You are on page 1of 11

 

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL  


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA     

NOTA KULIAH 6
SEMESTER 4
SEMESTER SESI 2016/2017
DVM

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN / DVM

KOD/KURSUS MTK 8033  METAL FABRICATION ACTIVITIES

11.0 WORK REPORT PREPARATION FOR OTHER ACTIVITIES


KOMPETENSI
RELATED TO FABRICATION PROJECT

KOMPETENSI UNIT 11.1 -11.9 (Rujuk silibus)

Trainee must be able to:


1. Determine metal fabrication design and specification related to work
requirement (C4, PLO3 )
KOMPETENSI
2. Assemble jigs and fixture for metal fabrication according to BS/AWS
PEMBELAJARAN
standards. ( P3, PLO2)
3. Prepare work report in non-conformance in accordance to corrective
action report specification standard (A3, PLO5)

MTK 8033/K 11/


NO KOD NK 06-06
EDISI 1/JUNE 2017 MUKA : 01 DARIPADA 11
H-024-4
NO KOD JPK
DUTY 05 / TASK 5.11

PENGENALAN
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 2 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -2-

Unit ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen


pengurusan projek yang berikut :-
1. Perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek
2. Pembangunan pelan projek
3. Perlaksanaan pelan projek
4. Pemantauan kemajuan projek
5. Kawalan projek
6. Integrasi kos
7. Penjadualan maklumat dan nilai dapatan
8. Membuat laporan dan taklimat

PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN


Tujuan perancangan projek adalah untuk menentukan kaedah yang akan
digunakan untuk merancang sesuatu projek. Walau bagaimanapun, kejayaan
sesuatu perancangan adalah bergantung kepada pengetahuan tentang prosedur
yang sedia ada dan kebolehan untuk memilih kaedah yang paling
menguntungkan. Untuk memastikan kejayaan sesuatu perancangan, ia
bergantung kepada keputusan yang memerlukan pengumpulan sebanyak
mungkin maklumat-maklumat tentang bahan, mesin, tenaga manusia, kewangan
dan masa.

Bahan
Di antara aspek-aspek yang perlu dititikberatkan ialah :
a. Kuantiti bahan.
b. Penghantaran bahan.
c. Jenis bahan yang digunakan.
d. Stor penyimpanan.

Tenaga manusia ( pekerja )


Dalam pengurusan dan pelaksanaan sesuatu projek, memerlukan tenaga kerja
yang mencukupi untuk menyiapkan sesuatu projek. Projek mungkin tidak akan
dilaksanakan tanpa tenaga kerja.

Mesin
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 3 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -3-

Mesin atau alat jentera diperlukan dalam melaksanakan sesuatu projek. Ia


diperolehi melalui pembelian peralatan atau penyewaan.

Kewangan
Kewangan adalah penting dan perlu diambil kira dalam melaksankan sesuatu
projek. Biasanya syarikta yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
akan diberi mandat untuk menyiapkasan sesutu projek. Kewangan akan
melibatkan kos di mana, menilai kos dari mula pembinaan hinggalah selesai
seperti kos pembinaan, gaji pekerja, penyewaan mesin dan sebagainya.

Masa
Pemilik biasanya menginginkan tarikh permulaan , tarikh penyiapan dan tarikh
penting yang lain yang terdapat di dalam dokumen tawaran. Had masa juga
telah ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu projek.

PEMBANGUNAN PELAN PROJEK


Proses pembangunan pelan projek bermula daripada penerimaan dokumen-
dokumen kontrak dan akan menyediakan senarai-senarai aktiviti yang terdiri
daripada aktiviti pengeluaran dan aktiviti perolehan.

Aktiviti Pengeluaran
Dokumen kontrak ini menyatakan butiran yang diperlukan untuk membangunkan
sesuatu projek berdasarkan sumber setiap aktiviti. Daripada senarai aktiviti
rangkaian pembangunan projek disediakan. Rangkaian ini akan memberikan satu
jadual yang dapat berfungsi sebagai pelan asas untuk melaksanakan kerja-kerja
projek.

Aktiviti Perolehan
Perancangan dan keseluruhan proses penjadualan mesti dikaitkan dengan kos
projek yang memerlukan analisa selanjutnya. Masa perlaksanaan untuk sesuatu
pembangunan pelan projek berkait rapat dengan sumber yang diperlukan.
Semakin pendek masa untuk perlaksanaan, semakin banyak keperluan sumber.
Dengan itu aktiviti yang berkos tinggi mungkin dipanjangkan masa
perlaksanaannya dan mengakibatkan pengurangan dari segi kos dan sumber.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 4 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -4-

PERLAKSANAAN PELAN PROJEK


Perlaksanaan pelan projek merangkumi perkara-perkara berikut :-
a. Konsep projek
Sesuatu projek boleh dikategorikan sebagai projek besar, sederhana
dan kecil. Ia boleh jadi terhad kepada satu sektor yang khusus atau
merentasi beberapa sektor. Walau bagaimanapun, semua projek
mempunyai beberapa ciri yang sama.
b. Matlamat yang segera
Sesuatu projek lebih menekankan kepada matlamat yang telah
ditetapkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang
mendesak dan yang sudah dikenalpasti.
c. Tidak berulang-ulang
Pelaksanaan projek berbeza dengan pentadbiran biasa yang rutin
dalam sesebuah organisasi atau agensi kerajaan. Projek-projek
pembangunan biasanya diuruskan oleh badan-badan yang ditubuh
khas untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti projek yang tertentu supaya
tiada pertindihan.
d. Ketidakpastian
Walaupun sesuatu projek kelihatan jelas dari segi objektif dan
perlaksanaannya, sebenarnya semua projek mengalami masalah
ketidakpastian. Masalah ini berkaitan dengan adanya kemungkinan
penyesuaian perlarasan yang perlu dibuat ke atas rekabentuk teknikal,
ekonomi atau pengurusannya.

PEMANTAUAN KEMAJUAN PROJEK


Pemantauan projek perlu dibuat untuk mengekalkan tempoh masa sasaran.
Pemantauan sesuatu projek dibuat dengan maklumat sasaran dan keluaran
dicatat untuk dibuat perbandingan. Selepas itu satu pembetulan rancangan perlu
dibuat ke atas kesilapan kerja yang tidak diduga seperti kelewatan akibat
bencana dan sebagainya.

Pemantauan kemajuan
Sebaik sahaja maklumbalas dari tapak didapati, penilaian data perlu dibuat
untuk mengekalkan tempoh masa sasaran. Kejayaan sesuatu kerja bergantung
kepada keputusan yang dibuat dan kepakaran dalam membuat penjadualan.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 5 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -5-

Penilaian dibuat berdasarkan keluaran hasil kerja berbanding dengan sasaran,


seterusnya peratus pencapaian dibuat berdasarkan perkara ini.

Tindakan pembetulan
Selepas tindakan penilaian dibuat ke atas sesuatu projek, suatu rancangan
pembetulan perlu dibuat bagi mencapai matlamat sasaran sepenuhnya.
Pembetulan dibuat ke atas kesilapan kerja yang tidak diduga seperti kelewatan
akibat bencana alam dan sebagainya. Satu jadual perancangan dan sasaran
kerja perlu disediakan semula sekiranya berlakuperubahan pada penjadualan.

KAWALAN PROJEK
Sesuatu projek tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan jika tiada pengawalan
yang sistematik. Kawalan merupakan proses untuk mengawal sesuatu
perlaksanaan sesuatu projek. Pengawalan yang terancang boleh dilaksanakan
dengan cara yang ekonomi, mengenalpasti had masa penjadualan dan
mengambil kira sumber-sumber yang boleh diperolehi. Kawalan yang baik dan
terancang perlu mencerminkan kerja yang tepat dan dapat dilaksanakan
bersesuaian dengan perancangan dan spesifikasi yang ditetapkan. Ini
membolehkan sebarang perubahan kerja dari penjadualan dapat dikesan, dinilai
dan dikawal. Di antara aspek pengawalan projek yang perlu diambilkira ialah :-
i. Tahap Kawalan
ii. Ciri-ciri tahap kawalan
iii. Menyediakan jadual sasaran
iv. Mengawasi projek
v. Penilaian dan peramalan
vi. Tempoh kawalan pengemasakinian
vii. Tempoh masa pengemaskinian

INTEGRASI KOS
Kos yang terlibat di dalam pelaksanaan projek boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori seperti bekalan tenaga fizikal, penggunaan tenaga buruh,
pembelian atau penyewaan tanah yang melibatkan pembayaran cukai dan
sebagainya. Kos-kos tersebut perlulah dinilai dengan masa yang akan
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 6 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -6-

menentukan pendapatan yang sewajarnya diperolehi. Penentuan kos adalah


penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Kos yang tidak mencukupi akan
mempengaruhi perjalanan sesuatu projek yang mungkin akan mengakibatkan
projek terbengkalai. Perancangan kos yang teliti perlu bagi mengelakkan
kerugian kepada syarikat. Di antara perkara-perkara yang penting semasa
membuat perancangan kos ialah :-
i. Kos bahan mentah, gaji pekerja, pengangkutan barang-
barang, penyewaan mesin atau pembelian mesin, tapak pembinaan
dan sebagainya.
ii. Kesan perubahan jangkamasa di mana pengusaha-pengusaha
diperlukan.
iii. Memikirkan risiko atau keuntungan untuk mengelakkan
daripada berlakunya kerugian atau risiko-risiko lain.
iv. Membuat jadual anggaran kasar ke atas kos yang perlu
dalam melaksanakan sesuatu projek.
v. Tempoh penyiapan juga diperlukan kerana akan
mempengaruhi jumlah kos jika berlaku pertambahan tempoh yang
melibatkan kos pembayaran gaji pekerja dan sebagainya.

PENJADUALAN MAKLUMAT DAN NILAI DAPATAN


Setelah menerima maklumbalas dari tapak, pihak penjadualan akan menilai data
dan menentukan apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan tempoh yang
telah ditetapkan. Kepakaran penjadualan adalah penting kerana kejayaan akan
bergantung kepada keptusan yang akan dibuat. Kebanyakan daripada keputusan
akan dibuat oleh pihak penjadualan, tetapi kebiasannya sesetengah maklumat
tersebut perlu diberi kepada pihak pengurusan peringkat yang lebih tinggi untuk
dinilai. Proses penilaian biasanya dimulai dengan penghasilan jadual-jadual
daripada maklumat yang telah diperolehi. Penjadual akan memeriksa output
yang diperolehi daripada komputer ataupun pejabat. Sebarang kelewatan output
akan dibuat perbandingan tarikh mula dan tamat yang baru dengan tarikh mula
dan tamat yang telah ditetapkan.

MEMBUAT LAPORAN DAN TAKLIMAT


MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 7 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -7-

Laporan terperinci tentang projek yang siap akan dibentangkan dalam bentuk
yang lebih menraik dengan mengguanakan gambarajah, carta bar atau
gambarajah skala-masa.

Gambarajah
Digunakan untuk menyesuaikan pengguna dengan tarikh yang dijadualkan.
Sesuai digunakan untuk kegunaan pejabat kerana membenarkan kemasukan
nilai keseluruhan projek yang dijadualkan serta kesannya ke atas perancangan.
Kelemahannya ialah ia tidak menunjukkan julat masa yang nyata apabila aktiviti
dijalankan. Keadaan ini akan mengakibatkan kesilapan taksiran terutama sekali
apabila satu rantaian aktiviti mempunyai bilangan item yang lebih daripada
rantaian yang lain.

Carta Bar
Carta bar biasa digunakan untuk asas penyediaan dan analisis sumber manusia ,
peralatan dan jadual kewangan. Ia sesuai digunakan pada tahap organisasi yang
lebih rendsah tetapi tidak sesuai bagi peringkat atasan kerana kemungkinan
pertindahan carta akan berlaku.

Gambarajah Skala-Masa
Gambarajah Skala-Masa biasanya berkait rapat dengan persembahan carta bar.
Ramai perancang lebih gemar menggunakan persembahan ini kerana ia dapat
menunjukkan perhubungan di antara aktiviti dan masa pelaksanaannya.

Pasukan projek merupakan sekumpulan individu dari organisasi atau


Pasukan projek merupakan sekumpulan individu dari organisasi atau
dari luar organisasi yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang
dari luar organisasi yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang
berkaitan dengan sesuatu projek. Ahli-ahlinya terdiri daripada pengurus
berkaitan dengan sesuatu projek. Ahli-ahlinya terdiri daripada pengurus
dan staf yang mahir dalam bidang tertentu seperti buruh dan jurutera
dan staf yang mahir dalam bidang tertentu seperti buruh dan jurutera
yang diperlukan dalam projek pembinaan.
yang diperlukan dalam projek pembinaan.

Tiga Kekangan Tradisi

Dalam mana-mana projek sekali pun, pasti ada kekangan atau batasannya.
Misalnya, jika anda uruskan projek untuk kerja berkumpulan, tentu anda mesti
siapkan projek tersebut sebelum tarikh yang diberikan oleh pensyarah.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 8 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -8-

Perbelanjaan juga adalah terhad. Rakan-rakan dalam kumpulan anda juga boleh
menimbulkan masalah. Ini anda belum lagi menguruskan projek yang besar.

Jadi, sebagaimana tugas-tugas manusia yang lain, projek perlu disiapkan dalam
beberapa kekangan. Kekangan tradisi termasuklah skop, masa, dan kos.

Ketiga-tiga kekangan yang telah dinyatakan tersebut dikenali sebagai Segitiga


Pengurusan Projek atau Project Management Triangle. Setiap sisi segitiga
mewakili kekangan. Kekangan ini tidak boleh diubah sewenangwenangnya,
seumpama sisi sebuah segitiga. Jika anda mengubah salah satu dari sisinya,
bentuk segitiga tersebut akan berubah.

masa

Rajah Segitiga Pengurusan Projek

Kekangan Skop

Kekangan skop merujuk kepada apakah yang mesti dilakukan untuk


menghasilkan produk atau perkhidmatan. Misalnya, jika anda menjalankan
projek pembangunan perisian, skopnya termasuklah menjalankan analisis
keperluan, menyiapkan rajah aliran data, dan membuat pengaturcaraan.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 9 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -9-

Secara amnya skop boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

1. Skop produk, dan

2. Skop projek.

Jadi, skop adalah keperluan yang ditentukan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan, iaitu hasil terakhir. Ia adalah definisi menyeluruh dari apa yang
diharapkan dari sebuah projek. Ia merupakan penjelasan spesifik hasil terakhir.
Komponen utama skop adalah kualiti produk yang bakal dihasilkan.

Misalnya, masa yang diberikan untuk menyelesaikan sesuatu tugas komponen


amat penting kerana ia menentukan kualiti hasil produk secara menyeluruh.
Sesetengah tugas memerlukan masa yang mencukupi untuk disiapkan dengan
baik, tetapi memerlukan lebih mas a untuk dihasilkan dengan kualiti yang tinggi.

Contohnya, jika anda bekerja untuk menyiapkan perisian kursus, masa yang
lebih diperlukan untuk menghasilkan bahan dan papan cerita yang baik. Langkah
yang lain, seperti pengaturcaraan hanya mengikut apa yang terdapat di dalam
papan cerita.

Dalam projek yang besar, kualiti boleh memberikan impak yang jelas ke atas
masa dan kos atau sebaliknya.

Kekangan Masa

Kekangan mas a adalah merujuk kepada masa yang ada untuk menyiapkan
sesebuah projek. Lazimnya, masa adalah terhad. Misalnya, projek ketika belajar
tentulah perlu disiapkan sebelum semester tamat, projek buku teks perlu
disiapkan sebelum persekolahan sesi baru bermula. Jangan pula ada pengurus
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 10 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 - 10 -

projek novel, ambil masa 15 tahun untuk disiapkan! Penulis perlu makan,
ilustrator pun perlu makan, syarikat perlu membuat keuntungan ...

Komponen projek boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil


ketika analisis keperluan dibuat. Setiap komponen projek diperuntukkan masa
yang sesuai untuk menyiapkannya. Lazirnnya pengurus projek akan
memecahkan komponen projek kepada komponen-komponen yang lebih kecil
agar mas a menyiapkan projek dapat diuruskan serta mudah diikuti.

Kekangan Kos

Kekangan kos merujuk kepada bajet yang diperuntukkan untuk projek. Jika anda
seorang pelajar yang sedang menyiapkan projek berkumpulan, berapakah wang
yang telah and a kutip dari ahli kumpulan? Wang ini mungkin digunakan untuk
fotostat dan penjilidan.
Kos untuk menjalankan projek bergantung kepada beberapa perkara termasuk;
kadar bayaran pekerja, harga bahan yang digunakan, pengurusan risiko,
peralatan, serta keuntungan. Jika syarikat mengupah firma konsultan bebas
untuk sesuatu projek, kos projek lazimnya ditentukan oleh pihak konsultan.

Tiga Kekangan adalah Saling Berkaitan

Tiga kekangan ini lazimnya saling berkaitan. Misalnya, jika anda tambah skop,
anda juga akan menyebabkan bertambahnya masa dan kos. Seorang pengurus
projek berfungsi membekalkan alatan dan teknik yang memungkinkan ahli
projek menyusun kerja mereka untuk menghadapi kekangan.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 11 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 - 11 -

masa

Rajah 3.2: Segitiga Pengurusan Projek, apabila skop ditambah, kos dan masa
juga bertambah.

You might also like