You are on page 1of 2

Malaysia Makin Maju

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 etnik. Antaranya
ialah Melayu, China, India, Kadazan-dusun, Iban dan sebagainya. Dengan penduduk yang
pelbagai budaya ini, Malaysia boleh menjadi semakin maju dengan bekerjasama dan bersatu
padu walaupun berlainan kaum. Malaysia sudah banyak mencapai kemajuan. Baik dari segi
perekonomian, pembangunan, pengentasan kemiskinan hingga penyediaan peluang
pekerjaan. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia
merupakan suatu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur
di negara kita. Agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita
dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa
mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang
baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

Secara umumnya, Malaysia telah berubah sama sekali dari sebuah negara miskin dan
pertanian menjadi negara moden dan penuh bangga kerana kemajuan pesat yang dicapai.
Bilangan penduduk, umpamanya telah meningkat lebih daripada dua pertiga daripada 7.4
juta pada tahun 1957 hingga 13.7 juta pada tahun 1980 dan 26.1 juta pada tahun 2005.
Bilangan penduduk negara Malaysia lebih ramai dari penduduk Australia dan New Zealand.
Disamping itu, pelancaran kereta Proton pada mulanya tidak dipersetujui oleh pelbagai
pihak, termasuklah golongan akademik. Namun usaha itu terus berjaya apabila Tun Abdul
Razak menganjurkan Dasar Ekonomi Baru untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat dan
keadaan tidak seimbang antara kaum.

Selain itu, Malaysia juga merupakan sebuah negara dikelilingi oleh lautan luas,
dirangkumi oleh hutan hujan tropika. Oleh itu, tidak hairanlah negara kita terdapat tempat
pelancongan yang menarik. Selepas kemerdekaan, pelbagai tempat pelancongan yang
mempunyai pemandangan yang indah, udara yang segar telah diwujudkan untuk menarik
pelancong asing untuk dating melancong di Malaysia agar nama baik negara kita dapat
ditingkatkan. Disamping itu, Malaysia juga terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang
mampu dikekalkan oleh kerajaan hingga kini dan telah menarik ramai pelancong asing
dating ke negara kita setiap tahun. Setiap tahun, kerajaan berusaha untuk membaiki tempat
bersejarah dengan mengukuhkannya tanpa mengubah kecorakan dan kelihatan asalnya.
Usaha ini membawa hasil lumayan kepada negara kita. Pelbagai pencapaian dan
pengiktirafan telah didapatkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia yang membuktikan
perkembangan negara kita dalam bidang pelancongan.
Sebelum kemerdekaan, British telah mengamalkan dasar pecah dan oerintah dengan
menentukan bidang ekonomi mengikut kaum contohnya, India bertumpu di kawasan ladang
getah, orang Melayu sebagai petani dan orang Cina sebagai peniaga. Ini telah
mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu tidak dapat berkembang dan mewujudkan kadar
kemiskinan yang tinggi di kawasan luar bandar. Selepas kemerdekaan Malaysia telah berjaya
memajukan ekonomi dengan usaha berterusan yang penuh dengan semangat kegigihan dan
kecekalan. Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang
melambangkan negara kita telah dibina iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar
Petronas dan sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada teknologi moden telah
menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.

You might also like