Professional Documents
Culture Documents
K.penerangan 6
K.penerangan 6
NOTA KULIAH 6
SEMESTER 4
SEMESTER SESI 2016/2017
DVM
PENGENALAN
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 2 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -2-
Bahan
Di antara aspek-aspek yang perlu dititikberatkan ialah :
a. Kuantiti bahan.
b. Penghantaran bahan.
c. Jenis bahan yang digunakan.
d. Stor penyimpanan.
Mesin
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 3 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -3-
Kewangan
Kewangan adalah penting dan perlu diambil kira dalam melaksankan sesuatu
projek. Biasanya syarikta yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
akan diberi mandat untuk menyiapkasan sesutu projek. Kewangan akan
melibatkan kos di mana, menilai kos dari mula pembinaan hinggalah selesai
seperti kos pembinaan, gaji pekerja, penyewaan mesin dan sebagainya.
Masa
Pemilik biasanya menginginkan tarikh permulaan , tarikh penyiapan dan tarikh
penting yang lain yang terdapat di dalam dokumen tawaran. Had masa juga
telah ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu projek.
Aktiviti Pengeluaran
Dokumen kontrak ini menyatakan butiran yang diperlukan untuk membangunkan
sesuatu projek berdasarkan sumber setiap aktiviti. Daripada senarai aktiviti
rangkaian pembangunan projek disediakan. Rangkaian ini akan memberikan satu
jadual yang dapat berfungsi sebagai pelan asas untuk melaksanakan kerja-kerja
projek.
Aktiviti Perolehan
Perancangan dan keseluruhan proses penjadualan mesti dikaitkan dengan kos
projek yang memerlukan analisa selanjutnya. Masa perlaksanaan untuk sesuatu
pembangunan pelan projek berkait rapat dengan sumber yang diperlukan.
Semakin pendek masa untuk perlaksanaan, semakin banyak keperluan sumber.
Dengan itu aktiviti yang berkos tinggi mungkin dipanjangkan masa
perlaksanaannya dan mengakibatkan pengurangan dari segi kos dan sumber.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 4 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -4-
Pemantauan kemajuan
Sebaik sahaja maklumbalas dari tapak didapati, penilaian data perlu dibuat
untuk mengekalkan tempoh masa sasaran. Kejayaan sesuatu kerja bergantung
kepada keputusan yang dibuat dan kepakaran dalam membuat penjadualan.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 5 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -5-
Tindakan pembetulan
Selepas tindakan penilaian dibuat ke atas sesuatu projek, suatu rancangan
pembetulan perlu dibuat bagi mencapai matlamat sasaran sepenuhnya.
Pembetulan dibuat ke atas kesilapan kerja yang tidak diduga seperti kelewatan
akibat bencana alam dan sebagainya. Satu jadual perancangan dan sasaran
kerja perlu disediakan semula sekiranya berlakuperubahan pada penjadualan.
KAWALAN PROJEK
Sesuatu projek tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan jika tiada pengawalan
yang sistematik. Kawalan merupakan proses untuk mengawal sesuatu
perlaksanaan sesuatu projek. Pengawalan yang terancang boleh dilaksanakan
dengan cara yang ekonomi, mengenalpasti had masa penjadualan dan
mengambil kira sumber-sumber yang boleh diperolehi. Kawalan yang baik dan
terancang perlu mencerminkan kerja yang tepat dan dapat dilaksanakan
bersesuaian dengan perancangan dan spesifikasi yang ditetapkan. Ini
membolehkan sebarang perubahan kerja dari penjadualan dapat dikesan, dinilai
dan dikawal. Di antara aspek pengawalan projek yang perlu diambilkira ialah :-
i. Tahap Kawalan
ii. Ciri-ciri tahap kawalan
iii. Menyediakan jadual sasaran
iv. Mengawasi projek
v. Penilaian dan peramalan
vi. Tempoh kawalan pengemasakinian
vii. Tempoh masa pengemaskinian
INTEGRASI KOS
Kos yang terlibat di dalam pelaksanaan projek boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori seperti bekalan tenaga fizikal, penggunaan tenaga buruh,
pembelian atau penyewaan tanah yang melibatkan pembayaran cukai dan
sebagainya. Kos-kos tersebut perlulah dinilai dengan masa yang akan
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 6 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -6-
Laporan terperinci tentang projek yang siap akan dibentangkan dalam bentuk
yang lebih menraik dengan mengguanakan gambarajah, carta bar atau
gambarajah skala-masa.
Gambarajah
Digunakan untuk menyesuaikan pengguna dengan tarikh yang dijadualkan.
Sesuai digunakan untuk kegunaan pejabat kerana membenarkan kemasukan
nilai keseluruhan projek yang dijadualkan serta kesannya ke atas perancangan.
Kelemahannya ialah ia tidak menunjukkan julat masa yang nyata apabila aktiviti
dijalankan. Keadaan ini akan mengakibatkan kesilapan taksiran terutama sekali
apabila satu rantaian aktiviti mempunyai bilangan item yang lebih daripada
rantaian yang lain.
Carta Bar
Carta bar biasa digunakan untuk asas penyediaan dan analisis sumber manusia ,
peralatan dan jadual kewangan. Ia sesuai digunakan pada tahap organisasi yang
lebih rendsah tetapi tidak sesuai bagi peringkat atasan kerana kemungkinan
pertindahan carta akan berlaku.
Gambarajah Skala-Masa
Gambarajah Skala-Masa biasanya berkait rapat dengan persembahan carta bar.
Ramai perancang lebih gemar menggunakan persembahan ini kerana ia dapat
menunjukkan perhubungan di antara aktiviti dan masa pelaksanaannya.
Dalam mana-mana projek sekali pun, pasti ada kekangan atau batasannya.
Misalnya, jika anda uruskan projek untuk kerja berkumpulan, tentu anda mesti
siapkan projek tersebut sebelum tarikh yang diberikan oleh pensyarah.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 8 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 -8-
Perbelanjaan juga adalah terhad. Rakan-rakan dalam kumpulan anda juga boleh
menimbulkan masalah. Ini anda belum lagi menguruskan projek yang besar.
Jadi, sebagaimana tugas-tugas manusia yang lain, projek perlu disiapkan dalam
beberapa kekangan. Kekangan tradisi termasuklah skop, masa, dan kos.
masa
Kekangan Skop
2. Skop projek.
Jadi, skop adalah keperluan yang ditentukan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan, iaitu hasil terakhir. Ia adalah definisi menyeluruh dari apa yang
diharapkan dari sebuah projek. Ia merupakan penjelasan spesifik hasil terakhir.
Komponen utama skop adalah kualiti produk yang bakal dihasilkan.
Contohnya, jika anda bekerja untuk menyiapkan perisian kursus, masa yang
lebih diperlukan untuk menghasilkan bahan dan papan cerita yang baik. Langkah
yang lain, seperti pengaturcaraan hanya mengikut apa yang terdapat di dalam
papan cerita.
Dalam projek yang besar, kualiti boleh memberikan impak yang jelas ke atas
masa dan kos atau sebaliknya.
Kekangan Masa
Kekangan mas a adalah merujuk kepada masa yang ada untuk menyiapkan
sesebuah projek. Lazimnya, masa adalah terhad. Misalnya, projek ketika belajar
tentulah perlu disiapkan sebelum semester tamat, projek buku teks perlu
disiapkan sebelum persekolahan sesi baru bermula. Jangan pula ada pengurus
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 10 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 - 10 -
projek novel, ambil masa 15 tahun untuk disiapkan! Penulis perlu makan,
ilustrator pun perlu makan, syarikat perlu membuat keuntungan ...
Kekangan Kos
Kekangan kos merujuk kepada bajet yang diperuntukkan untuk projek. Jika anda
seorang pelajar yang sedang menyiapkan projek berkumpulan, berapakah wang
yang telah and a kutip dari ahli kumpulan? Wang ini mungkin digunakan untuk
fotostat dan penjilidan.
Kos untuk menjalankan projek bergantung kepada beberapa perkara termasuk;
kadar bayaran pekerja, harga bahan yang digunakan, pengurusan risiko,
peralatan, serta keuntungan. Jika syarikat mengupah firma konsultan bebas
untuk sesuatu projek, kos projek lazimnya ditentukan oleh pihak konsultan.
Tiga kekangan ini lazimnya saling berkaitan. Misalnya, jika anda tambah skop,
anda juga akan menyebabkan bertambahnya masa dan kos. Seorang pengurus
projek berfungsi membekalkan alatan dan teknik yang memungkinkan ahli
projek menyusun kerja mereka untuk menghadapi kekangan.
MTK 8033/K 11/NK 06-06 Page 11 of 11
Kod Kertas
EDISI 1/JUNE 2017 - 11 -
masa
Rajah 3.2: Segitiga Pengurusan Projek, apabila skop ditambah, kos dan masa
juga bertambah.