You are on page 1of 1

Antara faktor kedatangan islam dalam tamadun ialah penubuhan kerajaan Ghazni pada tahun 933

M. Kerajaan ini terbentuk dari perpisahan kerajaan Turki di Lembah Oxus. Pada tahun 973 M,
Jayabalan yang merupakan seorang pemerintahan Afghanistan dan Punjab telah menyerang
kerajaan Ghazni, tetapi gagal dalam penyerangan. Dengan ini, kerajaan Ghazni telah ditadbir oleh
Sabuktigin. Oleh itu, beliau Berjaya meluaskan wilaynya ke utara dan barat serta menjadikan Sungai
Indus sebagai sempadan di sebelah timur. Mahmud Ghazni iaitu anak kepada Sabuktigin menjadi
pemerintah kerajaan Ghazni setelah bapanya mangkat. Mahmud Ghazni telah menyerang bandar-
bandar berkuil seperti Thanesar,Kanaauj,Mathura dan Berjaya menguasainya. Beliau telah Berjaya
menguasai india sehingga ke pengunungan Himalaya. Selain itu, Mahmud Ghazni juga menyerang
Somanathapuran dan Berjaya menawanya dan akhiran, menjadikan seluruh india di bawah
kekuasaan islam.

Disamping itu, kedatangan Islam ke Tamadun India adalah melalui kerajaan Ghori. Kerajaan Ghori
merupakan kerajaan kedua di India yang diasaskan oleh Alaudin Hussein bin Hussein. Beliau berjaya
mengalahkan Dinasti Kakatiya, dinasti Hoysala dan Mathurai atas bantuan Malkapur dari dinasti
Hoysala. Pada awal, abad ke-15M, pemerintah Vijayanagar dengan pemerintah Muslim di Malwar
and Gujerat telah menjalin hubungan yang baik. Dengan ini, lahirnya sebuah budaya yang komposit
disebabkan campuran budaya Islam dan Hindu.

Seterusnya, antara kesan pengaruh Islam terhadap struktur masyarakat dan budaya di Malaysia ialah
pengaruhan dalam kepercayaan. Islam dapat mengubah pandangan dunia orang Melayu dalam
kepercayaan daripada mempercayai dewa-dewi dalam zaman India kepada mentaati Yang Maha Esa
dan Al-Quran menjadi kitab suci utama yang menjadi panduan kehidupan seharian dalam semua
orang Islam.

Kedatangan Islam juga telah mendidik masyarakat Malaysia untuk sering meghormati dan dan
memberi hak sama taraf. Ini menyebabkan system kasta untuk tidak berfungsi atau digunakan lagi.
Selain itu, dari segi Pendidikan, Islam memberi peluang untuk golongan bawahan untuk mendapat
pendidkan dan perkara ini diamalkan di Malaysia sehingga hari ini di mana semua individu harus
mendapat pendidkan. Islam juga mendirikan banyak sekolah untuk aktiviti pembelajaran.

Kesimpulanya, terdapat pelbagai faktor kedatangan islam dalam tamadun india dan kedatangan
islam banyak memberikan faedah kepada negara kita pada hari ini. Tanpa kedatangan islam, sistem
pendidkan tidak dapat dijadikan sebagai aspek utama bagi setiap individu. Bukan itu sahaja, dengan
wujudnya kedatanagn islam, maka pembahagian sosial dapat dielakkan dan semua manusia boleh
menghormati antara satu sama lain. Dengan itu, dalam pandangan saya, kedatangan islam ke
tamadun india memberikan kesan posiitf kepada masyarakat serta islam dapat disebarkan secara
berleluasa.

You might also like