You are on page 1of 4

TAJUK MESYUARAT : MESYUARAT JAWATANKUASA BANTUAN

SESI PERSEKOLAHAN 2021

Bilangan Mesyuarat : BILANGAN 1/2021


Tarikh : 25.01.2021
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Tanjong Belanja

Hadir :

01. Pn. Hjh. Nor’aini bt. Kassim - Guru Besar


02. Pn.Anisah Azian bt Mohamad Yusub - PK HEM/Pengerusi Majlis
03. En. Muhammad Zahidi b. Mat Idin - PK Pentadbiran
04. En. Abu Hasan b. Mohamad - PK Ko-Kurikulum
05. Pn. Noorulhuda bt Abdul Rahim - JK Biasiswa/KWAMP/MAIPk
06. En. Yazali b. Yusoff/ En. Norizan b. Yusof - JK Ops Bantuan
07. Pn. Wan Sariza bt. Mohd Rethuan -JK SPBT
08. Pn. Nur ‘Aifaa bt. Mohd Nor - JK RMT
09. Pn. Siti Fatimah bt. Osman - JK Susu Sekolah

AGENDA

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru
yang hadir ke Mesyuarat Bantuan kali 1/2021.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk memaklumkan
kepada semua ahli jawatan kuasa tentang pemilihan murid yang layak menerima
bantuan berdasarkan kelayakan pendapatan ibu bapa murid serta lain-lain
perkara yang berkaitan.
1.4. Seterusnya mengingatkan bahawa guru-guru bantuan perlu kenal pasti murid
yang mempunyai sebarang masalah untuk diberi bantuan mengikut kelayakan.
2.0 UCAPAN PENGHARGAAN / TAHNIAH
2.1 Pengerusi mewakili semua ahli mesyuarat mengucapkan dan menyampaikan
penghargaan serta tahniah kepada semua JK Bantuan Sekolah yang telah
bertindak sebagai urusetia dalam memastikan kelancaran perlaksanaan
bantuan bagi sesi persekolahan 2020 yang lalu.
2.2 Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua pihak
yang turut sama menjalankan tugas-tugas pemberian bantuan bagi sesi
persekolahan tahun 2021.
2.3 Program-program bantuan yang telah dilaksanakan perlu penambahbaikan dan
perlu diperbanyakkan dalam memastikan objektif yang disasarkan dapat dicapai
dengan lebih cemerlang tahun ini.
2.4 Penambahbaikan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan bantuan peringkat
sekolah juga diperlukan untuk kelancaran perjalanan program bantuan bagi sesi
persekolahan 2021.

3.0 PEMBENTANGAN LAPORAN


3.1. BANTUAN KWAMP/MAIPk
3.1.1 Pengerusi telah memaklumkan bahawa setelah dibuat pemilihan murid
yang layak menerima bantuan KWAMP seramai 58 orang berdasarkan
syarat yang telah ditentukan iaitu pendapatan isi rumah sebanyak
RM960.00 dan perkapita adalah RM244.00. 49 orang murid dibuat
pemilihan melalui sekolah dan 9 orang murid mendapat bantuan e-
kasih. Hasil daripada analisa murid yang layak menerima KWAMP/E-
KASIH 2021 adalah seperti berikut:

Tahun 1 5 orang murid


Tahun 2 11 + 1 orang murid
Tahun 3 8 + 1 orang murid
Tahun 4 9 + 2 orang murid
Tahun 5 3 + 1 orang murid
Tahun 6 9 + 4 orang murid
Pendidikan Khas 4 orang murid

3.1.2 Pemilihan JK Bantuan 2021 ini akan disahkan oleh Guru Besar dan
murid yang layak akan diberikan borang setuju penerimaan .

4.2 BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN


4.2.1 Pengerusi memaklumkam bahawa bahawa pemilihan murid penerima
bantuan awal persekolah (BAP) sesi persekolahan 2021 adalah
berdasarkan syarat yang telah ditentukan iaitu pendapatan isi rumah
RM3000.00 ke bawah. Seramai 105 orang murid layak mendapat
bantuan ini.

4.3 OPS BANTUAN


4.3.1 Seterusnya seramai 18 orang murid telah menerima bantuan daripada
MAIPk melalui program Ops Bantuan. Guru bantuan telah
menghubungi pihak MAIPk untuk mendapatkan senarai nama murid
yang layak.
4.3.2 Seterusnya terdapat 8 orang pelajar telah mendapat bantuan pakaian
seragam sekolah melalui pihak NGO / Adun Belanja melalui Program
Seronok Ke Sekolah.
4.3.3 Pengerusi berharap agar JK Bantuan yang dilantik bagi sesi
persekolahan 2021 dapat melaksanakan tanggungjawab berdasarkan
panduan yang telah dinyatakan

4.4 RMT / PSS


4.4.1 Pengerusi memaklumkan pemilihan murid penerima RMT bagi sesi
persekolahan 2021 adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan
iaitu pendapatan isi rumah sebanyak RM604.00 dan perkapita adalah
RM151.00 ( miskin tegar ). Hasil daripada analisa murid yang layak
menerima RMT/PSS adalah seperti berikut :

Tahun 1 4 orang murid


Tahun 2 9 orang murid
Tahun 3 9 orang murid
Tahun 4 10 orang murid
Tahun 5 2 orang murid
Tahun 6 11 orang murid
Pendidikan Khas 15 orang murid
Jumlah 60 orang murid

4.4.2 Seterusnya memaklumkan tentang agihan susu sesi 2020 telah selesai
diberi kepada semua penerima PSS.

4.5 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


4.5.1 Semua murid telah membuat pemulangan buku teks tahun 2020.
4.5.2 Agihan buku teks sesi persekolahan 2021 telah dibuat mengikut SOP
yang ditetapkan. Semua murid tahun 1 hingga 6 telah menerima buku
teks lengkap.
4.5.3 Manakala murid bukan warganegara dikehendaki membeli buku teks
sendiri ( tidak mendapat bantuan buku teks KPM ).
4.5.4 Penyelaras SPBT telah menghadiri taklimat Pra Pesanan Buku Teks
2022 secara dalam talian.
4.5.5 Pesanan buku teks dan buku aktiviti sesi 2022 telah dibuat melalui laman
web e-spbt.

4.6 HAL – HAL LAIN


4.6.1 Pengerusi meminta sekali lagi jasa baik semua AJK Bantuan sesi
2021
agar dapat memberi kerjasama dalam menjalankan tugas dengan
sewajarnya.
PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap agar
jawatankuasa bantuan menjalankan tugas dengan ikhlas hati. Mesyuarat ditangguhkan pada
jam 10.30 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.................................................. ..............................................................
( NOORULHUDA BT ABD RAHIM ) ( ANISAH AZIAN BINTI MOHAMAD YUSUB )
SETIAUSAHA BANTUAN, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK. Tanjong Belanja. SK. Tanjong Belanja.

Disahkan Oleh :

...................................................
( HAJAH NOR’AINI BINTI KASSIM )
GURU BESAR,
SK. Tanjong Belanja.

You might also like