You are on page 1of 7

TAJUK : SYARIKAT BERHAD

1. Terdapat 2 jenis syarikat berhad iaitu :


Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
( Sdn. Bhd.)
Bilangan Ahli Minimum seorang dan Minimum seorang dan
maksimum 50 orang maksimum tiada had

Pemilikan Terhad kepada individu, Terbuka kepada individu,


Syer persatuan dan entiti persatuan dan entiti
perniagaan yang tertentu perniagaan

Pindah milik Syer tidak boleh di pindah Bebas di pindah milik dan
syer milik tanpa persetujuan mudah di jual beli melalui
daripada pemegang syer broker syer di Bursa Saham
yang lain
Status Syer Syer tidak boleh di Syer boleh di senaraikan dan
senaraikan atau di urus di niagakan secara bebas di
niaga di Bursa Malaysia Bursa Malaysia

Laporan Penyata Kewangan tidak Penyata Kewangan perlu


Kewangan perlu diedarkan kepada diedarkan kepada orang
orang ramai awam dan di bentangkan di
Mesyuarat Agung Tahunan
Syarikat

2. Jenis-Jenis Syer
i. SYER BIASA / SAHAM BIASA
 Pemegang Syer Biasa berhak menerima dividen hanya
selepas bayaran dividen di buat kepada pemegang Syer
Keutamaan sekiranya syarikat memperolehi keuntungan
 Kadar dividen yang di terima adalah tidak tetap dan
bergantung kepada prestasi syarikat
 Pemegang syer biasa mempunyai kuasa mengundi dalam
Mesyuarat Agung Tahunan dan dapat mempengaruhi
pentadbiran syarikat.
ii. SYER EUTAMAAN / SAHAM KEUTAMAAN
 Dividen yang diterima adalah pada peratusan tetap setiap
tahun.
 Pemegang syer keutamaan yang bersifat kumulatif berhak
menerima tunggakan dividen
 Pemegang syer keutamaan tidak berhak mengundi dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.

3. Jenis- Jenis Modal

Modal Di Benarkan

Modal Di Terbitkan Modal Belum Di Terbitkan

Modal Berbayar Modal Belum Bayar

4. Catatan Syer Dalam Jurnal Am


Tarikh Butir Debit Kredit
Merekod Permohonan Syer

Permohonan Syer Biasa/Keutamaan xx


Syer Biasa / Keutamaan xx

Merekod Bayaran Syer

Bank xx
Permohonan Syer Biasa xx
Permohonan Syer Keutamaan xx
Contoh 1 :
Pada 1 Februari 2021, Syarikat Maju Berhad telah menerbitkan 500 000 syer
biasa RM 1.00 sesyer kepada orang ramai. Sebanyak 300 000 syer telah di
terbitkan telah di pohon beli dan di bayar penuh semasa permohonan.
Anda di kehendaki :
a. Menghitung modal di terbitkan
b. Menghitung modal berbayar

Contoh 2 :
Syarikat Papazola Berhad memulakan perniagaannya pada 1 April 2021 dan
telah menerbitkan syer bagi mendapatkan modal. Syarikat menerbitkan 4 000
000 unit Syer Biasa pada harga RM 1.50 seunit dan 750 000 unit, 8% Saham
Keutamaan pada harga RM 2.00 seunit. Semua syer yang diterbitkan dipohon
beli dan di bayar penuh semasa permohonan.
Anda dikehendaki :
a. Mengira modal diterbitkan dan berbayar penuh bagi kedua-dua modal
yang diterbitkan.
b. Merekodkan terbitan syer tersebut ke dalam Jurnal Am.

Jawapan a :
Jawapan b :

Tarikh Butir Debit Kredit


Merekod Permohonan Syer Biasa

Merekod Permohonan Syer


Keutamaan

Merekod Bayaran Syer Biasa dan


Keutamaan

Contoh 3 :
Syarikat Food Beruang Berhad memerlukan modal tambahan dan telah
menerbitkan syer buat kali kedua pada 1 September 2020. Syarikat telah
menerbitkan 1 800 000 unit, 7 % Syer Keutamaan bernilai RM 2.00 sesyer dan
Syer Biasa sebanyak 1 000 000 yang di jual pada harga RM 0.30 sesyer. Semua
syer teah dilanggan dan di bayar penuh semasa permohonan.
Anda di kehendaki :
a. Mengira Modal diterbitkan dan berbayar penuh bagi Syer Biasa
b. Mengira Modal diterbitkan dan berbayar penuh bag Syer Keutamaan
c. Merekodkan terbitan syer ke dalam Jurnal Am
Jawapan a.
Jawapan b.

Jawapan c.
Tarikh Butir Debit Kredit
Merekod Permohonan Syer Biasa

Merekod Permohonan Syer


Keutamaan

Merekod Bayaran Syer Biasa

Merekod Bayaran Syer Keutamaan


Contoh 4 :
Syarikat Nelopapa memerlukan modal dan telah menerbitkan syer yang terdiri
daripada 6 000 000 unit, 6 % Syer Keutamaan RM 2.00 sesyer dan 12 000 000
unit Syer Biasa RM 1.50 sesyer. Semua syer di terbitkan telah dilanggan dan di
bayar penuh semasa permohonan.
Hitung modal diterbitkan dan berbayar penuh bagi setiap syer.
Jawapan : ( Syer keutamaan : RM 12 000 000 , Syer Biasa : RM 18 000 000)

Contoh 5 :
Syarikat Sudu Garfu menerbitkan Syer berikut untuk mendapatkan modal.

3 000 000 unit, 8% Syer Keutamaan RM 2.00 sesyer


8 000 000 unit Syer Biasa RM 1.00 sesyer

Pada 2 Januari 2021, Syarikat tersebut membuka permohonan kepada orang


ramai. Semua bayaran telah di terima pada 15 Januari 2021.
Anda di kehendaki :
a. Mengira modal diterbitkan dan berbayar penuh bagi Syer Biasa
b. Mengira modal diterbitkan dan berbayar enuh bagi Syer Keutamaan
c. Merekod semua urusniaga ke dalam Jurnal Am
( Jawapan : Syer Biasa : RM 8 000 000 ; Syer Keutamaan : RM 6 000 000)

Contoh 6 :
Pada 4 Jun 2021, Syarikat Hud Hud Berhad telah menerbitkan 1 000 000, 8%
Syer Keutamaan bernilai RM 1.00 setiap satu dan 4 000 000 Syer Biasa bernilai
RM 0.50 setiap satu. Pada 15 Jun 2021, semua wang telah diterima dan di
bankkan.
Anda di kehendaki :
a. Mengira modal diterbitkan dan berbayar penuh bagi Syer Biasa
b. Mengira modal diterbitkan dan berbayar enuh bagi Syer Keutamaan
c. Merekod semua urusniaga ke dalam Jurnal Am
( Jawapan : Syer Keutamaan : RM 1 000 000 ; Syer Biasa : RM 2 000 000

You might also like