You are on page 1of 1
Modul Bahasa Melayw Tingkaton 4 SMK Bukit Assek/ 2021 / kelinch [ 19] PETIKAN UMUM : SET 2 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Tanaman herba bukan saja mewujudkan suasana landskap menghijau di dalam atau di luar rumah, malah turut memberi pelbagai kelebihan lain. Tanaman ini boleh dimakan sama ada dijadikan ulam atau digunakan dalam masakan, mahupun sebagai perubatan tradisional. Bagi yang tidak mempunyai ruang landskap di luar rumah, pokok herba juga boleh ditanam di dalam pasu dan diletakkan di dalam rumah. Tanaman ini juga sesuai disusun di bahagian dapur kerana tidak memerlukan ruang yang besar dan mudah dijaga. Pengarah Urusan dan Pakar Landskap Enrich Focus Sdn Bhd Maznah Ariffin berkata, “Ada pelbagai jenis tanaman herba yang boleh ditanam dan memberi banyak manfaat. Selain pokok hiasan, banyak jenis pokok herba boleh ditanam kerana penjagaannya tidak sukar. Lebih menarik, pokok herba ada pelbagai kelebihan kerana boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubat malah mempunyai kebaikan berganda berbanding menanam pokok hiasan,” katanya. Menurutnya lagi, antara pokok herba yang mudah didapati, boleh dimakan serta boleh dijadikan ubatan tradisional ialah pokok belalai gajah, kemangj, pecah kaca, bangun-bangun dan daun pandan. i Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pokok herba penghias rumah’ oleh Nor Hanisah Kamaruzaman, Harian Metro, 19 Mac 2016 Bahan 2 Pokok herba ialah tumbuhan yang dikategorikan sebagai pokok renek berbatang lembut atau keras dan mengandungi air yang banyak. Dahulu, pokok heroa ini biasanya digunakan oleh masyarakat sebagai bahan ubat-ubatan untuk merawat penyakit dan sebagai makanan tambahan untuk menguatkan tenaga. Tumbuhan herba ini juga sering digunakan dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan, Tumbuhan herba yang biasa digunakan dalam masakan seperti jengkuas, kunyit, nalia dan bewang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan. | Kini, pengguna mula cenderung kepada produk semula jadi, |alu mereka memilih untuk menjadikan tumouhan herba sebagai bahan utama kegunaan harian. Untuk itu, Kementerian } Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penyetidikan mengenai tumbuhan herba. Kementerian ini juga mengadakan kempen secara besar-besaran berkaitan dengan penanaman tumbuhan herba untuk menyedarkan masyarakat tentang industri ini. Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai cara termasuklah media massa agar masyarakat dapat menyedari kepentingan industyi tumbuhan herba. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keajatban Tumbuhan Herba’ oleh Nazrul Azim Sharuddin, Utusan Malaysia, 10 Julai 2017

You might also like