You are on page 1of 3

Selamat pagi dan salam satu Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada


saudara dan saudari pengerusi majlis sebab sudi menghadiri aktiviti ini. Selamat
datang diucapkan kepada peserta kursus perkahwinan sekalian.Terima kasih juga
diucapkan kepada pengerusi majlis kerana sudi memberikan peluang untuk saya
memberikan ceramah ini kepada peserta-peserta. Tajuk ceramah saya pada hari ini
adalah “punca penderaan kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya’’.

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap


pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris
sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan
kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di
dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan
belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah
mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin
berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di
televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut
kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-


kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi
tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah
dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa.
Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka
perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram
dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu
adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak
berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok,
atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.
 
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana
masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan
yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas
terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain,
sudah semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan
sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan
sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.
Jika masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada
anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah
pertolongan daripada Allah supaya hati kita lebih tenang.
Selain itu, factor yang paling utama berlakunya masalah penderaan kanak-
kanak ini ialah antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis
rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin
disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn.
Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya
menjadi mangsa pergaduhan.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan


segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen
“Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.
Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga
adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak
bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita.
Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada
berlakunya kespenderaan anak-anak.
 Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas
seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja
yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang
boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal
mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
 
Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan
bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan
mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi
menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah
berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-
anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah
penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang
dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan
untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan
memusnahkan keturunan kita sendiri. Sekian terima kasih.

You might also like