You are on page 1of 24

1.

0 PENGENALAN

Butik Eduk Collections merupakan jenis perniagaan milikan perkongsian dimana


Rolynfica Beatrice Binti Isiew dan Nur Azmina Binti Mahden merupakan pemilik bagi Butik
Eduk Collections. Perniagaan yang dijalankan di Butik Eduk Collections adalah kelengkapan
pakaian tradisional serta baju tradisional yang ada di Malaysia khususnya baju Melanau
Dalam beberapa tahun yang akan datang, Butik Eduk Collections ingin memperbanyakkan
pakej mereka. Antara yang masih dalam perancangan ialah pakej perkahwinan dan baju
pengantin sesuai dengan kehendak pelanggan.
Jumlah modal permulaan yang digunakan pengusaha untuk membuka Butik Eduk
Collections ialah sebanyak RM 400,000. Lokasi Butik Eduk Collections terletak No. D22-A-
GBJalan Borneo, 93100, Off Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak . Lokasi
ini merupakan kawasan yang sangat strategik kerana terletak di tengah bandar Kuching.
Selain itu, kawasan ini juga mempunyai jumlah penduduk yang tinggi serta pengunjung yang
ramai terutama pada hari minggu. Nombor telefon bagi Butik Eduk Collections ialah 082-
888888.
Butik Eduk Collections mempunyai kekuatan yang tersendiri. Butik Eduk Collections
mengamalkan konsep perkhidmatan secara rundingan. Konsep tersebut mendapat tempat di
hati pelanggan kerana layanan yang mereka berikan amat memuaskan. Selain itu, bahan
mentah yang digunakan juga amat berkualiti. Butik Eduk Collections juga akan membayar
ganti rugi jika terdapat kesilapan berpunca dari pihak beliau seperti kelewatan menyiapkan
tempahan atau tidak menepati perjanjian yang telah dibuat.
Perniagaan Butik Eduk Collections dimulakan pada 18 Januari 2016. Pengusaha Butik
Eduk Collections mengupah seramai 15 orang kakitangan bagi menguruskan pentadbiran
perniagaannya. Antaranya ialah seorang pengurus pentadbiran, seorang pengurus operasi,
seorang pengurus pemasaran dan pengurus kewangan. Hal ini bagi melancarkan operasi dan
meminimumkan kesilapan. Malah, ia juga bagi memastikan layanan dan perkhidmatan yang
mereka berikan sentiasa mendapat kepuasan pelanggan.

1|Page
2.0 OBJEKTIF

Butik Eduk Collections telah menentukan beberapa matlamat bagi melancarkan operasi
perniagaannya. Antara matlamatnya ialah :
I. Memaksimumkan keuntungan
II. Meningkatkan imej butik dipersada Antarabangsa
III. Meningkatkan jualan
IV. Membuka beberapa cawangan
V. Melahirkan individu yang cinta akan warisan negara

2|Page
3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Syarikat : Eduk Collections

Nama Pengasas :1) Rolynfica Beatrice Binti Isiew

2) Nur Azmina Binti Mahden

Alamat : No. D22-A-Gb Jalan Borneo, 93100, Off Jalan Tunku Abdul

Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Nombor Telefon : 082-888888

Nombor Fax : 082-999999

Emel : Edukboutique@Gmail.Com

Laman Web : Http.//Www.Eduk.com..my

Bentuk Perniagaan : Perkongsian

Modal : Rm 400 000

Tarikh : 18 Januari 2016

Nombor Pendaftaran : A-805162

Masa Operasi :

Hari Waktu Mula Waktu Berakhir

Ahad Cuti Cuti

Isnin-Jumaat 9.30 Pagi 5.00 Petang

Sabtu 8.30 Pagi 12.30 Tengahari

Jika pelanggan perlu membuat temujanji dengan perunding pada hari Ahad yang mana adalah
hari cuti bagi butik ini, pihak Butik Eduk Collections akan mengaturkan temujanji. Butik
Eduk Collections sangat mengutamakan keselesaan pelanggan dan akan cuba memenuhi
citarasa pelanggan.

4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

3|Page
Nama Pemilik : Rolynfica Beatrice Binti Isiew
No. Kad Pengenalan : 990910-13-5832
Alamat : Kampung Medong, 96300 Dalat
No. Telefon (Hp) : 017 855 4792
No. Telefon Butik : 082-88888
No. Faks : 082-99999
Umur : 24 Tahun
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Dalam Pengurusan
Perniagaan
Pengalaman : Pernah bekerja di salah sebuah butik pengantin tempatan
sebagai perancangan majlis perkahwinan dan menjadi salah
sebuah butik di Kuching
Kemahiran :Mereka fesyen pakaian pengantin tradisional dan moden dan
mahir dalam rekaan pelamin pengantin, menjahit dan dalam
bidang pengurusan butik pengantin.

Nama Pemilik : Nur Azmina Binti Mahden


No. Kad Pengenalan : 990505-13-5636
Alamat : Kampung Balan, Hilir, 96300 Dalat.
No. Telefon (Hp) : 012-8902955
No. Telefon Butik : 082- 88888
No. Faks : 082- 99999
Umur : 24 Tahun
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Reka Bentuk Fesyen
Pengalaman : Pernah berkerja di Butik Henandez yang terkemuka di Kota
Paris sebagai penyelidikan kostum selama setahun dan
mengikuti latihan dan pengalamaan lain yang merupakan
sebahagian daripada aktiviti kurikulum.
Kemahiran : Mereka baju mengikuti imaginasi pelanggan inginkan.
Mereka busana pengantin moden mahupun tradisional, mahir
menjahit dan mengurus butik.
5.0 RUMUSAN EKSEKUTIF

4|Page
Rancangan perniagaan ini disediakan adalah sebagai garis panduan kepada pengusaha
untuk menguruskan Butik Eduk Collections. Hal ini kerana, rancangan perniagaan akan
menceritakan dengan lebih jelas tentang misi, matlamat dan objektif sesebuah perniagaan.
Usahawan boleh menjadikan rancangan perniagaan sebagai garis panduan dalam menetukan
hala tuju perniagaan serta bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu,
rancangan perniagaan juga bertujuan member kemudahan kepada pelanggan. Rancangan
perniagaan ini menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pengemar pakaian tradisional dan
busana bagi raja sehari tentang pakej-pakej raja sehari yang ditawarkan oleh Butik Eduk
Collections kepada pasangan raja sehari.
Pemilik bagi Butik Eduk Collections ialah Rolynfica Beatrice Binti Isiew yang
berumur 24 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Dalam Pengurusan Perniagaan di
Universiti Malaya. Beliau pernah bekerja sebagai pengurus butik di butik pengantin
professional di ibu Negara. Rakan kongsi beliau pula adalah Nur Azmina Binti Mahden yang
berumur 24 tahun dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Reka Bentuk Fesyen di
Art College of France Paris. Beliau pernah bekerja sebagai penyelidik kostum di Kota Paris
di bawah satu organisasi yang berjaya di sana. Tambahan pula, beliau juga mengikuti aktiviti
penyelidikan kostum yang mana merupakan aktiviti kurikulum di kolej tersebut. Disebabkan
kemahiran kami dalam bidang fesyen dan mengurus butik amat baik kami telah membuat
keputusan dengan membuka Butik Eduk Collections bagi memperkembangkan bakatnya.
Butik Eduk Collections mempunyai 15 orang kakitangan. Lima pengurus utama Butik Eduk
Collections tidak termasuk pengurus besar iaitu pengurusan pentadbiran, pengurus operasi,
dan pengurus kewangan.
Pengusaha Butik Eduk Collections menggunakan modal sendiri bagi memulakan
perniagaannya. Kami menggunakan modal sebanyak RM 400,000. Kami menggunakan
modal tunainya sebanyak RM 387,600 serta beberapa assetnya yang lain. Selain itu, kami
juga menggunakan sebanyak RM 12,400 bagi membeli mesin jahit, mesin kelim, mesin tebuk
lubang butang dan mesin sulam serta beberapa alatan yang lain.

Perniagaan yang dijalankan oleh Butik Eduk Collections ialah perkhidmatan secara
perundingan. Mereka amat memfokuskan perkhidmatan secara rundingan bagi mendapatkan
gambaran sebenar tentang apa yang pelanggan inginkan. Selain itu, Butik Eduk Collections
5|Page
juga mempunyai slogan iaitu “Impian Anda Kepentingan Kami”. Slogan berkenaan amat
menitikberatkan tentang kepuasan pelangan tentang perkhidmatan dan produk yang
disediakan . Antara pakej bagi pasangan pengantin adalah Pakej Pertunangan, Pakej Bahagia
dan Pakej Ratu serta Butik Eduk Collections juga menyediakan Pakej Outdoor bagi pasangan
yang mahukan kelainan. Pakej Outdoor menawarkan Pakej Sri Tanjung, Pakej Seri Mahligai
Dan Pakej Seri Singgahsana.
Sepanjang 1 tahun lebih Butik Eduk Collections beroperasi, jualan butik berkenaan
bertambah kerana terdapat banyak promosi dan pakej yang ditawarkan kepada pelanggan.
Pengusaha berpendapat mewujudkan pelbagai jenis pakej menyebabkan pelanggan
mempunyai pelbagai pilihan. Oleh yang demikian, keuntungan Butik Eduk Collections juga
semakin bertambah.
Pesaing-pesaing bagi butik pakaian tradisional dan baju pengantin seperti Butik Eduk
Collections agak banyak tetapi Butik Eduk Collections tetap menjadi pilihan nombor satu
penduduk di kawasan tersebut. Hal ini kerana, kreativiti mereka agak kertinggalana dan
menyebabkan kegagalan dalam memenuhi kehendak dan kemahuan pelanggan. Berlainan
pula dengan Butik Eduk Collections yang banyak menghasilkan idea kreatif lagi segar bagi
pasangan yang raja sehari. Malah, bagi memastikan permintaan pelanggan dapat dipenuhi
Butik Eduk Collections selalu melakukan penyelidikan pemasaran dan promosi tentang
berkembangan reka bentuk terkini serta cita rasa terkini bagi pelanggan.

6|Page
6.0 DESKRIPSI PERNIAGAAN

Pesaing utama bagi perniagaan Butik Eduk Collections adalah Butik Latip’s
Collections kerana Butik Latip’s Collections mempunyai kekuatan dari segi keluaran produk
di sebalik kelemahan yang dimiliki adalah seperti berikut:

Kelebihan dan kelemahan Perniagaan / Produk Berbanding dengan Pesaing


Kelebihan Kelemahan
 Mempunyai servis Penghantaran  Kekurangan tenaga pekerja
 Harga berpatutan  Butik Agak sempit
 Promosi yang cukup meluas  Khidmat Penghantaran kurang aktif
 Mempunyai pasaran yang luas di
Semenanjung Malaysia -

 Di samping itu, Butik Eduk Collections juga mendapati Butik Latip’s Collections
mempunyai ciri-ciri sama dengan butik kami iaitu mengeluarkan pakaian dan
pakej pengantin yang khusus di untuk keluaran di Kuching.
 Mempromosikan pakaian dan pakej pengantin melalui iklan, radio, surat khabar,
dan risalah.

Jadual 6.1 Menunjukkan tentang penerangan mengenai ciri- ciri produk yang dikeluarkan.
CIRI-CIRI PRODUK YANG DIHASILKAN
Jenis produk/ perkhidmatan  Mempunyai pelbagai pakej baju tradisional dan
7|Page
yang ditawarkan pakej baju pengantin seperti:
 Baju Melanau
 Baju Kenyah
 Baju Kadayan
 Baju Iban
 Baju Orang Ulu
 Pakej Pertunangan
 Pakej Ratu
 Pakej Bahagia
 Pakej Outdoor seperti:
1) Pakej Seri Tanjung
2) Pakej Seri Mahligai
3) Pakej Seri Singgahsana
Harga seunit  Baju Melanau+ Aksesori (RM 2500)
 Baju Kenyah (RM 200)
 Baju Kadayan (RM 250)
 Baju Iban+ Aksesori (RM 3000)
 Baju Orang Ulu (RM 300)
 Pakej Pertunangan (RM 3000)
 Pakej Ratu (RM 3000)
 Pakej Bahagia (RM 4000)
 Pakej Outdoor seperti:
1)Pakej Seri Tanjung (RM 2000)
2)Pakej Seri Mahligai (RM 5000)
3)Pakej Seri Singgahsana (RM 7000)

6.2 Lokasi Syarikat

8|Page
Kami
disini

7.0 RANCANGAN PENGELUARAN

9|Page
7.1 Proses Pengeluaran
a) Input
 Pembekal akan menghantar stok setelah mendapat pesanan daripada pengurus operasi.
Pekerja akan membuat angkutan masuk stok setelah pesanan dibuat melalui surat
tanya dan surat tempahan
 Pengurus operasi akan membayar deposit kepada pembekal setelah menerima stok.
 Pengurus Operasi akan membuat pemeriksaan bagi memastikan barang dalam
berkeadaan baik.
 Pekerja am akan memindahkan barangan yang siap ke dalam bilik pameran untuk
diperagakan.

b) Proses Transformasi
 Pelanggan datang ke butik mengadakan berbincangan dan membuat pilihan ke atas
produk yang ingin ditempah.
 Pelanggan yang membuat keputusan untuk menempah pakaian akan berbincang
dengan pengurus perkahwinan untuk mengetahui rekaan dan tema yang diinginkan.
 Tukang jahit akan mula menjahit setelah mendapat bentuk yang diinginkan oleh
pelanggan.

c) Output
 Eksekutif pemasaran akan menyusun atur pakaian yang telah sipa dijahit dan akan
dipamerkan dalam bilik pameran.
 Pelanggan akan datang sekali lagi untuk mencuba pakaian dan boleh memberi komen
jika ingin diperbaiki.
 Produk akhir iaitu pakaian yang telah disesuaikan dengan selera pengantin akan
disiapkan dua minggu sebelum majlis berlangsung.

7.2 Carta Alir Proses

Angkutan masuk stok setelah pesanan dibuat terlebih dahulu.


10 | P a g e
Pemeriksaan barangan dibuat bagi memastikan barangan dalam
keadaan yang baik

Barangan yang telah siap disimpan dalam stor .

Barangan yang telah siap disimpan di dalam stor.

Pelanggan datang dan membuat pilihan pakej serta pakaian


pengantin sama ada mahu ditempah, disewa atau dibeli.

Mendapat maklumat dan keterangan daripada pelanggan.

Pelanggan akan menunggu untuk beberapa tempoh untuk


menyedia dan menyiapkan pesaanan yang diinginkan.

Menerima bayaran daripada pelanggan setelah majlis selesai.

11 | P a g e
Petunjuk :

Simbol Keterangan

Pengangkutan

Pemeriksaan

Simpanan

Operasi

Menunggu

12 | P a g e
7.3 Jenis-jenis mesin jahit yang digunakan.

Jenis Mesin Jahitan Harga (RM) Bilangan Jumlah Harga (RM)

Mesin jahit 1400 3 4200

Mesin Kelim 1350 2 2700

Mesin Tebuk Lubang 1300 2 2600


Butang

Mesin Sulam 1450 2 2900

Jumlah 12,400

13 | P a g e
8.0 RANCANGAN PEMASARAN

8.1 Perkhidmatan Yang Disediakan


Butik Eduk Collections menawarkan perkhidmatan rundingan yang amat mesra
pelanggan. Kebanyakkan pelangga amat berpuas hati dengan layanan dan barangan daripada
Butik Eduk Collections. Kelebihan Butik Eduk Collections ialah menyediakan perkhidmatan
gubahan hantaran kepada pasangan raja sehari. Kebanyakkan butik yang terdapat di Kuching
tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian.
Antara pakej yang ditawarkan oleh Butik Eduk Collections ialah pakej Pakej Ratu,
Pakej Bahagia, Pakej Pertunangan. Bagi menarik perhatian bakal pelanggan Butik Eduk
Collections telah mencipta konsep outdoor. Pakej outdoor menawaran Pakej Seri Tanjung,
Pakej Seri Mahligai Dan Pakej Seri Singgahsana. Hal ini berikutan dengan cita rasa
pelanggan yang sentiasa mengikut peredaran masa.
Pelanggan bukan sahaja berpuas hati terhadap layanan Butik Eduk Collections, malah
mereka juga amat berpuas hati dengan pakaian pengantin dan baju tradisional yang mereka
tempah. Hal ini kerana, jahitannya kemas dan selesa dipakai. Pereka daripada Butik Eduk
Collections amat menitikberatkan reka bentuk yang dimahukan oleh pelanggan. Baju yang
telah siap dijahit akan dibungkus dengan plastik lut sinar untuk memudahkan ia dibawa dan
diteliti oleh pasangan bagi menggelakkan sebarang kesalahan atau kesilapan.

14 | P a g e
8.2 Sasaran Pasaran
Sasaran pasaran bagi Butik Eduk Collections tertumpu kepada penduduk di sekitar
Kuching dan beberapa kawasasn sekitar Mukah. Permintaan pelanggan yang di luar kawasan
Bandar Kuching juga mendapat sambutan yang hangat. Hal ini kerana, Butik Eduk
Collections pernah mengendalikan majlis perkahwinan beberapa orang anak tokoh koporat di
Kuala Lumpur dan beberapa buah negara Asia. Ia menyebabkan imej dan nama Butik Eduk
Collections meningkat naik. Yang menariknya Butik Eduk Collections ini mengetengahkan
pakaian tradisional kepada bakal pasangan raja sehari yang berbilang kaum di negeri ini.
Kawasan Mukah merupakan kawasan yang mempunyai ramai penduduk. Malah, ia
juga dikenali sebagai pusat bandar kerana terdapat pelbagai kemudahan asas dan kemudahan
infrastruktur. Malah, Mukah juga berdekatan dengan Bandar Bintulu, Sibu, Miri dan Kuching
yang mana merupakan kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai dan mempunyai taraf
kehidupan yang sederhana dan tinggi.
Sasaran pasaran Butik Eduk Collections tertumpu di sekitar Sarawak, Kuala Lumpur
dan Selangor. Malah, terdapat juga permintaan daripada luar negara. Butik Eduk Collections
akan mempertimbangkan dahulu dari segi masa dan bayaran. Butik Eduk Collections
acapkali mendapat permintaan daripada kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

15 | P a g e
8.3 Promosi
Butik Eduk Collections menjalankan promosi secara agresif bagi meningkatkan imej
butik serta memaksimumkan keuntungan bagi mencapai objektif dan matlamat yang
ditetapkan.
Butik Eduk Collections menawarkan Pakej Ratu, Pakej Bahagia dan Pakej
Pertunangan serta Butik Eduk Collections juga menyediakan pakej Outdoor bagi pasangan
yang mahukan sedikit kelainan. Pakej Outdoor menawarkan Pakej Seri Tanjung, Pakej Seri
Mahligai dan Pakej Seri Singgahsana. Pakej yang disediakan merupakan salah satu promosi
bagi menarik minat pelanggan.
Bagi menarik minat pelanggan, Butik Eduk Collections mewujudkan promosi
keahlian untuk pelanggan yang selalu berurusan dengan mereka. Ahli diberikan keistimewaan
seperti potongan harga, barangan percuma serta cabutan bertuah. Ini kerana biasanya bakal
pengantin akan bermua dengan majlis pertunangan dan diikuti dengan majlis perkahwinan.
Oleh itu, Butik Eduk Collections akan memastikan pelanggan yang mengambil pakej
pertunangan akan terus berminat dan serta untuk mengambil pakej perkahwinan.
Butik Eduk Collections melakukan promosi melalui media sosial dan media cetak.
Malah, Butik Eduk Collections , telah mewujudkan laman web sendiri
Http.//www.Eduk.Com.My bagi memberikan maklumat terbaru kepada pelanggan tentang
keluaran pakaian pengantin dam rekaan terbaru pelamin. Butik Eduk Collections selalu
berinteraksi dengan pelanggan melaui laman facebook (Eduk Collections), dan instagram
iaitu( Butik Eduk Collections). Setiap komen dan cadangan yand diberikan oleh pelanggan
akan diambil kira.

Butik Eduk banyak menggunakan khidmat pengiklanan didalam radio, media cetak
seperti majalah-majalah berkaitan perkahwinan, meletakkan kain rentang di lokasi strategik
dan mengedarkan risalah. Hal berkenaan banyak membantu Eduk Collections untuk berdiri
dengan lebih kukuh. Setiap promosi yang dijalankan mendatangkan keuntungan yang banyak
kepada Butik Eduk Collections. Malah , Butik Eduk Collections juga menawarkan potongan
harga bagi pasangan yang melangsungkan majlis di dalam cuti sekolah.

16 | P a g e
8.4 Pesaing
Butik Eduk Collections mempunyai banyak pesaing tetapi Butik Eduk Collections
amat memberikan impak yang besar kepada Butik Eduk Collections. Hal ini kerana, Butik
Latip’s Collections menawarkan pakej yang hampir sama dengan pakej yang terdapat di
Butik Eduk Collections
Perbezaan yang ketara antara Butik Eduk Collections dengan Butik Latip’s
Collections ialah harga pakej yang ditawarkan. Butik Eduk Collections menawarkan harga
lebih rendah berbanding Butik Latip’s Collections. Selain itu, Butik Latip’s Collections tidak
menyediakan perkhidmatan gubahan hantaran kepada pelanggan.
Butik Latip’s Collections sudah lama bertapak dan sudah dikenali ramai. Malah, butik
tersebut juga menjalankan promosi secara besar-besaran dan meluas. Antaranya, Butik
Latip’s Collections pernah disiarkan dalam Program Wanita Hari Ini. Akan tetapi, Butik
Latip’s Collections mempunyai banyak kelemahan seperti tiada servis penghantaran. Malah,
butik tersebut memberi layanan buruk kepada pelanggan. Harga pakej yang ditawarkan di
Butik Latip’s Collections jauh lebih tinggi daripada Butik Eduk Collections.

17 | P a g e
8.5 Ramalan Jualan

Bulan Jualan (RM)*


1 28500
2 27000
3 25500
4 21000
5 34500
6 27000
7 19500
8 30000
9 27000
10 33000
11 42000
12 45000
Jumlah Tahun 1 360,000
Jumlah Tahun 2 370,000
Jumlah Tahun 3 378,216

Jualan akan dijangka meningkat sebanyak 3% pada tahun pertama, pada tahun kedua
ia akan meningkatkan sebanyak 12% berdasarkan keberkesanan promosi yang
dijalankan oleh Butik Eduk Collections.

18 | P a g e
9.0 RANCANGAN ORGANISASI

Setiap ahli dalam sesebuah organisasi perlu memainkan peranan tersendiri dan
organisasi ini amat mementingkan etika intergriti. Butik Eduk Collections mempunyai 15
tenaga pekerja yang membantu melancarkan perjalanan butik tersebut. Dengan adanya 5
orang pengurus utama yang berpegetahuan luas mengenai selok belok dunia peniagaan dan
peragaan tidak menyukarkan perjalanan butik. Pengurus besar Eduk memainkan peranan
penting yang mana akan betanggungjawab untuk mengurus dan memimpin perniagaanya ke
arah hala tuju yang ingin dicapai dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Pengurus
pentadbiran bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal pentadbiran mengenai butik.
Seterusnya adalah pengurusan operasi yang akan mereka pakaian tradisional dan pakaian
pengantin berdasarkan permintaan pelanggan. Manakala, pengurus pemasaran pula akan
mengkaji dan menilai pasaran yang akan memberikan pulangan pasaran yang besar.
Pengurusan kewangan akan menguruskan perbelanjaan syarikat serta akaun syarikat.
Di samping itu, Eksekutif pemasaran bertanggungjawab untuk mengtatahias bilik
pameran baju-baju yang mana akan menarik minat para pelanggan yang berkunjung ke butik.
Selain itu, Tukang jahit merupakan antara orang yang terpenting di dalam Butik Eduk
Collections kerana mereka akan menjahit pakaian mengikut kriteria yang diinginkan oleh
para pelanggan. Manakala bagi Pengurus perkahwinan pula ia bertanggungjawab untuk
memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang diimpikan oleh pasangan
pengantin. Khidmat jurugambar turut disertakan sekali dan ia akan bertanggungjawab
merakam setiap detik kenangan yang terindah pasangan tersebut.
Bagi meningkatkan lagi kualiti hasil rekaan, setiap pekerja di dalam Butik Eduk
Collections akan diberi latihan selama 6 bulan bagi meningkatkan lagi produktiviti mereka
lebih kreatif dan lebih bernas. Latihan tersebut akan diberikan oleh pekerja butik itu sendiri.
Malah mereka mengamalkan konsep Mentor Mentee. Pekerja senior akan mengajar pekerja
junior mengikut bidang masing-masing.
Butik Eduk Collections amat menjaga kebajikan pekerjanya. Pengusaha butik tersebut
menyatakan bahawa pekerja merupakan salah satu asset syarikat yang terpenting. Oleh itu,
beliau akan melakukan yang terbaik bagi memastikan para pekerjanya sentiasa selesa.
Selain itu, beliau selalu juga selalu mendengar pandangan daripada pekerja bawahan.
Butik Eduk Collections mengamalkan konsep terbuka dimana pekerja dibenarkan untuk
memberikan pandangan dan pendapat di dalam mesyuarat. Setiap pekerja butik dikenakan

19 | P a g e
potongan KWSP sebanyak 12%. Gaji pekerja Butik Eduk Collections dibayar tepat pada
masanya. Antara contoh gaji yang diberikan kepada pekerja.

Jawatan Bil. Gaji/Upah Bulanan KWSP 12% JUMLAH (RM)


(ORG) (RM) (RM)
Pengurus Besar 2 2000 240 11 000
Pegurus 1 2000 240 3500
Pentadbiran
Pengurusan 1 1800 216 2800
Operasi
Pengurus 1 1500 180 2800
Pemasaran
Pengurusan 1 1400 168 2800
Kewangan
Jumlah 22 900

Jadual 9.0 Menunjukkan tentang imbuhan gaji dan ganjaran

20 | P a g e
10.0 RANCANGAN KEWANGAN

10.1 Kos Pelaksanaan Projek

BIL KOS PROJEK JUMLAH

1 ASET TETAP
Alatan Pejabat 600
Perabot 1000
Kelengkapan 4000
Papan Tanda 2000
Mesin Jahit 4200

Mesin Kelim 2700


Mesin Sulam 2600

Mesin Tebuk Lubang 2900


Van 20 000

JUMLAH 50 000
2. ASET SEMASA

Pendahuluan Sewa 3500


Belanja Pra-Operasi 15000

JUMLAH 18500
3. LAIN-LAIN BELANJA

Gaji 64 512
Alatan Bahan 30 000

Kad Perniagaan 200


Lesen Perniagaan 1300

Risalah 1000
Petrol 2000

JUMLAH 99 012
JUMLAH KESELURUHAN 167 512

10.2 Sumber Pembiayaan

21 | P a g e
BIL PERKARA FAEDAH TEMPOH JUMLAH BAYARAN
FAEDAH
SETAHUN

1. Modal Sendiri - - RM 200, 000 -

JUMLAH - - RM 200, 000 -

10.3 SEWA BELI ATAU SEWA PAJAK GADAI [Kalau Ada Aset]

Nama Aset : Van

Nama Pemilik : Maybank Berhad

Harga Tunai : RM 100 000

Bayaran Deposit : RM 20 000

Jumlah Pembiayaan : RM 96 800

Tempoh Sewa Beli : 7 Tahun

Kadar Bunga : 3% Setahun

Tahun Bayaran bulanan Jumlah bayaran Jumlah bayaran Baki pinjaman


tahunan terkumpul

1 1152.38 13 828.56 13 828.56 82 971.44

2 1152.38 13 828.56 27 657.12 69 142.88

3 1152.38 13 828.56 41 485.68 55 314.32

4 1152.38 13 828.56 55 314. 24 41 486. 76

5 1152.38 13 828.56 69 142. 80 27 657.20

6 1152.38 13 828.56 82 971. 36 13 828. 64

7 1152.38 13 828.56 96 800. 00 0.00

11.0 PENUTUP

Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan yang telah dibentangkan,


perniaga amat mendapati bahawa Butik Eduk Collections hampir menjadi sebuah butik yang

22 | P a g e
lengkap dengan pakej- pakej menarik. Selain itu, peniaga juga yakin bahawa perniagaan yang
diceburi ini akan memberi pulangan yang meguntungkan. Unjuran-unjuran yang dibuat untuk
tahun pertama operasi selepas mendapat pebiayaan adalah konservatif kerana mengambil kira
faktor perniagaan masih diperingkat awal. Perniaga telah membuat kajian dan perancangan
yang sistematik bagi membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian,
perniagaan Eduk Collections amat optimis, yang perniagaan ini amat berdaya saing dan
mampu berkembang di masa hadapan. Akhir sekali, perniagaan ini dijangka mempunyai
potensi untuk maju kerana tidak ramai usahawan bumiputera yang berani menceburi bidang
perniagaan ini.

LAMPIRAN
Antara pakej baju pengantin :

23 | P a g e
Antara pakej pelamin

24 | P a g e

You might also like