You are on page 1of 16

TAJUK KAJIAN:

MASALAH VANDALISME DIKALANGAN PELAJAR

MENENGAH RENDAH MENJEJASKAN REPUTASI

AKADEMIK SEKOLAH. KAJIAN INI DIJALANKAN

DI SALAH SEBUAH SEKOLAH.

NAMA: ZURAINI BINTI MOHAMED SALLEH

I/C: 920411-06-5100

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN,

28330 TRIANG,

PAHANG DARUL MAKMMUR.

TARIKH HANTAR:19/2/2011
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Penghargaan 1

Abstrak 2

Pengenalan 3

Pernyataan masalah 4

Tujuan kajian 4

Soalan kajian 5

Kaedah kajian 5

Dapatan kajian 6

Perbincangan 10

Kesimpulan 11

Rujukan 11

Lampiran 12
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam

menyiapkan kajian ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

purun,Tuan Haji Syed Nooh bin Syed Abdullah, Guru penolong Kanan Tingkatan 6 dan

Puan Roshaida Binti Kamaruddina kerana memberi sokongan dan kerjasama kepada saya

dalam menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada En.Asmawi selaku penyelia saya kerana banyak

membantu dan memberi tunjuk ajar dalam proses saya melengkapkan kajian ini. Tunjuk

ajar yang diberikan memudahkan lagi tugas saya menyiapkan kajian ini.

Sokongan dan kerjasama rakan-rakan juga turut saya hargai. Sokongan dan kerjasama

rakan-rakan dalam kajian ini banyak membantu saya dalam proses menjalankan kajian

ilmiah ini. Rakan-rakan juga banyak membantu saya daripada aspek pertukaran

maklumat dan saling berkongsi idea serta maklumat khususnya dalam memantapkan lagi

kajian ini.

Kerjasama pelejar-pelajar menengah rendah juga amat diharhai khususnya sebagai

responden untuk melengkapkan kajian ini. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh

para pelajar banyak saya dalam melengkapkan kajian ini.

Akhir sekali, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

dalammenjayakan kajian ini.

SEKIAN

1
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji sama ada masalah vandalisme dapat

menjejaskan reputasi sekolah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui sama ada

kelas depan atau kelas depan yang lebih terlibat dengan aktiviti vandalisme serta melihat

sama ada masalah vandalisme berkait rapat dengan kegiatan sosial pelajar. Kajian ini

telah dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Bera,Pahang. Subjek kajian yang

dipilih adalah seramai 100 pelajar. Para pelajar yang dipilih terdiri daripada para pelajar

menengah rendah iaitu pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Instrument kajian adalah

menggunakan boring soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa masalah vandalisme

sangat berkait rapat dengan aktiviti sosial pelajar serta boleh menjejaskan prestasi

akademik pelajar. Kajian ini juga menunjukkan bahawa para pelajar lebih suka melepak

serta melakukan aktiviti luar pada masa lapang daripada membaca buku. Kajian ini juga

menunjukkan kelas belakang lebih terlibat dengan aktiviti vandalisme berbanding kelas

hadapan. Budaya vandalisme banyak mendatangkan keburukan serta dapat nenyusahkan

banyak pihak.

2
PENGENALAN

Vandalisme ialah suatu tindakan yang merosakkan harta benda awam.

Golongan majoriti yang terlibat dalam kegiatan vandalisme ialah pelajar-pelajar yang ada

masalah disiplin seperti ponteng kelas, kurang ajar dengan guru, kurang minat belajar dan

sebagainya.

Kadang-kala masalah vandalisme berlaku disebabkan pengaruh rakan sebaya.

Golongan remaja yang cepat terpengaruh dengan rakan mereka yang kononnya

mengajak mereka melakukan vandalisme agar dapat melepaskan tekanan dan

memuaskan hati mereka. Tetapi, ada sebahagian remaja yang melakukan vandalisme

tanpa niat dan mereka hanya mahu meluahkan perasaan mereka seperti perasaan tidak

puas hati terhadap sesuatu perkara,mahu meluahkan perasaan cinta terhadap seseorang

yang diminati dan sebagainya.

Masalah vandalisme ini dapat menyusahkan banyak pihak terutamanya pihak

sekolah yang terpaksa menangani masalah ini yang sering berlarutan dan mereka terpaksa

bertungkus-lumus untuk membanteras masalah ini sehingga masalah ini dapat

diselesaikan dengan segera yang mungkin.

3
PENYATAAN MASALAH

Vandalisme boleh berlaku dimana-mana sahaja termasuklah di kawasan

sekolah. Terdapat beberapa aspek boleh diambil boleh kira untuk mengetahui punca

terjadinya vandalisme ini. Perkara ini juga menimbulkan banyak masalah kepada pihak

sekolah untuk menangani masalah ini. Pelbagai persoalan telah timbul berhubung dengan

pemasalahan ini. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca utama

berlakunya vandalisme ini. Kajian ini akan meninjau beberapa faktor yang

berkemungkinan berlakunya kejadian vandalisme.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap vandalisme dalam kalangan pelajar

menengah rendah. Kajian ini akan dapat memberikan gambaran secara empirical tentang

tahap vandalisme dalam kalangan para pelajar. Antara tujuan kajian ialah untuk meninjau

sama ada kegiatan vandalisme ini dapat menjejaskan reputasi akademik sekolah. Kajian

ini juga dijalankan dengan tujuan untuk meninjau di kalangan pelajar kelas hadapan atau

kelas belakang yang lebih terlibat dengan kegiatan vandalisme. Selain itu,kajian ini juga

dijalankan untuk mengenal pasti sama ada masalah vandalisme berkait rapat dengan

kegiatan sosial pelajar.

4
SOALAN KAJIAN

1) Bagaimanakah masalah vandalisme dapat menjejaskan reputasi akademik

sekolah?

2) Masalah vandalisme dalam kalangan pelajar kelas belakang dan kelas depan, yang

manakah lebih terlibat dengan aktiviti vandalisme?

3) Adakah masalah vandalisme berkait rapat dengan kegiatan sosial mereka?

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab soalan-soalan kajian di

atas. Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah dari sebuah

sekolah telah digunakan sebagai sample yang menjawab soal selidik yang diedarkan.

Seramai 100 sampel telah digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi

menjawab keempat-empat soalan tersebut.

5
DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah cuba menjawab ketiga-tiga soalan utama kajian. Bahagian ini akan

cuba mengemukakan data empirikal bagi menjawab keempat-empat soalan kajian

tersebut:

1. Adakah anda pernah terlibat dengan kegiatan vandalisme?

Jadual 1. Bilangan penglibatan kebiatan vandalisme

Kelas Pernah Tidak pernah Jumlah


1Amanah 2 13 15
13.3% 86.7% 100%
1Efektif 1 17 18
5.6% 9.4% 100%
2Amanah 6 12 18
33.3% 66.7% 100%
2Efektif 3 13 16
18.8% 81.2% 100%
3Amanah 9 7 16
56.3% 43.7% 100%
3Efektif 13 4 17
76.5% 23.5% 100%

Jadual 1 menunjukkan pelajar-pelajar yang pernah dan tidak pernah

melakukan aktiviti vandalisme. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang

pernah melakukan kegiatan vandalisme ialah 13.3% dari kelas 1Amanah, 5.6% dari

kelas 1Efektif, 33.3 dari kelas 2Amanah, 18.8% dari kelas 2Efektif, 56.3% dari kelas

3Amanah dan 76.5% dari kelas 3Efektif.

Sementara itu, terdapat pelajar yang tidak pernah melakukan aktiviti

vandalisme iaitu 86.7% dari kelas 1Amanah. 9.4% dari kelas 1Efektif, 66.7% dari

kelas 2Amanah, 81.2% dari kelas 2Efektif, 43.7% dari kelas 3Amanah dan 23.5%

dari kelas 3Efektif.

6
2.Apakah tahap pencapaian akademik anda?

Jadual 2. Tahap pencapaian akademik pelajar

Kelas Cemerlang Sederhana Lemah Jumlah


1Amanah 5 10 - 15
33.3% 66.7% 100%
1Efektif - 18 - 18
100% 100%
2Amanah 5 13 - 18
27.8% 72.2% 100%
2Efektif - 13 3 16
81.3% 18.7% 100%
3Amanah 3 13 - 16
18.7% 81.3% 100%
3Efektif - 9 8 17
52.9% 47.1% 100%

Jadual 2 menunjukkan tahap pencapaian akademik pelajar. Dapatan daripada

soal selidik , kelas yang mendapat markah cemerlang ialah kelas 1Amanah sebanyak

33.3%, 2Amanah sebanyak 27.8% dan 3Amanah sebanyak 18.9%.

Kelas yang mendapat markah sederhana ialah kelas 1Amanah sebanyak

66.7%, 1Efektif sebanyak 100%, 2Amanahsebanyak 72.2%, 2Efektif sebanyak

81.3%, 3Amanah sebanyak 81.3% dan 3Efektif sebanyak 52.9%.

Bagi kelas yang mendapat markah yang paling lemah ialah 2Efektif sebanyak

18.7% dan 3Efektif sebanyak 47.1%

7
3. Berapakakah peratus pencapaian akademik anda?

Jadual 3. Peratus pencapaian akademik pelajar

Kelas 0-20% 21-40% 41-60% 61-80% 81-100% Jumlah


1Amanah - - 2 9 4 15
13.3% 60.0% 26.7% 100%
1Efektif - 8 10 - - 18
44.4% 55.6% 100%
2Amanah - 3 6 6 3 18
16.7% 33.3% 33.3% 16.7% 100%
2Efektif - 7 6 3 - 16
43.7% 37.5% 18.8% 100%
3Amanah - - 4 9 3 16
25.0% 56.3% 18.7% 100%
3Efektif 4 5 7 1 - 17
23.5% 29.4% 41.2% 5.9% 100%

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, peratus pencapaian pelajar yang paling

ramai ialah antara 41-60% iaitu kelas 1Amanah sebanyak 13.3%, 1Efektif sebanyak

55.6%, 2Amanah sebanyak 33.3%, 2Efektif sebanyak 37.5%, 3Amanah sebanyak

25.0% dan 3Efektif sebanyak 41.2%.

Markah diantara 0-20% hanya dicatatkan oleh kelas 3Efektif iaitu sebanyak

23.5%. Seramai 4 orang pelajar 3Efektif telah gagal dalam peperiksaan . Ini

membolehkan reputasi akademik sekolah jatuh jika keadaan berterusan.

Peratus pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang ialah kelas 1Amanah

iaitu sebanyak 26.7%, 2Amanah sebanyak 16.7% dan 3Amanah sebanyak 18.7%.

8
4. Apakah aktiviti masa lapang anda?

Jadual 4. Aktiviti masa lapang pelajar

Kelas Lepak Membaca buku Aktiviti luar Jumlah


1Amanah 1 9 5 15
6.7% 60.0% 33.3.0% 100%
1Efektif 2 9 7 18
11.1% 50.0% 38.9% 100%
2Amanah 4 7 7 18
22.2% 38.9% 38.9% 100%
2Efektif 2 7 7 16
12.5% 43.7% 43.8% 100%
3Amanah 3 1 12 16
18.7% 6.3% 75.0% 100%
3Efektif 10 2 5 17
58.8% 11.8% 29.4% 100%

Jadual 4 menunjukkan aktiviti masa lapang pelajar. Berdasarkan dapatan kajian

yang dijalankan kelas 3Efektif menunjukkan bahawa bilangan paling ramai yang melepak

pada masa lapang iaitu sebanyak 58.8%.

Tetapi kelas 3Amanah menunjukkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti luar

pada masa lapang. Dapatan kajian menunjukkan kelas 3Amanah melakukan aktiviti luar

sebanyak 75.0%.

Bagi pelajar yang paling ramai membaca buku pada masa lapang ialah kelas

1Amanah dan 1Efektif iaitu masing-masing mencatatkan seramai 60% dan 50%.

9
PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penglibatan pelajar menengah rendah

terhadap kegiatan vandalism. Data yang diperolehi daripada 100 orang pelajar telah

digunakan untuk menjawab tiga soalan ini.

Dapatan kajian ini yang pertama telah menjawab soalan pertama kajian iaitu

bagaimana masalah vandalisme dapat menjejaskan reputasi akademik sekolah. Hasil

kajian menunjukkan bahawa sebahagian pelajar terlalu leka dengan aktiviti tersebut

sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar iaitu belajar. Mereka mengambil

jalan mudah dengan mengabaikan pelajaran.

Kajian ini juga digunakan untuk melihat sama ada kelas hadapan atau kelas

belakang yang lebih terlibat dengan kegiatan vabdalisme. Dapatan kajian menunjukkan

sebahagian besar pelajar yang terlibat dengab aktiviti vandalisme adalah pelajar kelas

belakang.

Masalah vandalisme juga menunjukkan perkaitannya dengan kegiatan sosial pelajar.

Apabila ada masa lapang, ramai pelajar lebih menggemarkan melakukan aktiviti yang

tidak berfaedah seperti melepak. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti melepak adalah

aktiviti yang menjadi pilihan utama pelajar.

Kajian ini menunjukkan ramai pelajar lebih suka menjerumuskan diri mereka ke

dalam aktiviti vandalisme daripada menjerumuskan diri ke dalam pelajaran.

10
KESIMPULAN

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam oleh golongan yang

tidak bertanggungjawab.

Masyarakat harus memainkan peranan penting tentang memberi kefahaman kepada

remaja yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat

dengan remaja patut mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan

meluangkan masa bersama anak-anak supaya mereka tidak terlalu terpengaruh dengan

budaya vandalisme. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk

remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

Justeru,jika semua pihak dapat bekerjasama dalam membanteras gejala vandalisme

ini,masalah ini akan dapat dibendung.

RUJUKAN

1) www.bharian.com.my/.../Aktabaruperludigubaluntukkawalvandalisme.../Article/ -

2) www.pdfchaser.com/pdf/isu-vandalisme-dalam-kalangan-remaja.html

3) www.ebooklibs.com/maksud_laman_web.html - United States

4) mazlan66.wordpress.com/.../golongan-remaja-mudah-terpengaruh-dengan-

kegiatan-vandalisme/

11
L

12
GAMBAR-GAMBAR VANDALISME
13

You might also like