You are on page 1of 1

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan perkara yang sangat serius iaitu penularan virus COVID-19

yang telah meragut beribu nyawa dan menular di serata dunia. Virus ini mula dikesan pada bulan
Disember 2019, apabila virus ini telah menyebabkan kematian di daerah Wuhan, China. Penularan virus
ini yang begitu cepat ke serata dunia telah mendatangkan pelbagai impak negative kepada sesebuah
negara dan kepada dunia terutamanya. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita Malaysia yang turut
terkena tempias virus ini disebabkan virus ini mudah untuk menjangkiti orang. Oleh itu, keputusan
Perdana Menteri kita yang mengarahkan untuk mengadakan perintah kawalan pergerakan di negara kita
adalah sangat bagus bagi mengurangkan penularan wabak virus ini kerana Malaysia masih berada di
tahap awal jangkitan COVID-19. Dengan itu, kemunculan COVID-19 sudah pasti dapat memberikan kesan
terhadap masyarakat dan negara.

Kesan pandemik COVID-19 kepada masyarakat dan negara Malaysia ialah virus ini telah
menjejaskan tahap kesihatan penduduk negara Malaysia. Oleh sebab tahap kesihatan masyarakat
terjejas, maka banyak perkara yang dihalang kerajaan bagi mengekang penularan virus COVID-19 ini.
Contohnya perintah kawalan pergerakan yang dimana rakyat hanya boleh keluar rumah atas sebab-
sebab yang penting seperti membeli barang keperluan seharian.

You might also like