You are on page 1of 5

sistem kewangan islam dan sistem kewangan konvensional

contoh amalan riba pada masa kini

pinjaman wang daripada ah long

Apabila seorang yang memerlukan pinjaman bagi memenuhi keperluan hariannya seperti makan dan
sebagainya, maka cara paling mudah ialah membuat pinjaman daripada mereka yang kaya dan
mempunyai wang yang banyak. Mereka yang kaya pula tidak rela untuk memberi bantuan secara
sukarela tanpa sebarang imbuhan. Sebaliknya meletakkan syarat bahawa semasa memulangkan
pinjaman tersebut, maka perlu dibayar dengan jumlah yang lebih besar sebagai satu bentuk
imbuhan kepada pemberi pinjaman. Manakala peminjam pula, kerana kesempitan hidup terpaksa
menerima syarat yang dikenakan oleh pemberi pinjaman meskipun ianya menambah beban yang
terpaksa ditanggung olehnya. Si kaya bertambah kaya tetapi ianya terhasil dari kesusahan dan
penderitaan orang lain. Amat jelas di sini bahawa terdapat unsur-unsur kezaliman dan penindasan
secara halus terhadap peminjam. Jelas sekali tambahan yang berlaku dalam transksi ini amat patut
diharamkan kerana ianya menjadi punca ketidakadilan dalam masyarakat.

impak negative dari amalan riba

-menyusahkan peminjam kerana terpaksa membayar lebih daripada jumlah pinjaman yang sebenar

-menzalimi diantara satu sama lain.hal ini kerana peminjam akan mendapat kerugian kerana kadar
bayaran semula adalah lebih tinggi dan pemberi pinjaman akan mendapat keuntungan kerana
mendapat bayaran semula daripada peminjam dengan kadar yang lebih.

-mengikis sifat kemanusiaan .contohnya,apabila bayaran yang mempunyai riba tidak diselesaikan
dalam tempoh masa yang disyaratkan,ianya akan dituntut oleh pemberi pinjaman dengan cara yang
kasar seperti memukul,membunuh,merogol anak atau isteri peminjam dan pelbagai lagi kekasaran
yang dilakukan.

-menciptakan ekonomi suatu negara menjadi goyah dan tidak stabil. serta akan terjadi inflasi
didalam sistem kewangan Negara dan ini akan menimbulkan keadaan huru-hara diantara
rakyat serta masalah sosial serta kadar penganggur akan meningkat.

jalan penyelesaiaan

jalan penyelesaian yang sewajarnya untuk membasmi amalan riba pada


masa kini adalah jabatan agama bagi setiap negeri perlu memainkan
peranan yang penting.apa yang jelas sekarang,jabatan agama perlu
memantau setiap urusan kewangan yang berlaku di semua tempat.hal
ini dapat mengelakkan amalan riba daripada berleluasa seterusnya
membasmi amalan buruk tersebut.

seterusnya,semua rakyat perlu mengamalkan budaya tolong-menolong


diantara satu sama yang lain.hal ini perlu diterapkan dalam jiwa semua
insan kerana jika sikap ini mampu diamalkan,maka amalan riba akan
berkurangan kerana tiada lagi seseorang yang akan menolong dan
mengharapkan balasan seperti imbuhan yang lebih.

tambahan pula,keburukkan riba perlu didedahkan melalui semua


sumber seperti media elektronik,media cetak dan sebagainya. Umat
Islam di Malaysia hari ini perlulah menghindarkan diri dari terus
terjerumus ke lembah riba yang mana ia adalah jarum-jarum suntikan
dari Yahudi untuk memecahbelahkan dan melemahkan umat Islam.

Oleh itu secara kesimpulannya marilah kita beralihlah kepada Sistem


Ekonomi Islam yang pasti selamat dan diredhai Allah SWT. Semoga
kehidupan yang singkat ini kita manfaat sebaik-baiknya. Semoga juga
amal kita berada dilingkungan perbuatan hambaNya yang hidup
mengikut syariat Islam

sye dpt utk zina n mnum arak


zina : hukum hudud
- muhsan (sudah b'kahwin) : rejam (dibaling batu yg sederhana
besarnya sehingga mati )
- bukan muhsan (belum b'kahwin ) : sebat 100 kali dan buang 
negeri selama setahun
: hukum sivil
- jika melakukan persetubuhan (zina) dengan rela hati,tiada 
hukuman dikenakan.

mnum arak : hukum hudud


- sebat sebanyak 40 kali
: hukum sivil
- denda/sebat/penjara@ kesemua sekali @ mana-mana 
kombinasi yang dirasakan wajar.
Sistem kewangan islam
• Fungsi-fungsi perantaraan kewangan dilaksansakan menerusi penawaran instrumen yang
dibangunkan berdasarkan pelbagai prinsip Syariah yang dilihat mampu memenuhi 
keperluan sesuatu fungsi perantara kewangan
• Perjalanan sistem yang bebas riba 
“‫”وأحل هلال البيع وحرم الربا‬
(279 ‫)البقرة‬
• Perjalanan sistem yang bebas gharar yang dilarang
• Perjalanan sistem yang bebas maysir
• Menekankan prinsip keadilan dan bebas dari berlaku kezaliman
• Berdasarkan system muamalat islam yang berteraskan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T.
• Menitikberatkan konsep pahala dan dosa.
• Kewujudan dan pelaksanaan merupakan satu tanggungjawab agama yang wajib dilaksanakan.
• Menjalankan konsep jual beli dalam mendapatkan keuntungan.

sistem kewangan konvensional


Fungsi-fungsi perantaraan kewangan dilaksansakan menerusi penawaran instrumen yang
dibangunkan berdasarkan mekanisme kadar faedah (riba)
• Tidak semestinya bebas daripada unsur gharar dan maysir.
• Berdasarkan keuntungan yang tidak mengikut syariat islam
• Tidak menitikberatkan konsep pahala dan dosa.
• Tidak mengaitkan persoalan syariat di dalam urusan yang dilakukan.
• Menggunakan konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam menjalankan perniagaan.
yg ne lain plk tw...pndai2 la hafiz pilih...
1. Matlamat 
sistem kewangan islam
• Matlamat keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat
sistem kewangan konvensional
• Kebebasan matlamat individu dan kepuasan maksimum.
2. Keseimbangan antara kebendaan dengan kerohanian
sistem kewangan islam
• Kegiatan ekonomi manusia untuk mendapatkan kebendaan tidak boleh dipisahkan daripada
kerohanian. Manusia berekonomi sebagai ibadat kepada Allah. Segala kegiatan ekonomi yang
berjalan adalah atas dasar kepatuhan kepada segala perintah dan arahan Allah. Tidak wujud kegiatan
ekonomi yang bertentangan dengan islam
sistem kewangan konvensional
• Matlamat berekonomi hanya untuk kepentingan kebendaan, masyarakat dan kerajaan semata-mata
tanpa mengaitkan dengan tujuan ibadat.
3. Kebajikan
sistem kewangan islam
• kebajikan adalah asas utama dalam penggunaan dan pengeluaran. Keseimbangan antara
kepentingan individu dengan masyarakat. Islam tidak mengabaikan kepentingan individu tetapi
apabila berlaku pertembungan antara kepentingan individu dengan masyarakat maka kepentingan
masyarakat diutamakan.
sistem kewangan konvensional
• Mementingkan individu secara mutlak tanpa menilai kepentingan orang lain atau masyarakat. Ini
boleh menyebabkan berlaku penindasan dan penganiayaan.
4. Cara hidup
sistem kewangan islam
• Cara hidup manusia berpandukan kepada iman dan sosial
sistem kewangan konvensional
• Cara hidup social yang berasaskan kepada rasional dan lojik.
5. Harta 
sistem kewangan islam
• Adalah milik Allah dan pemberian harta kepada manusia hanya sebagai amanah dan ujian yang
akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Oleh itu, manusia hanya sebagai pemegang amanah
dan bukan pemilik mutlak harta tersebut. Penerimaannya mestilah menunaikan hak-hak ke atasnya
dan tidak boleh diperoleh atau dibelanjakan sesuka hati.
sistem kewangan konvensional
• Adalah milik mutlak individu dan boleh diperbelanjakan sesuka hatinya tanpa ada peraturan atau
campur tangan sesiapa. Harta yang dimiliki juga adalah hak individu dan tidak boleh dikongsi dengan
orang lain.

laporan kajian

sistem kewangan islam adalah amat baik berbanding daripada sistem kewangan
konvensional.hal ini dapat saya buktikan berdasarkan laporan kajian saya terhadap kedua-
dua sistem kewangan tersebut.
sistem kewangan islam berunsurkan kepada keadilan diantara kedua-dua belah pihak yang
sedang menjalankan sesuatu urus niaga. perantaraan kewangan dilaksanakan berdasarkan
prinsip syariah yang betul.seterusnya,perjalanan sistem yang bebas daripada riba.ianya juga
menekankan prinsip keadilan dan bebas dari berlaku kezaliman dan ianya berteraskan iman
dan taqwa kepada allah ta’ala.tambahan pula,ianya menitikberatkan konsep pahala dan
dosa.

sistem kewangan konvesional pula berunsurkan kepada keuntungan terhadap satu pihak
dan menzalimi pihak yang lain.hal ini dapat dilihat kerana perantaraan kewangan dijalankan
berdasarkan kadar faedah iaitu riba.ianya berdasarkan keuntungan yang tidak mengikut
syariat islam. tambahan pula,ianya tidak menitikberatkan tentang pahala dan dosa dan tidak
memandang persoalan syariat didalam urusan yang dilakukan.hakikatnya, menggunakan
konsep pinjaman atau hutang secara konvensional dalam menjalankan perniagaan.

akhir sekali,Bank-bank disarankan agar menyediakan sistem perbankan Islam selari dengan
tuntutan syarak dan perkembangan ekonomi masa kini..sistem kewangan islam perlu diperluaskan
bagi menghapuskan riba demi mengelakkan berlakunya masalah sosial dan sebagainya serta
mendatangkan kesan negatif pada diri,masyarakat dan negara.

pinjaman wang daripad bank

peminjam meminjam sejumlah wang daripada bank untuk membeli keperluan harian dan
tambahan.contohnya peminjam membuat pinjaman bank dan bank menggenakan kadar
bunga yang tinggi.hal ini dapat dilihat melalui penggiraan berdasarkan bayaran bulanan
yang mempunyai faedah yang melebihi jumlah pinjaman sebenar.

You might also like