You are on page 1of 9

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SPM 2015

SEJARAH
Kertas 1
Mei
1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.
4. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan jawapan anda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
1 Rajah berikut merujuk kepada tamadun Mesopotamia.

Berasal daripada bahasaYunani

Bermakna tanah di antara dua sungai

Sungai yang dimaksudkan ialah

I Sungai Hwang Ho
II Sungai Nil
III Sungai Tigris
IV Sungai Euphrates

A I dan II
B I dan IV
C II dan 111
D III dan IV

2 Maklumat berikut berkaitan dengan aspek kepercayaan dalam tamadun Hwang Ho.

Orang Cina percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya


terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi

Amalan tersebut berkaitan dengan

A Falsafah Taoisme
B Ajaran Confucianisme
C Konsep Feng Shui
D Konsep Yin dan Yang

3 Maklumat berikut merujuk kepada tamadun India.

Orang Aryan telah membawa satu budaya dan tahap


baru kepada masyarakat Lembah Indus

Tahap baru yang dimaksudkan dalam penyataan tersebut merujuk kepada

A ZamanVedik
B Zaman Gupta
C Zaman Mongol
D Zaman Maurya

4 Apakah kepentingan agora dalam tamadunYunani?

A Pusat ibadat
B Pusat ekonomi
C Kawasan pertanian
D Kawasan perlombongan

2
5 Maklumat berikut mengenai kerajaan awal di Asia Tenggara.

Menurut catatan I Tsing, pelabuhan Srivijaya mampu


menghasilkan kapal besar.

Pada pendapat anda, apakah yang cuba digambarkan oleh I Tsing


mengenai kerajaan Srivijaya?

A Sebuah kerajaan yang maju


B Sebuah kuasa maritim
C Mempunyai rakyat yang mahir
D Mempunyai ekonomi yang kukuh

6 Rajah berikut menunjukkan perubahan gelaran pemerintah dalam kerajaan awal di Asia
Tenggara.
Ketua Raja

Apakah faktor yang membawa kepada perubahan tersebut?

A Perluasan jajahan takluk


B Peningkatan jumlah penduduk
C Kemasukan pengaruh dari India
D Kemasukan pengaruh dari Arab

7 Merompak barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata
pencarian masyarakat Arab Jahiliah.

Mengapakah anggapan sedemkian berlaku?

A Eksploitasi golongan kaya


B Mementingkan keuntungan
C Kewajipan setiap individu
D Amalan assabiah

8 Nabi Muhammad s.a.w. telah memeterai Perjanjian Hudaibiyah walaupun kandungannya


kelihatan berat sebelah.

Apakah sifat yang paling sesuai diberikan kepada tindakan baginda tersebut?

A Fatanah
B Tabligh
C Amanah
D Siddiq

9 Mengapakah masyarakat Arab Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah?

A Wahyu Allah
B Pakatan membunuh baginda
C Ancaman orang Arab Quraisy
D Persengketaan sesama sendiri

3
10 Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

 Warkah
 Diplomasi
 Tidak memaksa memeluk Islam

Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam

A peperangan
B penyebaran Islam
C perletakan semula Hajarul Aswad
D mendamaikan suku Aus dan Khazraj

11 Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan Bani Abbasiyah.

X Golongan orang Islam yang menyokong Khalifah Ali bin Abu Talib

Apakah X?

A Janissari
B Syiah
C Khawarij
D Mawali

12 Dalam sistem perundangan kerajaan Bani Umaiyah, hakim mengenakan hukuman


berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunah dan ijmak yang lebih
mementingkan keadilan.

Apakah bukti keadilan seseorang hakim?

A Tidak mengira kedudukan seseorang


B Tidak menghukum golongan bangsawan
C Tidak bebas untuk menjatuhkan hukuman
D Mesti cenderung kepada aliran politik pemerintah

13 Perkampungan Ta Shih di Sumatera Utara merupakan perkampungan yang dibina oleh


pedagang dari

A China
B Arab
C India
D Mesir

14 Mengapakah pengislaman raja memainkan peranan penting dalam proses penyebaran


Islam di Asia Tenggara?

A Rakyat dikongkong oleh golongan pemerintah


B Kuasa mutlak yang dimiliki oleh golongan pemerintah
C Masyarakat Asia Tenggara amat mentaati pemerintah
D Kehidupan harian dikuasai oleh golongan pemerintah

4
15 Pendidikan tidak formal diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Apakah ciri pendidikan tersebut?

A Mengutamakan aspek keagamaan


B Memberi penekanan nilai murni
C Mempunyai tempoh masa pengajian
D Mempelajari kemahiran penulisan

16 Mengapakah pihak pemerintah Melaka mengenakan cukai terhadap kegiatan


perdagangan?

A Menjaga kepentingan pedagang tempatan


B Mengelakkan terlalu ramai pedagang asing berdagang
C Mengelakkan pedagang asing memungut keuntungan berlebihan
D Menjadi sebahagian daripada pendapatan kerajaan

17 Apakah aspek yang ditekankan oleh Gereja Katolik pada Zaman Pertengahan di Eropah?

A Pengukuhan institusi kekeluargaan


B Pembelajaran ilmu akhirat
C Penguasaan kemahiran teknologi
D Penerokaan wilayah baru

18 Pada tahun 1833, Akta Kilang telah digubal bagi melindungi kepentingan pekerja di Britain.

Antara penyataan berikut yang manakah berkaitan dengan akta tersebut?

A Penggunaa mesin ditegah


B Pengambilan buruh mahir dipertingkatkan
C Melarang kanak-kanak bawah umur sembilan tahun bekerja
D Melarang wanita bekerja di lombong arang batu

19 Pada tahun 1917, undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah mengasingkan


insurans nyawa daripada insurans

A kenderaan
B kesihatan
C kebakaran
D perkhidmatan

20 Apakah tujuan Land Settlement Order dikuatkuasakan di Sarawak pada tahun 1933?

A Memajukan kegiatan pertanian


B Membenarkan imigran memiliki tanah
C Melindungi tanah peribumi
D Memudahkan usaha membina kemudahan asas

21 Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15.

5
Kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula dengan penaklukan Melaka
oleh Portugis pada tahun 1511
Apakah yang mendorong kegiatan tersebut?

A Pengetahuan tentang pelayaran ke Timur khususnya ke Asia Tenggara


B Sikap ingin tahu orang Barat terhadap apa yang berlaku di Asia Tenggara
C Tanggungjawab untuk memerintah negara di Timur seperti Asia Tenggara
D Hasrat imperialisme Barat untuk menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara

22 Imperialisme Barat di Asia Tenggara pada awalnya untuk

A menguasai perdagangan rempah


B mendapat bekalan bahan mentah
C mendapat kawasan pasaran
D meluaskan tanah jajahan

23 Rajah 1 berkaitan dengan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.

X
Revolusi Perindustrian
Y
Rajah 1

Revolusi Perindustrian yang tercetus di Eropah telah menyebabkan imperialisme Barat di


Asia Tenggara.

X dan Y mungkin sekali

I pembukaanTerusan Suez
II penggunaan kapal wap
III keperluan terhadap bahan mentah
IV mencari kawasan pasaran baru

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24 Terdapat sesetengah imperialisme Barat yang berpegang pada slogan “tanggungjawab


menyebarkan tamadun”.

Mengapa mereka beranggapan sedemikian?

A Tamadun perlu disebarkan


B Tamadun Barat lebih tinggi
C Tamadun dunia bermula di Barat
D Tamadun bukan milik sebuah bangsa

25 Mengapakah sistem Encomienda sangat dibenci oleh rakyat Filipina?

I Kerahan tenaga
II Cukai yang tinggi
III Datu kehilangan kuasa
6
IV Mengkristiankan penduduk

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Apakah faktor berlakunya penentangan penduduk tempatan terhadap kuasa Barat di


Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19?

A Pembangunan sistem pengangkutan


B Pengenalan sistem telegraf
C Pengenalan sistem birokrasi Barat
D Penubuhan sistem pendidikan vernakular

27 Mengapakah Dol Said menentang British di Naning pada tahun 1831?

A Membebaskan penduduk yang ditahan


B Menolak arahan pembayaran ufti
C Pelaksanaan peraturan tanah
D Pengenalan budaya asing

28 Jadual berikut merujuk kepada pelaksanaan campurtangan British di Tanah Melayu.

Tahun Peristiwa
1874 Pengenalan Sistem Residen

Apakah kesan tindakan tersebut?

A Kehancuran sistem politik tradisional


B Kemajuan sistem perhubungan
C Pengiktirafan kuasa raja-raja
D Peningkatan taraf hidup rakyat

29 Antara berikut, yang manakah merupakan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun di


Tanah Melayu?

I Membina landasan kereta api maut


II Mengadakan kerahan tentera sukarela Jepun
III Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum itu
IV Menukar nama akhbar tempatan kepada nama Jepun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

30 Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional


ditentukan?

A Kesetiaan rakyat
B Kegiatan ekonomi

7
C Konsep keutuhan
D Kekayaan hasil bumi

31 Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung realpolitik?

A Kestabilan politik terjamin


B Kejayaan menyatukan Itali
C Kerjasama dengan negara lain
D Kemakmuran ekonomi negara

32 Antara yang berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

I Parlimen
II Kedaulatan
III Kerajaan
IV Perlembagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

33 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai
ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.

Apakah buktinya?

A Pemerintahan raja berkuasa mutlak


B Persamaan dengan Hukum Kanun Melaka
C Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
D Perlembagaan bertulis yang lengkap

34 Mengapakah golongan radikal Melayu menyokong pembentukan Malayan Union?

A Menyokong kebebasan beragama


B Mengurangkan pengaruh komunis
C Menolak sistem politik feudal
D Menyatukan penduduk Tanah Melayu

35 Apakah bentuk kerakyatan yang diperkenalkan oleh pentadbiran Malayan Union di Tanah
Melayu?

A Secara jus soli


B Secara naturalisasi
C Secara permohonan
D Secara kuatkuasa undang-undang

36 Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Piagam Atlantik pada tahun
1945?

A Mengadakan pilihanraya
B Memberikan kebebasan akhbar
8
C Memberi latihan berkerajaan sendiri
D Mengamalkan dasar yang demokratik

37 Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British pada tahun
1946.

Mengapakah penyerahan tersebut dibantah oleh penduduk Sarawak?

A Bimbang ekonomi terjejas


B Setia kepada keluarga Brooke
C Hak penduduk peribumi terjejas
D Bercanggah dengan Perlembagaan 1941

38 Idea penubuhan Sistem Ahli telah dicetuskan oleh Dato’Onn Jaafar dalam
perbincangannya dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur.

Apakah kesan penubuhannya?

A Mengurangkan ancaman Parti Komunis Malaya


B Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan
C Malayan Union dihapuskan
D Pembentukan Malaysia

39 Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan

A Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948


B rundingan kemerdekaan
C rundingan UMNO-CLC
D Perlembagaan Rakyat 1947

40 Prinsip-prinsip Perlembagaan Kemerdekaan 1957 adalah penerusan kepada pembinaan


negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan berperundangan.

Unsur X telah digabungkan dengan sistem birokrasi Barat untuk membentuk identiti
negara dan bangsa yang merdeka.

Apakah unsur X?

A Kerakyatan Negeri 1951


B Senarai Persekutuan
C Raja Berperlembagaan
D Kesultanan Melayu

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like