You are on page 1of 11

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang metodologi kajian yang mengandungi rekabentuk


kajian, kaedah pengumpulan data, dan kaedah analisis data. Bab ini juga menerangkan
mengenai proses kajian dari awal iaitu dari peringkat awal proses pengkajian hingga ke
akhir kajian dijalankan iaitu menganalisa data.

Menurut John W. Cresswell (2003), metodologi digambarkan sebagai kaedah yang


koheren yang menyelaraskan antara satu sama lain dan mempunyai kemampuan untuk
menyampaikan data dan penemuan yang akan mencerminkan persoalan kajian bersesuaian
dengan tujuan penulis. Dalam erti kata lain, metodologi merupakan teknik, kaedah, gaya,
jalan, rentak, ragam, sistem dan corak. Juga, berdasarkan pendapat Chua Yan Piaw (2014),
satu karya yang baik akan dijejaskan oleh kaedah kajian yang dipilih oleh setiap penulis
bagi mencapai objektifnya. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling
sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalah kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Menurut Sabitha (2006), reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang
memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Selain itu, ia juga
berfungsi sebagai panduan kepada pengkaji dalam proses memungut, menganalisis dan
membuat pentafsiran hasil daripada kajian yang dijalankan. Pada masa yang sama, Creswell
(2009) berpandangan, reka bentuk kajian merupakan rancangan atau cadangan bagi
menjalankan kajian yang melibatkan interaksi antara strategi penyelidikan, falsafah kajian,
dan metod kajian. Secara umumnya, reka bentuk kajian boleh membahagikan kepada tiga
jenis iaitu kualitatif, kuantitatif dan gabungan (John W. Cresswell., 2003).

3.2.1 Reka Bentuk Kualitatif


Menurut Zainuddin (2018), reka bentuk kualitatif merupakan merupakan suatu
kajian ke atas sesuatu keadaan bagi sesuatu individu untuk memahami dan mendapatkan
maklumat secara terperinci serta mendalam. Kaedah ini adalah menerangkan dan
menjelaskan langkah, proses dan punca sesuatu perkara berlaku. Dari segi penjanaan teori
dan pengutipan data, kajian kualitatif adalah banyak menggunakan kaedah interaksi,
bersemuka dengan subjek kajian, dan pendekatan induktif untuk menjana teori.

Kaedah ini juga adalah kajian secara induktif dimana pengkaji membina konsep,
teori, hipotesis demi mengembangkan, menyatakan dan menjelaskan. Denzin dan Lincoln
(1994), juga memberi pandangan dengan kaedah ini melibatkan kepelbagaian kaedah secara
terfokus, termasuk penggunaan pendekatan naturalistik (semula jadi) untuk menyelidik
sesuatu subjek. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis
dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Walau bagaimanapun,
kajian kualitatif ini menyumbang 'sesuatu' kepada kajian statistik. 'Sesuatu' di sini
bermaksud tidak boleh diukur (Schostak, John F., 2002).

3.2.2 Reka Bentuk kuantitatif


Kajian kuantitatif adalah kajian secara amnya menggunakan analisis statistik, ia
adalah lebih objektif dan berorientasikan. Merujuk kepada istilah 'kuantiti' bererti berapa
banyak atau nombor. Menurut Nur Shafiqa (2019), bidang kuantiti, penyelidikan kuantitatif
dikaitkan dengan data dan ketepatan yang dikira. Ia berdasarkan metodologi penyelidikan
yang positif di mana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimen dan data yang
dikumpul dan dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah
penyelidikan dinyatakan dalam bentuk hipotesis.

Menurut John W. Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan


pendidikan di mana penyelidik memutuskan apa yang perlu dipelajari, bertanya soalan
khusus, menyempitkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada
responden, menganalisis nombor menggunakan statistik dan menjalankan siasatan dalam
bentuk objektif dan bukan bias. Kaedah penyelidikan kuantitatif juga adalah kaedah di mana
nombor digunakan untuk. menerangkan penemuan (Kowalczyk, 2016).

3.2.3 Gabungan
Kajian gabungan merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan
kaedah kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data
kualitatif. Kaedah gabungan atau “mixed methods” merujuk kepada metodologi kajian yang
muncul dalam kajian bersistematik yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif melalui
penyelidikan atau mahu mengekalkan program penyelidikan sedia ada. Asas kepada
kenyataan ini adalah kaedah gabungan merupakan integrasi dan sinergi penggunaan data
yang lebih lengkap berbanding memisahkan data dan membuat analisis secara berasingan.
Kaedah gabungan bermula dalam bidang sains sosial dan telah berkembang dalam pelbagai
bidang seperti sains perubatan dan kesihatan (Wisdom & Creswell, 2013).

Berdasarkan ketiga-tiga jenis reka bentuk kajian, kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif. Hal ini demikian kerana ia lebih sesuai digunakan sebagai kaedah dalam
pengumpulan data kerana temubual dijalankan melibatkan pegawai-pegawai yang telah
dikenalpasti agensi-agensi yang terlibat di dalam potensi pelaksanaan konsep bandar span di
Kuala Terengganu.

3.3 Pengumpulan data

Pengumpulan data dilakukan adalah merujuk kepada dua objektif kajian yang
dikemukakan dalam bab 1. Melalui objektif kajian berkenaan, kajian ini akan dilakukan
dengan membentuk dua jenis pengumpulan data iaitu data sekunder dan data primer.
Kedua-dua data ini diperolehi untuk memperolehi maklumat yang berkaitan kajian yang
dilakukan ini.

3.3.1 Pengumpulan Data sekunder


Menurut Sabitha Marican (2005), data sekunder adalah merujuk sebagai data yang
telah dan pernah dikumpulkan oleh pengkaji lain. Sebagai contohnya, data-data yang
terdahulu atau lepas yang telah dikumpul untuk tujuan kajian lain. Data sekunder diperoleh
melalui artikel, laman web, jurnal-jurnal dan pelbagai penulisan akedemik yang dijadikan
rujukan oleh pengkaji. Sebagai contohnya, data-data yang lepas atau terdahulu dikumpul
untuk tujuan kajian digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada
informasi yang baru untuk kajian ini. Maklumat atau bahan terbitan yang dikumpul oleh
penyelidik lain boleh digunakan sebagai rujukan untuk mencipta formula atau informasi
baru bagi menyelesaikan masalah yang timbul pada masa kini mahupun masa depan. Oleh
hal yang demikian, data sekunder ini akan digunakan mengumpul data secara literatur untuk
mengenal pasti konsep bandar span.

3.3.2 Pengumpulan Data primer

Menurut Sabitha Marican (2005), data primer ialah data asal yang dikumpul secara
khususnya untuk menjawab persoalan kajian. Data primer dikumpulkan dengan objektif
untuk mengenal pasti potensi pelaksanaan konsep bandar span. Kaedah ini
menggunakan kaedah temu bual untuk memperoleh maklumat yang diperlukan daripada
responden yang terlibat. Dalam pada itu, kaedah temu bual ini digunakan untuk
mendapatkan maklumat secara langsung daripada responden untuk memberikan
maklumbalas sebagaimana yang dikehendaki bagi mencapai objektif dan matlamat kajian.
Selain itu, kaedah temu bual ini juga boleh membantu pengkaji memperoleh maklumat
tambahan berkenaan potensi pelaksanaan konsep bandar span yang dapat mengukuhkan lagi
kajian yang dilakukan. Kaedah seperti ini membolehkan pengkaji memilih responden-
responden yang sesuai yang berpotensi untuk menjawab soalan dalan soal selidik bagi
mencapai tujuan kajian. Dalam kajian ini, data primer dikumpul melalui kajian temu bual di
mana responden perlu menjawab persoalan-persoalan yang telah dicetak di atas kertas
mahupun menjawab melalui borang atas talian.

i. Pemilihan sampel kajian

Sampel kajian atau responden adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dari Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Majlis Bandaraya
Kuala Terengganu (MBKT) yang terlibat dalam potensi pelaksanaan konsep bandar
span di Kuala Terengganu. Dalam kajian ini, semua responden yang dipilih telah
dikenalpasti dan teknik persampelan bertujuan digunakan dengan pemilihan sampel
kajian dengan penetapan ciri-ciri tertentu dan bukan secara rawak seperti yang
dijelaskan oleh Chua Yan Piaw (2014).
ii. Pemilihan responden

Kajian ini telah mengenalpasti pegawai-pegawai kerajaan daripada agensi kerajaan


yang terlibat di mana sebanyak 6 responden yang terlibat dalam potensi pelaksanaan
konsep bandar span di Kuala Terengganu. Responden yang dipilih bagi
melengkapkan kajian ini boleh dirujuk seperti jadual dibawah:

Jadual 3.1: Cadangan Responden

Bil Kod Agensi/Syarikat Bahagian/Jabatan


. Responde
n
1. R1 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Bahagian Maklumat Tanah
Negeri
2. R2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Bahagian Perancangan Dasar
3. R3 Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Pengairan dan
Saliran
4. R4 Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sungai dan
Tebatan Banjir
5. R5 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Jabatan Perancangan Bandar
6. R6 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Jabatan Perancangan Bandar

iii. Kaedah Temubual

Temu bual adalah suatu kaedah yang biasa digunakan bagi mengumpul maklumat
daripada responden. Terdapat beberapa jenis instrumen yang digunakan untuk
mengumpul maklumat dalam penyelidikan ini. Menurut Oluwatusin (2017),
temubual ialah teknik yang digunakan terutamanya untuk mendapatkan pemahaman
tentang sebab dan motivasi yang mendasari sikap serta tingkah laku. Definisi yang
hampir sama disampaikan oleh Zainuddin (2018), pengkaji perlu bersemuka dengan
responden untuk mendapat maklumat-maklumat dan data-data yang berkaitan
mengenai kajian pengkaji.

Selain daripada itu, temu bual dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat tambahan
yang dapat menyokong hasil kajian. Selain itu juga, temubual juga ialah perbualan
dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat kajian dan memperolehi
maklumat dari responden secara lisan. Menurut Denzin (2001), ianya perlu berifat
reflektif dan dapat mencerminkan keadaan sebenar mengenai satu fenomena.
Justeru, dalam penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi antara
kaedah yang digunakan oleh penyelidik sebagai cara untuk mendapatkan data dan
maklumat daripada responden kajian. Temubual yang dijalankan adalah berkenaan
latar belakang responden dan pendapat responden mengenai potensi pelaksanaan
konsep bandar span di Terengganu. Oleh itu, menurut Chua Yan Piaw (2014), temu
bual dikategori kepada tiga jenis, iaitu temu bual berstruktur, temu bual semi
struktur dan temu bual tidak berstruktur.

a) Temubual Berstruktur

Temubual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti


maklumat umur, pendapatan, tahap pendididkan dan sebagainya. Temu bual yang
soalan-soalannya telah disusun secara terperinci sebelum ianya dilangsungkan.
Soalan disediakan telebih dahulu dan temubual dilaksanakan secara formal. Setiap
soalan yang dibuat mestilah memberi tafsiran yang sama kepada setiap responden
dan setiap responden juga mestilah mempunyai kefahaman yang sama pada setiap
soalan yang dikemukakan. Setiap soalan juga mestilah selaras dengan objektif kajian
dan tidak perlu banyak untuk mengelakkan data terpesong daripada objektif kajian
dan merumitkan kerja mengurus dan menganalisis data.

b) Temubual Semi Berstruktur

Satu kaedah temubual gabungan antara temu bual berstruktur dan tembual tidak
berstruktur. Penemubual hanya boleh menyoal balas responden semasa temu bual
dijalankan. Hanya soalan utama disediakan, namun soalan susulan berdasarkan
jawapan daripada responden kerana ia bersifat fleksible dan responden boleh
menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Pengkaji juga diberi
kebebasan untuk menyoal lebih mendalam lagi tentang jawapan responden yang
telah ditanya secara formal.

c) Temubual Tidak Berstruktur


Temu bual yang dilakukan hanya bersumber kepada garis-garis besar permasalahan
yang ditanyakan. Temubual ini tidak menggunakan soalan yang disediakan terlebih
dahulu, namun semua soalan yang ditanya oleh pengkaji kepada responden adalah
secara tidak formal. Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan responden.

Bagi ketiga-tiga jenis temubual, kajian temubual dilakukan dengan kaedah temubual
semi-struktur yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam tajuk seterusnya.
Kaedah ini menjalankan temu bual secara fleksibel serta menjalankan pertanyaan
balas kepada responden bagi mendapatkan maklum balas tambahan serta
memastikan data yang dikehendaki mencapai objektif iaitu potensi pelaksanaan
konsep bandar span di Terengganu dan matlamat kajian.

iv. Penyediaan soalan temubual

Kaedah ini menyediakan soalan temubual bertujuan untuk mendapatkan maklumat


daripada responden yang terlibat, serta pandangan daripada pihak responden yang
sedemikian. Soalan yang disediakan jelas dan mudah difahami bagi mendapatkan
jawapan yang menjawab segala persoalan dan jelas. Penyediaan soalan temu bual
perlu diteliti sebaik mungkin sebelum ditemu bual responden-responden kajian
.
Penyediaan soalan kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan
Bahagian B. Demografi iaitu maklumat umum diletakkan di Bahagian A untuk
mengetahui maklumat-maklumat responden. Manakala, bagi Bahagian B pula,
berkenaan tentang maklumat soalan pengetahuan konsep bandar span dan potensi
pelaksanaan konsep bandar span di Terengganu. Oleh itu, borang temu bual
mengandungi soalan-soalan rangka dan disenaraikan terlebih dahulu bagi
memudahkan urusan kelangsugan temu bual. Soalan daripada responden adalah
lebih baik serta penulis dapat bertanya secara langsung kepada responden untuk
memberi maklumbalas sebagaimana yang dikehendaki bagi mencapai objektif dan
matlamat kajian.
3.4 Analisis data

Selepas data dikumpul, proses seterusnya adalah analisis data. Analisis data terhasil daripada
pengumpulan data daripada data primer dan data skunder dimana data-data tersebut adalah
bersesuaian dengan kajian. Keseluruhan data yang diperolehi melalui pembacaan atau temu bual
telah disusun, dirangka, diatur dan dianalisis mengikut objektif kajian yang telah ditetapkan.
Antara kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah

3.4.1 Kaedah Analisis Kandungan

Menurut K. Krippendorff (2013), analisis kandungan adalah kaedah yang sering


digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kajian seperti pendidikan, pengurusan, dan
lain-lain. Analisis kandungan juga boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti bahan-bahan
cetakan atau bahan eletronik. Bahan-bahan cetakan adalah akhbar, jurnal, minit mesyuarat,
buku, pekeliling mana-mana jabatan dan surat khabar. Manakala bagi bahan elektronik pula
adalah berita, pengiklanan, rancangan radio dan televisyen. Analisis kandungan dibuat ketika
mencari kajian literatur dan selepas menemu bual responden terpilih dimana transkrip yang
dilabelkan mengikut responden akan diteliti setiap kandungannya untuk disesuaikan dengan
objektif dan matlamat kajian. Kajian ini menggunakan teknik analisis kandungan dalam
menterjemahkan maklumat-maklumat yang diperolehi mengikut kesesuaian dan keperluan
sahaja.

3.4.2 Kaedah Analisis Deskriptif

Analisis ke atas data yang diperolehi daripada kaedah temu bual akan dilakukan
secara deskriptif. Data-data yang diperolehi daripada temu bual yang dijalankan akan
diterangkan dalam bentuk yang lebih jelas dan mudah difahami di mana maklumat yang
telah diperolehi melalui temu bual yang dijalankan bersama sampel kajian iaitu akan
disusun, diatur dan dianalisis mengikut objektif yang ditetapkan. Cadangan, pandangan dan
komen yang diberikan dalam borang temu bual akan digabungkan dan dicerna agar dapat
diselaraskan dan menepati objektif kajian.
Seterusnya, analisis data boleh membahagikan kepada beberapa jenis. Berdasarkan
Flick (2013), analisis kualitatif adalah taksiran bahan linguistik demi menganalisis data bagi
memaknakan apa yang diwakili dalam penerangan respondenketika sesi temu bual
dijalankan. Kedua adalah analisis naratif yang menceritakan peristiwa secara terperinci, dan
ketiga adalah analisis kandungan dimana ia adalah satu bentuk analisis terhadap bahan-
bahan media cetak seperti majalah, jurnal, buku, akhbar, laporan bertulis, minit mesyurat
dan sebagainya.

Dalam kajian ini hanya akan fokus dalam analisis kualitatif dan analisis kandungan.
Hal ini demikian kerana, Flick, Kardorff dan Steinke (2004), menerangkan prinsip analisis
kandungan ini adalah menekankan sejumlah besar data teks daripada pelbagai-jenis bahan
bacaan.

Data yang telah dikumpul kemudiannya akan disusun dan dilaporkan sebagaimana
objektif yang telah ditetapkan. Dalam menganalisis data-data yang dikumpul, pandangan
atau idea dan cadangan yang diberikan oleh semua responden akan dikombinasikan
berdasarkan kod dan susunan objektif tertentu. Setiap maklumbalas yang diberikan oleh
setiap responden perlulah dibuat penelitian dengan baik agar penafsiran yang tepat dapat
dihasilkan dalam kajian.

3.5 Rumusan

Kesimpulannya, metodologi dilakukan supaya sesuatu kajian yang dibuat dapat


difahami dengan lebih mendalam, meningkatkan penguasaan tentang permasalahan yang
dikaji seterusnya mencari penyelesaian bagi sesuatu isu tersebut. Bab ini adalah sangat
penting kerana ianya untuk memastikan sama ada kajian ini berjalan dengan lancar serta
berjaya ataupun tidak. Metodologi memainkan peranan penting dalam merangka tatacara
dan prosedur bagaimana kajian dilakukan di mana ianya berbentuk peringkat-peringkat
kerja yang dilakukan bagi memenuhi objektif kajian yang telah dinyatakan.

Oleh itu, dalam metodologi kajian ini menerangkan cara pengkaji mendapat
maklumat, bahan, sumber rujukan dan data berkaitan dengan kajian. Dalam sesuatu kajian,
bahan yang paling penting adalah data kajian untuk menentukan hasil daripada sesuatu
kajian yang dijalankan. Oleh itu, data kajian yang dikaji dalam kajian yang dilakukan oleh
pengkaji akan menghasilkan sebuah kajian yang berkaitan. Semua data kajian yang
diperoleh akan dikumpulkan dan dianalisis dan dibincangkan oleh pengkaji dalam bab
seterusnya iaitu bab 5.

Objektif

1. Mengenal pasti Konsep Bandar Span

2. Mengkaji potensi pelaksanaan konsep bandar span

di Kuala Terengganu bagi mengatasi masalah banjir


PENGUMPULAN KAJIAN

Data Primer
Data Sekunder
-Temubual secara bersemuka dan
melalui telefon serta e-mel -Data diekstrak daripada buku,
akhbar, jurnal, minit mesyuarat,
-Jenis soalan – Semi Struktur
laman web,
-Menggunakan perakam suara

-Nota lapangan

ANALISIS DATA

-Analisis Kandungan

-Analisis Deskriptif

KESIMPULAN

Rajah 3.2: Carta Aliran Metodologi Kajian

You might also like