You are on page 1of 11

KAKISAN

 
BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL  
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

NOTA KULIAH 5
SEMESTER 4
SEMESTER SESI 2016/2017
DVM

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN / DVM

KOD/KURSUS MTK 8033  METAL FABRICATION ACTIVITIES

8.0 SUITABILITY OF CORROSION PROTECTION METHOD


KOMPETENSI
9.0 CORROSION PROTECTION METHOD

8.1 -8.8 (Rujuk silibus)


KOMPETENSI UNIT
9.1-7.6 (Rujuk silibus)

Trainee must be able to:


1. Determine metal fabrication design and specification related to work
requirement (C4, PLO3 )
KOMPETENSI
2. Assemble jigs and fixture for metal fabrication according to BS/AWS
PEMBELAJARAN
standards. ( P3, PLO2)
3. Prepare work report in non-conformance in accordance to corrective
action report specification standard (A3, PLO5)

MTK 8033/K 08,09/


NO KOD NK 05-06
EDISI 1/JUNE 2017
MUKA : 01 DARIPADA 11
H-024-4
NO KOD JPK DUTY05/
TASK 5.08,5.09
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

Objektif Am
Memahami jenis-jenis kakisan dan kaedah pencegahannya.

Objektif Khusus
i) Menjelaskan maksud kakisan
ii) Menerangkan jenis kakisan pengoksidaan terus
iii) Menerangkan jekis kakisan elektrokimia
iv) Menerangkan kaedah pencegahan kakisan

PENGENALAN

Kakisan adalah satu proses penurunan logam daripada keadaaan yang boleh digunakan
kepada keadaan yang tidak boleh digunakan.Ini terjadi apabila logam itu mengalami
kerosakan ,perubahan rupa dan bahannya berkurangan setelah berlakunya tindakbalas
kimia. Dalam istilah harian ,logam yang mengalami kakisan dikatakan telah
berkarat.Kakisan boleh dibahagikan kepada 2 bentuk utama iaitu :

a- Kakisan Pengoksidaan Terus


b- Kakisan Galvanik / Elektrokimia

Kakisan Pengoksidaan Terus


Kakisan jenis ini dinamakan kakisan kering . Kebanyakan logam mengalami
kakisan kering disebabkan tindakbalas kimia dengan gas oksigen,satu lapisan oksida
terbentuk di atas permukaannya. Jikalau lapisan ini tidak dibuang, lama-kelamaan ia
akan mengakis kesemua logam tersebut. Sesetengah logam seperti zink akan
membentuk lapisan oksida apabila terkakis, tetapi lapisan zink oksida adalah tinggi
ketumpatannya dan secara tidak langsung ia mencegah kakisan zink yang lain yang
berada di bawah lapisan zink oksida tersebut.
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

Logam seperti besi tidak boleh terkakis dengan tindakan udara sahaja, tetapi
melalui kombinasi udara dan lembapan . lapisan bahan kakisan yang di atas besi adalah
poros dan berkecai-kecai dan satu lapisan karat lain akan terbentuk di bawah lapisan
karat yang pertama menyebabkan lapisan pertama mengelupas. Proses kakisan besi
akan berterusan selagi permukaan besi tersebut tidak dilindungi. Pada besi juga jika
ianya dipanaskan bersama dengan gas oksigen di dalam relau, maka akan terjadi satu
tindakbalas kimia yang mana hasil dari proses ini sisik-sisik hitam akan wujud pada
logam tersebut.

2Fe + O2 ----------- 2FeO

Kakisan Galvanik / Elektrokimia

Kakisan ini yang juga dikenali sebagai kakisan basah berlaku pada suhu biasa
( suhu bilik) dalam suasana kehadiran lembapan atau elektrolit. Kebanyakan kakisan
berlaku melalui kakisan jenis ini. Kakisan ini melibatkan kedudukan sesuatu logam di
dalam iri elektrokimia, yang meyebabkan kerosakan logam secara perlahan tetapi
berkesan. Dalam proses ini logam akan berubah menjadi ion atau sebatian kimia dan
dengan bantuan elektrolit, ia menjadi satu larutan yang mengalir arus elektrik Iaitu ion
+ve dan ion -ve . kakisan ini adalah disebabkan oleh perpindahan ion +ve dan ion -ve di
antara dua logam yang berlainan potensi. Jadual 1 di bawah menunjukan siri
elektrokimia mengikut susunan potensi elektrodnya.
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

JENIS LOGAM POTENSI ELEKTROD


Emas +1.50
Platinum +0.86
Lebih Katodik
Perak +0.80
Kuprum +0.52
Hidrogen (Bahan rujukan) 0.00
Besi -0.05
Plumbum -0.13
Timah -0.14
Nikel -0.25
Kadmium -0.40
Kromium -0.74
Zink -0.76
Aluminium -1.66
Magnesium -2.37

Lebih Anodik

Jadual 1: Menunjukan siri-siri elektrokimia mengikut susunan potensi elektrod

Jadual 1 di atas menunjukan logam mana yang lebih anodik dan katodik secara
relative. Sebagai contoh, logam nikel dengan aluminium, nikel adalah katodik dan
aluminium adalah anodik, di antara logam emas dan kuprum, emas adalah katodik dan
kuprum adalah anodic, diantara kuprum dan plumbum, kuprum adalah katodik dan
plumbum adalah anodic, begitulah seterusnya.

Contohnya ialah apabila zink disambung dengan kuprum dan direndam di dalam
bahan elektrolit seperti air garam, asid dan alkali. Dalam proses ini logam akan berubah
menjadi ion atau sebatian kimia dan dengan bantuan eletrolit, ia menjadi satu larutan
yang mengalir arus elektik iaitu ion + ve dan -ve . Kakisan ini adalah disebabkan oleh
perpindahan ion + ve dan -ve di anatara dua logam yang berlainan potensi. Apabila
terdapat dua jenis logam di dalam eletrolit maka bahan yang lebih anodic akan terhakis
melalui proses eletrokimia.
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

Gambarajah Kakisan elektrokimia

Kakisan elektrokimia juga berlaku terhadap bahan yang sama apabila


terdapatnya titik air daripada yang berada di bawah bahagian tengah titik air tersebut.
Permukaan besi perbezaan tumpuan oksigen. Contohnya ialah jika terdapat setitik air di
atas permukaan besi maka tumpuan oksigen adalah lebih daripada permukaan besi di
bawah bahagian tepi yang kurang tumpuan oksigen adalah anodic dan besi yang
mempunyai lebih tumpuan oksigen adalah katodik. Oleh kerana terdapat bahagian
anodic dan katodik, maka bahagian permukaan besi mengalami kakisan. Titik air di
dalam proses kakisan ini bertindak sebagai bahan eletrolit.

Di antara aloi-aloi logam terdapat juga kakisan eletrokimia, contohnya aloi


loyang iaitu aloi kuprum dengan zink. Di dalam aloi ini kuprum adalah katodik dan zink
adalah anodic, lama-kelamaan zink didalam loyang akan terkakis disebabkan kakisan
eletrokimia. Bahan eletrolit di dalam kakisan jenis ini kelembapan atmosfera yang
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

KELAS KAKISAN
membentuk suatu lapisan di atas permukaan loyang. Loyang yang mengalami kakisan
zink akhirnya menjadi rapuh dan lemah.

Kakisan boleh dikelaskan mengikut keadaan logam yang telah menjadi kakis seperti
berikut:

i) Kakisan Tumpuan
Kakisan ini berlaku pada satu-satu tempat atau lubang pada permukaan logam. Ini akan
menyebabkan logam akan menjadi lemah pada tempat tersebut. Bahagian kecil yang
lemah ini akan menjadi anodic, manakala bahagian yang besar akan menjadi katodik.
Rajah di bawah menunjukan keratan rentas bentuk kakisan tumpuan.
KATOD ELEKTROLIT
KATOD

ANOD

ii) Kakisan Antara Bijian


Kakisan ini terjadi di sepanjang sempadan bijian yang sensitive kepada kakisan. Pada
amnya, ia berlaku disebabkan oleh potensi yang berbeza diantara atom pada satu
sempadan dengan sempadan yang bersebelahan dan akan mewujudkan sempadan anad
dan katod. Kakisan ini selalunya bermula pada permukaan logam dan akan melarat
cepat ke dalam disebabkan oleh struktur dalaman yang tidak elok.

CR 23
C6
GRAIN
PRECIPITATE
BOUNDARY
PARTICLE

ZONE DEPLETED OF
CROMIUM
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

Gambarajah Kakisan Antara Bijian


iii) Kakisan Celahan
Biasanya terjadi pada bahagian yang retak atau dicelah pertemuan dua permukaan yang
terpasang. Kakisan ini boleh terjadi pada celahan permukaan logam yang sama atau
berbeza.

Gambarajah Kakisan Celahan

iv) Kakisan Tegasan


Jenis kakisan eletrokimia yang keempat pula melibatkan logam yang sejenis tetapi
mempunyai kawasan-kawasan tegasan yang berlainan di dalam barangan tersebut.
Bahagian-bahagian barangan yang tinggi nilai tegasannya adalah anodik dan
bahagian lain adalah katodik. Apabila barangan ini terdedah kepada bahan elektrolit
maka bahagian yang tinggi tegasannya akan terhakis di mana sebuah bekas air yang
disebabkan oleh perbezaan kawasan tegasan. Kakisan jenis ini dapat dielakkan melalui
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

rekabentuk baik dan sesuaiPENCEGAHAN


yang bolehKAKISAN
mengelakkan daripada terdapatnya
perbezaan kawasan tegasan yang ketara.

PEMILIHAN BAHAN

Pemilihan bahan adalah peringkat yang paling awal dan mudah dalam mencegah
kakisan. Untuk tujuan ini, kedudukan bahan dalam siri elektrokimia perlu diambil
perhatian. Selain daripada kos yang rendah, faktor rintangan kepada kakisan yang tinggi
perlu diambil kira dalam memilih bahan.

REKABENTUK

Kakisan boleh dielak dengan memilih rekabentuk yang sesuai. Rekabentuk mestilah
mengambil kira faktor-faktor berikut:-
i) Elakkan daripada menggunakan bahan yang berlainan untuk mencegah
daripada berlakunya kakisan galvani. Walaubagaimanapun, jika terpaksa
menggunakan bahan yang sama, pilih logam yang mempunyai potensi yang
terhampir dalam siri elektrokimia.
ii) Elakkan daripada kehadiran retakkan.
iii) Pepenjuru yang tajam perlu dielakkan pada komponen kerana ini akan
menyebabkan berlakunya tegasan.
iv) Gantikan kaedah sambungan rivet dengan sambungan kimpalan.

SALUTAN LOGAM

Penyalutan sesuatu barangan dengan logam yang tertentu juga boleh menghalang
kesan kakisan. Penyalutan dibuat melalui beberapa proses seperti celupan ke dalam
logam panas, penyemburan logam dan penyaduran elektroplat. Jenis-jenis bahan
penyadur yang selalu digunakan ialah emas, perak, kromium, kuprum, cadmium, timah
dan zink. Walaupun sesetengah daripada logam salutan yang digunakan adalah lebih
katodik tetapi tindakbalas kimianya adalah tidak aktif dan setengahnya pula boleh
membentuk lapisan oksida. Salutan logam boleh dikelaskan kepada dua:
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

i) Salutan Nobel
Dalam penyalutan nobel, salutan adalah bersifat nobel terhadap logam asas.
Salutan jenis ini tidak akan melindungi logam asas jika terdapat lubang-lubang pada
salutan. Ini adalah kerana logam asas akan menjadi anod. Contoh salutan jenis ini ialah
Cu, Ni, Cr.

ii) Salutan Korban


Manakala pada salutan korban pula, logam asas dilindungi dengan
mengorbankan logam salutan yang bertindak sebagai anod. Tidak seperti salutan
nobel, kaedah ini masih melindungi logam asas walaupun terdapat lubang padanya.
Contoh salutan kaedah ini ialah penyaduran atap yang di perbuat daripada keluli
dengan lapisan zink. Zink bertindak sebagai lapisan penghalang unsur-unsur kakisan
daripada terkena atap keluli.

SALUTAN BAHAN BUKAN LOGAM


Menyalut logam dengan bahan bukan logam juga dapat menghalangnya
daripada terkakis. Ianya bertidak melindungi permukaan logam dari bersentuh dengan
oksigen ataupun memberikan perlindungan aasas dengan salutan bahan yang setabil
yang tidak mudah ditembusi oleh kelembapan. Ianya terdiri dari bahan organik dan
bukan organik. Contoh salutan organik ialah cat, tar, minyak dan varnis. Manakala
salutan tak organik ialah enamel.
Plastik serta minyak ialah di antara dua bahan bukan logam yang
utama digunakan sebagai bahan penyalut. Proses ini di buat secara celupan panas
ataupun melalui semburan bahan perintang kakisan tersebut.

LAPISAN OKSIDA

Lapisan oksida seperti lapisan oksida zink dan aluminium adalah diantara
bahan-bahan perintang kakisan. Lapisan jenis oksida ini adalah tinggi
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

ketumpatannya dan dengan ini dapat menghalang oksigen serta air daripada
menghakisnya. Lapisan oksida selalunya terdapat pada barangan yang sememangnya di
buat daripada zink, aluminium dan plumbum. Lapisan oksida juga dapat digunakan
sebagai satu bahan saduran ke atas barangan logam. Contohnya ialah penyaduran
zink digunakan untuk keluli di dalam pembuatan bumbung, di mana zink akan
membentuk satu lapisan oksida.

PENGALOIAN

Logam-logam juga dapat di buat supaya tahan kakisan dengan mengaloikannya


dengan logam-logam yang lain. Keluli selalunya dialoikan dengan logam kromium dan
mangnese untuk mendapatkan keluli tahan karat.

PERLINDUNGAN KATODIK

Perlindungan ini bermaksud bahan yang perlu dilindungi dari kakisan ditukar
menjadi katod oleh kerana logam anod yang mengalami kakisan. Contohnya pada badan
kapal selalunya diperbuat dari keluli dan propelarnya di buat daripada gangsa. Keluli
adalah anodik manakala propelarnya adalah katodik dan kedua-duanya berada di
dalam air laut yang merupakan suatu bahan eletrolit. Badan kapal akan terhakis
disebabkan sifat anodiknya, jadi untuk mengatasi masalah ini satu bahan yang lebih
anodik daripada gangsa dan keluli digunakan sebagai perintang kakisan iaitu logam
zink. Kepingan zink diletakkan kepada badan kapal supaya semasa proses kakisan
eletrokimia berlaku hanya zink sahaja yang terkakis disebabkan ianya adalah yang
paling anodik. Kepingan zink ini perlu digantikan dari masa kesemasa kerana
kehausan disebabkan kakisan seperti gambarajah.
MTK 8033/K 08,09/NK 05-06 Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO.
EDISI 1/JUNE 2017 Drpd / of : 11

Gambarajah Perlindungan Katodik

You might also like