You are on page 1of 8

Pekerjaan yang diperlukan di Malaysia

Berdasarkan Senarai Pekerjaan Kritikal 2018/2019 dan 2019/2020 (Critical


Occupation List 2018/2019  &  2019/2020) yang dilaporkan oleh TalentCorp iaitu
sebuah agensi milik kerajaan yang bertanggungjawab memacu hub tenaga mahir
negara ini, berikut adalah 20 jenis pekerjaan yang diperlukan oleh Malaysia.

Kami juga ada sediakan artikel tentang cara memohon pekerjaan


melalui  email anda, yang akan sedikit sebanyak memudahkan urusan pencarian
kerja anda.

1. Ketua pengarah dan pengurus syarikat


Bagi anda yang ingin menaikkan taraf hidup anda dan keluarga, sudah banyak
menimba pengalaman dan sanggup menerima cabaran dan tanggungjawab yang
lebih besar, ada banyak syarikat korporat yang memerlukan ketua yang
berwibawa untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pengarah dan
pengurus syarikat.

Kebanyakkan syarikat ingin memenuhi jawatan ini terutamanya untuk mereka


yang mempunyai pengalaman pengurusan perniagaan, kewangan, pengurusan
kredit dan pelaburan syarikat.

Antara kekosongan jawatan yang diperlukan di kebanyakan syarikat termasuklah


ketua pengarah operasi, ketua pengarah eksekutif, pengurus akaun dan
kewangan, pengurus kredit syarikat dan tidak kurang juga syarikat yang
memerlukan pengurus-pengurus berlatarbelakangkan teknikal untuk
penyelidikan dan pembangunan.

2. Ahli sains fizikal


Sementara itu, syarikat di Malaysia juga masih memerlukan ilmuwan-ilmuwan
yang mempunyai latarbelakang sains fizikal seperti ahli kimia, geofizik, geologi,
ahli matematik, profesional sains aktuari dan seantaronya.
Majikan dari sektor perlombongan, perkilangan, perubatan, air dan saliran serta
pelaburan masih memerlukan tenaga muda dan mahir untuk
memperkembangkan perniagaan yang sedia ada.

3. Ahli teknologi dan jurutera


Seperti yang diwar-warkan, Malaysia memerlukan ramai ahli teknologi dan
jurutera dari pelbagai bidang bagi merealisasikan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Majikan di Malaysia mempunyai banyak kekosongan kerja untuk jurutera


automasi, sistem, R&D, robotik, mekanikal, instrumen, elektrikal, jurutera awam
dan sebagainya.

4. Juruterbang
Dengan berkembangnya syarikat-syarikat penerbangan swasta akhir-akhir ini,
permintaan untuk jawatan pilot atau juruterbang juga adalah antara jawatan yang
diperlukan di Malaysia.

Perkembangan positif ini adalah sesuatu yang memberansangkan tambahan pula


ia bukanlah satu bidang kerjaya yang hanya didominasi oleh kaum lelaki, malah
sudah ramai kaum wanita yang menceburi bidang pekerjaan ini.

5. Pegawai Occupational Health
Memandangkan banyak sektor industri yang mengambil berat perihal pekerja,
permintaan untuk environmental, occupational health and safety officer kini
meningkat dari masa ke semasa.
Bertanggungjawab sebagai pegawai yang menjaga, memeriksa dan memantau
keselamatan tempat kerja, alatan dan cara kerja sesebuah syarikat, pegawai
occupational health memerlukan sijil pengesahan daripada agensi kerajaan untuk
menjalankan tugasnya.

6. Pensyarah dan guru


Kekurangan pensyarah di peringkat kolej dan universiti dan guru-guru di
peringkat sekolah menengah juga menjadikan pekerjaan ini antara pekerjaan
yang diperlukan di Malaysia.

Tambahan pula, dengan peningkatan yang besar kolej-kolej swasta, ramai tenaga
pengajar diperlukan dalam bidang-bidang profesional.

Tugas mendidik adalah satu tugas dan tanggungjawab yang kritikal dan
memerlukan komitment yang tinggi dalam membentuk anak bangsa.

7. Guru pendidikan awal


Walaupun persekolahan pra sekolah bukanlah satu kewajipan bagi ibubapa,
ramai yang akan menyekolahkan anak-anak mereka seawal 3 atau 4 tahun untuk
persiapan awal dan juga bersosial.

Justeru, permintaan untuk guru pendidikan awal juga meningkat bagi memenuhi
kekosongan yang ada.

Malahan, mereka yang mempunyai kelayakan profesional dalam pendidikan awal


mampu mendapat gaji yang lumayan.

 
8. Akauntan, Penasihat Kewangan, Penganalisa
Kewangan
Pelbagai sektor masih memerlukan akauntan untuk memenuhi carta organisasi
syarikat.

Bukan sahaja pada institusi perbankan dan insurans, kerjaya akauntan, penasihat
kewangan dan penganalisa kewangan adalah antara pekerjayaan yang
mempunyai masa depan cerah di Malaysia.

9. Pegawai pemasaran & pengiklanan


Bahagian pemasaran & pengiklanan memainkan peranan penting bagi
meningkatkan jualan barangan atau perkhidmatan sesuatu syarikat.

Justeru itu, jawatan pegawai pemasaran & pengiklanan  juga adalah di antara
pekerjaan yang diperlukan oleh pihak majikan di Malaysia kini.

Pihak majikan mencari mereka yang boleh membantu syarikat mempromosi dan
menaikkan jenama syarikat untuk menambahkan keuntungan dan
mengembangkan perniagaan syarikat.

10. Penganalisa sistem, software developer &


programmer
Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT adalah antara bidang yang
berkembang pesat di negara ini.

Mereka yang menceburi bidang ini datang dari pelbagai pengkhususan seperti
penganalisa sistem, software developer, programmer dan sebagainya menjadi
pisang goreng panas antara majikan yang ada.
 

11. Juruteknik
Juruteknik dari pelbagai bidang juga diperlukan oleh pihak majikan.

Antara kerjaya juruteknik yang diperlukan termasuklah juruteknik mekanikal,


elektrikal, instrumen dan sebagainya.

Bergandingan dengan jurutera, juruteknik banyak melaksanakan tugasan


praktikal untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan kemahiran ini masih
lagi kurang di Malaysia.

12. Tukang masak


Akibat kekangan masa, ramai warga Malaysia yang lebih gemar makan beramai-
ramai di luar tidak kira di hujung minggu ataupun hari bekerja.

Pilihan yang pelbagai daripada restoran mewah atau kedai makan tepi kaki jalan
adalah satu perkembangan positif.

Bagi mereka yang mempunyai kemahiran memasak dan juga menceburi bidang
profesional kulinari dan masakan, kerjaya tukang masak juga diperlukan oleh
pihak majikan di Malaysia.

13. Receptionist
Penyambut tetamu atau receptionist juga adalah antara pekerjaan yang
mendapat permintaan di kalangan majikan.
Jika anda seorang yang peramah dan mudah berinteraksi dengan orang serta
mempunyai berketerampilan, anda boleh cuba memohon untuk
menjadi receptionist.

Kemahiran membuat kerja-kerja pengkeranian boleh meningkatkan potensi anda


menjadi receptionist cemerlang.

14. Jurukimpal & welder


Sektor pengilangan, perlombongan serta sektor minyak & gas banyak
memerlukan jurukimpal & welder yang berkemahiran tinggi.

Kerja yang melibatkan api yang panas dan bertekanan tinggi ini mendapat
permintaan daripada majikan di Malaysia.

Banyak kolej komuniti yang menawarkan kursus untuk mendapat sijil sebagai
jurukimpal. Mungkin ini adalah tapak permulaan anda membina masa hadapan
yang lebih baik.

15. Mekanik
Mekanik juga antara kerjaya diperlukan oleh majikan di Malaysia.

Mereka yang mempunyai kemahiran ini pastinya dapat memenuhi kekosongan


tenaga kerja yang memerlukan kemahiran tinggi ini.

Jurumekanik juga boleh menjadi tuan kepada perniagaan mereka sendiri kerana
permintaan dari pengguna adalah menggalakkan.

 
16. Pembuat kek & pemanis mulut, juruhias kek.
Selain daripada menjadi pembuat kek & pemanis mulut serta juruhias kek
profesional di restoran dan hotel-hotel mewah, pekerjaan ini juga kini mula
berkembang pesat secara online.

Dengan permintaan yang tinggi serta sokongan daripada pelanggan setia,


pekerjaan pembuat kek & manisan serta juruhias kek adalah satu kerjaya yang
kini mampu membantu menaikkan taraf ekonomi seseorang.

17. Tukang jahit


Kerjaya tukang jahit juga mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kini.

Walaupun ramai yang gemar membeli pakaian yang sudah siap dijahit, majikan-
majikan yang menjalankan perniagaan pakaian memerlukan tenaga mahir tukang
jahit untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Jika anda mempunyai kemahiran menjahit dan seni kreatif yang tinggi, kerjaya ini
adalah satu kerjaya yang boleh anda ceburi.

18. Operator mesin


Kita akui sudah banyak tugasan manusia hari ini yang diambil alih oleh mesin-
mesin yang berteknologi tinggi untuk meningkatkan produktiviti.

Namun demikian, pengendalian mesin-mesin ini pastinya akan menghadapi


kesukaran tanpa adanya tenaga kerja yang tahu selok-belok untuk
mengendalikan mesin-mesin tertentu.

Disinilah fungsi operator mesin amat diperlukan untuk mengisi kekosongan


tenaga kerja mahir.
 

19. Pemandu lori dan trailer


Walaupun kerjaya sebagai pemandu lori dan trailer suatu pekerjaan yang
dipandang remeh, ianya satu kerjaya yang kini mulai bertapak di Malaysia.

Majikan-majikan mempunyai permintaan dan keperluan untuk menggajikan


pemandu lari dan trailer untuk pengurusan logistik yang lebih efisien.

Kerjaya sebagai pemandu lori dan trailer bukan sahaja memerlukan kemahiran
tertentu malahan juga pengorbanan masa dan tenaga kerana terpaksa
meninggalkan keluarga pada sesuatu jangka masa yang lebih daripada 24jam
untuk keluar bekerja.

20. Pembantu domestik


Walaupun tidak termasuk dalam senarai pekerjaan kritikal yang diperlukan,
pembantu domestik tempatan sering mendapat sambutan dan sering
kekurangan.

Tidak semestinya berada sepanjang rumah majikan, pembantu domestik kini


diperlukan untuk kerja-kerja di rumah semasa hujung minggu atau hanya di
siang hari sahaja.

You might also like