You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/271373851

Kaedah Pembelajaran Tahfiz dan Hubungannya dengan Pencapaian Hafazan


Pelajar

Article · January 2014

CITATIONS READS

7 9,838

5 authors, including:

Azmil Hashim Ab Halim Tamuri


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Kebangsaan Malaysia
85 PUBLICATIONS   168 CITATIONS    94 PUBLICATIONS   563 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Quran Education for Special Children: Teacher as Murabbi View project

pendidikan Tahfiz View project

All content following this page was uploaded by Azmil Hashim on 26 January 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


e-ISSN : 2289-6171 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 9-16

Kaedah Pembelajaran Tahfiz dan Hubungannya dengan


Pencapaian Hafazan Pelajar
1AZMIL HASHIM
2AB. HALIM TAMURI
3MISNAN JEMALI
4ADERI CHE NOH
1, 3Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Malaysia
2, 4Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kaedah pembelajaran tahfiz di Institusi tahfiz Malaysia. Kajian ini melibatkan
212 pelajar tahfiz yang mengambil Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM. Instrumen soal selidik telah dibina sendiri
oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach
bagi semua bahagian dalam soal selidik adalah tinggi (>0.9). Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi
menggunakan min, sisihan piawai, peratus, ujian-t dan korelasi Pearson.Dapatan kajian menunjukkan kaedah
pembelajaran tahfiz al-Quran berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis data inferensi mendapati perbezaan yang
signifikan antara “ jantina” dan “lokasi institusi tahfiz” dengan kaedah pembelajaran tahfiz pelajar. Dapatan kajian
juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kukuh antara kaedah pembelajaran tahfiz dengan pencapaian
hafazan pelajar. Implikasi kajian telah merumuskan elemen-elemen kaedah pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian
khusus oleh semua pihak dalam merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan kualiti
hafazan pelajar tercapai.
Kata Kunci: Kaedah pembelajaran, pembelajaran tahfiz, pencapaian hafazan

ABSTRACT
This study aims to explore the method of learning Quran memorization (tahfiz) in tahfiz institutions in Malaysia. The
study involved 212 tahfiz students who are doing Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM programme. Questionnaires
were developed by the researcher and the contents were validated by an expert reference panel. The results of the
study showed that alpha Cronbach reliability value levels for all parts of the questionnaires were high (>0.9). The
quantitative of the questionnaires were analyzed using the statistical descriptive and inferential using mean, standard
deviation, percentage, t-test and Pearson correlation. The results of the inferential studies showed that the method of
learning tahfiz was moderately high. Inferential data analysis showed that there was a significant difference between
“gender” and “location tahfiz institutions” and method of tahfiz learning. The results also showed a significant
relationship between the method of tahfiz learning and student memorizing achievements. The implication of this
study indicated that the elementsof learning tahfiz method should be given special attention by all parties in the
process of drafting the curriculum of teaching and learning tahfiz in order for the students to achieve excellent
memorizing quality.
Keywords: Method of learning, tahfiz learning, memorizing achievements

PENDAHULUAN

Pendidikan Islam bermula dengan penurunan wahyu yang pertama di mana Rasulullah s.a.w. diajar
membaca surah al-Alaq dan menghafazkannya.Menghafaz al-Quran merupakan kaedah yang digunakan
oleh Rasulullah s.a.w. dalam mengajar al-Quran kepada para sahabat.(Al-Habash, 1987). Allah telah
mempermudahkan kepada manusia untuk menghafaz al-Quran (al-Qamar 54:17) dan memelihara isi
kandungannya supaya al-Quran terpelihara dari segala bentuk penyelewengan dan perubahan (al-Hijr 15:9).
Menghafaz al-Quran merupakan satu usaha untuk mencegah terputusnya jumlah kemutawatiran al-Quran
dan juga mengelak dari sebarang usaha untuk menyelewengkan dan memalsukan al-Quran (Al-Suyuti
1987). Allah telah memuji dan menyanjung tinggi kepada orang yang menghafaz al-Quran dengan
memberi penghormatan dan gelaran yang mulia seperti pilihan Allah (Fathir 35:32), orang yang telah diberi
ilmu (al-Ankabut 29:45) dan penjaga keaslian al-Quran (al-Hijr 15: 9).

Corresponding Author : Azmil Hashim, PhD - Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
Malaysia, azmil@fsk.upsi.edu.my
10

LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkembangan pengajian tahfiz kebanyakan negeri-negeri di Malaysia bergerak dengan haluan sendiri
berdasarkan kemunculan sekolah tahfiz swasta dan sekolah tahfiz rakyat. Akibatnya setiap negeri atau
pengusaha tahfiz terlalu bebas memakai mana-mana kurikulum dan kaedah pengajaran dari mana-mana
negara mengikut rasa dan latar belakang pendidikan individu guru berkenaan (Azmil Hashim, 2010). Ini
menyebabkan guru tahfiz mengajar berdasarkan pengalaman mereka tanpa mengikuti kaedah yang
tertentu. Oleh yang demikian sistem pengajian yang dilaksanakan tidak berpandukan kepada kaedah
pengajaran yang khusus dan teratur.(Wan Muhammad, 1995).
Antara faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca kelemahan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran tahfiz ialah guru didapati masih mengekalkan kaedah tradisional dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tahfiz (Mohamad Marzuqi, 2008; Azmil Hashim, 2010) walaupun mereka bersetuju
dengan berkeyakinan penggunaan teknologi membantu dalam meningkatkan mutu hafazan al-Quran.
(Mohamad Marzuqi, 2008).
Selain itu, kelemahan dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada
kekurangan dalam strategi gaya pembelajaran tahfiz iaitu, pelajar tidak mempunyai strategi, kaedah dan
motivasi dalam pembelajaran tahfiz (Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003; Azmil Hashim, 2010). Proses
pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang tersusun masih belum dapat dilaksanakan dengan sempurna
kerana kemahiran ikhtisas perguruan yang ditawarkan dalam institusi-institusi pendidikan tidak banyak
menyumbang dalam kemahiran ikhtisas perguruan tahfiz (Azmil Hashim et. al., 2013).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk meninjau kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran
yang telah diamalkan oleh pelajar tahfiz. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan kaedah
pembelajaran pelajar tahfiz al-Quran berdasarkan jantina dan lokasi institusi tahfiz serta menganalisis
adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pembelajaran pelajar dengan pencapaian hafazan
pelajar.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik kerana kajian ini bersesuaian
dengan kaedah tinjauan (Robson, 1988). Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik jawapan dipilih.
Dalam kajian ini penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala
jawapan jenis Likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang
digunakan dalam instrumen kajian ini. Skala Likert adalah sesuai digunakan bagi mengukur pandangan
yang diberikan oleh responden dalam ruang tertentu secara berterusan tentang suatu amalan persepsi dan
sikap (Cohen L et al, 2000).
Bagi menentukan kesahan dalaman soal selidik telah dirujuk kepada sembilan orang yang
mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing yang terdiri daripada kepakaran
dalam bidang pendidikan tahfiz, pendidikan al-Quran dan penyelidikan. Manakala kebolehpercayaan item-
item dalam soal selidik ini, satu analisis data telah dilakukan untuk mendapatkan nilai alpha Cronbach.
Didapati instrumen soal selidik pelajar ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu nilai alpha
Cronbach 0.96 seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.Jadual ini menunjukkan bahawa instrumen tersebut
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Jadual 1: Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan


Indikator Nilai alpha Cronbach
Sangat Tinggi 0.90-1.00
Tinggi 0.70-0.89
Sederhana 0.30-0.69
Rendah 0.00-0.30
Sumber: Brymen & Cramer (1999)

Kajian ini telah dijalankan di 11 buah maahad dan institut tahfiz di seluruh negara yang melaksanakan
Kurikulum Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Seramai 212 pelajar yang

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 9-16


11

dipilih menjadi responden kajian yang terdiri daripada pelajar semester enam di Darul Quran JAKIM dan
Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (MTQN).
Proses penganalisisan data-data kuantitatif ini dilakukan secara deskriptif melalui analisis
berkomputer menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 12.0. Statistik deskriptif yang
digunakan ialah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawaian. Penyelidik menghuraikan analisis deskriptif
ini dengan menggunakan jadual interpretasi min tingkah laku afektif yang telah dirumuskan oleh Nunally
(1978) seperti di Jadual 2. Interpretasi terhadap min disusun mengikut turutan menurun dari min yang
paling tinggi hingga kepada min yang paling rendah.

Jadual 2: Interpretasi Min Dimensi Tingkah Laku Afektif


Skor min Interpretasi
4.01-5.00 Tinggi
3.01-4.00 Sederhana Tinggi
2.01-3.00 Sederhana Rendah
1.01-2.00 Rendah
Sumber: Stufflebeam (1971)

Kaedah penganalisisan data statistik inferensi digunakan untuk mendapatkan inferens daripada
statistik sesuatu sampel bagi seluruh populasi. Prosedur Independent-Samples T Test telah digunakan bagi
menguji araske ertian perbandingan skor min untuk pemboleh ubah bebas iaitu jantina (lelaki dan
perempuan) dan lokasi institusi (DQ dan MTQN). Pekali korelasi yang menggunakan prosedur Bivariate
Correlations untuk mengukur kekuatan korelasi antara pemboleh ubah bersandar yang digunakan.Dalam hal
ini, model korelasi Pearson telah digunakan kerana pemboleh ubah bersandar yang diuji menggunakan
skala sela (Davies, 1971) seperti ditunjukkan di Jadual 3.

Jadual 3: Nilai Pekali Korelasi


Nilai Pekali Korelasi (r) Tafsiran Pekali
1.00 Sempurna
0.70-0.99 Sangat Tinggi
0.50- 0.69 Kukuh
0.30-0.49 Sederhana
0.10-0.29 Rendah
0.01-0.09 Boleh diabaikan
Sumber: Davies (1971)

DAPATAN KAJIAN

Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran

Jadual 4.4 menunjukkan min, sisihan piawai, kekerapan, peratusan dan interpretasi gaya pembelajaran
tahfiz al-Quran dari persepsi pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa enam item kaedah pembelajaran
tahfiz mencatatkan interpretasi min pada tahap tinggi, tiga item mencatatkan interpretasi min pada tahap
sederhana tinggi dan lima item mencatatkan interpretasi min pada tahap sederhana rendah.
Item yang mendapat interpretasi min pada tahap tinggi ialah item ditasmic untuk mentashihkan
hafazan (min=4.60, sp=0.74) peratus amat kerap dan kerap 93.1%, item ditasmic untuk penilaian
(min=4.58, sp=0.76) peratus amat kerap dan kerap 91.2%, item membaca ayat di hadapan pensyarah
selepas di hafaz (min=4.51, sp=0.95) peratus amat kerap dan kerap 89.9%, item ditasmic untuk
mengukuhkan hafazan (min=4.39, sp=0.98) peratus amat kerap dan kerap 83.5%, item menambah jumlah
takrar pada ayat yang susah (min=4.23, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 79.9% dan item takrar ayat
sehingga hafaz (min=4.04, sp=1.14) peratus amat kerap dan kerap 74.3%.
Manakala item yang mendapat interpretasi min sederhana tinggi ialah item mencari maksud ayat
(min=3.90, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 64.7%, item mencari makna kalimah ayat (min=3.88,
sp=1.11) peratus amat kerap dan kerap 74.3%, dan item talaqqi dan musyafahah (min=3.32, sp=1.41)
peratus amat kerap dan kerap 51.4%.
Item yang mendapat interpretasi min sederhana rendah ialah item mencari pengajaran ayat
(min=2.86, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 26.8%, item mendengar bacaan contoh (min=2.82,
sp=1.36) peratus amat kerap dan kerap 32.6%, item melakukan tadarus hafazan (min=2.73, sp=1.08)
12

peratus amat kerap dan kerap 21.1%, item melakukan tadarus untuk mengukuhkan hafazan (min=2.71,
sp=1.10) peratus amat kerap dan kerap 22.5%, item melakukan tadarus untuk mentashihkan hafazan
(min=2.70, sp=1.12) peratus amat kerap dan kerap 23.4%, item menggunakan kaedah penulisan
(min=2.70, sp=1.14) peratus amat kerap dan kerap 24.4%, item menggunakan kaedah penulisan pada ayat-
ayat yang susah (min=2.68, sp=1.17) peratus amat kerap dan kerap 25.6%, item menggunakan kaedah
penulisan bagi mengelakkan mudah terlupa (min=2.66, sp=1.14) peratus amat kerap dan kerap 25.2%,
item penilaian melalui penulisan (min=2.66, sp=1.22) peratus amat kerap dan kerap 26.2%, item mencari
asbab nuzul ayat (min=2.57, sp=1.09) peratus amat kerap dan kerap 16.1% dan item membaca ayat di
hadapan pensyarah sebelum menghafaz (min=2.33, sp=1.43) peratus amat kerap dan kerap 24.8%.

Jadual 4: Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran


Kaedah P&P Tahfiz Min S.P Interpretasi
Ditasmi untuk mentashih hafazan 4.60 0.74 Tinggi
Ditasmi untuk penilaian 4.58 0.76 Tinggi
Membaca ayat dihadapan pensyarah selepas dihafaz 4.51 0.95 Tinggi
Ditasmicuntuk mengukuhkan hafazan 4.39 0.98 Tinggi
Menambah jumlah takrar pada ayat yang susah 4.23 1.12 Tinggi
Takrar ayat sehingga hafaz 4.04 1.14 Tinggi
Mencari maksud ayat 3.90 1.12 Sederhana Tinggi
Mencari makna kalimah ayat 3.88 1.11 Sederhana Tinggi
Talaqqi dan musyafahah 3.32 1.41 Sederhana Tinggi
Mencari pengajaran ayat 2.86 1.12 Sederhana Rendah
Mendengan bacaan contoh 2.82 1.36 Sederhana Rendah
Melakukan tadarus hafazan 2.73 1.08 Sederhana Rendah
Melakukan tadarus untuk mengukuhkan hafazan 2.71 1.10 Sederhana Rendah
Melakukan tadarus untuk mentashih hafazan 2.70 1.12 Sederhana Rendah
Menggunakan kaedah penulisan 2.70 1.14 Sederhana Rendah
Kaedah penulisan pada ayat-ayat yang susah 2.68 1.17 Sederhana Rendah
Kaedah penulisan bagi mengelak mudah terlupa 2.66 1.14 Sederhana Rendah
Penilaian melalui penulisan 2.66 1.22 Sederhana Rendah
Mencari asbab nuzul ayat 2.57 1.09 Sederhana Rendah
Membaca ayat dihadapan pensyarah 2.33 1.43 Sederhana Rendah
Min Keseluruhan 3.34 0.60 Sederhana Tinggi

Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah takrar dan tasmic ini merupakan kaedah yang sering
dilaksanakan oleh pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran.Walaupun pensyarah
menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah secara menyeluruh namun pelajar merasakan bahawa
kaedah talaqqi dan musyafahah yang dilakukan oleh pensyarah masih tidak mencukupi dan tidak mencapai
tahap yang sepatutnya.Pelajar juga kurang berusaha dalam mencari makna kalimah dan maksud ayat dalam
menghafaz al-Quran. Manakala amalan mendengar bacaan contoh daripada pensyarah, membaca ayat di
hadapan pensyarah sebelum dihafaz, mencari asbab nuzul ayat dan pengajaran ayat amat kurang diberi
penekanan oleh pelajar.Pelajar juga amat kurang melakukan amalan tadarus dan menggunakan kaedah
penulisan dalam hafazan al-Quran.

Perbezaan Skor Min Kaedah Pembelajaran Tahfiz al-Quran Berdasarkan Demografi Jantina

Hasil Analisis Varian Sehala bagi menguji skor min kaedah pembelajaran pelajar tahfiz al-Quran
berdasarkan demografi jantina.

Jadual 5: Ujian-t Perbezaan Kaedah Pembelajaran Tahfiz berdasarkan Jantina


Jantina N Min SP Nilai t Sig.P
Lelaki 120 3.33 0.66 -0.348 0.002*
Perempuan 98 3.35 0.52
Signifikan pada aras p<0.05

Hasil análisis Ujian-t seperti dalam jadual 5 di atas menunjukkan terdapat perbezaan skor min
(P=0.002, p<0.05) kaedah pembelajaran tahfiz antara pelajar lelaki (min=3.33, sp=0.66) dengan pelajar

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 9-16


13

perempuan (min=3.35, sp=0.52). Analisis ini juga menunjukkan kaedah pembelajaran tahfiz di kalangan
perempuan adalah lebih tinggi daripada responden lelaki.

Perbezaan Skor Min Kaedah Pembelajaran Tahfiz al-Quran Berdasarkan Latar Belakang
Institusi Tahfiz

Hasil Analisis Varian Sehala bagi menguji skor min kaedah pembelajaran pelajar tahfiz al-Quran
berdasarkan latar belakang institusi tahfiz.

Jadual 6: Ujian-t Perbezaan Kaedah Pembelajaran Tahfiz Berdasarkan Latar Belakang Institusi Tahfiz
Jantina N Min SP Nilai t Sig.P
Darul Quran 143 3.40 0.63 2.06 0.040*
MTQN 75 3.22 0.54
Signifikan pada aras p<0.05

Hasil análisis Ujian-t seperti dalam jadual 6 di atas menunjukkan terdapat perbezaan skor min
(P=0.040, p<0.05) kaedah pembelajaran tahfiz antara pelajar Darul Quran (min=3.96, sp=0.44) dengan
pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (min=3.83, p<0.38). Dengan ini Ho2 adalah tertolak. Analisis ini
juga menunjukkan kaedah pembelajaran tahfiz di kalangan pelajar Darul Quran adalah lebih tinggi
daripada pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Negeri

Hubungan Kaedah Pembelajaran Tahfiz Al-Quran Dengan Tahap Pencapaian Hafazan Pelajar

Analisis data secara inferensi juga telah dilakukan untuk mengenal pasti hubungan kaedah pembelajaran
tahfiz al-Quran dan pencapaian hafazan pelajar.Analisis inferensi hubungan ini telah dilakukan bagi
menjawab soalan yang ketiga dalam kajian ini.Kaedah Korelasi Pearson telah digunakan bagi membuat
analisis inferensi perhubungan dalam kajian ini.

Hasil penganalisisan korelasi Pearson untuk mengenal pasti hubungan kaedah pembelajaran dan
pencapaian hafazan al-Quran pelajar dipaparkan dalam Jadual 4 seperti berikut:

Jadual 7: Korelasi Kaedah Pembelajaran Tahfiz dengan Tahap Pencapaian Hafazan Pelajar
Hubungan r Sig.P
Kaedah Pembelajaran tahfiz * Pencapaian hafazan 0.486** 0.000

** Korelasi adalah signifikan pada aras p<0.01


N=212

Analisis korelasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan antara kaedah pembelajaran tahfiz al-
Quran dengan pencapaian hafazan pelajar seperti dalam Jadual 7 di atas menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan pada tahap sederhana (r=0.486, p<0.01). Dengan ini Ho3 adalah ditolak.

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung menggunakan kaedah takrar,
memperbanyakkan takrar pada ayat yang susah dan tasmic di hadapan pensyarah selepas dihafaz untuk
penilaian, pembetulan dan pengukuhan hafazan. Kaedah takrar dan tasmic ini merupakan kaedah yang
sering dilaksanakan oleh pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Ini bertepatan
dengan pandangan Al-Qabisi (1955), Ahwani (1955), Muhammad Muhsin (1994), Abu al-Wafa (1999),
Abu Najihat (2002), Al-Syarbini (2004), Abu al-Fida’ (2006) dan Mohd Farouq (1427H) yang menjelaskan
bahawa kaedah takrar merupakan kaedah yang utama di dalam menghafaz al-Quran dan jumlah takrar
merupakan penentu kepada kekuatan hafazan pelajar. Schunk (1996) juga memperjelaskan bahawa ingatan
akan kukuh dan menjadi ingatan jangka panjang apabila ia dilatih secara berterusan. Dapatan kajian ini
selari dengan dapatan kajian Abdul Hafiz et. al. (2005) yang menunjukkan bahawa kaedah takrar
merupakan kaedah yang sering diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz.Begitu juga dengan
14

kaedah tasmic telah juga dibuktikan oleh Mohamad Marzuqi (2008) dengan menjelaskan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan di antara kaedah tasmic dan talaqqi dengan pencapaian pelajar.
Berdasarkan dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah kaedah talaqqi dan musyafahah yang
dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz masih tidak mencukupi dan tidak mencapai
tahap yang sepatutnya. Kaedah ini telah disarankan oleh Abu Najihat (2002) dan Abu al-Fida’ (2006) yang
menjelaskan bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang asas di dalam pengajaran dan
pembelajaran tahfiz al-Quran.Kaedah ini juga merupakan kaedah yang telah dilaksanakan oleh Jibrail a.s
dan Rasulullah s.a.w di dalam menghafaz al-Quran semasa penurunan wahyu.
Pelajar juga di dalam kaedah pembelajaran tahfiz kurang berusaha dalam mencari makna kalimah
dan maksud ayat.Ini berpunca daripada pensyarah-pensyarah kurang memberi penekanan terhadap makna
kalimah dan maksud ayat yang dihafaz. Kaedah kefahaman ini telah dihuraikan secara terperinci oleh
Ahwani (1955), Al-Syarbini (2004) dan Abu al-Fida’ (2006) dengan menyatakan bahawa kaedah kefahaman
merupakan kaedah yang membantu dalam menghafaz dan mengukuhkan hafazan kerana dengan
memahami maksud ayat dan makna kalimat pelajar akan dapat menumpukan perhatian terhadap ayat yang
dihafaz semasa amalan takrar dan seterusnya akan menambahkan kekhusyukan dalam membaca ayat al-
Quran.
Manakala amalan mendengar bacaan contoh daripada guru dan membaca ayat di hadapan guru
sebelum dihafaz amat kurang diberi penekanan oleh pelajar. Mencari asbab nuzul ayat dan pengajaran ayat
juga amat kurang dititik beratkan sedangkan kaedah memahami asbab nuzul telah ditegaskan oleh Abu al-
Wafa (1999) dengan memperjelaskan bahawa dengan mengetahui makna ayat yang dihafaz dan
mengetahui asbab nuzul akan membantu pelajar dalam menghafaz dan meyakinkan ingatan. Pelajar juga
amat kurang melakukan amalan tadarus untuk memperbetulkan hafazan dan mengukuhkan hafazan.
Amalan menggunakan kaedah penulisan untuk mengukuhkan hafazan terutama pada ayat susah
dan menggunakan kaedah penulisan dalam penilaian juga amat kurang dilakukan oleh pelajar. Kekurangan
dan kelemahan terhadap amalan-amalan ini di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran
yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.Menurut Al-Qabisi (1955), Muhammad Muhsin (1994), Abu al-
Wafa (1999) dan Abu al-Fida’ (2006), kaedah penulisan merupakan kaedah sokongan yang membantu dan
mengukuhkan hafazan al-Quran. Ini adalah kerana penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan
tangan dalam menghafaz al-Quran akan mengukuhkan ingatan pelajar terutama pada ayat yang susah dan
ayat mutasyabihat. Kaedah penulisan ini juga boleh dilakukan berulang-ulang kali untuk memantapkan
hafazan dan mengelakkan hafazan daripada mudah terlupa.Ini dibuktikan oleh Abdul Hafiz et al. (2003)
dengan menegaskan bahawa kaedah penulisan merupakan kaedah yang mempunyai keberkesanan yang
tinggi di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Abdul
Hafiz et al. (2005) dan Mohamad Marzuqi (2008) yang telah menyatakan bahawa kaedah penulisan ayat
dan kaedah kefahaman ayat kurang diberi perhatian dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tahfiz
al-Quran di maahad-maahad tahfiz.

Analisis Perbezaan Dan Hubungan

Secara keseluruhan, analisis statistik inferensi menunjukkan wujudnya pola perbezaan yang signifikan di
antara kaedah pembelajaran Tahfiz al-Quran dengan jantina dan latar belakang institusi. Dapatan analisis
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam kaedah pembelajaran antara pelajar
perempuan dengan pelajar lelaki yang mana pelajar perempuan mempunyai kaedah pembelajaran yang
lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran tahfiz pelajar
perempuan lebih dilaksanakan berbanding dengan kaedah pembelajaran tahfiz pelajar lelaki.Dapatan kajian
ini selari dengan dapatan Azmil et.al (2013) menyatakan strategi pembelajaran tahfiz pelajar perempuan
lebih tinggi daripada strategi pembelajaran tahfiz pelajar lelaki. Secara umumnya pelajar perempuan
mempunyai gaya pembelajaran yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki (Azhar Ahmad, 2006)
dan pelajar perempuan mempunyai tahap komitmen terhadap pelajaran lebih tinggi berbanding pelajar
lelaki (Rohani Arbaa, 2010). Kajian yang dijalankan oleh Rowe (2000) dan Mac Donald et al. (1999)
menunjukkan pelajar lelaki kurang komited terhadap sekolah dan mereka lebih berkemungkinan
menghadapi risiko pencapaian akademik yang rendah, terutamanya dalam literasi. Pelajar lelaki juga
dilaporkan mempunyai pengalaman sekolah yang kurang positif dari segi keseronokan mereka bersekolah,
manfaat yang diterima menerusi kurikulum dan tindak balas positif daripada guru (Rowe, 2000).
Terdapat juga perbezaan perbezaan yang signifikan dalam kaedah pembelajaran berdasarkan latar
belakang institusi yang mana pelajar Darul Quran mempunyai kaedah pembelajaran lebih tinggi

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 9-16


15

berbanding dengan pelajar MTQN. Ini bermungkinan pelajar Darul Quran yang mempunyai sistem
pendidikan yang lebih tersusun yang memberi penekanan terhadap gaya pembelajaran tahfiz berbanding
dengan MTQN. Perbezaan kaedah pembelajaran berdasarkan latar belakang institusi bandar dan luar
bandar berlaku disebabkan sekolah di bandar memiliki kepelbagaian kaedah berbanding dengan sekolah
luar bandar (Kamarul Azmi Jasmi et.al., 2011).
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah
pembelajaran tahfiz dengan pencapaian hafazan pelajar.Hasil dapatan kajian juga selari dengan kajian
Azmil et.al.(2103) yang menunjukkan bahawa strategi dalam pembelajaran juga mempunyai hubungan
yang signifikan dengan pencapaian hafazan pelajar.Ini membuktikan bahawa kaedah dan strategi dalam
pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

IMPLIKASI KAJIAN

Amalan talaqqi dan musyafahah dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran merupakan
kaedah yang paling asas dalam pendidikan tahfiz yang seharusnya diamalkan secara meluas oleh
pelajar.Melalui kaedah talaqqi dan musyafahah ini kaedah tasmic untuk memperbetulkan hafazan,
mengukuhkan hafazan dan melakukan penilaian terhadap hafazan dapat diamalkan serentak.Manakala
kaedah tadarus bersama rakan-rakan juga dapat berperanan dalam mentashihkan hafazan, mengukuhkan
hafazan dan melakukan penilaian terhadap hafazan. Kekuatan hafazan seseorang pelajar berkait rapat
dengan sejauh mana jumlah takrar yang dilakukan. Oleh yang demikian kaedah takrar juga merupakan di
antara kaedah paling asas dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz.
Kaedah kefahaman ayat merupakan kaedah yang kurang diberi perhatian oleh pelajar.Pelajar perlu
mengetahui kepentingan menghayati dan memahami ayat dalam menghafaz al-Quran. Oleh yang demikian
matlamat dan objektif pendidikan tahfiz tidak akan tercapai sekiranya kaedah kefahaman ayat tidak diberi
perhatian yang sewajarnya. Di samping itu juga kaedah penulisan juga amat kurang diamalkan dalam gaya
pembelajaran tahfiz oleh pelajar. Kaedah penulisan dalam pembelajaran tahfiz kurang mendapat
pendedahan di kalangan pelajar sedangkan kaedah penulisan ini turut berperanan dalam mengukuhkan
hafazan terutama pada ayat-ayat yang sukar dihafaz.
Dapatan kajian terhadap perbezaan kaedah pembelajaran tahfiz al-Quran yang diperolehi dalam
kajian ini memberi kefahaman tentang faktor jantina yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak yang
terlibat dalam merangka kaedah pembelajaran tahfiz agar kecemerlangan hafazan pelajar tercapai khusus
kepada pelajar lelaki. Manakala faktor lokasi institusi juga perlu diberi perhatian dalam merangka kaedah
pembelajaran tahfiz di kalangan pelajar agar wujud pembentukan iklim pembelajaran tahfiz di semua
institusi tahfiz bagi meningkatkan kualiti pencapaian hafazan pelajar.
Analisis terhadap kaedah pembelajaran tahfiz mendapati hubungan dan perkaitan yang kukuh
dengan pencapaian hafazan pelajar memberi kefahaman bahawa kaedah pembelajaran tahfiz ini perlu
diberi penekanan khusus dan diperkembangkan dalam pembelajaran tahfiz.Ini adalah kerana kaedah
pembelajaran ini telah memberi sumbangan yang signifikan terhadap pencapaian tahfiz pelajar.

PENUTUP

Kajian ini menunjukkan kaedah pembelajaran tahfiz dan hubungannya dengan pencapaian pelajar.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran tahfiz mempunyai perkaitan yang kuat
dengan pencapaian pelajar. Oleh yang demikian elemen-elemen kaedah pembelajaran tahfiz perlu diberi
perhatian khusus oleh semua pihak dalam merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz.
Pendedahan kaedah pembelajaran tahfiz ini juga perlu dilakukan kepada guru tahfiz dan pelajar agar dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tahfiz agar pencapaian terhadap kualiti hafazan pelajar tercapai
dengan jayanya.

RUJUKAN

Al-Quran
Abdul Hafiz Abdullah, Hussin Salomon, Azmi Shah Suratman dan Sulaiman Shakib Mohd Noor. (2005).
Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran yang Efektif: Satu Kajian di Kuala Lumpur dan
Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.
Abu Al-Fida’, Muhammad Izzat. (2006). Kaifa nahfazul Quran. Kaherah: Darul Salam.
16

Abu Al-Wafa, Aliyallah Ali. (1999). An-Nur al-mubin litahfiz al-Quran al-Karim. Kaherah: Darul Wafa’.
Abu Najihat Al-Hafiz. (2002). Panduan bagi hafiz-hafizah dan qari dan qari’ah Selangor. Penerbit Darul Iman.
Ahwani, Ahmad Fuad. (1995). At-tarbiyyah fil Islam aw tacalim fi ra’yil Qabisi. Kaherah: Dar Ehya’ al Kutub
al-Arabiyyah.
Al-Habash, As-Syeikh Muhammad. (1987). Kaifa tahfaz al-Quran. Beirut: Dar al-Khair.
Al-Syarbini, Ibrahim Abdul Muni’m. (2004). As-Sabil ila al-Jinan bi Bayan Kaifa Yuhfazul Quran. Zaqaziq:
Dar Ibnu Kathir.
Al-Suyuti, Jalaluddin Abdul Rahman. (1987). Al-Itqan fi ulumil Quran. Maktabah Mustafa al-Bab al-Halaby.
Al-Qabisi, Abi Hasan Ali Muhammad Khalaf. (1955). Ar-Risalah al-mufassolah li ahwal al-muaallimin wa
ahkam al-muallimin wal mutaallimin. Kaherah: Dar Ehya’ al Kutub al-Arabiyyah.
Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan
Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azmil Hashim (2006). Pengetahuan Al-Quran di Kalangan Perajurit Muda Pusat Latihan Asas Tentera
Darat Port Dickson. Kertas projek Sarjana: Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Azmil Hashim (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Darul Quran dan Maahad Tahfiz al-Quran
Negeri. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan
Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 1
Issue 1 28-39.
Brymen, A. & Cramer, D. (1999). Quantitative data analysis with SPSS Release 8 for Windows: A guide for social
scientists. London: Routledge.
Cohen, L, Manion, L & Morrison, K. (2000). Research methods in education. London: Routledge Falmer.
Davies, I.I.C. (1971), The Management of Learning. London: C. Gain Hill.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Illias, Ab. Halim Tamuri, Mohd Izaham Mohd Hamzah (2011).
Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(1), 2011, 59-74.
Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan antara Kaedah Menghafaz al-Quran dengan
Pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat Pelajar Semester Empat dan Lima di Maahad Tahfiz wal Qiraat di
Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej Universiti Islam
Malaysia.
Mohd Farouq Mohd Al-Raiy. (1427H). Al-Tariqah al-‘Amaliyyah lit’allumi wa Ta’alim al-Quran Hifzan wa
Tilawatan bittajwid wal Itqan. Jeddah: Syirkah al-Madinatul Munawwarah litaba’ah wal-Nasyr.
Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian
Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Aderi Che Noh.(2004). Celik Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan satu Zon Pudu Kuala
Lumpur. Projek Penyelidikan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Muhsin Syeikh Ahmad. (1994). Al-Quran dan Cara-cara Menghafaz. Shah Alam: Perpustakaan
Darul Quran.
Nunally, J. C. (1978). Psycometric Theory. New York: Mc Graw Hill Book Company.
Robson, Collin. (1998). Real World Research. UK: Blackwell Publisher Itd.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan
komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan pembelajaran antara
jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2): 61-69.
Rowe, K.J. (2000). Exploring Real Effects from Evidence-based Research in Teacher and School
Effectiveness. The Educational Performance Of Males And Females In School And Tertiary
Education. Paper presented at Educational Attainment and Labour Market Outcomes: Factors Affecting Boys
and Their Status in Relation to Girls. Melbourne, Australia.
Wan Muhammad Abdul Aziz. (1995). Ke arah penyelarasan sistem pengajian tahfiz al-Quran di Malaysia.
Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Quran. Bil 1.1-8.

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 9-16

View publication stats

You might also like