You are on page 1of 4

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YA’KUB

77300 MERLIMAU, MELAKA


LAPORAN
MESYUARAT PANITIA PVMA BIL. 1 / 2020

TARIKH : 30 DISEMBER 2019


TEMPAT : BENGKEL PVMA
MASA : 2.00 PETANG
HARI : ISNIN
KEHADIRAN :3/3

HADIR:
PN. HJH SUNIZAH BINTI JAIHAN GKMP TEKNIK & VOKASIONAL
MOHAZIL BIN MOHAMED KETUA PANITIA PVMA
AHMAD FATHIR BIN ADNAN

KETIDAKHADIRAN:
(TIADA)

1. UCAPAN KETUA PANITIA PVMA – PN. MOHAZIL BIN MOHAMED


1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dan ucapan terima kasih kepada guru
guru kerana dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia PVMA kali ke 1/2020.
Tindakan: Makluman

2. UCAPAN GKMP TEKNIK & VOKASIONAL - PN. HJH SUNIZAH BINTI JAIHAN
2.1. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru yang dapat hadir pada mesyuarat panitia
PVMA 1/2020

Tindakan:Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PANITIA PVMA BIL. 4 / 2019


3.1. Minit dibentangkan oleh MOHAZIL BIN MOHAMED. Mesyuarat sebulat suara
mengesahkan minit dengan beberapa pindaan.
Tindakan: Semua guru PVMA

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada
5. ANALISIS PEPERIKSAAN PVMA 2019
TAHUN PVMA
% 2019
LULUS 100%
GPMP -

 Target GPMP PVMA 2020 ialah 100%

5.1. Hasil dari postmortem mendapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi
antaranya:

 Guru kurang memberi latihan berbentuk soalan KA terutama bahagian C


 Murid belum bersedia dan tidak mendapat latihan yang cukup
 Majoriti murid aras sederhana dan rendah

5.2. Hasil dari perbincangan beberapa pelan strategik telah diatur untuk membantu
memperbaiki kelemahan yang ada , antaranya:

 Pendedahan awal kepada guru teknik membina soalan KA dan Teknik menjawab
KA yang baik dan tepat.
 Menyediakan latihan berbentuk KA dalam PdP.
 Menyediakan Modul Latihan KA untuk latihan tambahan murid.
 Memberi pendedahan awal bentuk soalan KA kepada semua murid Tkn. 4.

5.3. Ucapan Tahniah diberikan kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan.
Walaubagaimanapun semua guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti PdPC masing-masing bagi memperoleh kejayaan
yang cemerlang dalam Penilaian Akhir 2020.
Tindakan : semua guru PVMA

6. PENGURUSAN PANITIA
6.1. PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN PVMA
6.1.1 RPH DAN RPT
 Pengerusi memaklumkan RPH akan dibuat dalam 2 bentuk iaitu Fail RPH dan Fail
RPT.
 Fail RPH perlu dihantar kepada GKMP setiap Jumaat bersama RPH untuk hari
Isnin mingg berikutnya. RPH yang telah ditanda tangan akan disimpan dalam Fail
RPT.
 Format RPH selaras satu sekolah
 Fail RPT perlu dihantar kepada pengetua untuk disemak pada hujung bulan
Januari
 RPT akan disedia dan diselaraskan oleh Ketua Panitia, guru-guru hanya perlu
cetak dan dmasukkan dalam fail RPT masing-masing.
 Panitia telah bersetuju RPT akan disedia dan diselaraskan oleh Ketua Panitia.
Tindakan: Semua guru

6.2. PROGRAM PENINGKATAN KUALITI GURU


Hasil perbincangan panitia beberapa cadangan telah dibuat untuk program
peningkatan kualiti guru. Walau bagaimanapun, program ini akan dikemaskini
mengikut keperluan panita PVMA.

BIL PROGRAM BULAN TINDAKAN


1. HIRARC Januari En Mohazil Mohamed
2. REFRIGERANT HANDLING Mac En Ahmad Fathir
3. VENTILATION FAN April En Ahmad Fathir
4. WINDOW UNIT AC Jun En Mohazil Mohamed
5. SPLIT UNIT AC Ogos En Ahmad Fathir

6.3. PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN MURID


Hasil perbincangan panitia beberapa cadangan telah dibuat untuk program
peningkatan pencapaian murid. Walau bagaimanapun, program ini akan dikemaskini
mengikut keperluan panita PVMA.

BIL PROGRAM BULAN TINDAKAN


1. HIRARC Januari En Mohazil Mohamed
2. REFRIGERANT HANDLING Mac En Ahmad Fathir
3. VENTILATION FAN April En Ahmad Fathir
4. WINDOW UNIT AC Jun En Mohazil Mohamed
5. SPLIT UNIT AC Ogos En Ahmad Fathir
6. CSTP CERTIFICATE Oktober En Mohazil Mohamed

6.4. PCG PANITIA PVMA


 Baki PCG 2019 berbaki RM430.30 dan panitia setuju untuk menggunakan duit ini
untuk membeli bahan habis guna.
 Hasil daripada perbincangan panitia merancang untuk menggunakan PCG 2020
untuk pembelian barang projek mengikut keperluan pdpc dalam kelas dan amali.
 Bulan Januari Ketua Panitia menyediakan buget dan mengumpulkan sebutharga
dari setiap pembekal untuk membuat pembandingan harga. Walaubagaimanapun,
pembelian barang akan dilaksanakan mengikut peruntukan yang diberi oleh pihak
sekolah.
Tindakan: Ketua Panitia
6.5. PENTAKSIRAN
 Ujian dan peperiksaan akan dilaksanakan mengikut perancangan Carta Gantt.
 Setiap modul Core Abilities dan setiap CU perlu dilaksanakan penilaian.

6.6. TARIKH PENTING


 Minggu Teknik & Vokasional akan dilaksanakan pada bulan April ( Minggu STEM )
9/04/2020- 13/04/2020.
 SKPMG2 akan dinilai 2 kali (Mac & Julai ) dan setiap eviden perlu ada laporan dan
dokumentasi.

7. HAL-HAL LAIN
7.1. Panitia bercadang untuk memohon tambah kapasiti pelajar dari pihak JPK
menggunakan sistem SKKM agar pengambilan pelajar dapat dilaksanakan sebelum 28
Februari 2020 (Tarikh Akhir Mendaftar Pelajar Tingkatan 4 Kohort 2020).

8. UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua guru dapat bekerjasama menaikkan kecemerlangan PVMA dan
mencapai sasaran yang dirancang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Dicatat Oleh: Dipengerusi Oleh:

……………………………….......... ………………………………..........
En Mohazil Bin Mohamed Pn Hjh Sunizah Binti Jaihan
Ketua Panitia PVMA GKMP Teknik & Vokasional
SMKDARY SMKDARY

You might also like