhannya terletak dibawah
tanggungjawab Bahagian Perancangan dan Korporat.

5.4 Berdasarkan tiga penemuan di atas, adalah menjadi satu


keutamaan bagi JUPEM untuk mengambil inisiatif bagi
melaksanakan Penyatuan Sistem-Sistem Aplikasi tersebut. Namun
demikian, dalam melaksanakan proses penyatuan tersebut akan
terdapat beberapa kekangan yang perlu diambilkira bagi
memastikan sistem portal sentiasa kemaskini dan mengikut
kehendak pelanggan serta seiring dengan hala tuju jabatan.
Rajah 2 : Kerangka ICT JUPEM
6.0 Merealisaikan Penyatuan Sistem Aplikasi JUPEM Di Bawah Satu Gerbang
Berpandukan Rangka Kerja ICT JUPEM

JUPEM terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu JUPEM Ibupejabat dan
JUPEM Negeri. JUPEM Ibupejabat terdiri daripada empat bangunan
yang terpisah iaitu Wisma JUPEM, Bangunan Ukur, Bangunan CAMS dan
Bangunan Fotolito. Perancangan yang teliti perlu dilakukan oleh JUPEM
bagi mendapat perkhidmatan ICT yang terbaik. Perancangan perlu di
fokuskan kepada penyediaan Infrastruktur dan Infostruktur ICT yang
kondusif dan kompetitif.

Untuk menerangkan perancangan yang lebih tepat, kami


merangkakan Kerangka ICT JUPEM. Kerangka ICT JUPEM juga
diperlukan bagi merancang kemudahan ICT dan dapat mengelakkan
pertindihan pengutipan data, pembangunan sistem aplikasi dan
perolehan infrastruktur ICT. Rajah 2 menunjukkan Kerangka ICT yang
telah dibangunkan. Kerangka ICT terdiri daripada 4 lapisan utama iaitu
Infrastruktur ICT, Struktur Data, Sistem dan Produk. Kerangka ICT ini
disokong dengan urus tadbir ICT, polisi, dasar dan pekeliling. Tidak
ketinggalan juga, penekanan ke atas ketersediaan modal insan.
Bagi merealisasikan penyatuan ini, enam (6) pelan tindakan berikut
perlulah dilaksanakan:

6.1 Pelan Perkhidmatan Rangkaian dan Komunikasi

JUPEM mengikuti arus perkembangan teknolgi ICT dengan


menekan komunikasi secara elektronik agar maklumat dapat
disalurkan dengan cepat dan ringkas, berbanding dengan cara
konvensional. Urusan secara elektronik adalah meliputi urusan
rasmi jabatan seperti panggilan mesyuarat, penghantaran kertas
kerja, penyebaran makluman semasa dan tidak terkecuali
maklumat terhad.

Sehubungan itu, rangkaian jaringan (1GOVNet) dan komunkasi


(1GOVUC) di ibupejabat, negeri dan daerah telah tersedia,
namun ianya perlu diperkukuhkan lagi dengan memantapkan
kesediaan rangkaian dan kebolehlaksanaan sistem aplikasi
JUPEM. Pemantapan ini adalah menerusi peningkatan kelajuan
jalur lebar (bandwith) dan dedicated bandwith diperlukan untuk
sistem aplikasi real time. JUPEM juga dilengkapkan dengan
komunikasi tanpa wayar (wifi) bagi membolehkan komunikasi
berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana.

6.2 Pelan Pengukuhan Infrastruktur dan InfoStruktur Yang Selamat dan


Efisien

Selaras dengan bisnes JUPEM menyediakan data yang tepat dan


boleh dipercayai, JUPEM telah menyediakan keperluan
infrastruktur dan infostruturktur keperluan data. JUPEM
mempunyai kemudahan Pusat Data Utama di Ibu Pejabat bagi
menampung keperluan pemindahan data yang terletak ditingkat
5, Wisma JUPEM. Memandangkan keperluan yang makin
meningkat, satu lagi kemudahan Pusat Data disediakan ditingkat
7, Bangunan Ukur. JUPEM juga mengekalkan Pusat Data di
Bangunan CAMS bagi kesediaan pada masa akan datang.
Untuk menampung keperluan diperingkat negeri pula, JUPEM
menyediakan kemudahan Bilik Server di setiap JUPEM negeri.

Selain pemusatan data di Pusat Data, JUPEM Ibu Pejabat juga


menyediakan Perkhidmatan Salinan Data (replication).
Perkhidmatan Salinan Data daripada JUPEM Negeri diuruskan
oleh Bahagian Ukur Kadester manakala data pemetaan
Perkhidmatan Salinan Data daripada Bahagian Topografi Sabah
dan Sarawak diuruskan oleh Bahagian Pangkalan Data
Geospatial Negara.

Teknologi pemungutan data secara atas talian menyebabkan


peningkatan data berlaku secara mendadak. Sehubungan itu,
JUPEM menyediakan sistem penyimpanan data yang sistematik
bagi membolehkan capaian ke atas data dibuat pada bila-bila
masa. Data-data yang tidak digunakan dengan kerap akan
disimpan disini bagi tujuan penyelarasan dan analisa.

Selain daripada itu, JUPEM juga mempunyai makmal bagi tujuan


memantau dan menganalisa data-data agar ianya dapat
dimanafaatkan secara menyeluruh dan menepati kehendak
pelbagai stakeholdoher. Bagi merealisasikan pengukuhan
infrastruktur dan infostruturktu ICT yang selamat dan efisien, inisiatif
yang perlu difokus adalah dengan mengkaji semua keperluan
untuk menambahbaik keupayaan, kesediaan dan
kebolehlaksanaan perkakasan dan perisian ICT Pusat.

JUPEM dengan kerjasama MAMPU telah mewujudkan Disaster


Recovery Centre (DRC) bagi memboleh bisnes JUPEM berjalan
seperti sedia kala walaupun selepas ditimpa bencana. Namun
begitu, kemudahan yang diberikan amatlah terhad di mana
JUPEM perlu mengenalpasti kawasan yang lebih bersesuaian
dengan kehendak JUPEM sendiri.
6.3 Pelan Struktur Data

Data asas JUPEM yang terdiri daripada data pemetaan, kadaster


dan geodetik memerlukan proses koordinasi untuk memastikan
produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan
dapat dipenuhi. Kajian yang menyeluruh terhadap jenis-jenis
data di JUPEM dan keperluan bagi setiap jenis data perlu
diadakan untuk tujuan penyelarasan. Hasil penemuan yang
menunjukkan data JUPEM terbahagi kepada data asas, jenis
data, skala data dan kelas data. Memandangkan data-data
tersebut mempunyai pelbagai jenis atau format, Kamus Data
(Data Dictionary) perlu diwujudkan bagi memudahkan
pengenalpastian data. Apabila semua jenis data telah
dikenalpasti, satu pangkalan data yang berstruktur boleh
direkabentuk dan dibangunkan mengikut keperluan sistem.

6.4 Pelan Pemantapan Aplikasi Secara Bersepadu, Selamat dan


Berkesan

Sistem-sistem aplikasi yang telah dilaksanakan di JUPEM terlebih


dahulu dikenalpasti dan dianalisa bagi tujuan penyatuan. Setelah
kesemua sistem-sistem aplikasi dikaji, satu perancangan aplikasi
baru boleh dibangunkan. Apabila sistem aplikasi utama telah
berjaya dibangunkan, kesinambungan modul-modul lain turut
menyokong aplikasi utama tersebut dan ianya boleh
dikembangkan melalui ‘Single Sign On’. Melalui kaedah ini, kualiti
data dapat dipertingkatkan bagi tujuan keperluan analisis oleh
pengurusan atasan.
6.5 Pelan Pemantapan dan Pematuhan Tadbir Urus ICT Yang Holistik

Peningkatan dan pengukuhan keselamatan ICT tidak akan


terlaksana sekiranya tiada kesedaran akan kepentingan
keselamatan ICT kepada warga JUPEM. Dengan adanya
kesedaran dan kepekaan pematuhan dan penguatkuasaan
dasar dan prosedur ICT, tadbir urus ICT dapat dipertingkatkan.

Disamping itu juga ujian Security Posture Assessment (SPA) perlu


diadakan secara berkala iaitu sekali setahun bagi mengesan
pengukuhan perkakasan ICT dan sistem-sistem aplikasi terpilih.
Setiap sistem yang dibangunkan hendaklah dilengkapi dengan
modul jejak audit (audit trail) supaya laporan penggunaan harian
dapat dikeluarkan sekiranya sesuatu insiden berlaku terhadap
penggunaan sistem.

Setiap proses aliran kerja perlu didokumenkan dalam bentuk


Standard Operational Prosedur (SOP) sebagai rujukan setiap
pegawai. SOP ini juga perlu disemak secara berkala selari dengan
perubahan dan teknologi yang dibangun dan dilaksanakan di
JUPEM.

Laporan bulanan penggunaan dan prestasi jalurlebar hendaklah


sentiasa dipantau dan laporan berkala perlu dikeluarkan supaya
setiap kali pertambahan kelajuan yang diperlukan dapat dibuat
justifikasi. Prosedur Operasi Standard (SOP) mesti didokumenkan
supaya menjadi rujukan kepada setiap pegawai dalam
melaksanakan proses kerja yang mantap.
6.6 Pelan Pengukuhan Kapasiti Modal Insan Melalui Pembudayaan
dan Latihan ICT

Kejayaan pembangunan projek ICT bergantung kepada


infrastruktur sedia ada untuk di seiringkan dengan perancangan,
ianya juga melibatkan pasukan projek [5]. Di dalam membentuk
pengukuhan kapasiti Modal Insan melalui pembudayaan dan
latihan ICT inisiatif seperti meningkatkan tahap kepakaran dan
kebolehlaksanaan ICT di kalangan personel ICT adalah perlulah
diutamakan. Antara kaedah bagi membangunkan personel ICT
yang berkebolehan dan berkeupayaan tinggi adalah dengan
melibatkan peranan dan tanggungjawab dalam pasukan projek,
menyertai technogy update dan certified program expert serta
memberi peluang dalam mengasah kreativiti dan inovasi projek.

7.0 FAEDAH

Antara faedah yang akan di perolehi :

a) Keseragaman dari segi format, piawai and produk;


b) Perkongsian daripada kemahiran dan pengetahuan;
c) Penyelenggaraan berpusat;
d) Kawalan ke atas keselamatan capaian data;
e) Produk JUPEM boleh dikomersialkan antara agensi /
antarabangsa;
f) Teknologi yang diguna sentiasa terkini Projek ICT boleh
dimanafaat utk pelaksanaan bersama;
g) Penyeragaman dan penguatkuasaan SLA;
h) Pelanggan akan mendapat khidmat lebih seragam, cepat, telus
dan berkualiti;
i) Perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan melalui konsep Single
Point of Contact (SPOC) antara agensi berkaitan;
j) Prosesan Kerja dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat;
k) Penguatkuasaan lebih mudah dibuat dengan semua maklumat
tersedia daripada sistem; dan
l) Memudahkan proses membuat analisa dan keputusan untuk hala
tuju di masa depan.

8.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

Kejayaan kepada penyatuan sistem aplikasi di bawah satu gerbang


akan melalui beberapa cabaran berikut :
a) Hak mutlak sistem aplikasi terletak kepada bahagian.
Budaya yang menetapkan bahawa satu bahagian
bertanggungjawab ke atas sistem aplikasi di bahagian masing-
masing telah menyebabkan pemilik system merasakan seolah-
olah kepakaran mereka akan diambil alih oleh mereka yang tidak
berkaitan.
Cadangan : Menyedarkan setiap pemilik sistem bekerja sebagai
satu pasukan kerana kejayaan JUPEM amat bergantung kepada
setiap tugas yang dilakukan oleh warga JUPEM.

b) Pelbagai landasan teknologi yang digunakan dengan


mengganggap bahawa penyatuan sistem aplikasi tidak akan
berjaya.
Cadangan : Memberi penjelasan kepada pemilik-pemilik sistem
bahawa teknologi di pasaran dan Pakar-Pakar ICT tempatan
berupaya membuat penyatuan sistem walaupun dari pelbagai
landasan teknologi digunakan.
c) Kesukaran mendapatkan maklumat yang terdapat pada pemilik
sistem.
Kajian menyeluruh ke atas sistem sedia ada dan sistem baru perlu
dilaksanakan dengan teliti dan teratur.
Cadangan: Pengurusan JUPEM telah memberi kerjasama dan
sokongan dalam mengendalikan kajian keperluan secara
menyeluruh ke atas sistem sedia ada mahupun sistem baru.
Pendokumentasi semula perlu dilakukan bagi mengenalpasti titik
persamaan.

d) Terdapat segelintir pemilik sistem yang tidak yakin dengan


perubahan penggunaan teknologi perisian yang baru.
Cadangan: Memberikan pendedahan tentang teknologi ICT yang
terkini dan mengadakan lawatan ke agensi yang telah Berjaya
melaksankan proses penyatuan sistem seperti MAMPU. Selain
daripada itu, adalah diharapkan perubahan teknologi tersebut
akan memberi penyelesaian dan mempertingkat hasil dan
penjimatan kos operasi.

Secara kesimpulan, dengan wujudkan penyatuan sistem aplikasi di


bawah satu gerbang, akan meningkatkan capaian maklumat dan
kepercayaan oleh pelanggan JUPEM. Namun begitu kejayaan ini
hanya dapat direalisasikan dengan adanya sokongan padu dan
kerjasama oleh semua pihak terutamanya pemilik-pemilik sistem dan
satu kajian menyeluruh dapat membantu memantapkan lagi proses
penyatuan sistem aplikasi dapat dilaksanakan.
RUJUKAN
[1] Li and Wu, “On developing spatial data infrastructure of China,” Wuhan
Univ., 2004.

[2] Shen, Luo, Zhou, Cai, Zheng, Chen, Ming, and Sun, “Architecture design of
grid GIS and its applications on image processing based on LAN,” Inf. Sci.,
vol. 166, no. 1, pp. 1–17, 2004.

[3] D. Nicklas, M. Gro\s smann, T. Schwarz, S. Volz, and B. Mitschang, “A model-


based, open architecture for mobile, spatially aware applications,” in
Advances in spatial and temporal databases, Springer, 2001, pp. 117–135.

[4] Azlena Haron, Shamsul Sahibuddin, Nur Hawaniah Zakaria, Mazlan Harun,
and Mohd. Naz’ri Mahrin, “The Important Roles of People, Process, and
Technology during Software Project Requirement,” J. Procedia Eng.

[5] Azlena Haron and Shamsul Sahibuddin, “Identification of Critical Issues for
Requirement Engineering based on Software Project Components in
Organisation,” in 2011 International Conference on Software and
Information Engineering (ICSIE 2011), Kuala Lumpur, Malaysia, 2011.

[6] T. K. Banerjee, S. Roy, and S. Dey, “A GIS Solution for an Integrated


Underground Coal Mine Management: A Conceptual Framework,” J.
Manag., vol. 2, no. 2, pp. 129–143, 2014.

View publication stats

You might also like