You are on page 1of 3

NAMA KUMPULAN M01

TAJUK KAJIAN PROJEK KUMPULAN

Nama Ahli Kumpulan1, Nama Ahli Kumpulan1, Nama Ahli Kumpulan1, Nama Ahli Kumpulan1

1
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Parit Raja, Batu Pahat, 86400 Johor, Malaysia.

Abstrak [Times NR 12]

Abstrak merupakan ringkasan keseluruhan projek yang merangkumi perkara seperti motivasi kajian, permasaalahan
kajian, kaedah kajian, keputusan dan kesimpulan akhir kajian. Abstrak kertas tidak boleh melebihi 250 perkataan
panjang dan menggunakan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 10.

1.1 PENGENALAN

Bahagian ini merupakan bahagian pengenalan, di mana pelajar akan memberikan gambaran ringkas
berkenaan dengan projek yang dijalankan. Bab ini boleh dimulakan dengan menerangkan
kepentingan topik projek/kajian dan perspektif tentang projek/kajian yang pernah dijalankan. Selepas
itu, pernyataan masalah projek mesti ditakrifkan dengan jelas dan diikuti dengan objektif kajian
sebagai definisi kepada tujuan kajian dijalankan. Pelajar perlu menspeksifikasikan skop kerja projek
dan sebarang anggapan yang dibuat semasa projek/kajian dijalankan. Disini, pelajar boleh
menerangkan ringkasan metodologi projek/kajian tetapi keterangan selanjutnya patut dimuatkan
dalam bab yang berasingan. Bab pengenalan diakhiri dengan menunjukkan susunan keseluruhan
laporan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam sub topik ini, pelajar perlu membincangkan kajian literatur (sorotan) yang berkaitan
dengan projek. Tujuan kajian literatur adalah untuk menerangkan perspektif dan kaedah yang
digunakan dalam projek/kajian yang lepas dan meninjau sejauh mana projek pelajar
dihubungkait dengan kajian dan teori yang sedia ada. Selain kajian literatur, pelajar sepatutnya
menunjukkan teori dan konsep yang telah digunakan dalam menyelesaikan masalah projek.
Keseluruhan hasil literatur akan menghasilkan satu rangka kerja yang menunjukkan perkaitan

2
diantara kajian projek dengan teori dan konsep melalui rajah ataupun model yang sesuai.
Dengan itu, pelajar dapat gambaran objektif dan masalah yang dihadapi dalam projek/kajian
yang akan dilakukan. Akhirnya, sebarang hipotesis kajian yang berkaitan dengan metodologi
projek/kajian dapat dinyatakan dengan jelas.

1.2.1 Format Rajah

Semua bahan ilutrasi seperti peta, carta, lukisan, graf, gambarajah dan fotograf dikenali sebagai
rajah dalam penulisan laporan. Setiap rajah hendaklah jelas dan bermutu tinggi. Tajuk rajah diletak
di bawah bahan ilutrasi tersebut pada jarak satu baris. Nombor panggilan rajah berdasarkan Bab
laporan dan turutan rajah yang ada dalam bab berkenaan. Setiap rajah mesti diletakkan pada
kedudukan yang senang dirujuk daripada teks kandungan. Contoh rajah sepeti dibawah. [2]

Gambar 1

Rajah 1.1 Gambar1 potensi kawasan yang berisiko

1.2.2 Format Jadual

Jadual yang dimuatkan ke dalam teks hendaklah dinomborkan dengan angka Rumi. Setiap jadual
diberi tajuk yang diletak di atas jadual tersebut pada jarak satu baris. Nombor panggilan jadual
berdasarkan Bab laporan dan turutan jadual yang ada dalam bab berkenaan. Setiap jadual mesti
diletakkan pada kedudukan yang senang diruju daripada teks kandungan. Contoh jadual seperti
dibawah.

Jadual 1.1 Senarai komponen mesin penghiris bawang [1]

Bil Peralatan Kuantiti dan Ukuran


1 Motor Kawalan Halaju 90/1400 ppm , 25 watt

2 Keluli Tahan Karat 17.5 cm x 39 cm x 19 cm

3 Perspek 39.5 cm x 2.5 cm

4 Pegas dan rod 2

1.3 KAEDAH KAJIAN

Dalam sub topik ini, pelajar sepatutnya menerangkan kaedah kajian yang digunakan bagi

3
menjayakan projek akhir ini.
1.4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Dalam sub topik ini, pelajar sepatutnya mempersembahkan penemuan atau hasil analisis data-data
yang diperolehi. Penemuan projek mesti disusun dengan kemas dan teratur menggunakan bantuan
rajah, jadual dan graf. Hasil analisis atau penemuan ini mesti diterangkan dan dibandingkan dengan
pencapaian kajian-kajian terdahulu. Selain itu, hasil penemuan projek boleh juga dilihat melalui
perspektif objektif dan masalah projek/kajian. Pelajar juga sepatutnya boleh meninjau sejauh mana
hipotesis projek/kajian dapat direalisasikan.

1.5 KESIMPULAN

Dalam sub topik ini, pelajar sepatutnya membincangkan hasil penemuan dan analisis dengan jelas
dan terperinci. Pelajar sepatutnya merumuskan hasil penemuan projek, analisis pencapaian projek
dan mencadangkan kajian selanjutnya dimasa hadapan. Topik ini juga boleh merangkumi
kesimpulan data-data yang telah diperolehi dan meninjau sejauh mana kesahihan maklumat tersebut
bersesuian dengan objektif serta masalah projek. Akhirnya pelajar boleh membuat kesimpulan hasil
projek atau kajian yang telah dijalankan. Selain itu, pelajar juga boleh mencadangkan sebarang
perubahan dan penambahbaikan pendekatan yang berkenaan dengan topik kajian.

RUJUKAN

Dalam senarai rujukan, susunkan rujukan mengikut nombor rujukan secara berurutan seperti yang
dirujuk dalam teks. Format penulisan adalah berbeza untuk bentuk bahan rujukan yang berlainan.
Berikut merupakan contoh format penulisan yang ditetapkan.

[1] Wiriaatmadja, Sutedja (2002). Pengiris dan Pemotong, PT. Usaha Sistem Informasi Jaya
(USI), Jakarta.

[2] Tantan Widiantara (2010). Effisiensi Pengirisan Bawang Merah Dengan Variasi Sudut
Kemiringan Pisau Pada Alat Pengiris Bawang Merah Tipe Pengiris Vertikal. Jurnal
Teknologi Pertanian, 6(2): 60-64.

You might also like