You are on page 1of 4

EDU5810 DASAR DAN POLISI DALAM PENDIDIKAN 2015

ULASAN BAGI JURNAL ARTIKEL (DASAR DAN POLISI DALAM PENDIDIKAN)

1.0 Pengenalan

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan empirikal terhadap bahan bacaan, saya memilih
satu jurnal artikel yang membincangkan satu inisiatif Dasar Pendidikan Kebangsaan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan fokus diberikan di Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Aliran Teknik & Vokasional di Malaysia. Dasar inisiatif tersebut ialah penggunaan
Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam yang telah diwartakan dalam Buku Dasar
Pendidikan Kebangsaan bagi meningkatkan pencapaian akademik, produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan pengurusan pendidikan. Berikut adalah maklumat jurnal artikel yang telah dipilih:

2.0 Jurnal Artikel yang dipilih:


a) Tajuk Artikel: Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran
Teknik dan Vokasional di Malaysia
Penulis : Baharom Mohamad
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial UMS (Unversiti Malaysia Sabah)
Bil. Muka Surat: 18 Muka Surat
Sumber : Atikan, 1 (1) 2011

Jurnal ini adalah sebuah kajian penulis BAHAROM MOHAMAD bertujuan untuk
mengkaji sejauh mana penerimaan dan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru khususnya di Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Aliran Teknik & Vokasional di Malaysia. Penulis telah memilih
responden kajian yang terdiri daripada guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (Selangor), Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional Indah Pura Kulai (Johor) dan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Johor) .
Penulis juga menjalankan kajian dengan melibatkan 55 orang guru dan 117 orang pelajar
sebagai sampel kajian. Penulis telah memperolehi data dengan mengedar borang kaji selidik
dengan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Data tersebut dianalis menggunakan
Statistical Package for Social Science 11.3 for Windows (SPSS) bagi mendapatkan data skor
min, peratusan dan sisihan piawai.

Ulasan Jurnal Artikel Page 1


EDU5810 DASAR DAN POLISI DALAM PENDIDIKAN 2015

Penulis bersetuju, sejajar dengan perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat


dan komunikasi dalam pendidikan dan telah menjadi inisiatif kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang telah mengambil langkah-
langkah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat sekolah. Pada masa yang sama penulis telah
menyatakan bahawa penggunaan ICT telah menjadi salah satu elemen penting dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Penggunaan dan perkembangan ICT
sememangnya dapat memberi kebaikan terhadap proses P&P di sekolah pendidikan khas.
Penulis telah menyatakan bahawa menurut Effandi Zakaria (2004), pelajar pendidikan khas
telah menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual ruang. Kesukaran tersebut telah
menjadikan pendekatan dan penerimaan pembelajaran pelajar ini berbeza dan keupayaan
pencapaian mereka adalah terhad berbanding dengan pelajar biasa.

Sehubungan itu, penulis juga menyokong bahawa pengenalan teknologi komunikasi dan
maklumat kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas merupakan satu inisiatif yang perlu
diambilkira bagi pelajar pendidikan khas dapat menguasai dan mempunyai kemahiran yang
cukup untuk menggunakannya. Pencapaian akademik pelajar pendidikan khas pada tahap
memuaskan dikhuatiri menjadi implikasi mengurangkan minat dan penerimaan mereka dalam
menguasai teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Penulis telah mendapatkan
maklumat dalam satu kajian yang telah dibuat oleh Mohd Arif Hj Ismail dan Norsiati Razali @
Mohd Ghazali (2003) ke atas sebuat sekolah bestari di daerah Kuantan, Pahang dan
mendapati bahawa penggunaan makmal komputer untuk penggunaan perisian kursus bestari
adalah di tahap kurang memuaskan.

Objektif penulis menjalankan kajian ini adalah yang pertama untuk mengenalpasti tahap
penerimaan guru terhadap bagi penggunaan komputer dalam prose pengajaran dan
pembelajara di Sekolah Pendidikan Khas. Kedua adalah bagi mengenalpasti penggunaan
komputer dalam proses pengajaran oleh guru Pendidikan Khas, yang ketiga adalah bagi
mengenalpasti penerimaan pelajar Pendidikan Khas terhadap penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Pendidikan Khas, yang keempat adalah bagi
mengkaji sejauh mana penggunaan komputer oleh pelajar Pendidikan Khas di dalam proses
P&P dan yang kelima bagi mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap penerimaan dan penggunaan komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang
mengambil mata pelajaran komputer dan pelajar yang tidak mengambil matapelajaran

Ulasan Jurnal Artikel Page 2


EDU5810 DASAR DAN POLISI DALAM PENDIDIKAN 2015

komputer. Pernyataan objektif kajian penulid ini adalah sangat relevan dalam
mengintegerasikan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi
menyahut inisiatif kerajaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi meningkatkan
pencapaian akademik dan pengurusan pendidikan khususnya bagi pelajar Pendidikan Khas.
Penulis telah menjalankan tinjauan di Sekolah Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional
mengenai keperluan teknologi ICT sebagai Alat Bantuan Mengajar (ABM) dalam proses
pengajaran & pembelajaran yang merangkumi penggunaan komputer dan tayangan slide.
Penulis juga mengharapkan dengan kajian yang telah dilakukan dapat meyakinkan badan-
badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta dalam membantu Sekolah Pendidikan Khas
memperuntukkan keperluan ICT seiring dengan matlaman pihak KPM yang telah merangka
pogram secara menyeluruh dalam menaik taraf kemudahan komputer di semua peringkat
sekolah.

Penulis bersetuju dengan kajian Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah
Ahmad (2005) dalam kajiannya menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memberi
kemudahan kepada pelajar pendidikan khas terutama pelajar-pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan multimedia dalam
proses pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana ianya lebih menarik dan
mereka akan lebih faham dengan apa yang mereka sedang pelajari melalui teknologi virtual
(Plamen & Rodgers, 2003). Penulis ada menyatakan bahawa penerimaan guru dan pelajar
terhadap penggunaan ICT dalam Program Pendidikan Khas menurut kepada Tan Ai Goh
(1998) ianya dapat membantu guru dalam proses pengajaran & pembelajaran mereka dan
dalam masa yang sama guru harus mempunyai sikap yang positif dalam memberi pendekatan
penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat kepada pelajar pendidikan khas di sekolah.
Sokongan daripada pentadbir sekolah juga amatlah penting bagi memberi galakan kepada guru
untuk lebih menggunakan teknologi ICT dalam pedagogi mereka dan pelajar pendidikan khas
juga dapat belajar pembelajaran yang baharu setiap hari serta pencapaian akademik mereka
terus meningkat.

Penulis telah menjalankan kajian di tiga lokasi sekolah iaitu Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura Kulai, Johor; Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat,
Johor dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor dengan
menggunakan rekabentuk tinjauan dan kaedah yang telah dijalankan secara kuantitatif.
Responden penulis bagi kajian ini adalah pelajar-pelajar dan guru-guru di tiga buah sekolah

Ulasan Jurnal Artikel Page 3


EDU5810 DASAR DAN POLISI DALAM PENDIDIKAN 2015

tersebut. Penulis telah menggunakan instrumen borang kaji selidik dan semua jawapan
responden akan diukur dengan menggunakan skala likert dan skala likert tersebut melibatkan
lima pengukuran. Penulis telah membuat edaran dua set boring kaji selidik iaitu kaji selidik
untuk guru dan borang kaji selidik untuk pelajar. Dalam kajian ini, penulis menggunakan dua
jenis sumber bagi pengumpulan data iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer
adalah borang kaji selidik yang dijalankan di sekolah pendidikan khas. Manakala sumber
sekunder merupakan maklumat yang penulis telah perolehi daripada buku, jurnal, laporan,
artikel dan kajian-kajian yang lepas. Penulis telah menganalisis data yang dikumpul mengikut
turutan soalan secara kuantitatif dengan bantuan perisian Statistical Packages for Social
Science (SPSS) versi 13.0. Kaedah yang digunakan penulis bagi menganalisis data ialah
kaedah statistik deskriptif.

Melalui dapatan kajian yang telah diperolehi oleh penulis secara keseluruhannya, guru-
guru masih mengaplikasikan teknologi komunikasi dan maklumat semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di tahap yang tinggi berdasarkan Ujian ANOVA Sehala. Manakala statistik
telah menunjukkan perbezaan yang signifikan antara penerimaan dan penggunaan ICT di
ketiga-tiga sekolah namun tidak terdapat perbezaan terhadap penerimaan dan penggunaan
komputer dalam kalangan pelajar pendidikan khas yang mengambil mata pelajaran komputer
dengan pelajar yang tidak mengambil matapelajaran komputer. Walaubagaimanapun penulis
telah mendapati penerimaan dan penggunaan komputer adalah berada pada tahap yang sama
di semua lokasi kajian. Maka, penulis telah merumuskan melalui hasil kajian yang telah
diperolehi mendapati terdapat beberapa cadangan telah dipraktikkan bagi meningkat bagi
penerimaanan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di
dalam kelas. Penulis telah memberi cadangan agar pihak sekolah memperbanyakkan kursus-
kursus komputer dan memperbanyakkan bekalan komputer untuk kegnaan pelajar. Guru-guru
di Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia juga seharusnya sentiasa menitikberatkan dan
mengambil tahu tentang perkembangan dan penggunaan teknologi terkini (ICT) dan dalam
masa yang sama mengikuti kursus yang bersesuaian berkaitan teknologi komputer bagi
menambahkan pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam teknik pengajaran mereka
secara teori dan praktikal dalam merealisasikan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk
meningkatkan pengurusan pendidikan melalui Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

Ulasan Jurnal Artikel Page 4

You might also like