You are on page 1of 6

Fakta Yang Tidak Perlu Dibuktikan

1. 2 jenis: Pengiktirafan kehakiman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 56 dan 57


AK (judicial notice) dan Fakta yang diakui yang diperuntukkan di bawah Seksyen 58
(admitted facts)

2. Dalam kes Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd v Jururus Ladang Sdn Bhd
[1986], mahkamah memutuskan bahawa seksyen 56, 57 dan 58 AK merupakan
pengecualian kepada prinsip am bahawa semua fakta persoalan dan fakta relevan
harus dibuktikan dengan keterangan.

PENGIKTIRAFAN PENGHAKIMAN

Peruntukkan seksyen 56 dan 57 Akta Keterangan 1950 (AK) adalah berkaitan dengan
pengiktirafan penghakiman.

Seksyen 56 AK memperuntukkan bahawa fakta yang mahkamah memberi pengiktirafan


kehakiman tidak perlu dibuktikan.

Dalam kes Pang Ah Chee v Chong Kwee Sang [1985], mahkamah telah memutuskan
bahawa Section 56 AK membolehkan penerimaan pengiktirafan kehakiman bagi fakta yang
merupakan pengetahuan umum.

Oleh itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk memberikan pengiktirafan penghakiman.

Seksyen 57(1) AK menyenaraikan 15 kategori fakta di mana mahkamah harus memberikan


pengiktirafan penghakiman.

Walau bagaimanapun, mahkamah dalam kes Sembagavally Murugason v Tee Seng Hock
[2019] telah menyatakan bahawa senarai tersebut adalah tidak muktamad.

Oleh itu, Seksyen 57 AK tidak mehalang mahkamah daripada menerima pengiktirafan


kehakiman bagi fakta lain yang tidak disebutkan di dalam senarai tersebut.

Seksyen 57(2) AK memperuntukkan bahawa mahkamah dibenarkan memberi pengiktirafan


kehakiman selepas pengesahan dibuat melalui buku atau dokumen rujukan yang sesuai. Ini
dapat dilihat dalam kes Lee Lip Ngee v Crown Counsel [1947].

Seksyen 57(3) AK memperuntukkan bahawa mahkamah boleh menolak pemberian


pengiktirafan kehakiman.
Dalam kes Industrial & Agricultural Distribution Sdn bhd v Golden Sands Construction
Sdn Bhd [1993], mahkamah menolak pemberian pengiktirafan kehakiman bagi fakta bahawa
selepas mana-mana kenderaan atau mesin telah dijual kepada orang lain tanpa kehadiran
mana-mana pihak berkuasa untuk menyokongnya, nilai kenderaan atau mesin tersebut akan
menyusut.

Dalam kes Lo Khi On (t/a Fuji Hairdressing Saloon) v Tanjong Aru Hotel Sdn Bhd
[1994], mahkamah menolak penerimaan pengiktirafan kehakiman bagi fakta bahawa sebuah
kerusi gunting rambut berharga RM12,000 kerana ia bukan suatu fakta yang terkenal.

Mahkamah dalam kes Sembagavally Murugason v Tee Seng Hock [2019] telah
menyatakan bahawa fakta yang mahkamah boleh memberi pengiktirafan penghakiman
mestilah tertakluk kepada pengetahuan umum dan kewujudannya diterima oleh orang awam
tanpa syarat atau pertengkaran (contention). Bagi memberi pengiktirafan menghakiman,
ujiannya adalah fakta tersebut mesti cukup terkenal sehingga ia menjadi sesuai untuk
menganggap kewujudannya tanpa pembuktian. Ujian ini juga diterangkan dalam kes
Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd v Jururus Ladang Sdn Bhd [1985].

Dalam kes Ramah Binti Ta’at v Laton v Laton Binti Malim Sutan [1931], mahkamah
telah memutuskan bahawa undang-undang islam bukanlah undang-undang asing dan ia
adalah undang-undang tempatan dan undang-undang negeri yang mana mahkamah mesti
mengambil pengiktirafan penghakiman. Namun, dalam kes Sivagami Ach v PRM
Ramanathan Chetiar & Anor [1959], mahkamah memutuskan bahawa mahkamah tidak
boleh memberi pengiktirafan kehakiman atas undang-undang Hindu kerana ia adalah undang-
undang asing.

Dalam kes Lee Chow Meng v PP [1976], mahkamah memutuskan bahawa ia adalah perkara
pengetahuan umum dan fakta jelas bahawa terdapat peningkatan samun bersenjatapi di Kuala
Lumpur. Oleh itu, mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman tentang peningkatan kes
jenayah samun bersenjatapi di Kuala Lumpur dan tertuduh dikenakan hukuman yang berat.

Mahkamah dalam kes Tenaga Nasional Berhad v Teobros Development Sdn Bhd [2008]
telah memutuskan bahawa pengiktirafan kehakiman boleh diberi berhubungan dengan
perkara geografi.
Mahkamah dalam kes Mohd Faisa bin Ismail v Public Prosecutor [2021] telah
memutuskan bahawa pengiktirafan kehakiman mengenai persekitaran hanya boleh diterima
sekiranya ia bersifat umum dan berada dalam pengetahuan umum mana-mana orang biasa.

Mahkamah dalam kes Mohd Faisa bin Ismail v Public Prosecutor [2021] telah
memutuskan bahawa hakim tidak boleh mengimportkan pengetahuannya sendiri mengenai
fakta tertentu ke dalam sesuatu kes tanpa memberi keterangan sebagai saksi. Ini juga telah
dinyatakan dalam kes PP v Sharma Kumari [2000].

*1st see if it falls under the list in S.57(1), if not then see S.56 – discretionary power of court
(must be common and general knowledge & accepted by public w/out qualification oe
contention*

FAKTA YANG DIAKUI

1. 2 jenis: 1. Fakta yang diakui dalam kes sivil yang diperuntukkan di dalam Seksyen 58
AK dan 2. Fakta yang diakui dalam kes jenayah yang diperuntukkan di dalam
Seksyen 73AA AK.

SEKSYEN 58 (KES SIVIL)

1. Seksyen 58(1) AK memperuntukkan bahawa fakta yang diakui melalui 1. pengakuan


semasa pendengaran; 2. pengakuan secara bertulis sebelum pendengaran; dan 3.
pengakuan dalam pliding tidak perlu dibuktikan melainkan mahkamah dengan budi
bicaranya meminta fakta yang diakui tersebut dibuktikan.

2. Seksyen 58(2) AK memperuntukkan bahawa seksyen ini tidak digunakan dalan kes
jenayah. Ini telah dijelaskan dalam kes Noliana bte Sulaiman v PP [2000].

3. Oleh itu, terdapat 3 cara untuk mengakui suatu fakta di bawah Seksyen 58 AK iaitu:-
i. pengakuan dalam pendengaran
1. Pengakuan pada peringkat ini boleh dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat
dalam sesuatu kes atau ejen-ejen mereka yang merangkumi peguamcara.
2. Suatu pihak adalah terikat dengan pengakuan yang dibuat oleh peguamnya
dalam pendengaran. Ini telah diputuskan dalam kes Haron v Macaulay
[1969].

3. Mahkamah dalam kes Yap Cheng Kee & Anor v Ow Giam Eng & Anor
[1977] telah memutuskan bahawa pengakuan undang-undang yang salah
yang dibuat oleh peguamcara suatu pihak boleh ditarik balik dan
permohonan tersebut boleh dibuat secara lisan.

ii. pengakuan secara bertulis sebelum pendengaran


1. Pengakuan yang dibuat sebelum pendengaran mesti dalam bentuk bertulis.

2. Sebagai contoh, surat bertulis kepada pihak lawan yang mengandungi


pengakuan, pernyataan fakta yang dipersetujui dan dokumen yang diakui
untuk tujuan pendengaran.

3. Pihak-pihak sesuatu kes boleh bersetuju dengan kemasukan dokumen yang


diakui dalam ikatan dokumen yang dipersetujui dengan atau tanpa syarat.
Ini telah diputuskan dalam kes Yew Len Finance Development (M) Sdn
Bhd v Tan Ghin Chong [1986] dan Abdul Khoder bin Shafie v Low
Yam Chai [1989].

4. Mahkamah dalam kes Jaafar Shaari & Anor v Tan Lip Eng & Anor
[1997] telah memutuskan bahawa sekiranya terdapat sebarang syarat atau
terma nyata berkaitan dengan kemasukan apa-apa dokumen ke dalam
ikatan dokumen yang dipersetujui, maka dokumen tersebut perlu
diuruskan mengikut dan tertakluk kepada syarat-syarat nyata tersebut.

iii. pengakuan dalam pliding


1. Mahkamah dalam kes Carabao Exports Pty Ltd v Online Management
Consultants Sdn Bhd & Ors [1988] telah memutuskan bahawa
pengakuan tersebut mesti jelas.
2. Mahkamah dalam kes MM Essabhoy v M Haridas AIR 1915 PC 2 telah
memutuskan bahawa pengakuan dalam pliding tidak boleh diterima secara
sebahagiannya sahaja.

3. Mahkamah dalam kes RS Nadgir v Government of Bombay AIR 1941


Bom 144 telah memutuskan bahawa pengakuan dalam pliding hanya
terikat kepada kes yang didengari.

SEKSYEN 73AA (KES JENAYAH)

1. Terdapat 2 cara pengakuan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 73AA AK iaitu 1.


pengakuan dalam perbicaraan dan 2. pengakuan secara bertulis sebelum perbicaraan.

2. Seksyen ini mengatasi peruntukkan lain yang terkandung di dalam AK atas kegunaan
perkataan “notwithstanding”. Walau bagaimanapun, seksyen ini tertakluk kepada
peruntukkan-peruntukkan yang terkandung di dalam Kanun Tatacara Jenayah atas
kegunaan perkataan “subject to”. Dengan kata lain, Peruntukkan-peruntukkan yang
terkandung dalam Kanun Tatacara Jenayah mengatasi Seksyen 73AA AK.

3. salah satu perbezaan utama antara Seksyen 58 AK dan Seksyen 73AA AK ialah
Seksyen 58 AK membenarkan mahkamah untuk melaksanakan budi bicaranya
terhadap fakta yang diakui dan ini tidak dinyatakan secara nyata dalam Seksyen
73AA AK tetapi ini tidak menghalang mahkamah daripada menggunakan budi
bicaranya di bawah Seksyen 73AA AK.

4. Dalam kes Jeffery Bagup Anak Banau v PP [2020], isu yang dibangkitkan oleh pihak
pembelaan adalah kegagalan pihak pendakwaan untuk “tender” cek asal P8 dan P9.
Mahkmah memutuskan bahawa hujahan pihak pembelaan adalah tanpa merit kerana
pihak pembelaan tidak membantah apabila salinan P8 dan P9 telah “ditender”.
Kegagalan untuk membantah mod pembuktian adalah serupa dengan pengakuan
dalam perbicaraan.

5. Dalam kes PP v Yew Wui Lam & Other Cases [2014], pihak pembelaan telah bersetuju
untuk mengakui fakta bahawa ia adalah tertuduh yang telah membunuh ibu bapanya dan
menikam adik perempuannya. Perbicaraan diteruskan berdasarkan pengakuan tersebut.
Mahkamah memutuskan bahawa fakta pembunuhan ibu bapa oleh tertuduh tidak perlu
dibuktikan kerana pihak pembelaan telah bersetuju untuk mengakui fakta tersebut dalam
perbicaraan menurut peruntukan Seksyen 73AA AK.

You might also like