You are on page 1of 18

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya telah menjalani tiga (3) fasa praktikum. Praktikum saya yang pertama adalah di
Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A), Dengkil, Selangor. Bagi praktikum yang
pertama ini saya telah mendapat kelas Tahun 6 Siantan bagi mata pelajaran
Matematik. Praktikum kedua adalah di Sekolah Kebangsaan Labu Ulu, Seremban,
Negeri Sembilan. Bagi praktikum kedua ini saya telah mendapat kelas Tahun 4
Bestari bagi mata pelajaran Matematik. Praktikum yang ketiga pula adalah di
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra, Selangor. Bagi praktikum ketiga
ini saya telah mengajar kelas Tahun 4 Anggerik bagi mata pelajaran Matematik.

Sejak saya menjalani tiga fasa praktikum ini, saya mendapati antara tajuk dalam
silibus Sekolah Rendah yang mudah diajar dan senang difahami oleh murid-murid
adalah tajuk Nombor Bulat (KBSR) atau Nombor dan Operasi (KSSR). Saya akan
menggunakan nama tajuk Nombor dan Operasi dalam kajian tindakan saya ini bagi
memudahkan penulisan saya. Walaubagaimanapun, terdapat satu subtajuk dalam
tajuk ini yang susah untuk difahami oleh murid-murid iaitu penolakan nombor bulat.
Masalah ini berlaku semasa saya menjalankan ketiga-tiga praktikum saya.

Penolakan nombor bulat adalah satu subtajuk yang amat penting dalam tajuk
Nombor dan Operasi kerana ianya berkait dengan tajuk-tajuk yang akan dan bakal
dipelajari oleh murid seperti dalam tajuk perpuluhan, wang, dan masa dan waktu.
Jika murid gagal untuk menguasai konsep penolakan Nombor dan Operasi maka
sudah pasti murid akan gagal untuk menguasai penolakan yang melibatkan tajuk
perpuluhan, wang, dan masa dan waktu. Ini kerana penolakan yang melibatkan
tajuk-tajuk seperti ini agak rumit berbanding dengan penolakan dalam tajuk Nombor
dan Operasi.

Kegagalan murid dalam memahami subtajuk ini adalah berpunca daripada beberapa
kelemahan yang saya kenalpasti semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah kesalahan dalam menyusun nombor
mengikut nilai tempat yang betul dan kelemahan penolakan dengan pengumpulan
semula. Saya percaya jika masalah ini dapat diatasi ia pasti akan meningkatkan
minat dan kefahaman konsep murid dalam penolakan yang seterusnya akan
meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Tinjauan Masalah

Masalah yang berlaku ini sebenarnya berlaku dalam ketiga-tiga fasa praktikum yang
telah saya jalani. Tetapi saya mengfokuskan kajian ini kepada murid Tahun 4
Anggerik di Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra bagi masalah
penolakan dalam tajuk Nombor dan Operasi. Masalah yang berlaku ini saya telah
kenalpasti semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas bagi mata pelajaran Matematik. Saya juga mendapatkan pendapat dari guru-
guru di sekolah praktikum saya dan pendapat rakan-rakan saya yang lain dalam
mengatasi masalah ini.

2.2 Analisis Masalah

Masalah murid dalam penolakan bagi tajuk Nombor dan Operasi ini adalah berpunca
daripada beberapa kelemahan yang telah saya kenalpasti semasa melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara kelemahannya ialah:

1. Kesalahan dalam menyusun nombor mengikut nilai tempat yang betul.


2. Kesalahan melakukan operasi tolak dengan pengumpulan semula.

Saya percaya dan yakin jika masalah ini dapat diatasi maka ini akan meningkatkan
kefahaman murid seterusnya akan meningkatkan pencapaian mereka dalam mata
pelajaran Matematik.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 dalam penolakan nombor bulat


dengan menggunakan kaedah “Potong Ranting”.

3.2 Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini adalah seperti yang berikut:
3.2.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam menukarkan ayat
matematik kepada bentuk lazim dengan melibatkan penolakan
dua nombor dalam lingkungan 100 000.
3.2.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam penolakan dua nombor
dengan pengumpulan semula.
3.2.3 Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Matematik
terutama bagi subtajuk penolakan.

3.3 Soalan Kajian


Dalam mengumpul maklumat bagi menjalankan kajian ini beberapa soalan
yang berkaitan telah diutarakan seperti yang berikut:
3.3.1 Apakah kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa
melakukan operasi penolakan dua nombor dalam lingkungan
100 000?
3.3.2 Adakah kaedah “Potong Ranting” ini dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam penolakan dua nombor hingga 100 000?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
Selangor dengan melibatkan 10 orang murid dari kelas Tahun 4 Anggerik yang terdiri
daripada 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan. 10 orang murid ini mempunyai
prestasi akademik yang sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik berbanding
dengan rakan-rakan yang lain. Peperiksaan akhir tahun bagi tahun 2013
menunjukkan 10 murid ini mendapat pencapaian paling lemah dalam mata pelajaran
Matematik.

10 orang murid ini semuanya tinggal berdekatan dengan kawasan sekolah iaitu di
kawasan perumahan Taman Pantai Sepang Putra dan kebanyakan dari mereka
berjalan kaki untuk ke sekolah. Pekerjaan ibu bapa pula ada yang meniaga
makanan, bekerja sendiri dan penjawat awam. Sampel yang telah saya pilih ini
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ada yang sangat suka bercakap, susah
memberikan tumpuan dan ada juga yang sangat pendiam.
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Dalam kajian ini saya telah menggunakan Model Penyelidikan Kurt Lewin
(1946) apabila masalah kajian telah dikenalpasti. Kurt Lewin menyatakan
bahawa penyelidikan tindakan mengandungi empat peringkat dalam
lingkaran iaitu bermula dengan perancangan dikuti tindakan, pemerhatian
dan refleksi. Lingkaran berkenaan boleh berulang ke lingkaran kedua,
ketiga dan seterusnya sehingga masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan. Pendekatan kajian tindakan dikatakan paling berkesan
apabila perancangan itu diaplikasikan dalam situasi yang sebenar (Dick,
1995). Penyelidikan tindakan bersifat tidak formal, kualitatif, formatif,
subjektif, intepretatif, reflektif dan merupakan model inkuiri pengalaman
(Hopkins, 1993). Berikut merupakan gambaran visual berkaitan dengan
perancangan tindakan bagi kajian saya ini:
5.1.1 Tinjauan Awal

PLAN
(merancang)

REFLECT ACT
(mereflek) (bertindak)

OBSERVE
(memerhati)
PLAN
(merancang)

Lingkaran
REFLECT pertama
ACT
(mereflek) (bertindak)
(tinjauan awal)

OBSERVE
(memerhati)

Plan (merancang)

Pada peringkat merancang bagi tinjauan awal ini saya telah mengenalpasti masalah
murid dalam mata pelajaran Matematik berdasarkan kepada pengalaman praktikum
saya yang lepas di mana masalah yang saya kenalpasti ini berlaku dalam dua
praktikum saya yang lepas. Jadi saya berpendapat masalah murid dalam penolakan
nombor bulat merupakan satu masalah yang perlu diambil berat. Justeru saya
berpendapat untuk melakukan kajian berdasarkan kepada masalah ini.

Act (bertindak)

Setelah mengenalpasti masalah, saya terus melakukan tinjauan bagi memilih sampel
kajian saya. Kelas yang menjadi sasaran saya adalah kelas Tahun 4 Anggerik yang.
Bagi memilih sampel yang saya inginkan saya telah menyemak buku latihan
matematik mereka bagi melihat perkembangan mereka dalam tajuk penolakan ini.
Saya juga telah melakukan satu ujian pra yang melibatkan operasi tolak melibatkan
dua nombor hingga 100 000. Seramai 32 orang murid telah mengambil ujian
tersebut. Saya telah memperuntukkan lima soalan melibatkan operasi penolakan.
Dalam 32 orang murid itu saya telah memilih 10 orang murid yang mempunyai
beberapa kelemahan dalam menjawab soalan operasi penolakan ini. Murid yang
telah dipilih ini juga mempunyai pencapaian akademik yang sangat lemah dalam
mata pelajaran matematik.

Pencapaian 10 orang murid yang telah dipilih sebagai sampel kajian adalah seperti
yang berikut:

Bilangan soalan yang betul Bilangan murid


5 -
4 -
3 -
2 2
1 6
0 2

Gambarajah di bawah menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa


menjawab soalan penolakan nombor bulat hingga 100 000.

Gambarajah A
Gambarajah A menunjukkan kesalahan murid dalam meletakkan nombor pada nilai
tempat yang betul dalam bentuk lazim.
Gambarajah B
Gambarajah B menunjukkan kesalahan murid dalam menolak nombor bulat dengan
pengumpulan semula.

Observe (memerhati)

Bagi tinjauan awal ini, saya telah membuat pemerhatian dari segi tingkah laku murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya melihat kepada
kesungguhan mereka dalam pembelajaran. Murid yang telah saya pilih sebagai
sampel kajian ini dilihat kurang bersemangat dan kurang berminat untuk belajar
matematik. Soalan yang diberikan dianggap amat sukar untuk dijawab kerana
mereka tidak tahu dan tidak faham konsep penolakan yang betul.

Reflect (mereflek)

Berdasarkan kepada data yang didapati. Saya yakin bahawa murid ini mengalami
masalah dalam penolakan nombor bulat yang berpunca daripada beberapa
kelemahan yang telah dikenalpasti. Saya juga yakin dan percaya bahawa masalah
penolakan nombor bulat ini berlaku kepada murid di setiap sekolah rendah jika
mereka masih mengekalkan kelemahan dan kesalahanggapan dalam menyelesaikan
operasi tolak nombor bulat. Masalah ini jika tidak diselesaikan dengan kadar yang
segera akan memberi implikasi kepada tajuk yang lain yang juga melibatkan
penolakan. Ia akan menjadi seperti bom berantai, satu meletup maka semua akan
meletup. Jadi saya memutuskan untuk menggunakan kaedah “potong ranting’
sebagai intervensi bagi menyelesaikan masalah penolakan nombor bulat ini.

5.1.2 Fasa Awal


PLAN
(merancang)

Lingkaran
REFLECT kedua
ACT
(mereflek) (bertindak)
(fasa awal)

OBSERVE
(memerhati)

Plan (merancang)

Setelah mengenalpasti masalah, memilih sampel kajian dan memilih intervensi yang
sesuai pada tinjauan awal maka untuk fasa awal ini pula saya akan merancang satu
rancangan pengajaran harian (RPH) bagi intervensi “potong ranting” yang telah saya
pilih untuk laksanakan kepada 10 orang murid yang telah dipilih berdasarkan kepada
ujian yang dilakukan pada tinjauan awal.

Act (bertindak)

Melalui RPH yang akan saya rangka dengan menggunakan intervensi yang dpilih
saya akan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 4
Anggerik kepada 32 orang murid, tetapi saya akan mengfokuskan kepada 10 orang
murid yang telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini.

Observe (memerhati)
Saya akan merekodkan segala dapatan yang diperolehi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan bagi bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah
dipilih. Saya juga akan menjalankan satu sesi temu bual kepada semua sampel
kajian saya. Temu bual yang dijalankan ini adalah berbentuk berstruktur yang mana
soalan-soalan temu bual telah disediakan. Selain itu, saya juga akan melakukan
pemerhatian berstruktur serta menulis jurnal.

Reflect (mereflek)

Saya akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran


yang telah dijalankan pada peringkat Act (tindakan) yang telah menggunakan
intervensi kaedah “potong ranting”. Saya akan bawa data yang dikumpul dalam fasa
ini kepada fasa yang seterusnya iaitu fasa akhir.
5.1.3 Fasa Akhir

PLAN
(merancang)

Lingkaran
REFLECT ACT
ketiga
(mereflek) (bertindak)
(fasa akhir)

OBSERVE
(memerhati)

Plan (merancang)

Pada fasa akhir ini saya akan menggunakan semua data dan maklumat yang telah
saya perolehi pada fasa awal sebelum ini. Data dan maklumat yang saya perolehi ini
akan saya selidiki dan kaji secara mendalam bagi merangka satu lagi rancangan
pengajaran harian yang lebih sesuai dan lebih berpusatkan murid dengan
menggunakan intervensi yang sama iaitu penolakan dengan kaedah “potong
ranting”.

Act (bertindak)

Saya akan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirangka
rancangan pengajaran hariannya pada peringkat Plan (merancang) kepada kelas 4
Anggerik dengan berfokus kepada sampel kajian yang telah dipilih. Saya juga akan
melaksanakan satu ujian berkaitan tajuk yang diajar dengan menggunakan intervensi
yang diajar bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah dipilih.
Observe (memerhati)

Saya akan mencatat dan merekod segala temu bual dan pemerhatian berstruktur
yang telah dijalankan dalam fasa akhir ini. Saya juga akan mencatatkan setiap
tingkah laku sampel kajian selama berada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Reflect (mereflek)

Saya akan melaksanakan satu huraian berkaitan dengan intervensi yang telah dipilih
berdasarkan kepada data dan maklumat yang telah diperolehi. Ini penting bagi
menentukan sejauh kaedah “Potong Ranting” ini berjaya membantu murid dalam
meningkatkan kemahiran mereka bagi subtajuk penolakan nombor bulat.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data


Bagi mengumpul data saya akan menggunakan cara atau kaedah
pemerhatian, temu bual dan ujian. Definisi dan huraian bagi setiap kaedah
pengumpulan data ini adalah seperti yang berikut:

5.2.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu proses pengumpulan maklumat
secara terbuka dan secara langsung dengan memerhatikan
orang ramai dan tempat-tempat di tapak pemerhatian (Creswell,
2005).

Terdapat dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian mengikut


struktur am dan pemerhatian mengikut peranan penyelidik.
Pemerhatian mengikut peranan penyelidik ini pula dibahagikan
pula kepada 3 kategori iaitu pemerhati penuh, pemerhatian
peserta dan pemerhati-peserta. Saya telah memilih untuk
menjadi pemerhati penuh dimana sampel kajian tidak tahu
mereka dikaji dan saya boleh memerhatikan tingkah laku mereka
didalam kelas semasa tinjauan awal dilakukan.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori
pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras
tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta
pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut
memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan
direkodkan.

Bagi merekodkan pemerhatian tingkah laku didalam kelas, saya


telah menggunakan borang pemerhatian. Borang ini akan
membantu saya merekod tingkah laku murid di dalam kelas
dengan lebih sistematik dan teratur. Aspek-aspek yang tertentu
akan direkodkan dengan menggunakan borang pemerhatian ini.
Contoh borang pemerhatian yang digunakan adalah seperti yang
berikut:

Bil. Kelakuan No. meja


1 Berbual dengan rakan
2 Mengganggu pelajar lain
3 Menjawab soalan yang diajukan.
4 Bertanya soalan diluar topik yang diajar
5 Tidur
6 Termenung

Selain itu saya juga akan menggunakan rakaman video bagi


membantu saya dalam pemerhatian. Rakaman video ini akan
merekod pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
saya ketika saya mengajar mereka penolakan nombor bulat
dengan menggunakan kaedah “Potong Ranting”.

5.2.2 Temu Bual


Temu bual ialah situasi di mana penemu bual akan bertanya
soalan kepada sesorang atau lebih responden secara
bersemuka (Sabitha, 2009). Temu bual ini penting bagi saya
untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam daripada
sampel kajian saya berkaitan dengan intervensi yang telah saya
jalankan. Ini kerana kaedah pemerhatian sahaja tidak mampu
untuk memberikan saya maklumat yang terperinci. Jadi kaedah
temu bual ini diperlukan dalam pelaksanaan kajian ini.

Menurut Sabitha (2009) terdapat dua jenis temu bual yang


utama iaitu temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstuktur.
Temu bual berstuktur merupakan aktiviti perbualan dan soal
jawab yang mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang
hendak ditanya adalah terhad kepada sesuatu tajuk atau bidang
yang tertentu sahaja. Manakala temu bual tidak berstruktur pula
merupakan aktiviti perbualan dan soal jawab yang
mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada
mendapat fakta-fakta tertentu.

Saya memilih untuk menggunakan temu bual jenis berstruktur


kerana temu bual jenis ini membantu saya mendapatkan
maklumat yang saya inginkan dengan cepat, tepat dan berfokus
kepada kajian yang saya jalankan.

Bagi temu bual saya akan merangka soalan temu bual bagi fasa
sebelum intervensi dijalankan dan fasa selepas intervensi
dijalankan. Temu bual ini akan dijalankan dengan mengikut
giliran setiap orang secara bersemuka dengan saya.

Soalan-soalan temubual yang akan digunakan semasa sesi


temu bual dijalankan adalah seperti pada lampiran 1 dan
lampiran 2.

5.2.3 Ujian
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan
yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal
atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan
(Raminah,1991). Proses pengujian lazimnya bermula dengan
peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan ujian dan berakhir
dengan pemeriksaan skrip jawapan.Terdapat dua jenis ujian
yang saya gunakan dalam kajian ini iaitu ujian pra dan ujian pos.

Ujian pra merupakan ujian yang pertama sekali dilakukan


bertujuan bagi mengesan kawasan kelemahan murid bagi tajuk
yang telah dipilih. Ujian pra ini saya lakukan semasa tinjauan
awal. Ujian ini diberikan kepada semua murid Tahun 4 Bestari
seramai 32 orang bagi mengesan 10 orang murid iaitu sampel
kajian yang akan diambil melalui ujian ini. Ujian ini terdiri
daripada 5 soalan penolakan dua nombor bulat sehingga 100
000.

Ujian pos pula akan dilaksanakan selepas intervensi yang


dirancang berjaya diimplementasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ujian pos ini bertujuan bagi melihat sejauh mana
intervensi kaedah “Potong Ranting” dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam penolakan nombor bulat hingga 100
000.

Melalui ujian yang dijalankan saya berupaya untuk mendapatkan


maklumat sama ada kumpulan sasaran yang telah dipilih telah
menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin
disampaikan dalam kajian ini. Soalan-soalan ujian pra dan ujian
pos adalah pada lampiran 3 dan lampiran 4.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.3.1 Pemerhatian
Data daripada borang pemerhatian dan rakaman video akan
dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kualitatif.
Huraian terperinci akan dibuat berdasarkan kepada data yang
telah dikumpul.

5.3.2 Temu Bual


Daripada maklumat dan data yang telah saya perolehi melalui
sesi temu bual pada dua fasa iaitu fasa sebelum intervensi
dijalankan dan fasa selepas intervensi dijalankan akan dianalisis
melalui transkrip temu bual. Rakaman audio yang diambil akan
memudahkan saya untuk menulis transkrip temu bual yang akan
dilaksanakan. Hasil temu bual akan dihuraikan secara terperinci.

5.3.3 Ujian
Ujian yang terlibat adalah dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian
pos. Bagi ujian pra saya akan menggunakan jadual di bawah
bagi menganalisis kumpulan sasaran saya.

Bilangan soalan yang betul Bilangan murid

5 -
4 -
3 -
2 2
1 6
0 2
Bagi ujian pos pula iaitu ujian yang dijalankan selepas kaedah
“Potong Ranting” diperkenalkan dan diajar kepada murid, saya
akan menganalisis markah yang diperolehi oleh kumpulan
sasaran saya ini dengan menggunakan kriteria yang berikut:

Markah Pencapaian Catatan


90 – 100 Cemerlang Objektif kajian tercapai dengan cemerlang
60 – 80 Baik Objektif kajian tercapai dengan baik
30 – 50 Sederhana Tidak mencapai objektif
0 – 20 Lemah Tidak mencapai objektif

Saya akan menggunakan markah dengan peratus bagi ujian pos


ini berbeza dengan ujian pra yang hanya melihat kepada berapa
soalan yang betul sahaja. Soalan pada ujian pos ini adalah
sebanyak sepuluh soalan. Berbeza dengan jumlah soalan pada
ujian pra yang hanya mempunyai 5 soalan. Kedua-dua ujian ini
adalah berkaitan dengan penolakan dua nombor sehingga 100
000.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Jadual pelaksanaan / carta GANTT

Bil. Perkara Tarikh


1 Mengenal pasti masalah dan
pemgumpulan data tinjauan awal
2 Menulis kertas cadangan kajian
3 Merancang tindakan
4 Melaksanakan tindakan
5 Mengumpul data
6 Menganalisis data
7 Refleksi kajian
8 Menulis laporan kajian
9 Pembentangan dapatan kajian/seminar
10 Menulis artikel bagi prosiding
11 Menerbitkan prosiding
12 Menjilid laporan kajian
Tahun 2014
Aktiviti

1. Mengenal pasti masalah dan


pemgumpulan data tinjauan awal

2. Menulis kertas cadangan kajian

3. Merancang tindakan
4. Melaksanakan tindakan
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Refleksi kajian
8. Menulis laporan kajian
9. Pembentangan dapatan
kajian/seminar
10. Menulis artikel bagi prosiding
11. Menerbitkan prosiding
12. Menjilid laporan kajian

You might also like