You are on page 1of 24
ANGDSAVO Jurnal Pengkalian dan Peneitian Sostera Asia Tenggara Januari-Jun 2013 * 1434 ghsb—-Lae + Bil. 33 + Jilid 18 ISSN 2075-5368 PENGARAH Haj Aina Hay Monin PEMANGKU TIMBALAN PENGARAH Hatnan Haji Buang KETUA BAHAGIAN PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN SASTERA. Suip Haji Abdul Wahab KETUA BAHAGIAN PENERBITAN DAN PEMASARAN Mod Azure Othman KETUA BAHAGIAN SENILUKIS, REKA BENTUK DAN SENI FOTO. Haji Muhammad Sofigudn Haji Sani KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN Hajah North Heji Mohd. Hassan SIDANG REDAKSI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Suip Haji Abdul Wahab Rosmaiat Haji Yaya INDONESIA. Ganjer Hainasyal MALAYSIA (Dr. Hamaf brain Harimansyoh SINGAPURA, EEN. Tajuddin Jaaer PENYELARAS PENERBITAN Maysalanah Haji Hitam ‘Asmah Haji Abdullah Haji Noraloe Haj Abd. Hamid PENYELARAS REKA BENTUK Abd, Ajhis Haj Tero URUSAN LANGGANAN, JUALAN DAN PEMASARAN Unit Pemasaran Bahagian Penesbitan dan Pemasaran Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Jalan Pembangunan Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510 [Negara Brunei Darussalam Tel: 2382511 sambungan 199, 200, 203 aks: 2381617 KANDUNGAN 3. MANIFESTASI CITRA ALAM TENTANG LAUT DAN LEMBAH DALAM. DUA BUAH NOVEL MUSLIM BURMAT. Dr Haji Morsdi Ha Mshamad (Negara Brunel Darussalam) 24 TRANSFORMASI NOVEL BADAI PAST BERLALU: UPAYA, MENINGKATKAN INDUSTRI KREATIF Esl Yet (indonesia) 43 MARGINALITAS FEREMPUAN ASMAT DALAM NOVEL NAMAKU ‘TEWERAUT KARYA ANI SEKARNINGSI Jonner Sanipar (Gndonesia) 58 CITRA PEREMPUAN DALAM SAJAK-SAJAK UPITA AGUSTINE (ANTOLOGI PUISI NYANMIAN ANAK CUCU) ‘Saver Starts (indonesia) 80 NGAYAP SIMBOL ADATTRADISI DAN INDEKS KEHIDUPAN WANITA TBAN DALAM CERPEN “BUNGA RIMBA” ‘Tengks Intan Marina Tenghss Mohd. Ali/Maseina Hom (Malaysia) 93. KEADILAN PEMIMPIN DALAM KARYA-KARYA KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL: SUATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF ADAB Muha, Norizam Jemian/ Prof. Madya Dr Shaifl Bahri Ma. Radai (Malaysia) MA SASTERA DAN INDUSTRI SM Zakir (Malaysia) 326 IME} KEFIMPINAN DALAM DI HUJUNG PERTEMUAN: MERENTAS. MINDA GLOBAL (Chong Ah Fok (Negara Branei Darussala) M3. PENYUMBANG Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Jalan Pembangunan Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam © Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam 2013 Pangsura diterbitkan dua kali setahun. Pangsura menerima sumbangan-sumbangan artikel dan ulasan-ulasan buku dalam bahasa Melayu yang ada hubungannya dengan sastera Asia Tenggara. ‘Artikel tersebut hendaklah dihantar bersama dengan nama lengkap, nombor kad pengenalan/ KTP, nombor akaun bank dan alamat surat-menyurat yang tepat dan lengkap berserta poskod. Tanpa maklumat ini, artikel yang dikirim tidak akan disiarkan. Segala karya sumbangan hendaklah di- alamatkan kepada wakil negara-negara pendiri selaku editor penyelaras, iaitu: ‘Negara Brunei Darussalam: Suip Haji Abdul Wahab Bahgian Sastera, Majalah dan Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Jalan Pembangunan Lapangan Terbang Lama Berakas BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ‘e-mel: kb_sastera@brunet.bn Indonesia: Pusat Bahasa Jalan Daksinapati Barat IV Rawamangun, Jakarta Timur 13220 INDONESIA Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka Peti Surat 10803 50926 Kuala Lumpur MALAYSIA, Singapura: National Heritage Board 61 Stamford Road #30-08 ‘Stamford Court $(178892) Fax: +65 6332 3568 ‘Atur huraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam Dicetak oleh Syarikat Perniagaan dan Perkhidmatan Percetakan EZY Sdn. Bhd., Negara Brunei Darussalam KEADILAN PEMIMPIN DALAM KARYA-KARYA KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL: SUATU ANALISIS DARI PERSPEKTIF ADAB Muhd. Norizam Jamian Prof. Madya Dr. Shaiful Bahri Md. Radzi (Malaysia) Abstrak Makalah ini cuba mengupas konsep keadilan pemimpin yang dipaparkan dalam karya- karya kesusasteraan Melayu tradisional dari perspektif adab. Kesusasteraan Melayu tradi sional memainkan peranan penting sebagai wadah pembentukan peradaban manusia bagi melahirkan pemimpin yang adil dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di muka bumi. Data kajian melibatkan karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional yang terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan atau disalin dari abad ke-15 hingga ke-19, Antara lain karya-karya tersebut meliputi Hikayat Ali Bad Syah, Hikayat Maharaja Ali, Hikayat Raja Pasai, Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Thamarat al-Mukimmah, Sirat al-Mustagim, Sabil al-Muhtadin, Syarab al-Asyigin, Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Siti Sianah, Surat al-Anbiye’, Hikayat Abu Syahmah, Hikayat Raja Jumjumah dan Hikayat Ibrahim ibn Adham, Dalam membuktikan fungsi kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah pem- bentukan pemimpin yang adil, kajian ini mengaplikasikan pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas (2001). Hasil kajian mem- buktikan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional berperanan sebagai penanam adab bagi melahirkan pemimpin yang adil, yang seimbang daripada segi rohani dan jasmani serta ukhrawi dan duniawi, Karya kesusasteraan Melayu tradisional menjadi panduan kepada khalayak menjalin hubungan dengan Tuhan selaku Pencipta (hablumiminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) di samping menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia — sebagai khalifah Allah dan pada masa yang sama selaku hamba- Nya. Sebagai pemimpin yang adil, kedua-dua peranan ini harus dilaksanakan dengan seimbang dan sebaik-baiknya, Kata kunci: keadilan, pemimpin, khalifah Allah, kesusasteraan Melayu tradisional, adab Abstract This article discusses the functions of traditional Malay literature as a platform for the formation of human civilisation to create a just leader in fulfilling his responsibility as a caliph of Allak on earth. The data of this study involves the edited texts of traditional Malay literature, consisting of @ variety of genres produced or copied from the 15th to 19th century, namely Hikayat Ali Bad PangsuraeJanuari—Jun 2013 93 ‘Syah, Hikayat Maharaja Ali, Hikayat Raja Pasai, Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin, Thamavat al-Muhimmah, Sirat al-Mustagim, Sabil al-Mubtadin, Syarab al-Asyigin, Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Siti Sianah, Surat al-Anbiya’, Hikayat Abu Syahmah, Hikayat Raja Jumjumal and Hikayat Ibrahim ibn Adham. This study explores and analyzes the texts of traditional Malay literature by using an adab approach based on the Syed Muhammad Naguib Al-Attas (2001) {frame work. As an adab literature, this study demonstrates that the works of traditional Malay literature could assume as a major role in forming the just leader. Traditional Malay literary works serve as planters of noble manners to create a balanced human both mentally and physically Elements of justice presented through the traditional Malay literary works have become guide- lines for audience in seeking for a guided relationship both with their Creator (hablumminaLLah) and fellow human beings (hablumminannas) as well as explicating the divine purpose of every living human being in this world — to become His vicegerent and seroant. Every leader has to implement this dual role with just and balanced. Keywords: justice, leader, vicegerent of God, traditional Malay literature, adab PENGENALAN ‘onsep keadilan dalam Islam adalah holistik dan bersifat menyeluruh. Keadilan kK tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukum-hakam semata- mata sebaliknya mencakupi keseluruhan sudut kehidupan manusia tanpa sebarang pengecualian. Islam memandang keadilan bukanlah sekadar pembahagian sama rata kerana pembahagian tersebut akan menyebabkan ada pihak yang dizalimi kerana tidak mendapat haknya ataupun mendapat sesuatu yang, bukan haknya. Justeru pengertian keadilan yang sebenar ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang benar dan wajar (Wan Mohd. Nor, 2005:45). Dengan kata lain, keadilan melibatkan pemberian hak kepada pihak yang berhak. Keadilan dalam Islam juga tidak sama dengan berkecuali atau sikap neutral kerana keadilan itu adalah berpihak pada kebenaran (Wan Mohd. Nor, 2005:75), Makalah ini cuba mengupas konsep keadilan pemimpin yang dipaparkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional dari perspektif adab. Sastera dalam Islam dikenali sebagai al-adabi, iaitu sastera yang datang daripada jiwa yang halus (beradab) dan bertujuan mendidik serta mengasuh hati nurani khalayak dengan nilai-nilai muri schingga jiwa mereka turut menjadi halus dan lembut (Shafie, 1996:118-151). Dalam usaha mendidik adab manusia, hasil kesusasteraan Melayu tradisional yang mengandungi pelbagai ilmu menjadi medium yang berkesan untuk mendorong khalayak berfikir dengan akal dan mata hati di samping naluri sehingga melahirkan kebijaksanaan. Me- lalui kebijaksanaan inilah seseorang insan dapat meletakkan sesuatu pada kedudukan- nya yang tepat, benar dan wajar lalu mencetuskan keadilan, Justeru seseorang pemimpin tidak akan dapat berlaku adil tanpa didasari ilmu dan dipandu oleh kebijaksanaan. Seseorang insan adabi bukan sahaja perlu adil dalam hubungannya dengan manusia lain dan alam tetapi juga dengan diri sendiri dan Sang Pencipta. Tegasnya dalam ke- rangka keadilan Islam, insan yang beradab harus tahu meletakkan dirinya sebagai hamba yang patuh dengan perintah-Nya dan sebagai khalifah yang dilantik untuk memberi kemakmuran di seluruh alam (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1977:51; 2001:37-39 dan Wan Mohd. Nor, 2005:45 & 75). KESUSASTERAAAN MELAYU TRADISIONAL DARI PERSPEKTIF ADAB Perkataan adab mempunyai erti yang luas dan mendalam. Pada awalnya istilah adab mem- 94 PangsuraeJanuari—Jun 2013 bawa maksud undangan ke sebuah bankuet atau jamuan — yang di dalamnya sudah ter Kandung idea tentang hubungan sosial vang baik dan mulia. Wala bagaimanapun kemudian digunakan dalam konteks yang lebih terbatas seperti merujuk pada kajian kesusasteraan dan etika protesianal seria kemasyarakatan (Wan Mohd. Nor, 2005-118). Rahmah Ahmad Osman (dalam Ungku Maimunah, 2010:19-82) membincangkan de ngan terperinci takrifan perkotaan adab daripada segi bahasa. Adab boleb ditakritken sebagai himpunan kepada kebaikan, Kalimah adab mempunyai kaitan makna dengan kalimah al-nmdubah, jaitu bidangan makanan yang dijamu ketika majlis perkahwinan Berdasarkan pengertian ini, adab mempunyai nilai yang amat tinggi kerana ia menghi dangkan manusia dengan pelbagai bentuk kebaikan untuk santapan khalayaknya. Adab juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang diaplikasikan oleh al-tdib (sasterawan) untuk mem- perbetulkan manusia ke arah sifat-sifat terpuji dan menghindari manusia daripada sitat sifat tercela, Di sini, istilah adab merujuk kepada kesusasteraan, iaitu satu cabang, ilmu pengetahaan, Secara keseluruhan, adab merangkumi dua pengertian pokok, iaitu sebagei akhiak mulia dan kesusasteraan. Syed Muhammad Naquib Al-Attas pula mendefinisikan adab sebagai “... pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat dan darjat, yang merupakan hakikat yang beriaku dalam tabiat semesta” (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001:118), Jelas Syed Muhammad Naquib lagi adab melibatkan “... pengenalan serta pengakuan diri tentang adanya martabat dalam kalangan makhluk jelata, dan adanya darjat pada tiap pernisbahan yang berlaku: dalamnya” (ibid.: 142). Dengan kata lain, «dab adalah: pengenalan dan pengakuan tethadap tealiti bahawa ilmu dan segala sesuatu yang ada terdiri daripada hierarki yang sesuai dengan kategori dan tingkatannya, dan bahawa seseorang itu memiliki tempatnya masing-masing dalam kaitannya dengan realiti, kapasiti, potensi fizik, intelektual, dan spirituainya (Wan Mohd. Nor, 2005:119) Menurut Syed Muhammad Naquib, adab mempunyai perkaitan yang amat erat dengan ilmu (‘lm), kebijaksanaan (hikmalt), keadilan (‘adl) dan kebenatan (hagg). Manusia yang beradab hendaklah mempunyai ilmu, tahu dan kenal bahawa setiap orang dan perkara mempunyai hak dan kedudukannya yang benar. Seseorang yang beradab juga bukan sekadar tahu dan kenal hak dan kedudukan itu, malah mengakui hak dan Kedudukan itu dengan perbuatan (ama!) justeru itu, orang yang beradab harus bertindak memberikan hak dan kedudukan kepada yang benar-benat berhak. Penanaman adab dalam diri seseorang akan melahirkan manusia bergelar insas: adabi (insan beradab) atau dikenali juga sebagai insa komil (manusia sempurna). Insan adabi jalah manusia yang berusaha menanamkan kualiti kebaikan dalam kehidupan spiritual dan material; rohanj dan jasmani (Wan Mohd. Nor, 2005:117). Insan kamil pula dikaitkan dengan sifat-sifat sempurna Tuhan yang seharusnya ditiru oleh manusia.’ Semakin 1 Contoh ideal bagi insan adabi dan insan kamil ini ialah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selaku kemuncak segala manusia yang berperibadi tinggi (Wan Mohd. Nor, 2005:117). Kemudian diikuti oleh semua nabi dan para hamba pilihan-Nya, iaitu para aulia dan ulama yang mempunyai ilu dan kehidupan spiritual vang sangat mendalam, PangswraeJanuari-fun 2013 95 seseorang itu memiripkan dirinya dengan sifat sempurna yang, mutlak ini, semakin sempurnalah dirinya (Hari Zamharir, 1985:107-126). Justeru terdapat empat prinsip utama yang terkandung dalam adab, yang perlu di- tanam dalam diri setiap manusia. Prinsip-prinsip tersebut berdiri sebagai suatu hierarki yang perlu dicapai secara tahap demi tahap oleh setiap manusia sebelum layak digelar insan adabi. Keempat-empat prinsip insan adabi ini ialah ‘ilm (ilmu),? hikmah (kebijaksanaan),’ ‘ad! (keadilan) dan amal ihsan.* Makalah ini akan memberikan tumpuan tethadap aspek keadilan yang disuguhkan melalui karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional dalam membentuk peribadi insan adabi ini, KEADILAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL: ANTARA HAMBA DENGAN KHALIFAH Islam telah meletakkan keadilan sebagai antara tonggak penting dalam kehidupan umat- nya. Islam juga telah memberikan definisi yang khusus dan jelas berhubung keadilan, iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukannya yang tepat, benar dan wajar dalam se- genap aspek amalan kehidupan manusia. Berbeza dengan Barat yang menggariskan bahawa keadilan harus melibatkan dua pihak, misalnya antara masyarakat dengan negara atau rakyat dengan raja, Islam sebaliknya menetapkan keadilan bermula dan berakhir dalam diri setiap manusia itu sendiri (Wan Mohd. Nor, 2005:45; dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001:37). Konsep keadilan yang berpunca pada diri sendiri ini adalah berdasarkan ikatan Perjanjian Asali antara manusia dengan Tuhan sebelum ia lahir ke dunia ini.’ Kontrak individu antara setiap manusia dengan Tuhan ini bukan sahaja melibatkan kesaksian dan pengakuan keberadaan Tuhan yang menciptanya tetapi juga mengandungi aku janji untuk berkhidmat kepada Sang Pencipta, melaksanakan tugas yang diamanah- Kan serta memikul tanggungjawab yang telah ditetapkan ke atas tiap-tiap diri manusia 2 ‘lim (ilmu) adalah suatu proses atau gerak daya memperolch pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui it. menge- tahui yang diketahui. Iimu melibatkan keyakinan dan kepercayaan yang teguh serta tidak berubah-ubah Gi dalam kalbu. Ilmu juga memerlukan pengikraran terhadap kebenaran dan menolak segala syak serta keraguan (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001). 3. Hikak (kebijaksanaan) adalah keadaan jiwa yang bolch menentukan hal-hal yang benar antara yang salah dalam perbuatan yang, dilaksanakan melalui pemilihan dengan kemahuan sendiri. Hikma ahi hasil dari- pada kekuatan ilmu yang teguh. Hikmah merapakan kemuncak segala perbuatan yang baik dan segala budi pekerti yang terpyji 4 ‘Amal pula merupakan perbuatan, dalam konteks ini melibatkan pelaksanaan prinsip-prinsip ilu, kebijak- Sanaan dan keadilan dalam kehidupan insan. Selain itu, amal juga dikaitkan dengan amal soleh,iaitu setiap tindakan insan yang baik bermula dengan niat, yang diamalkan dengan iltizam dan istiqamah, yang ‘sesuai dan bertepatan, berguna dan membawa manfaat pada diri sendiri dan masyarakat, di dunia dan di akhirat (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 200239). Ihsan yang bermaksud kebaikan pula merupakan magam tertinggi dalam realisasi kehidupan Islam dan menjadi pelengkap cit-ciri keimanan, keislaman dan kualiti disi seseorang insan. Justeru prinsip amal ihsan didefinisikan sebagai mengerjakan amal ke~ baikan dengan penuh khusyuk, ikhlas kerana Allah, dan yakin Allah sentiasa mengawasi setiap tindakan manusia, Dengan kata lain, setiap amal yang dikerjakan dibuat dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita melihat Dia dan Dia melihat kita 5 Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala yang bermaksud, “Apabila Tuhanmu mengeluar- kan daripada anak Adam - daripada tubuhnya ~ 2uriatnya dan menyuruhnya mengangkat saksi terhadap dirinya dengan berkata: ‘Bukankah Aku Tuhan kamu? ~ Maka mereka berkata: “Ya! = Kami saksikan!” (Surah ai-A’raf 172), Keterangan lanjut lihat Syed Muhammad Naquib Al-Attas (200137-38) 96 PangsuraeJanuari—Jun 2013 (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001:37-39 & 84), Perjanjian ini secara tidak langsung telah mengabsahkan kedudukan dan peranan manusia sebagai khalifah di muka bum; dan sekali gus hamba yang tunduk pada Khaliknya. Hal ini diperlihatkan menerusi Rajah 1. Justeru_manusia yang adil hendaklah menyeimbangkan peranannya sebapai pentadbir alam ini di samping beribadah pada Tuhan yang telah menjadikannya (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1977:51). Hal ini bersesuaian dengan maksud keadilan menurut Syed Muhammad Naquib AL-Attas: Segala hal atau keadaan di mana terdapat atau terlaksana suatu suasana keseimbangan yang mencirikan bahawa tiap sesuatu yang berada dalam keadaan demikian itu telah mencapai tempat yang tepat sempurna baginya masing-masing. (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1977:50) Hamba, Hablumminaltah J) Hablumminannas Rajah 1 Peranan insan sebagai khalifah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dan hamba-Nya. Rajah 1 memperlihatkan bahawa manusia tidak dapat lari daripada melalui ling- karan hubungan dengan Tuhan selaku Pencipta (ablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablummrinannas). Rangkaian hubungan yang bersifat vertikal (antara manusia dengan Tuhan) dan horizontal (antara sesama manusia) ini menyebabkan wujudnya dua status peranan bagi setiap manusia di dunia — sebagai khalifah Allah dan pada masa yang sama selaku hamba-Nya. Kedua-dua bentuk peranan ini harus dilaksanakan dengan seimbang dan sebaik-baiknya. Dalam proses pembentukan insan adabi, insan yang adil terhadap dirinya sendiri jalah insan yang patuh pada Perjanjian Asali dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Abdullah (hamba Allah) dan Khalifatullah (khalifah Allah). Golongan yang meng- ingkari perjanjian tersebut dianggap telah menzalimi diri mereka sendiri. Hal ini kerana insan yang adil bererti telah “menempatkan dirinya pada tempat yang tepat, yang sebati dengan bawaan tabiat semula jadinya, dan dengan demikian telah dapat mencapai taraf kemurnian insaniah yang membawanya setingkat demi setingkat kepada makam diri yang tenteram sempurna menikmati kesejahteraan hakiki’ (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001:39). Dari perspektif lain, terdapat dua jalur prinsip yang menjadi asas atau dasar keadilan dalam Islam. Pertama, keadilan dalam Islam melibatkan usaha meletakkan se- suatu pada kedudukannya yang tepat, benar dan wajar dalam setiap sudut kehidupan PangsurasJanuari-Jun 2013 97 manusia. Kedua, perlakuan yang adil itu akan membawa kepada keseimbangan atau Suset equilibrium dalam kehidupan manusia tersebut bukan sahaja dalam Tatar ke- hidupan yang fana tetapi juga kehidupan yang abadi. Derdocarkan kerangka tersebut, Keadilan dalam konteks pembentukan insan adabi botch dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu keadilan pada diri dan keadilan sebagai Rhalifah, Keadilan pada diri merujuk pada sejauh mana seseorang insan itu mampu melaksanakan kewajipan sebagai hamba yang tunduk dan patuh pada Penciptanys: Keadilan pada diri meletakkan kedudukan diri insan itu sebagai hamba yang pera menjaga hubungan langsungnya dengan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala (hablumminalla). Keadilan sebagai khalifah pula meletakkan taraf insan itu sebagai pemimpin yang Gituntut untuk memakmurkan bumi ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta‘ala ini. Sebagat Khalifah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala di muka bumi, manusia bertanggungjawab me waaaikan amanah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala untuk melestarikan alam dan menjalin hubungan baik sesama manusia serta makhluk lainnya (hablumminanrias). Prinsip Keadilan ini turut ditonjolkan dalam Khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, Namun keadilan tidak boleh berdiri sendiri, sebaliknya harus melibatkan iImu den kebijaksanaan. Keadilan menduduki hierarki ketiga selepas ilmu dan kebijaksa- haan dalam proses pembentukan insan adabi. Hubungan erat antara ilmu, kebijaksanaan {fan Keadilan ini diperlihatkan menerusi Rajah 2. Dalam usaha menzahirkan insan adabi, facil kesusasteraan Melayu tradisional yang mengandungi pelbagai ilmu duniawi dan ukhrawi menjadi wadah yang efektif serta berkesan untuk mendorong khalayak berfikir Gengan akal dan mata hati di samping naluri schingga melahirkan kebjjaksanaan, Kebijaksanaan merupakan suatu proses bagi seseorang, insan itu menilai dan membuat pertimbangan dalam usahanya meletakkan sesuatu pada kedudukannya yang tepat, Benar dan wajar. Melalui kebijaksanaan inilah seseorang insan dapat meletakkan sesuatu pada kedudukannya yang tepat, benar dan wajar lalu mencetuskan Keadian. Dengan Peta lain, Keadilan merupakan suatu tindakan, langkah, perbuatan dan perlakuan yang tercerna hasil daripada ilmu dan kebijaksanaan yang diperoleh melalui karya-karya Kesusasteraan Melayu tradisional. << m tL << Pada Diri_—5Sebagat Khalifah Rajah 2. Hubungan antara ilmu, kebijaksanaan dan keadilan dalam pembentukan pimpinan yang adil 98, PangsurasJanuari-Jun 2013 KEADILAN PADA DIRI Dalam proses melahirkan insan yang semputna, hasil kesusasteraan Melayu tradisional memaparkan unsur keadilan yang patut ditanam dalam diri setiap hamba-Nya, Keadilan seorang hamba bererti keadilan pada diri sendiri hasil ikatan Perjanjian Asalt setiap manusia dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Di samping mengakui kebesaran Tuhan, insan yang adil pada diri perlu meletakkan kedudukan mereka selaku hamba yang wajib menyempurnakan ibadah mengikut cara yang diperkenan oleh Rajanya yang Hak dan Tuannya yang Mutlak (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1977:33). Dengan kata Jain, bentuk keadilan pada diri yang ditampilkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional adalah keadilan dalam hubungan seorang hamba dengan Pencipta (hablumminallah). Keadilan pada diri bermaksud tidak menzalimi diri sendiri, sebaliknya berusaha untuk mengenal diri yang sebenar dan mencari cara terbaik untuk mengendalikan diri demi kemaslahatan kehidupan di dunia dan di akhirat (Norida, 2008:36). Lawan ke- adilan ialah kezaliman, iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya secara sedar; mengelirukan atau menyalahgunakan sesuatu; melebihi atau melampaui batas dan mak. sud sesuatu; dan menyeleweng dari jalan serta perbuatan yang benar (Syed Muham- mad Naquib Al-Attas, 1977:51), Pentingnya keadilan pada diri adalah kerana diri menjadi kunci rahsia faham dan dasar akhlak dalam Islam. Diri merupakan tumpuan bagi kalbu, roh, nafsu-nafsi dan akal yang membentuk suatu-hakikat rohaniah (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 2001: 83-84). Manusia yang dapat mengenal dirinya bererti dia berjaya mengenal Penciptanya (al-Ghazali, 1979:i). Sehubungan itu, manusia yang tidak dapat mengenali diri sendiri bukan sahaja jahil terhadap diri malahan jahil pula terhadap Khaliknya. Kejahilan ma- nusia terhadap diri sendiri akan membina tembok pemisah yang membawa kepada keruntuhan kerohanian manusia itu sendiri. Manusia yang adil pada diri perlu meletak- kan dirinya sebagai hamba yang tunduk dan patuh pada setiap perintah Khaliknya Mereka juga harus menggunakan akal yang ada pada diri setiap insan bagi mencerap ilmu, mencerna kebijaksanaan dan seterusnya menzahitkan keadilan. MELETAKKAN DIRI SEBAGAI HAMBA Keadilan dalam Islam bermula dan berakhir dalam diri setiap manusia itu sendiri. Manusia yang adil pada dirinya sendiri akan berjaya mengenali diri sendiri dan ke- dudukannya di sisi Tuhan Yang Esa. Manusia tersebut akan berasa insaf bahawa dia berhutang diri, budi dan daya secara mutlak kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1977:20). Manusia yang insaf akan berasa terhutang budi kepada Allah Subhanahu Wa Ta‘ala yang telah menciptanya dan mengurniakan pelbagai nikmat sepanjang kehidupannya di dunia Penegasan bahawa setiap manusia perlu mengenal diri dalam usaha untuk berlaku adil pada diri ditegaskan oleh Bukhari al-Jauhari melalui Taj al-Salatin. Fasal pertama Karya tersebut menekankan “peri mengenal dirinya manusia supaya mengetahui ia ba- hawa mulanya itu daripada apa dan adanya betapa’.° Menerusi fasal tersebut, Bukhari 6 — Judul penuh fasal pertama Taj a-Salatin alah “Fasal yang pertama pada menyatakan peri mengenal diri- nya manusia supaya mengetahui ia bahawa mulanya itu daripada apa dan adanya betapa dan adanya itu dengan bagai-bagai peri siapa” (Khalid, 1992.9). PangsuraeJanuari-Jun 2013 9 memulakan perbincangan dengan mengungkapkan hadis, “Barang siapa mengenal diri- nya, maka sesungguhnya ia mengenal Tuhannya.” dan seterusnya menghuraikan: Bermula daripada erti hadith ini nyatalah bahawa yang tiada dapat tidak daripada mengenal dirinya manusia pada pertama, maka dapat ia mengenal Tuhannya pada ke- mudiannya kerana jika manusia itu tiada mengenal dirinya dan tiada mengetahui akan perinya itu, maka tiadalah dapat ia mengenal maut pun daripada barang sesuatu yang ada ini, (Khalid, 1992:9) Bukhari kemudiannya menerangkan dengan terperinci proses kejadian manusia yang berpunca daripada setitik air mani yang terpancar keluar dari antara pinggang dengan tulang dada manusia lelaki. Air mani lelaki ini kemudiannya disenyawakan dengan telur di dalam rahim perempuan (setelah lelaki dan perempuan itu melalui proses persetu- buhan) dan beransur-ansur membentuk seketul darah, tulang dan daging sehingga akhirnya menjadi janin yang mempunyai anggota rupa manusia yang lengkap. Allah Subhanahu Wa Ta’ala kemudiannya meniupkan roh pada janin tersebut dan menetap- kan rezeki serta umurnya sebelum lahir ke dunia selepas dikandung ibunya selama “sembilan bulan, sembilan hari dan sembilan ketika” (Khalid, 1992:10). Perbincangan tentang asal usul kejadian manusia dalam fasal pertama ini diteruskan dengan tiga fasal berikutnya yang menghuraikan tentang kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta‘ala, hakikat kehidupan di dunia dan saat-saat kematian. Secara keseluruhannya, empat fasal pertama Taj al-Salatin ini memberikan pene- gasan bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Segala bentuk kejadian itu sama ada manusia, dunia dan setiap makhluk lainnya merupakan ketentuan-Nya. Sebagai makhluk ciptaan Tuhan, manusia harus menyedari kekuasaan dan kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala berbanding kekerdilan mereka. Oleh yang demikian, setiap manusia wajib mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan Kepadanya dan seterusnya tunduk kepada-Nya. Justeru manusia perlu_meletakkan dirinya sebagai hamba kepada Tuannya yang Mutlak, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dalam usahanya berlaku adil pada diri.” ‘Tanggungjawab manusia selaku hamba ialah mengabdikan diri kepada-Nya, iaitu menyempurnakan ibadah mengikut cara yang diperkenan oleh Raja yang Hak (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1977:33). Ibadah merupakan segala perbuatan dan amalan yang disedari serta dilakukan secara sukarela yang ditujukan semata-mata kerana Allah Subhanahu Wa Ta‘ala. Pentingnya manusia tunduk menyembah-Nya dengan penuh tawaduk telah dinyatakan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional khusus- nya yang berbentuk kitab. Sebagai karya yang muncul dan digiatkan oleh penyebaran Kupasan lanjut tentang hal ini diberikan oleh Braginsky (1994:209-210), *.,. kebesaran manusia berpunca daripada rupa Khalik yang indah dan sempurna yang tersimpan dalam dirinya. Maka dengan mengenal dirinya itu, manusia dapat mendedahkan rupa tersebut kepada pandangan dunia setelah menjadi insan kamil yang dikurniakan gelaran Khalifah Allah di bumi. Dalam pada itu, dunia mempunyai nilai dan maknanya yang tersendiri meskipun lekas berubah dan serba fana. Ini disebabkan dunia ialah tempat ujian tingkah lak manusia untuk menentukan sama ada kehidupan abadinya akan penuh azab sengsara ataupun penuh kenikmatan.” 100 PangsuraeJanuari-Jun 2013

You might also like