You are on page 1of 2

*PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4*

Hari: JUMAAT
Tarikh: 25 JUN 2021
Modul: BAHASA MUZIK

Modul PDPR kita hari ini adalah tentang Notasi Muzik.

1. Murid-murid diperkenalkan Not G, Not A, Not B, Not C’ & Not D’ .

Sila ikut langkah aktiviti yang cikgu sediakan dibawah yer.

*ARAHAN*

1. Mari kita mengenal semula kedudukan Not G, Not A dan Not B dalam Baluk.
Lihat gambarajah yang diberi.

(Buku teks muka surat 10)

2. . Sekarang mari kita kenal not C’ dan D’.


Lihat gambarajah yang diberi.

(Buku teks muka surat 12) Sila tekan link ini: https://youtu.be/Uxtz6f3o3m0

*Melalui gambar rajah diatas, kamu juga diperkenalkan dengan “Jenis Not” iaitu
Kuaver, Krocet, Minim dan Semibrif.
3. Seterusnya, mari kita lihat bagaimana cara menulis kedudukan Not G, Not A,
Not B, Not C’ dan Not D’ pada Baluk.

Sila tekan link dibawah ini:

https://youtu.be/rbcm1SRwbJI

4. Latihan: Kenal pasti not C’ dan D’ dalam skor lagu di bawah ini.

i. Bulatkan Not C’ dengan pensil warna HIJAU


ii. Bulatkan Not D’dengan pensil warna MERAH

(Buku teks muka surat 12. Print @ fotostat dan tampal dalam buku tulis yer)

Selamat belajar semua.

You might also like