You are on page 1of 9

International Conference on Global Education VII

“Humanising Technology For IR 4.0”

KURIKULUM SAINS SUKAN BOLASEPAK BERASASKAN TVET


“FOOTBALL WORK-BASED LEARNING [F-WBL]”

Md. Baharuddin Bin Haji Abdul Rahman1, Mohamad Tarmizi Bin Abu Seman2
Muhammad Zuhair Bin Zainal3, Nor Asniza Binti Ishak4
E-mail : mdbahar@usm.my1, mohdtarmizi@usm.my2,
zuhair@usm.my3, asnizaishak@usm.my4

ABSTRAK

Kertas konsep ini mengfokuskan kepada rekabentuk dan pembangunan kurikulum sains
sukan bolasepak berasaskan Technical Vocational Educational & Training [TVET] yang
dikenali sebagai Football Work-Based Learning [F-WBL]: ISBN 978-967-0783-33-8. Kerajaan
sentiasa komited dalam memperkasakan mutu bolasepak negara melalui pembangunan pemain
bolasepak dari akar umbi ke tahap kompetensi permainan yang kualiti secara menyeluruh.
Justeru itu, perlu ada kurikulum yang sistematik yang boleh diaplikasikan secara menyeluruh
untuk akademi bolasepak di negara Malaysia. Modul F-WBL ini direkabentuk dan dibangunkan
dengan merujuk kepada model Wiel Coerver (1970) dan bersandarkan kepada teori
constructivism.Iia direkabentuk dengan merujuk kepada kaedah TVET yang dikenali sebagai
Work Based Learning (WBL). Ia di pecahkan kepada dua komponen utama iaitu A: proses
pembelajaran praktikal F-WBL, dan bahagian B: proses penilaian kompetensi F-WBL.
Rekabentuk proses pembelajaran praktikal dirujuk kepada enam (6) peringat sebagaimana
saranan model Wiel Coerver dan bagi rekabentuk paten serta teknik bagi setiap peringkat
dibangunkan oleh jurulatih pakar dalam bidang pembangunan pemain bolasepak, manakala
penilaian F-WBL direka bentuk oleh pensyarah pakar PSP dan USM dengan merujuk kepada
beberapa kaedah penilaian konsep WBL yang telah diaplikasikan di negara maju dengan
mengambil kira kaedah penilaian kompetensi sebagaimana diamalkan dalam penilaian
kompetensi TVET. Ia merangkumi lima belas (15) borang penilaian kompetensi yang
merangkumi enam (6) borang khusus bagi penilaian kompetensi bagi setiap peringkat proses
yang telah dilalui oleh pelatih/pemain bolasepak. Kaedah penilaian formatif menjadikan konsep
F-WBL ini lebih terarah dalam mengukur kecekapan kompetensi setiap pelatih/pemain
bolasepak secara berperingkat. Kaedah pembangunan sains sukan berasaskan TVET ini dilihat
akan menjadi instrumen baru yang inovatif dalam meningkatkan penghasilan pemain bolasepak
yang bermutu tinggi. Diharap adanya modul F-WBL ini, sistem pendidikan sukan bolasepak
negara akan semakin meningkat maju selari dengan pembangunan sukan bolasepak seperti di
Korea dan Jepun. Kurikulum F-WBL ini juga diharap akan dijadikan ekstra-kurikulum dalam
pembangunan para pelajar di sekolah rendah dan menegah di Malaysia dalam sukan
bolasepak.

Kata Kunci : Kurikulum : Sains Sukan, Bolasepak, TVET, Football Work Based Learning
[F-WBL], Pembangunan pemain bolasepak, Ekstra kurikulum, Pendidikan
bolasepak, Malaysia

PENGENALAN
Kebanyakan program Work Based Learning [WBL] adalah kursus atau program
universiti yang telah diakreditasi bertujuan untuk situasi menang-menang di mana
keperluan pelajar dan keperluan industri untuk pekerja mahir dan berbakat kedua-
duanya dipenuhi (CTE Resource Center, 2014). Sesetengah program WBL disasarkan
untuk merapatkan jurang antara pembelajaran dan pengajaran dalam menghasilkan
produk yang sebenar (Azman Bin Hassan, 2012). Strategi pembelajaran berasaskan
kerja @ work based memberikan kesedaran kerjaya, peluang mencari kerjaya, peluang-
peluang aktiviti perancangan kerjaya dan membantu pelajar mencapai kecekapan seperti

204 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

sikap kerja positif dan berkemahiran setanding pakar bidang sebenar (Kansas City
Public Schools, 2003).

Keperluan Penghasilan Pemain Bolasepak Berkualiti


Dengan satu atau dua sentuhan berkemahiran ia sangat berfungsi sebagai pemain
terbaik dalam menghasilkan hantaran bola pendek dan jauh yang baik di tempat yang
betul serta tepat pada masanya sebagai sentuhan penyudah (gol). Model pembangunan
pemain terbaik menekankan “keutamaan kemahiran dan kompetensi pemain"
(Kamaruzaman Jusoff, et. al., 2010).
Tanyalah diri sendiri, "Adakah pemain hebat harus menjadi pemain bolasepak
yang terbaik?", "Apa faktor yang mempengaruhi seseorang untuk menjadi pemain
bolasepak terbaik di dunia?, misalnya: -Zinade Zidane, Maradona, Cristiano Ronaldo,
Neymar, Ronaldinho dan Messi.
Berikut antara indikator pengukur kelebihan kemahiran pemain bolasepak, iaitu:-
i) Semua kemahiran dengan bola yang pemain bolasepak dapat tonjolkan dengan
mengawal pelbagai arah, membuat pengukuran & pengurusan masa sendiri yang
cepat serta tepat.
ii) Pemain bolaepak perlu menunjukan bagaimana kemahiran dan ciri kompetensi
penguasaan teknik-teknik sendiri dengan gaya pelbagai dalam menyelesaikan
masalah dalam permainan.
iii) Jadi, pemain bolasepak yang kompeten berupaya mengarah gerakan fizikal dalam
membentuk momentum bola yang tepat (taktikal).

Berikut adalah empat (4) elemen penting untuk pemain bola sepak kuasai, iaitu:-
i) Kemahiran Teknikal (6 Peringkat) > Model Wiel Coerver & Kurikulum F-WBL
ii) Kekuatan
iii) Mental
iv) Taktikal

Jadi, keempat (4) elemen ini sangat berhubungkait untuk menjadi pemain
bolasepak yang unggul/sebenar. Justeru itu, untuk menghasil pemain profesional
bolasepak perlu ada pembangunan kurikulum sesuai seperti F-WBL sebagai ramuannya.
Sekiranya kesemua indikator diatas berupaya dipenuhi pastinya pelatih F-WBL akan
menjadi pemain bola sepak profesional sebagaimana kehendak atau objektif kurikulum
yang telah dirangka (Md Baharuddin, Hairul Nizam & Syed Adnan, 2018).

Tinjauan Literatur Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) @ Outcome Based


Education (OBE)
Outcome based education (OBE) adalah teori pendidikan yang mendasari setiap
bahagian sistem pendidikan berasaskan matlamat yang pastinya melihat kepada hasil
setiap proses yang dilaksanakan (Outcome Based Education (OBE), 2011). Pada akhir
proses pendidikan, setiap pelajar sepatutnya berupaya mencapai matlamat kurikulum
yang dihasilkan. Melalui gaya pengajaran dan penilaian tertentu dalam OBE: Ia
seharusnya menjurus kepada, ruang, peluang, dan penilaian agar membantu pelajar
mencapai hasil yang ditentukan. Peranan institusi pendidikan adalah untuk
menyesuaikan diri dengan pengajar, pelatih, fasilitator, dan / atau mentor berdasarkan
hasil yang disasarkan (Synteta, 2003). Kaedah berasaskan hasil telah digunakan dalam
sistem pendidikan di seluruh dunia, di pelbagai peringkat. Australia dan Afrika Selatan
mengguna pakai dasar OBE pada awal 1990-an. Amerika Syarikat telah memiliki

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 205


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

program OBE sejak 1994 yang telah disesuaikan dan dibangunkan untuk tahun
berikutnya. Pada tahun 2005, Hong Kong mengamalkan pendekatan pendidikan
berasakan hasil untuk universiti-universitinya (Pintrich, 2000).
Malaysia melaksanakan OBE dalam semua sistem sekolah awam mereka pada
tahun 2008 (Outcome Based Education (OBE), 2011). Kesatuan Eropah telah
mencadangkan perpindahan pendidikan untuk memberi tumpuan kepada hasil, merentas
EU. Dalam usaha antarabangsa untuk menerima OBE, The Accord Washington telah
diwujudkan pada tahun 1989; ia adalah perjanjian untuk menerima ijazah kejuruteraan
ijazah sarjana muda yang diperoleh menggunakan kaedah OBE. Sehingga 2014, ia
semakin berkembang maju di Australia, Kanada, Taiwan, Hong Kong, India, Ireland,
Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Rusia, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka,
Turki, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
Outcome based education (OBE) adalah sebahagian daripada hasil pembelajaran
pelajar berdasarkan strategi pembelajaran masa depan abad ke 21 (Outcome Based
Education (OBE), 2011 ). Program OBE ini sering dikaitkan dengan pelajar-pelajar
pendidikan teknikal dan vokasional yang mengambil bahagian aktif dalam mempelajari
domain seperti kognitif, psikomotor, dan afektif (Che Ghani Che Kob, et.al., 2014).
WBL juga dipadankan dengan domain memerlukan termasuk (secara kognitif, motivasi,
dan tingkah laku) dalam aktiviti pembelajaran mereka sendiri dan juga mengawal
pengalaman pembelajaran bola sepak mereka sendiri dengan motivasi dalaman yang
lebih tinggi dan menghasilkan hasil berdasarkan nilai tinggi pemain bola sepak dengan
bola sepak kemahiran inovatif menghasilkan (Thomas, 2000).
PBH @ OBE merangkumi pengaplikasian pembelajaran berasaskan kerja (PBK)
@ work based learning (WBL) untuk penghasilan pemain bolasepak sebenar iaitu: -
i) Pembelajaran berasaskan kerja (PBK) @ Work Based Learning (WBL) harus
menggantikan kaedah amalan tradisional dalam usaha untuk meningkatkan kualiti
pemain bola sepak.
ii) Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) @ Work Based Learning (WBL) adalah
strategi pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengalaman pemain
bolasepak sebenar di mana mereka boleh menggunakan kemahiran akademik dan
teknikal dalam membangunkan kebolehpasaran mereka sebagai pemain bolasepak
yang kompeten yang profesional.

Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) @Work Based Learning (WBL)


Pembelajaran berasaskan kerja (PBK) atau work based learning (WBL) adalah
strategi pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengalaman kerja nyata di mana
mereka boleh menggunakan kemahiran akademik dan teknikal dalam membangunkan
kebolehpasaran mereka (General Medical Council, 2010). Ini adalah satu proses
pendidikan yang mengintegrasikan kurikulum sekolah atau universiti dengan tempat
kerja untuk mewujudkan paradigma pembelajaran yang berbeza (The Open University,
2000). Pembelajaran berasaskan kerja (PBK) berfungsi dengan menggabungkan teori
dengan amalan kerja sebenar melalui persilangan bentuk-bentuk tersirat dan tersirat
yang perlu diketahui serta dimiliki seseorang (Che Ghani Che Kob, et.al., 2014).
Kebanyakan program PBK yang dibangunkan di univerisiti negara maju adalah terdiri
dari kursus universiti terakreditasi, yang bertujuan untuk situasi menang-menang di
mana keperluan pelajar dan keperluan industri untuk penghasilan pekerja yang berbakat
dan memenuhi kehendak kedua belah pihak (CTE Resource Center, 2014). Program
pembangunan manusia hendaklah disasarkan kepada merapatkan jurang antara
pengajaran dan pembelajaran (Synteta, 2003). Justeru itu, Strategi pembelajaran

206 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

berasaskan kerja memberikan kesedaran kerjaya, peluang penerokaan pekerja yang


sebenar, aktiviti perancang pembangunan insan dalam mencapai kecekapan seperti
sikap positif dan kemahiran sebenar dalam menjadi pekerja yang profesional serta
menjadi manusia sebenar mengikut kepakaran yang mereka perlukan (Synteta, 2001).

REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM “FOOTBALL WORK-


BASED LEARNING (F-WBL)
Kurikulum Football Work Based Learning (F-WBL) ini merupakan strategi bola
sepak pendidikan yang menjana kemahiran teknikal pemain bola sepak bagi menjadi
pemain bola sepak yang kompeten @ profesional menggunakan kurikulum sains sukan
TVET yang sistematik untuk menjadi pemain bola sepak a profesional ke peringkat
antarabangsa (Md Baharuddin, Hairul Nizam & Syed Adnan, 2017). Ini adalah satu siri
kurikulum pendidikan sains sukan berasaskan TVET yang mengintegrasikan
pembangunan pemain di akademi bola sepak, di sekolah dan seterusnya boleh dijadikan
kurikulum sains sukan di universiti mewujudkan paradigma baru dalam pembelajaran
bola sepak yang berbeza dan mengikut piawaian dunia (Kansas City Public Schools,
2003) . Pembelajaran berasaskan bolasepak bersasakan TVET ini menggabungkan
model dengan praktikal (teknik-teknik) yang piawai mengikut reka bentuk proses WBL
untuk pelaksanaan proses berdasarkan model piramid 6 peringkat, Wiel Coerver. Proses
pembangunan kurikulum F-WBL bagi pembangunan pemain bolasepak berdasarkan
model rujukan Wiel Coerver serta teknik-teknik hasilan pakar bolasepak tempatan dan
pembangun kurikulum dari PPIP USM reka bentuk & pembangunannya (CTE
Resource Center, 2014).

[Model Wiel Coerver, 1970]


Piramid 1: WBL Bola Sepak & Proses Pembangunan Pemain (Wiel Coerver, 1970)
Sumber: Wiel Coerver (86) overleden, Tamis, Theo (22 April 2011).

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 207


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

INPUT HASIL PEMAIN


Input
PROSES/PROCESS
HASIL/OUTPUT
BOLASEPAK
teknik-teknik Proses
bolasepak Kurikulum F-WBL Hasil SEBENAR
Konsep WBL
6 peringkat
Proses F-WBL
Penilaian & Rubrik
Pemain
Kompeten/Terbaik [PROFESIONAL]
(PYRAMID) Pemain Profesional
F-WBL
Antarabangsa

[Teori Rujukan:Constructivism]
Proses F-WBL Bagi Pembangunan Pemain Bolasepak

Konsep Football Work Based Learning [F-WBL]


Reka bentuk & perkembangan Modul Football Work Based Learning (F-WBL)
merangkumi proses pembangunan pemain bolasepak untuk disesuaikan dengan sukatan
latihan aktiviti bolasepak akademi latihan tempatan yang lebih sistematik berasaskan
TVET (Md Baharuddin, Hairul Nizam & Syed Adnan, 2017). Reka bentuk kurikulum
F-WBL memberi tumpuan kepada pedagogi berdasarkan kerja sebenar/latihan sebenar
yang melibatkan kegiatan dan pendekatan individu dengan penilaian formatif dan proses
praktikal untuk menghasilkan pemain bola sepak yang mahir berdasarkan pendekatan
WBL (Kansas City Public Schools, 2003). Proses F-WBL di mana pelajar memperoleh
pengetahuan yang lebih mendalam melalui aktiviti bola sepak dan cabaran sebenar
dalam amalan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan kemahiran
bola sepak yang kompeten untuk mencapai proses pembelajaran dengan mengikuti
objektif program F-WBL (CTE Resource Center, 2014). Pengukuran kecekapan atau
kemahiran sebenar dengan penilaian formatif pelajar individu akan diukur untuk
memastikan semua objektif F-WBL dicapai. Akhirnya, semua pelajar / pemain harus
diukur nilai dengan mendapat keputusan kecekapan atau kemahiran akhir berdasarkan
hasil borang penilaian kerja yang diisi oleh jurulatih pakar (Virgina Department of
Education, 2014). Akhir sekali, semua pelajar perlu menjawab borang rubrik untuk
mengukur keberkesanan proses F-WBL yang dimainkan pemain dalam masa yang
sesuai proses yang diambil. Keputusan kecekapan atau kemahiran penilaian formatif
dan rubrik akhir akan diukur melalui kejayaan pembangunan pelatih melalui kurikulum
F-WBL yang dilaksanakan (General Medical Council, 2010).

208 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

Pengajaran & Latihan Bola Sepak

F-WBL

Borang teknik-teknik Borang Penilaian


mengikut peringkat
F-WBL & Rubrik F-WBL

Rajah 1: Konsep F-WBL – Proses Pembangunan, Penilaian & Rubrik

Komponen utama rekabentuk dan pembangunan modul F-WBL


Komponen utama F-WBL ini adalah merangkumi kaedah pembelajaran & amalan
kerja bola sepak. Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran bola sepak pelajar
dalam persediaan pengajaran dan amalan mengajar, melalui pembentangan mikro dan
makro-pengajaran dalam aspek-aspek utama proses pengajaran bola sepak berikut: (a)
menyatakan hasil pembelajaran berdasarkan hasil kerja, (b) memilih dan merancang
bahan kurikulum bola sepak dan urutan pelajaran F-WBL, (c) memilih dan
melaksanakan kaedah dan teknik pengajaran F-WBL yang sesuai, (d) menyediakan dan
menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran taktikal F-WBL yang sesuai, (e) ,
memilih dan menggunakan alat bermain F-WBL yang sesuai dan kaedah penilaian
untuk menilai hasil pembelajaran berdasarkan pakar bola sepak yang sebenar. Pemain
juga akan didedahkan kepada aksi dan kaedah aksi teknik-teknik F-WBL untuk
pengukuran kemahiran pemain (Rubrik Penilaian).

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran bagi Football Work Based Learning [F-
WBL]
i. Pengajaran Mikro: Borang & kaedah pembelajaran berasaskan kerja.
ii. Makro Teaching: Borang & kaedah pembelajaran bola sepak.
iii. Penyampaian Kemahiran: Borang & kaedah pembelajaran bola sepak.
iv. Aktiviti Berterusan Bola Sepak: Proses belajar bola sepak berasaskan teknik-teknik
sebenar
v. Laporan Ujian Praktikal: Penilaian kemahiran komptensi bolasepak berdasarkan
kerja & rubrik penilaian F-WBL
# penilaian dalam penilaian formatif & serta Rubrik Akhir pelatih

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 209


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

Jumlah jam pembelajaran dan praktikal setiap minggu


Bersemuka Pembelajaran Pembelajaran Jumlah
L = Lecture (Pengajaran) Face to Face Terbimbing Kendiri Total
T = Traning (latihan) (Week/Hours) Guided Learning Independent (Week/H
P = Performance Learning ours)
(Pengembangan)
Te= Test (Ujian) L T P Te
6 6 14
2 4 1 1

Amalan pembelajaran berpandu (6 jam / minggu) & Praktik pembelajaran bebas (6 jam
/ minggu) akan menggunakan Kaedah pembelajaran berasaskan kerja.

Proses Pembelajaran modul F-WBL


STAGE 1> BALL MASTERY: 1 pemain 1 bola. Latihan praktis teknik-teknik -WBL,
pengulangan teknik permainan bola dengan kedua kaki.
STAGE 2> RECEIVING / PASSING: Latihan dan permainan teknik-teknik untuk
meningkatkan sentuhan pertama, sangat penting di semua peringkat, dan untuk
membentuk kemahiran yang tepat dan kreatif.
STAGE 3> MOVES 1 V 1: Latihan dan praktis teknik-teknik permainan untuk
mengajar pemain dalam menguasai pergerakan individu dan mewujudkan ruang
penyelesaian masalah terhadap pertahanan yang terkawal/teguh.
STAGE 4> SPEED: Latihan larian dan teknik-teknik permainan untuk meningkatkan
ketangkasan, pecutan dan kuasa dengan dan tanpa bola.
STAGE 5 > FINISHING: Latihan penyudah dan teknik-teknik sentuhan permainan
penyudah serta memperbaiki teknik dan menggalakkan bermain mengikut naluri
sebenar dalam mencapai matlamat peyudahan.
STAGE 6> GROUP ATTACK: Latihan teknik-teknik berpasukan yang sepadu dalam
permainan untuk meningkatkan bermain kumpulan kecil dengan penekanan pada
serangan cepat memusnahkan serangan dan kubu lawan.

Mod Pembelajaran
i. Aktiviti Pengajaran Berasakan Hasil Pemain/Kerja: Borang & kaedah pembelajaran
bola sepak berasaskan TVET.

Kaedah dan Jenis Penilaian


100% Penilaian pemain/pelatih Sepak Bola Berdasarkan> Penilaian Pembelajaran
berasaskan TVET borang-borang terarah & dan penilian kompetensi serta rubrik
berterusan.

KESIMPULAN
Rekabentuk dan pembangunan panduan pembelajaran berasaskan kerja mengikut
kaedah TVET berkaitan bola sepak ini merupakan panduan yang paling baik digunakan
sebagai instrumen pendidikan berasaskan hasil (OBE) untuk kemenjadian pemain bola
sepak sebenar. Projek F-WBLini telah bermula melalui pelaksanaan akademi bola sepak
Pak Syed bermula tahun ini, 2017. Tinjauan kaedah pembelajaran berasaskan kerja atau
work based learning ini dilihat memberikan kesan yang sangat baik kepada
pelaksanaan OBE untuk sains sukan bola sepak. Melalui kerjasama kepakaran
pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, U.S.M bersama kepakaran penulis utama
dari PSP perancangan & pembangunan program F-WBL dilihat telah berupaya
memberikan impak / faedah yang baik kepada: -

210 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR. 4.0”

Akademi / Institusi Bola Sepak


Memperluas kurikulum bola sepak dan kemudahan pembelajaran yang baru;
Mempamerkan pelajar kepada alat, amalan, dan teknik seni negara yang sepatutnya;
Arahan bola sepak individu untuk pelajar; Menggalakkan dan memupuk interaksi
Akademi dengan komuniti perniagaan bola sepak; Meningkatkan usaha pembangunan
bola sepak; Membuat pendidikan bola sepak lebih relevan dan berharga kepada pelajar;
Meningkatkan kadar pengekalan pelajar di sekolah; Menyediakan alternatif untuk
membina instrumen bola sepak tambahan untuk menampung pertumbuhan pemain.

Pemegang Taruh PembangunanSukan Bolasepak Negara


Mewujudkan persekitaran kerjasama bola sepak dan kerjasama antara sekolah &
institusi, pemain bola sepak pakar muda, dan komuniti; Menggalakkan rasa hormat,
toleransi, dan pemahaman di kalangan kumpulan yang berbeza; Menyumbang untuk
membina ekonomi tempatan bola sepak yang lebih produktif; Meningkatkan keyakinan
terhadap sistem sekolah sebagai hasil praktikal dan bermanfaat.

Pelajar/Pemain Bolasepak
Penggunaan pembelajaran bola sepak (baik akademik dan kemahiran) dalam
suasana dunia sebenar; Penubuhan sambungan yang jelas antara sekolah, institusi dan
kerja pemain sebenar; Menilai kepentingan sepakbola mereka, keberanian, dan
kebolehan sambil belajar tentang kemungkinan kerjaya bola sepak yang tersedia untuk
mereka; Peningkatan peluang pekerjaan bola sepak mereka; Pembangunan dan amalan
tabiat dan sikap berkaitan dengan bola sepak positif termasuk keupayaan untuk berfikir
kritis, menyelesaikan masalah, bekerja dalam pasukan, dan menyelesaikan isu;
Penilaian dan pemahaman tentang harapan pemain bola sepak sebenar; Penyertaan
dalam tugas yang sahih dan berkaitan dengan pekerjaan; Mengamati sikap dan prosedur
pemain profesional bola sepak.

Bolasepak Komuniti / Industri Bolasepak


Sebuah komuniti dan pembangun industri bola sepak pastinya berupaya
menghasilkan pemain bolasepak yang berpengalaman dan bermotivasi dengan
Pengekalan pemain bolasepak yang lebih baik; Mengurangkan kos latihan /
pengambilan; Peluang pembangunan pemain berkemahiran dalam bolasepak semasa;
Pembangunan kaedah bola sepak baru dengan bantuan pelajar dan sumber
pembangunan ilmu baru; Penglibatan dalam proses pembangunan kurikulum; Peluang
untuk menyediakan perkhidmatan komuniti pembangunan bolasepak.

RUJUKAN
Azman Bin Hassan (2012). Instrumen Penilaian Pembimbing dalam Perlaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Kerja Pelajar di Industri, Tesis Doktor Falsafah
Pendidikan Teknik & Vokasional, U.T.M, Skudai, Johor, MALAYSIA.
Boekaerts, M., Pintrich, P. R. & Zeidner, M. (2000). Handbook of self-regulation
(Eds.). San Diego: Academic Press.
CTE Resource Center (2014). Career and Technical Education Work Based Learning
Guide., Office of Career and technical Education, Virgina Department of
Education, Richmood Virgina. U.S.A.
Che Ghani Che Kob, Md. Baharuddin Ab. Rahman & Khairul Azhar Mat Daud
(2014).,„Domain Moderator (DM13):platform to evaluate engineering learning &

Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019 211


International Conference on Global Education VII
“Humanising Technology For IR 4.0”

teaching domains”. Elixir International Journal, Elixir Mech. Engg. 72(2014)


25634 25637, available online at www.elixirpublisher.com.
General medical Council (2010). Work Place Based Assessment : A Guide for
Implementation WBL, Postgraduate medical education and Training Board.
Kamaruzaman Jusoff, Baharuddin Haji Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud and
Nik Azida Abd Ghani (2010)., “Motivating Students Using Project Based
Learning (PjBL)via e-SOLMS Technology”, World Applied Science Journal 8(9):
1086-1092, IDOSI Publications, 2010.
Kansas City Public Schools (2003). Quality Work-based learning Tool Kit ,.Kansas City
Public Schools. Kansas City Book publications,: ISBN 0-940173-01-8.
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail & Syed Adnan Bin Syed Othman
(2017). Design & Development Football Work-Based Learning [F-WBL] Guide.
UPPen Library of PSP, Penang, MALAYSIA. ISBN 978-967-0783-33-8.
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Khairul Azhar Mat Daud, Kamaruzaman Jusoff, Nik
Azida Abd. Ghani. (2009). Project based learning (PjBL) pratices at Politeknik
Kota Bharu, Malaysia. International Education Studies. 2 (4), 140-148
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail, Khairul Azhar Mat Daud, Mohd
Fadzil Jaafar. (2011). “Competency Based Assessment (CBA) of Engineering
Students‟ Product Development via Project based learning (PjBL) Process”.
International Journal of Business and Social Science. Vol.2 ,No.4; March
2011, 221-229.
Md. Baharuddin Abdul Rahman, Hairul Nizam Ismail (2011). Apa itu pembelajaran
berasaskan projek. Available: http://www.scribd.com/doc/49449994/Apa-Itu-
Pembelajaran Berasaskan-Projek. (Mei 08, 2011)
Outcome Based Education (OBE), 2011, Polytechnics, Ministry of Higher Education
version no.080510-1.1- lunched & effective: 16 Feb 2011 & 1 June 2011.
Pintrich, P. R. (2000). The role of goal orientation in self-regulated learning. In M.
Boekaerts, P. R. Pintrich & M. Zeidner (Ed.) Handbook of self-regulation
(pp. 452-502). San Diego: Academic Press.
Synteta, P. (2001). EVA-pm: Design and development of a scaffolding environment
forstudents projects. Unpublished Master thesis, University of Geneva,
Switzerland.
Synteta, P. (2003). Project-based e-learning in higher education: The model and the
method, the practice and the portal. Studies in Communication, New Media in
Education, 263 269.
Thomas, J. (2000). A review of research on project-based learning. Available:
http://www.bie.org/tmp/research/researchreviewPBL.pdf. (July 29, 2007)
The Open University (2000). Work Based Learning: Model and Approaches., source;
www.open.ac.uk/cobe.
Tamis, Theo (22 April 2011). "Dutch soccer guru Wiel Coerver dies (86)". Radio
Nederlands Worldwide. Retrieved 24 December 2013.
Virgina Department of Education (2014), Career and Technical Education Work-Based
learning Guide. U.S.A.
Wiel Coerver (86) overleden - NU (Dutch)
Yang, H. (2001). Mission possible: Project-based learning preparing graduate Students
for technology. Available: http://www.oswego.edu/~nyang2/site 2001.pdf.
(August 28, 2009)

212 Padang Panjang, 1 – 2 Juli 2019

You might also like