You are on page 1of 5

ORGANISASI MELAYU

Institusi dan organisasi merupakan kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam
bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan sempurna dan teratur. Kehidupan secara
berorganisasi ini mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran
dalam kehidupan mereka. Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi telah membawa
kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks. Sistem sosial atau system masyarakat
tamadun awal selalunya berbentuk piramid dan bersusun lapis. Setiap lapisan masyarakat mempunyai
kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu tradisional dapat
dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang
diperintah. Biasanya golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan
istimewa daripada golongan yang diperintah.

Lapisan paling atas merupakan golongan bangsawan yang menerajui pemerintahan yang
diketuai oleh raja. Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu
tradisional. Baginda mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid organisasi
sosial. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi memerintah seluruh
negeri dan jajahan taklukannya. Baginda dianggap sebagai dewa raja dan baginda
merupakan tunggak menyatupadukan rakyat dan merupakan orang yang bertanggungjawab
memelihara keamanan dan memajukan negeri. Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di
atas persetujuan semua pembesar dan biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan
menggantikan raja yang mangkat.

Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan yang menguasai upacara
dalam hal ehwal agama, individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua keluarga ataupun ketua
kelompok, kumpulan pentadbiran dan ilmuan, serta kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam
kesenian. Mereka menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan selok-
belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama. Golongan ini merupakan pakar dalam
hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat dan salasilah raja-raja. Mereka juga menjadi
pakar perujuk kepada raja serta menjadi penulis dan perawi diraja. Biasanya, golongan ini berketurunan
Arab. Di negeri-negeri Melayu lain, mereka memakai panggilan yang berlain-lain, contohnya di
Terengganu, mereka dikenali sebagai Tokku dan memakai gelaran Engku atau Tuan.
Kemudian, diikuti oleh golongan rakyat biasa yang merupakan kumpulan yang paling ramai.
Kumpulan ini merupakan tunjang kepada aktiviti ekonomi, terutamanya dalam bidang pertanian dan
perdagangan. Mereka menjalankan perdagangan di pelabuhan. Selain itu, terdapat juga mereka yang
menjadi buruh kasar dan tukang mahir dalam pembuatan alat perhiasan dan senjata. Rakyat
biasa ini juga terlibat dalam kegiatan pertanian dan penangkapan ikan untuk sara diri. Lapisan terakhir
ialah golongan hamba yang kehidupannya bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya.

PERUNDANGAN ATAU SISTEM PEMERINTAHAN

Perundangan atau sistem pemerintahan juga merupakan ciri asas pembinaan tamadun.
Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa
dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan
kehidupan. Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar, sistem pemerintahan mula dibentuk untuk
menjalankan pentadbiran. Seseorang pemimpin ataupun raja selalunya menggunakan unsure magis dan
mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.
Kewujudan sistem pemerintahan membawa kepada kelahiran sistem perundangan yang menjadi
panduan kepada masyarakat demi menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.

Sistem pemerintahan Malaysia terdiri daripada ciri-ciri demokrasi berparlimen. Ciri demokrasi
berparlimen yang pertama ialah Perlembagaan. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi
pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan untuk menentukan bidang
kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Selain itu, perlembagaan ialah
suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sebuah negara itu mesti
dijalankan. Perlembagaan juga menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota Negara
itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah
dengan orang yang diperintah.

Selain itu, perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menentukan


sistem kerajaan kita. Perlembagaan yang terkandung dalam Persetujuan Persekutuan Tanah Melayu
1984 telah menjadi asas bagi Perlembagan Malaysia yang ada pada masa sekarang. Perlembagaan kita
merupakan perlembagaan bertulis yang berlandaskan sistem kerajaan demokrasi berparlimen.
Perlembagaan ini menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan
persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman,
perkhidmatan awam dan lain-lain. Lebih tepat lagi, perlembagaanlah yang mencorakkan penubuhan
kenegaraan Malaya dan Malaysia. Dengan ini, perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang tertinggi yang menjadi sumber bagi memerintah Negara.

Ciri yang kedua ialah Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan
beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Raja berperlembagaan adalah sejenis
kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua
negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik
tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya
adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang
penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh
itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah
negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah
negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang
tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera
yang dipimpin seorang diktator. Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem
Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di
Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Ciri yang ketiga ialah Kuasa Pemerintahan. Kuasa pemerintahan terdiri daripada Majlis Raja-raja
Melayu, Badan Perundangan (Legislatif), Badan Kehakiman (Judisiari) dan Badan Pemerintahan
(Eksekutif). Badan Pemerintahan mengandungi tiga komponen, iaitu Yang di-Pertuan Agong dan dua
buah majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan oleh
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Baginda merupakan lambang kedaulatan
dan perpaduan Negara. Yang di-Pertuan Agong ialah ketua Negara dan Raja Berperlembagaan yang
memerintah mengikut kuasa yang telah diberikan kepada baginda oleh perlembagaan. Dalam konteks
badan pemerintah, Yang di-Pertuan Agong pada teorinya diberikan kuasa eksekutif oleh Perlembagaan
Negara tetapi kuasa eksekutif sebenarnya dijalankan oleh Jemaah Menteri/Kabinet dan kakitangan
perkhidmatan awam.
Dewan Rakyat merupakan satu majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan
mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka. Dewan Rakyat berperanan untuk menggubal dan
membahaskan undang-undang. Dewan Rakyat merupakan komponen yang penting dalam Parlimen
kerana dianggotai oleh wakil rakyat yang memenangi kerusi dalam pilihan raya umum dan situasi ini
melambangkan demokrasi. Jumlah keanggotaaan dalam Dewan Rakyat boleh diubah melalui pindaan
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Kini, Dewan Rakyat dianggotai oleh 219 orang ahli yang
telah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum setiap lima tahun. Setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihan raya. Pemilihan ahli-ahli dilakukan setiap lima tahun sekali. Syarat untuk menjadi ahli ialah
berumur 21 tahun ke atas.

Dewan Negara berperanan untuk membincangkan rang undang-undang yang diluluskan oleh
Dewan Rakyat. Gelaran bagi ahli dalam Dewan Negara ialah senator. Selain itu, ahli dalam Dewan
Negara juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bukannya melalui pilihan raya. Dewan Negara
dianggotai oleh 69 orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong setiap tiga tahun. Pemilihan ahli-
ahli dilakukan setiap tiga tahun sekali. Syarat untuk menjadi ahli Dewan Negara ialah hendaklah
berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

Seterusnya ialah Majlis Raja-raja. Majlis Raja-raja yang ditubuhkan pada tahun 1948 terdiri
daripada semua Raja Melayu dan Yang Dipertuan Negeri. Tugas-tugas Majlis Raja-raja adalah memilh
atau memecat Yang Dipertuan Agong dan menimbang perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar
Negara seperti perubahan-perubahan tentang dasar-dasar imigresen dan perkara yang difikirkan perlu.
Tugas yang lain ialah mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
agama meliputi seluruh persekutuan dan mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-
undang atau perlantikan menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja atau
perundingan dengannya.

Selain itu Badan Perundangan juga merupakan salah satu kuasa pemerintahan. Perundangan
merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh
perlembagaan. Menurut Perkara 44(4) Perlembagaan Malaysia, kuasa perundangan di peringkat
perundangan Negara Malaysia terletak pada Parlimen. D. Robertston (1993) secara amnya berpendapat
bahawa Parlimen merupakan satu perundingan (sonsultative assembly) yakni kuasa perlembagaan
diperlukan atau tidak diperlukan bagi tujuan untuk membuat undang-undang rasmi negara. Fungsi
Badan Perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat
dan Parlimen. Badan Perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang.
Seterusnya, ialah Badan Kehakiman. Kehakiman merupakan satu daripada tiga badan penting
dalam struktur pemerintahan di Malaysia. Badan Kehakiman bertanggungjawab dalam menjalankan
kuasa-kuasa kehakiman. Badan Kehakiman juga berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia
daripada sebarang pencabulan oleh perseorangan. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa
kuasa membicarakan, menyelesaikan pertikaian dan menghukum pesalah terletak di bawah kuasa
Badan Kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah. Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada
dua buah mahkamah tinggi dan beberapa buah mahkamah rendah.

Ciri demokrasi berparlimen yang keempat ialah pilihan raya. Pilihan raya ialah pemilihan secara
sulit menggunakan prosedur telus dan teratur. Selain itu, pilihan raya juga berkaitan dengan memilih
wakil rakyat untuk memerintah sama ada peringkat negeri atau pusat. Dalam pilihan raya juga
hendaklah membuat pengiraan undi secara terbuka dan calon yang mendapat undi terbanyak dikira
menang. Ciri yang kelima ialah parti politik. Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya
mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk
kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh
itu ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang lemah
atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih besar dan menjadi
sebuah barisan parti politik.

Sistem Pemerintahan juga terdiri daripada Negara Persekutuan yang terdiri daripada Kerajaan
Persekutuan dan Kerajan Negeri. Kerajaan Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri
yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Hubungan baik
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipelihara untuk pembentukan kerjaan
Persekutuan yang stabil dan berwibawa serta membantu mengurangkan perbalahan antara ernik. Selain
itu, dapat menjamin keharmonian hidup dan menjaga tolerasi untuk kepentingan bersama. Ketua
Eksekutif bagi Kerajaan Persekutuan terletak pada YDPA. Kabinet atau Jemaah Menteri dalam Kerajaan
Persekutuan menjalankan kuasa eksekutif. Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Perdana Menteri dalam
kalangan ahli Dewan Rakyat. Manakala Kerajaan Negeri kuasa eksekutifnya terletak pada Raja, Sultan
dan YDP Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) bagi negeri di Semenanjung Malaysia, Majlis Tertinggi
di Sarawak dan Kabinet di Sabah menjalankan kuasa eksekutif bagi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri
diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam kalangan ahli DUN yang mendapat majoriti.

You might also like