You are on page 1of 27

NOTA FAKTA KHUSUS PENGGAL KEDUA(PENGURUSAN)

Bab 1:pengurusan
1.Pengenalan kepada pengurusan
1. maksud pengurusan
Maksud pengurusan: Pengurusan bermaksud adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin,
dan mengawal dan mengurus sumber manusia dan sumber bukan manusia bagi mencapai matlamat
organisasi. [2](wajib ada proses,sumber dan tujuan)

2. Fungsi pengurusan-terbahagi kepada 4


Fungsi pengurusan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi adalah;
(i) Perancangan iaitu proses merancang dan membentuk visi, misi, matlamat, strategi, dan taktik
sesebuah organisasi
(ii) Pengorganisasian iaitu proses menyelaraskan/pengagihan sumber yang terdapat dalam
organisasi untuk melaksanakan rancangan yang tejah dibuat
(iii) Kepimpinan iaitu proses mempengaruhi gelagat pekerja supaya melaksanakan rancangan yang
telah dibuat
(iv) Pengawalan iaitu proses memantau aktiviti dan pencapaian supaya rancangan yang dibuat
mencapai matlamat/sasaran

3.peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg;


1.Antara-perorangan (interpersonal)
i.sebagai lambang/symbol/tunggak/orang terpenting
- Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik atau upacara.
-Menjadi wakil dalam sesebuah jabatan
- Pengurus Besar Syarikat A menghadiri sesuatu majlis untuk upacara penyampaian sijil dan anugerah.
[c]
ii.sebagai pemimpin/ketua
-Mengarah kepada pekerja melaksanakan tugas.
-Memotivasikan pekerja untuk meningkatkan pencapaian dalam tugas.
• (C) Pengetua menjadi pengerusi mesyuarat dan mengetuai perancangan sekolah.

iii.sebagai penghubung/orang tengah/perantara


-Mengekalkan hubungan jaringan (networking) di dalam organisasi.
-Mengekalkan hubungan jaringan (networking) di luar organisasi.
(C) Pengurus syarikat A mengekalkan hubungan dengan pembekal,pelabur [lm]..interaksi XX

2. peranan bermaklumat (informational)


i.sebagai pengawas/pemantau
-mendapatkan maklumat drp perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi
-cth perubahan persekitaran yang memaksa kenderaan bermotor menggunakan teknologi hybrid
yang mesra alam sekitar/penggunaan ICT dalam pemasaran cthnya penggunaan e-dagang dan e-
pemasaran
ii.sebagai penyampai maklumat
-pengurus berperanan menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada pihak lain seperti pekerja
Cth pengurus menyampaikan maklumat kepada pekerja mengenai kepentingan penggunaan internet
dalam pemasaran
-1-
iii.sebagai jurucakap
-mewakili jabatan untuk memberi ucapan atau laporan kepada pihak luar.
Cth.pengurus menghebahkan kepada pelanggan produk baharu keluaran organisasi.

3. pembuatan keputusan (decision making);


1- Sebagai usahawan
Pengurus santiasa berusaha untuk meningkatkan pemiagaan dengan menjana, memilih dan
melaksanakan idea-idea baru secara kreatif, inovatif dan kritis [1]

2.Sebagai Penyelesai masalah


Pengurus bekerjasama dan membantu pekerja mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh perniagaan [1]

3.Sebagai Pembahagi Sumber

Pengurus menggunakan kebijaksanaan mereka mengagih sumber-sumber organisasi secara cekap dan
berkesan mengikut keutamaan dan kepentingan jabatan [1]

4.Sebagai Perunding
Pengurus merupakan juru runding organisasi dengan pihak luar [1]
Cth : Pengurus Pemasaran membuat rundingan dengan pembekal bagi membekalkan bahan mentah /
Pengurus Kewangan berunding dengan pihak bank bagi mendapatkan pinjaman modal [1]

1.2. Kemahiran pengurusan


1 . peringkat pengurusan.
1. Pengurusan Atasan [1].
- pengurus atasan adalah merupakan pengurus besar atau presiden atau ketua eksekutif.
-Mereka mungkin pemilik syarikat atau ahli lembaga pengarah syarikat atau pekerja yang
Dilantik oleh lembaga pengarah bagi menjawab jawatan tersebut.
-merekalah yang akan terlibat dalam aktiviti pengurusan strategik dan menentukan dasar-dasar
organisasi.
-Skop membuat keputusan mereka adalah luas termasuklah dalam hal pasaran, pembahagian sumber,
pengurusan organisasi dan falsafah serta budaya organisasi.
-menentukan matlamat/objektif organisasi (VISI &MISI X IKUT SKIMA 2015)

2. Pengurusan Pertengahan [1],


-Pengurus pertengahan boleh jadi pengurus fungsian atau jabatan seperti pengurus bahagian
pemasaran, pengeluaran, kewangan, atau pengurus jabatan mengikut produk
-mereka terlibat dalam membuat perancangan taktikal
- perancangan yang dibuat akan berpandu kepada perancangan strategik yang dibuat oleh pihak
pengurusan atasan
-Pengurus ini akan menghubungkan rancangan pengurusan atasan dengan rancangan pengurusan
bawahan.

-2-
3.Pengurusan bawahan [1].
-Pengurus peringkat ini kebiasaannya terdiri dari penyelia-penyelia.
-mereka bertanggungjawab kepada pengurus pertengahan
-Biasanya kerja mereka adalah mengikut kemahiran khusus seperti sebagai penyelia pengeluaran,
penyelia mesin, pemasaran, akaun dan sebagainya.
-Mereka akan merencanakan kerja harian mereka. (rancangan operasi)

2 .Jenis-jenis kemahiran pengurusan.


1)kemahiran konseptual.
• Keupayaan pengurus melihat keperluan dan agihan dari perspektif organisasi secara
keseluruhannya yang meliputi interaksi antara pelbagai jabatan dalam organisasi
-Pengurus juga mempunyai kemahiran melihat kesan dari perubahan persekitaran luar organisasi
terhadap perniagaan
- pengurus boleh melihat perkaitan antara syarikat dengan persekitaran seperti pelanggan, pesaing,
pembekal, kerajaan dan sebagainya.
• Keupayaan menyelesaikan masalah organisasi, melihat peluang serta ancaman dari persekitaran.
Cth:Ketua Pengawai Eksekutif(CEO) syarikat A mempunyai visi dan misi yang idealistik untuk
orgnisasinya.

2. Kemahiran Antara Perorangan/ Kemanusian


• Kebolehan seseorang pengurus untuk bekerjasama dengan orang lain,memahami tingkah laku,sikap
dan perasaan orang lain sama ada di dalam syarikat atau luar syarikat.
• Pengurus juga mempunyai kemahiran merangsang /motivasi staf bawahanya supaya rajin bekerja.
-Boleh berkomunikasi dengan berkesan dengan semua anggota organisasinya terutama staf
bawahannya
• mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus disemua peringkat dalam organisasi
Cth:Pengurus Besar syarikat A dapat memotivasi semua pengurus organisasinya supaya bekerja
bersungguh-sunguh untuk mencapai matlamat organisasi.

3. Kemahiran Teknikal
• keupayaan dan kecekapan pengurus untuk memahami dan menggunakan teknik, kaedah, peralatan
dan prosedur tertentu dalam pekerjaan.
-Kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan pengkhususan tugas
• Penggunaan mesin dalam pengeluaran umpamanya memerlukan kemahiran ini.
-Cth pengurus pengeluaran keropok mempunyai kemahiran mengoperasi mesin keropok
-cth:Jurutera syarikat kereta A mempunyai kemahiran mereka bentuk produk kereta mereka

4. Kemahiran Pengurusan Masa


• Pengurus berkemampuan menjadualkan aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam masa yang sangat
terhad
• Kemahiran menentukan tugas yang paling utama dilakukan terlebih dahulu dalam masa yang terhad
-Cth:Pengurus pemasaran telah menyediakan jadual tempahan produk kepada pelanggan mengikut
masa yang terhad
(Ada frame..masa yang terhad)

-3-
5. Kemahiran Pembuatan Keputusan
• Kemahiran pengurus memilih alternatif terbaik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
• Pengurus peringkat atasan terlibat dalam membuat keputusan yang besar berhubung dengan
perancangan strategik organisasi.
• pengurus juga dapat memahami persekitaran dan meramalkan perubahan dalam persekitaran.
-cth :Pengurus pembelian membuat keputusan membeli mesin baharu bagi meningkatkan produktiviti
dan kualiti produk

1.3.Perancangan
1.jenis-jenis perancangan
a)mengikut jangka masa
i.Rancangan jangkamasa pendek –dikenali rancangan operasi
-kurang satu tahun
-ditentukan oleh pengurusan bawahan untuk membentuk aktiviti jangka pendek
ii.Rancangan jangka masa sederhana-dikenali rancangan taktikal
-tempoh masa 1 hingga 3 tahun
-rancangan ini ditentukan oleh pengurus pertengahan
iii.Rancangan jangka panjang-dikenali rancangan strategic
-tempoh masa 3 hingga 5 tahun/melebihi 5 tahun
-rancangan ini ditentukan oleh pengurusan atasan

b)mengikut kegunaan
i.kegunaan berulang-ulang kali
-dikenali sebagai rancangan tersedia
-rancangan ini digunakan sebagai garis panduan untuk menangani situasi yang sering berlaku
-rancangan ini berbentuk dasar,tatacara dan peraturan
-cth.tatacara menyelesaikan masalah disiplin pekerja
ii.kegunaan sekali sahaja
-dikenali sebagai rancangan tunggal
-rancangan digunakan untuk mencapai matlamat tertentu dalam satu tempoh yang ditetapkan
Cth .rancangan belanjawan.ie akan dibentangkan sekali sahaja dalam satu tempoh kewangan

c)mengikut peringkat
i.strategic,
-rancangan menyeluruh yang menetapkan hala tuju organisasi
-merupakan rancangan jangka panjang
ii.taktikal
-cara atau langkah yang digunakan untuk mencapai strategi yang ditetapkan
-merupakan rancangan peringkat pertengahan
iii. operasi
-pernyataan secara khusus hasil yang perlu dicapai oleh pekerja bawahan dalam jangka masa
pendek
-merupakan perancangan jangka pendek iaitu kurang dari setahun

-4-

2.Proses perancangan
1.Menentukan matlamat dan objektif [ 1 ]
-Pengurusan atasan akan menetapkan matlamat umum organisasi yang melibatkan jangka masa
pendek atau jangka masa panjang
-Matlamat yang telah ditetapkan dijadikan panduan oleh pengurusan pertengahan dan penyelia
dalam membentuk objektif dan strategi bahagian masing-masing
-Contohnya, dalam membentuk objektif jualan, pengurus mensasarkan hasil jualan pada tahun ini
ialah RM5 juta
[
2.Menganalisis persekitaran perniagaan [1]
-Mengkaji persekitaran dalaman dan luaran organisasi
-Pengurus harus mengenalpasti corak persekitaran pada masa kini untuk membuat ramalan
perubahan persekitaran pada masa hadapan
-membuat analisis kekuatan,kelemahan,ancaman dan peluang(SWOT)
Contohnya, pengurus boleh mengkaji tren permintaan produk, cita rasa pelanggan, kedapatan bahan
mentah [1],
3.Membentuk alternatif tindakan [1]
-Pengurus menyenaraikan tindakan-tindakan alternatif yang akan diambil bagi mencapai objektif
organisasi
-Pengurus boleh memikirkan alternatif tindakan dengan mengkaji kekuatan, kelemahan, peluang, dan
ancaman dari persekitaran perniagaan
-Contohnya, untuk meningkatkan jualan, pengurus menyenaraikan alternatif tindakan, iaitu
meningkatkan promosi jualan, menurunkan harga, melatih pasukan juru jual atau meningkatkan kualiti
produk
4.Menilai alternatif
-Menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif-alternatif yang telah dibentuk
-Menilai kemungkinan kejayaan setiap alternatif-alternatif yang telah dibentuk
-Penilaian boleh dibuat berdasarkan keupavaan syarikat dan juga mengambil kira kelemahan
syarikat
-Pengurus menyusun alternatif rancangan yang telah dinilai mengikut keutamaannya
-Contohnya, membuat analisis faedah-kos ke atas setiap alternatif tindakan yang telah dibentuk

5.Memilih alternatif tindakan [1]


-pengurus akan memilih tindakan alternatif yang terbaik dan dijangkakan boleh memberikan
kejayaan terhadap syarikat
- pengurus memilih alternatif tindakan mengikut faedah yang besar [1].
-pengurus memilih alternatif tindakan mengikut kos yang rendah bagi setiap alternatif tindakan [1] .
- Cth Pengurus memilih alternatif promosi jualan kerana dapat memberi keuntungan paling tinggi dan
kos yang rendah

3.unsur-unsur perancangan strategik


1) Visi
• Merupakan matlamat atau wawasan yang diharapkan untuk dicapai oleh perniagaan pada masa
hadapan.
• Merujuk kepada arah tuju yang akan dicapai oleh perniagaan pada masa hadapan iaitu berjangka
panjang.
• Satu pernyataan yang jelas, padat dan dapat merangsang organisasi perniagaan bertindak serta
boleh dikomunikasikan.
• Merupakan matlamat jangka panjang

-5-
2) Misi
• Merujuk kepada tujuan atau sebab kenapa sesebuah organisasi perniagaan ditubuhkan.
• Biasanya dinyatakan dalam bentuk umum menjelaskan skop operasi syarikat,pihak berkepentingan
yang terlibat, dan produk yang ditawarkan di pasaran.
3) Objektif
• Merujuk kepada sasaran atau hasil akhir yang perlu dicapai oleh organisasi dalam jangka masa
tertentu pada masa depan.
• Matlamat organisasi merupakan rancangan asas syarikat, tetapi jabatan juga mempunyai matlamat
mereka sendiri.
• Ini berkaitan atau selari dengan rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi.
4.strategi dan taktik
-strategi ialah rancangan menyeluruh untuk mencapai objektif jangka panjang
-taktik ialah langkah-langkah yang disusun untuk mencapai objektif jangka pendek
5.dasar/polisi
-ialah garis panduan umum untuk membantu pengurus membuat keputusan
-cth dasar kenaikan pangkat
6.prosedur
-tatacara atau langkah khusus yang perlu diikuti secara turutan untuk melaksanakan dasar.
-langkah-langkah untuk mengambil tindakan disiplin keatas pekerja
7.standard
-satu ukuran piawai yang telah ditetapkan
-boleh digunakan untuk membuat perbandingan dengan pencapaian semasa
-dengan adanya standard, produk organisasi boleh dipercayai

1.4.Pengorganisasian
1.Proses penjabatanan/Pengorganisasian
i) Penentuan Objektif
-Mengenal pasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi
-matlamat dan objektif yang ditetapkan berdasarkan kemampuan organisasi atau jabatan
dan sumber yang ada
-Cth:Objektif perniagaan pasar raya ialah meningkatkan jualan,pelanggan mudah mencari barang
yang dikehendaki ,pelanggan mudah dan cepat membuat bayaran.

ii. Pengenalpastian Aktiviti


• Mengenal aktiviti- aktiviti perniagaan secara terperinci/khusus
• Memahami aktiviti-aktiviti atau tugas yang kritikal agar ia dapat membuat pengorganisasian
dengan cekap dan berkesan
• Contohnya aktiviti utama bagi sebuah perniagaan runcit pasar raya melibatkan penstoran,
penyusunan, melayan pelanggan, pembelian, penghantaran, tempahan, juruwang, penggajian,
pengaturan kerja, pengambilan pekerja, pembungkusan, perakaunan, kewangan, simpan kira dan
sebagainya.

iii. Pengelasan Aktiviti


• Membuat pengelasan aktiviti- aktiviti mengikut pengkhususan tertentu.
• Contohnya, dalam kes pasaraya ,aktiviti boleh dikelaskan mengikut aktiviti jualan yang mungkin
melibatkan berpuluh orang pekerja dan berbagai produk untuk dijual. Aktiviti bahagian setor pula
melibatkan berbagai produk memandangkan pasaraya adalah perniagaan yang besar.

-6-
iv.Pengelompokan aktiviti
- pengurus harus mengelompok tugas-tugas yang telah dibuat pengelasan mengikut fungsi tertentu.
- Pengurus mengelompok aktiviti kerja mengikut tabii kerja atau fungsi yang mudah diuruskan
-Aktiviti dikelompokkan berdasarkan fungsi pemasaran, pengeluaran, kewangan dan pentadbiran.
Cth Kerja-kerja yang berkaitan dengan jualan, promosi, iklan, penghantaran dikelompokkan di bawah
fungsi atau jabatan pemasaran.

v.Pengagihan Tugas,Autoriti dan Tanggungjawab


-Pengurus perlu mengagihkan tugas mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing.
-Tugas yang diagihkan kepada pekerja seperti jurujual, juruwang,pembelian, promosi haruslah
diterangkan dengan jelas.
- Autoriti dan tanggungjawab juga perlu diagihkan kepada pekerja agar mereka dapat menjalankan
kerja dengan cekap dan berkesan.
• Contohnya seorang juruwang harus diberi autoriti menerima dan menyimpan wang semasa
perniagaan sedang berjalan.

2. Manual organisasi
i.fail meja
-dokumen rujukan bagi peringkat individu atau jawatan
-mengandungi carta jabatan,objektif jabatan
ii.manual prosedur kerja
-dokumen rujukan utama untuk melakukan sesuatu tugas dalam jabatan
-mengandungi prosedur-prosedur kerja yang terperinci untuk menyiapkan kerja
iii.prosedur kualiti
-dokumen untuk meningkatkan kualiti dalaman dan luaran organisasi
-untuk memastikan rekod kualiti diwujudkan dan didiselenggarakan

3. Konsep-konsep pengorganisasian
i.autoriti,
-ialah hak untuk membuat keputusan dan memberi arahan kepada pekerja bawahan
ii.tanggungjawab
-kewajiban seseorang pekerja untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin

iii.akauntabiliti,
-sikap bertanggungjawab seseorang di atas tindakan yang diambil apabila menjalankan tugas yang
diamanahkan
iv.pemusatan autoriti
- merujuk kepada pengurus atasan mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan.
-Autoriti yang diberi kepada kakitangan bawahan terbatas
-cth dalam syarikat pengangkutan awam,hak untuk membeli bas baru hanyalah boleh dibuat oleh
pengurus besar sahaja.
v.pemencaran autoriti
-hak membuat keputusan mengenai sesuatu aktiviti diagihkan kepada kakitangan bawahan
-Pengurus atasan hanya membuat sebahagian daripada keputusan
-terdapat penglibatan pengurus bawahan dalam membuat keputusan
vipenugasan,
-proses pemberian autoriti daripada pengurus kepada staf bawahan(subordinat) untuk membuat
keputusan
7.empowermen,
-satu proses pengurus memberi kuasa kepada pekerja untuk memikir dan membuat keputusan
( +-sama penugasan) -7-
8. autoriti lini dan staf,
-hak yang dimilki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal kerja subordinat(autoriti Lini)
-hak seorang pengurus yang mempunyai kepakaran untuk menasihat dan membantu pengurus lain
dan staf bawahannya bagi mencapai matlamat organisasi secara tidak langsung(autoriti staf)
9.jangkauan kawalan,
-merujuk kepada bilangan pekerja yang melaporkan kerjanya terus kepada seseorang pengurus
10. rantaian arahan
-menunjukkan aliran perintah yang jelas dan tidak ada sekatan dari pengurus atasan kepada
pengurus pertengahan,penyelia dan pekerja

1.5 Kepimpinan
1.jenis-jenis kuasa pemimpin
i.kuasa sah
- Kuasa yang diperoleh oleh seseorang disebabkan oleh jawatan yang formal disandangnya.
- Contohnya, Ketua Pegawai Eksekutif mempunyai kuasa sah terhadap semua pekerjanya.
ii.kuasa ganjaran.
-Kuasa untuk memberikan ganjaran sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi
mempengaruhi produktiviti organisasi
-Pengurus boleh memberikan ganjaran kepada pekerja yang mempunyai produktiviti yang tinggi
sebagai motivasi
- Sekiranya, ganjaran yang diberikan tinggi atau memuaskan hati pekerja, maka pekerja akan
berkerja dengan bersungguh-sungguh dan produktiviti organisasi meningkat

iii.kuasa desakan
• Kuasa untuk mengenakan tindakan yang negatif kepada pekerja yang tidak mematuhi kehendak
oraganisasi
-Desakan dalam bentuk penurunan pangkat, pemecatan, pemotongan gaji yang boleh merangsang
untuk pekerja mematuhi arahan organisasi
•-Pekerja akan berkerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan produktiviti supaya mereka tidak
dikenakan tindakan negatif

4.Kuasa rujukan
-Merujuk keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh ciri-ciri peribadi dan
karisma pemimpin tersebut
- Peribadi pemimpin seperti pandai bergaul, pandai berpidato, pandai menagambil hati, berjenaka,
memberi sokongan moral, kelihatan menarik dan sebagainya.
5.Kuasa kepakaran
• Merujuk kepada keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya disebabkan oleh pengetahuan
atau kemahiran yang khusus dimiliki oleh pemimpin berkenaan.
• Kepakaran pemimpin mungkin dalam bidang tertentu seperti komputer, teknologi,
maklumat,pengetahuan,dan perkara yang berkaitan.

-8-

2.jenis-jenis kepimpinan
i.Transactional
• Pemimpin transactional menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai
matlamat organisasi.
• Pemimpin menggunakan sumber dan ganjaran untuk mempengaruhi dan mendorong pekerja
melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat organisasi.
• Bagi pekerja yang menunjukkan kejayaan mencapai objektif akan diberi ganjaran dan sebaliknya
bagi pekerja yang gagal mencapai prestasi akan menerima denda atau hukuman.

ii.Transformational
- pemimpin yang mampu memberi inspirasi dan dorongan kepada pengikut untuk melakukan
perubahan ke arah kebaikan untuk kejayaan syarikat (intellectual simulation).
-mempunyai karisma yang mana mampu menerap pengaruh yang kuat dan luar biasa dikalangan
pengikut (possess charisma).
- Perihatin kepada keperluan pembangunan individu dan merubah kesedaran pengikut daripada
melihat sesuatu isu daripada cara lama kepada perspektif yang baru (individualized consideration).
-Cth;Datuk Amer Ali Mydin proaktif mentransformasi perniagaan beliau dengan membuka cawangan
baru di kuala Terengganu

iii.karismatik
-pemimpin yang mempunyai kebolehan yang tersendiri dan luar biasa dalam mendorong,mengarah
dan mempengaruhi pekerjanya menjalankan tugas

iv.berwawasan
-Kebolehan pemimpin menyatakan satu wawasan yang realistik, munasabah dan menarik bagi masa
depan unit organisasi.
-Pemimpin berwawasan harus mempunyai kemahiran mengenal pasti wawasan, menerangkan
wawasan kepada orang lain,
-Menyampaikan wawasan melalui pertuturan dan perilaku serta menyalurkan wawasan kepada
konteks kepimpinan yang berlainan
-Cth:
3.gaya kepimpinan
i.Gaya kepimpinan autokratik,
Pemimpin akan membuat semua keputusan sendiri tanpa mengambil kira pandangan
pekerja

ii.demokratik
- proses membuat keputusan dibuat secara bersama antara pengurus dengan subordinat atau
pekerja bawahannya.
-Darjah penglibatan subordinat dalam proses membuat keputusan bergantung kepada situasi masalah
yang dihadapi

iii.laissez-faire,
-Subordinat mempunyai kebebasan sepenuhnya membuat keputusan dan melaksanakan kerja

iv. kontingensi
-pemimpin akan menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut situasi
-pemimpin akan menilai situasi dahulu sebelum memilih gaya kepimpinan yang digunakan samada
autokratik,demokratik atau bebas
Cth:semasa krisis dalam organisasi pengurus menggunakan gaya kepimpinan autokratik
-9-
4.proses pembentukan pasukan
i. Pembentukan (forming)
• peringkat pengenalan dan penerimaan antara satu sama lain. Setiap ahli akan mengenal pasti dan
mempelajari perlakuan yang diterima oleh pasukan.
-Pada peringkat ini berlaku ketidakpastian yang tinggi tentang matlamat, kuasa, dan hubungan.
Peringkat ini amat menekankan orientasi dan penyesuaian diri di kalangan ahli pasukan.
• contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna tidak mengenali antara satu
sama lain dan masih kabur tentang matlamat penubuhan pasukan ini.

ii.Peributan (storming)
• Pertelingkahan dan persaingan wujud menyebabkan timbulnya rasa kekurangan kemajuan pasukan.
• Timbul permasalahan tentang siapa ketua, peranan yang dimainkan, tugas yang perlu dilaksanakan,
tempoh pelaksanaan, skop tanggungjawab, dan peraturan-peraturan.
• Kesannya, wujud konflik antara ahli kerana sebarang masalah tidak mudah diterima. Masalah
berakhir apabila semua permasalahan dapat diselesaikan.
• contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna akan berkempen untuk
menjadi ketua dan menonjolkan peranan masing-masing dalam pasukan tersebut.

iii.Penyesuaian (norming) [lm]


• Peringkat harmoni wujud apabila semua permasalahan dan konflik yang timbul telah diselesaikan.
• Ahli-ahli dalam pasukan dapat bekerja secara harmoni dan bertindak sebagai satu pasukan di
bawah konsep kerjasama.
• Perhubungan interpersonal menjadi normal dan sihat. Perasaan positif dan penghargaan diri
meningkat di kalangan ahli dalam pasukan.
• Kesannya, prestasi dan kualiti kerja dalam pasukan meningkat.
contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk pencuci serba guna telah memahami fungsi
masing-masing dalam mencapai matlamat memasarkan produk tersebut sebagaimana yang telah
dipersetujui.

iv.Pelaksanaan (performing)
• Apabila satu pasukan telah sampai ke peringkat harmoni di kalangan ahli, pasukan mula bertindak
sebagai satu unit dan setiap ahli menyokong antara satu sama lain.
• Setiap ahli pasukan komited antara satu sama lain dan menjalankan tugas masing-masing.
• contoh: Ahli-ahli dalam pasukan pemasaran produk serba guna menjalankan tugas seperti
melakukan demonstrasi, penerangan, pujukan, dan memilih sasaran pengguna.

v.Penangguhan (adjourning)
• Pembentukan satu pasukan mempunyai matlamat dan perlu dilaksanakan. Apabila sesuatu tugas
telah disempumakan, ini bermakna matlamat penubuhan pasukan tercapai.
• Penubuhan pasukan yang bersifat sementara akan dibubarkan apabila matlamat telah tercapai.
• Bagi pasukan yang bersifat jangka panjang, pasukan tersebut akan terus memainkan peranannya.
• contoh: Pasukan pemasaran produk serba guna akan dibubarkan apabila matlamat untuk
memperkenalkan produk kepada orang ramai telah berjaya. Setiap ahli tersebut akan kembali
kepada fungsi asal mereka.

-10-
1.6 Pengawalan
1. Kawalan Dalaman
1. Audit Dalaman
Merujuk kepada kerja-kerja pengauditan yang dilakukan oleh juruaudit dalam organisasi untuk
kegunaan
dalaman organisasi.
Peranan:
• Menilai pengendalian akaun dalaman dan aktiviti penyimpanan stok.
• Bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur atau tatacara kawalan diikuti dalam orgafiisasi
.
2. Dasar Organisasi
Merujuk kepada garis panduan yang digunakan oleh sekumpulan pekerja yang berada dalam
sesebuah organisasi untuk melakukan aktiviti-aktiviti organisasi secara sistematik, efektif dan efesien
agar matlamat organisasi dapat dicapai dengan berkesan.
Peranan:
• Untuk memastikan dasar dipatuhi agar visi, misi dan objektif organisasi dapat dieapai.
• Memastikan pematuhan terhadap dasar supaya aktiviti berada dalam landasan yang betul.
• Sebagai rujukan kepada pekerja berkaitan kedudukan mereka dalam organisasi melalui carta
organisasi.
.
3. Prosedur Kerja
Merujuk kepada tata cara yang perlu dilakukan oleh pekerja dalam membuat aktiviti
Peranan:
• Pekerja mesti mematuhi prosedur kerja supaya aktiviti kerja dapat dijalankan dengan sistematik

2.Kawalan Luaran
1. Audit Luar
Merujuk kepada kerja-kerja audit yang dilakukan oleh juruaudit profesional atau akauntan bertauliah
yang
dibayar oleh organisasi secara kontrak.
Peranan:
• Menyemak dan menilai audit yang dilakukan oleh audit dalaman bagi memastikan kerja audit
dipatuhi.
• Memastikan pematuhan organisasi dalam tatacara pengawalan luaran organisasi.
• Melaporkan kerja-kerja audit kepada pihak pengurusan atasan.
• Memperakukan audit perakaunan untuk kegunaan pihak ketiga, seperti kerajaan untuk tujuan
pentaksiran percukaian.

2.Peraturan
Merujuk kepada satu set undang-undang kecil yang terdapat dalam sesebuah organisasi bertujuan
menentukan keharmonian, ketenteraman dan memastikan kelanearan aktiviti yang dirancang didalam
sesebuah organisasi.
Peranan:
• Akan mengikat ahli-ahli dalam organisasi mematuhinya
• Membentuk sikap atau disiplin yang positif dalam kalangan ahli organisasi.
• Menentukan hukuman yang setimpal untuk setiap ahli dalam organisasi yang tidak patuh tcrhadap
peraturan yang telah ditetapkan.

-11-
3.Undang-Undang
Merujuk kepada peraturan-peraturan yang termaktub yang telah dibentuk dan ditetapkan oleh
sekumpulan masyarakat untuk mengawal kelakuan anggota masyarakat itu sendiri.
Contohnya undang-undang perkongsian, undang-undang syarikat, undang-undang alam sekitar.
Peranan;
• Satu garis panduan yang dicipta khas untuk dipatuhi oleh semua golongan yang mendiami sesuatu
kawasan.

3.proses kawalan
Langkah-langkah dalam proses kawalan dalam aktiviti perniagaan ialah:

1.Menetapkan standard (1m)


-Standard merujuk kepada prestasi diharapkan untuk mencapai sesuatu matlamat. (1m)
-Standard berkait rapat dengan objektif organisasi, boleh di ukur, boleh dicapai, jelas dan mudah
difahami (1m)
-Standard boleh jadi dalam standard input atau output (1m).
-Standard input merujuk kepada prestasi kerja individu (1m)
-Standard output merujuk kepada standard kuantiti, kos @ masa (1m)
-Contoh: syarikat menetapkan jualan1000 botol sos dalam masa seminggu (1)

2.Mengukur pencapaian (1m)


-Mengukur prestasi sebenar pelaksanaan atau pencapaian (1m).
-Prestasi boleh diukur menggunakana kaedah ringgit, kuantiti, carta @graf (1m).
-Tujuan pengukuran adalah untuk mengukur dengan tepat prestasi, hasil atau standard output yang
dihasilkan dan prestasi kerja (1m)
-Contoh : Syarikat berjaya menjual sebanyak 800 botol sos dalam seminggu (1m)

3.Membandingkan pencapaian dengan standard (1m)


-Membandingkan prestasi sebenar dengan prestasi yang di ukur dengan standard yang telah
ditetapkan/dirancang (1m)
-Perekodan berkaitan dengan aktiviti pengeluaran sehingga jualan (1m)
-Rekod-rekod akan dibandingkan dengan standard yang dirancang (1m)
-Contoh: Prestasi jualan sebenar sos sebanyak 800 botol sedangkan standard yang ditetapkan
adalah 1000 botol. (1m)

4.Membuat langkah pembetulan (1m)


-Mengambil tindakan pembetulan dengan segera sekiranya pencapaian tidak mencapai standard
yang ditetapkan (1m)
-Tindakan pembetulan berdasarkan sebab/punca standard tidak dicapai (1m)
-Tindakan pembetulan mungkin dari segi kualiti produk, harga berbanding dengan pesaing,
meningkatkan promosi, menggalakkkan jurujual bekerja dengan kuat, memberikan motivasi dsb (1m)
-Contoh yang sesuai : kegagalan syarikat mencapai sasaran jualan mungkin disebabkan kualiti produk
rendah, tindakan pembetulan dengan meningkatkan kualiti produk menggunakan teknologi terkini @
menggunakan input yang berkualiti (1m)

-12-

4.kaedah kawalan
1. Awalan
-Kawalan awalan dibuat sebclum sesuatu aktiviti pengeluaran dilaksanakan.
-Ia mungkin melibatkan dasar, prosedur atau peraturan.
-Biasanya ia berkaitan dengan input sama ada dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input
yang dikehendaki.
-Contohnya, pengurus pembelian hendaklah memastikan bahan mentah yang dibcli adalah berkualiti.
Organisasi mungkin akan menggubal dasar atau peraturan pembelian agar ia menjadi panduan
kepada pengurus pembelian.

2. Semasa
Kawalan semasa dilakukan semasa sesuatu kerja atau proses pengeluaran berjalan.

3. Selepas
Kawalan selepas atau maklum balas melibatkan penilaian sesuatu kerja atau produk yang telah siap
dipasarkan.

Bab 2.Aspek Perudangan perniagaan


1.elemen-elemen kontrak(akta kontak 1950) – 6 elemen (TPBNKK)
1) Tawaran
- Satu akujanji oleh suatu pihak terhadap pihak yang lain bahawa ia akan melakukan sesuatu atau
menahan diri daripada melakukan sesuatu jika pihak yang lain itu bersedia menerima segala syarat
yang ditetapkan oleh pembuat tawaran.
- Contoh, A menawarkan untuk menjual kereta dengan harga RM20,000 kepada B dan B bersetuju
untuk menerima tawaran tersebut dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2) Penerimaan
- Apabila sesuatu pihak menerima cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Contoh, B
menerima tawaran mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh A.

3) Balasan
Faedah yang sepatutnya diperoleh kedua-dua pihak daripada urusniaga mereka seperti yang telah
dipersetujui pihak yang mengikat perjanjian.
- Contoh, A menyerahkan kereta kepada B dan B membayar wang harga kereta kepada A.

4) Niat
- Perjanjian antara dua pihak menjadi satu kontrak yang sah apabila dapat membuktikan bahawa
wujudnya niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat di sisi undang-undang antara kedua-dua
pihak.
Contoh, A memang berniat untuk menjual kereta tersebut kepada B.

5)Ketentuan
Kontrak yang sah itu perlulah mengandungi peruntukan yang nyata dan jelas (tidak samar-_samar).
Seperti bahasa yang mudah, mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama
perjanjian
- Contoh, A merupakan pemilik sah kepada kereta yang hendak dijual kepada B
-13-
6) Keupayaan
- Merujuk kepada kelayakan seseorang untuk membuat kontrak iaitu dewasa,berakal sempurna dan
tidak hilang kelayakan (dihalang oleh undang-undang)
- Contoh, A dan B memenuhi syarat untuk membuat kontrak (berusia 18 ke atas,berakal sempurna
dan Iain-Iain)

2.syarat-syarat kontrak
1.kontrak sah
-kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
-kontrak yang mematuhi elemen-elemen asas kontrak iaitu TPBNKK

ii.kontrak batal
-kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
-kontrak yang tidak mematuhi elemen-elemen asas kontrak iaitu TPBNKK
-Kontrak batal disebabkan oleh(seksyen 24)
→ i. dilarang oleh undang-undang seperti perjanjian perjudian
→ ii. bersifat mengecewakan undang-undang
→ iii. merupakan fraud/penipuan
→ iv. melibatkan bencana kepada diri atau harta orang lain
v.Perjanjian tidak bermoral seperti pemerdagangan manusia

iii.Kontrak boleh Batal


-kontrak yang sah pada peringkat awal tetapi terdapat unsur-unsur negatif yang boleh membatalkan
kontrak
-Sebab –sebab kontrak boleh batal
1. Paksaan
• Sebarang bentuk kekerasan atau ancaman kepada sesuatu pihak dalam kontrak contohnya
perjanjian yang dibuat atas dasar ugutan.
2. Pengaruh tidak berpatutan / tidak wajar
• Wujud apabila perhubungan pihak-pihak dalam sesuatu kontrak itu tidak diasaskan kepada
kesamarataan iaitu apabila sesuatu pihak menguasai pihak yang satu lagi.
• Contoh : Pesakit didorong oleh pegawai perubatan untuk membeli ubatan yang memerlukan kos
yang tinggi, maka persetujuan ini dibawah pengaruh tidak wajar.
3. Salahnyataan
Merujuk kepada kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan yang mendorong seseorang, yang
lain untuk memasuki kontrak.
4. Frod/tipuan (Seksyen 17)
• Kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan pihak Iain dengan cara menyembunyikan fakta
penting, menyakinkan sesorang fakta yang tidak benar dan sebagainya.
5. Khilaf
- Jika kedua-dua pihak dalam kontrak itu silap tentang sesuatu fakta yang mustahak bagi kontrak
tersebut.

iv.pelepasan kontrak
Bentuk-bentuk pelepasan kontrak mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan) :
1) Dengan persetujuan semua pihak yang berkontrak.
- Pihak-pihak yang berkontrak bersetuju melepaskan diri daripada kewajipan di bawah kontrak iaitu
melepaskan sebarang tanggungan yang telah diikat sebelumnya.
2) Dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak
-14-
Kedua-dua pihak yang berkontrak melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab dan hak masing-
masing mengikut syarat-syarat dalam kontrak, maka sesuatu kontrak boleh dilepaskan.
3) Dengan kemungkiran kontrak
- Apabila satu pihak dalam kontrak enggan melaksanakan kontrak seperti yang telah dipersetujui,
pihak yang satu lagi boleh melepaskan diri dari kontrak.
4) Dengan kekecewaan kontrak
- Sesuatu kontrak yang sah pada mulanya dan boleh dilaksanakan dikatakan kecewa apabila
berlaku perkara-perkara di luar dugaan dan di luar kawalan yang menjadikannya mustahil untuk
dilaksanakan.
5) Dengan kuat kuasa undang-undang
- Sesuatu kontrak dilepaskan apabila tempoh pelaksanaan kontrak itu tamat.
6) Dengan tiada kemungkinan
- Kontrak boleh dilepaskan atau ditamatkan apabila berlaku salah satu daripada keadaan yang
berikut:
i.Kemusnahan perkara atau barang yang dikontrakkan ii. Kegagalan matlamat kontrak Hi. Kematian
atau ketidakupayaan seseorang iv. Timbulnya ketidaksahihan

v.remedi
-ialah ganti rugi yang boleh dituntut oleh pihak yang menerima kesan kemungkiran janji pihak lain
yang melanggar kontrak.
Bentuk-bentuk remedi mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan):
1) Ganti rugi
- Meletakkan pihak yang menanggung kerugian pada tempat yang sepatutnya ia berada sekiranya
tidak berlaku pecah kontrak tersebut. Pengiraan ganti rugi berasaskan nilai pelaksanaannya.
2) Pelaksanaan spesifik
- Satu perintah (dikri) mahkamah untuk mengarahkan satu pihak melaksanakan obligasinya dan aku
janji menurut terma kontrak seperti mana yang terdapat dalam kontrak.
3) Injunksi
- Arahan mahkamah yang ditujukan kepada orang tertentu untuk menghalangnya daripada
melakukan sesuatu atau menyuruh meneruskan melakukan sesuatu.
4) Quantum meruit
- Satu pampasan berbentuk bayaran yang boleh dituntut oleh pihak yang dimungkiri di dalam
kontrak terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum kontrak dimungkiri.

2.2 Kontrak jualan barang-barang


1. maksud kontrak jualan
2.Perbezaan syarat tersurat dan tersirat

3. syarat tersirat dibawah Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk


pindaan).
i) Masa pembayaran
-Sekyen 11
-Keadaan ini bermaksud kedua-dua pihak bebas menentukan masa, samada masa itu penting
ataupun sebaliknya. Sekiranya pembeli gagal membayar dalam tempoh masa tertentu tidaklah
menyebabkan sesuatu kontrak itu batal kecuali dinyatakan dalam kontrak [1]

ii) Hak milik [1].


- seksyen 14(a)
penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah terhadap barang yang dijual pada pembeli; [1]

-15-
iii) Jualan melalui prihalan/ diskripsi [1].
- barang tersebut mestilah secocok ataupun sama dengan apa yang dinyatakan atau dengan sampel
atau'deskripsinya.
- seksyen 15

iv) Berkaitan kualiti dan kelayakan [1].


- seseorang pembeli mestilah berpuas hati dengan kelayakan atau mutu sesuatu barang vang-
dibelinva atau akan menanggung kerugian atas sikap tidak berhati-hatinya. Dan prinsip ini dikenali
sebagai "caveat emtor".
-penjual tidak bertangungjawab untuk membekal barang yang berkualiti dan sesuai bagi maksud
pembeli
Syarat di atas dinyatakan dalam seksyen 16(1).

v) Jualan melalui sampel dan contoh [1].


Sesuatu kontrak dikatakan sebagai jualan melalui sampel jika terdapat terma kontrak yang
bermaksud sedemikian secara nyata atau tersirat.
-Barang mestilah secocok dengan sampel tentang mutu dan pembeli berpeluang membanding
keseluruhan barang ke atas barang tersebut
-Perkara ini dinyatakan dalam seksyen 17. [1]

3.elemen-elemen kontrak dalam akta jualan barang-barang. 1957


1.Bebas dari kesulitan [1]
-Barangan yang dibeli dapat digunakan dengan mudah, tidak rosak pada penggunaan pertamanya
dan seterusnya dalam jarak masa yang tertentu
-Contoh: Kipas angin yang dibeli oleh Encik R boleh berfungsi dengan mudah dan tidak rosak selama
jangka masa yang tertentu seperti 2 tahun

2.Boleh guna [1]


-Barangan yang dijual mesti dapat digunakan pada masa barangan tersebut dibeli dan selari
dengan kehendak pengguna [1].
-Contoh: Kipas angin yang dibeli oleh Encik R hendaklah boleh berfungsi dengan betul seperti
kelajuan, pusingan, dan sebagainya [1].

3.Keterangan [1|
-Merujuk kepada pengguna mempunyai hak mendapatkan maklumat mengenai barang yang ingin
dibeli [1],
Contoh: Encik R mempunyai hak mendapatkan keterangan dari Syarikat Elektrika Kita tentang kipas
angina seperti cara pengguna, harga, fungsi, dan sebagainya [1].

4.Waranti [1]
suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak, jika mungkir memberikan suatu hak untuk menuntut
ganti rugi tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan menganggap kontrak itu sebagai di
tolak [1].
Contoh [1]:

5.Mutu [1|
Kualiti barang pula mesti bersesuaian dengan tujuan penggunaan dan selamat digunakan. Barang
juga mesti mempunyai kualiti boleh dagang.
Contoh [1]:

-16-
6.Wujud dua pihak iaitu penjual dan pembeli [1]
penjual ialah pihak yang memiliki barangan dan berhasrat menjual sementara pembeli pihak yang
bersetuju untuk membeli barangan [1],
Contoh: Puan Rozita memiliki kereta jenama Honda Civic dan ingin menjual keretanya kepada Dr
Mokhtar yang telah bersetuju untuk membelinya dengan harga RM60 000 [1],

7. Wujud perpindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli [ 1 ]


Barangan yang diniagakan akan dimiliki oleh pembeli setelah persetujuan syarat jual beli dipenuhi
Contoh: Kereta Honda Civic diserahkan hak milik kepada Dr Mokhtar oleh Puan Rozita setelah syarat
jual beli dipenuhi [1],

8.Wujud barang sebagai subjek utama yang dikontrakkan [1]


Barangan atau perkhidmatan wujud dan jelas untuk diniagakan [1],
Contoh: barangan ialah Kereta Honda Civic [1],

9. Terdapat balasan wang daripada satu pihak yang lain [1]


- Pihak penjual memperolehi sejumlah wang daripada pembeli dengan harga ataupun nilai
barangan atau perkhidmatan yang dijual [1].
• Contoh: Puan Rozita menerima bayaran sebanyak RM60 000 daripada Dr Mokhtar [1].

(FAKTA 6 HINGGA 9 MESTI AYAT LENGKAP)

Bab 3:Kemahiran Komunikasi


3.1 komunikasi
1.proses komunikasi .
1.Penghantar
-Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.
-Cth: penghantar merupakan pengurus pemasaran/staf yang mempunyai maklumat yang ingin
disampaikan kepada staf/pengurus pemasaran.

2.Enkod :
-Proses menterjemah/mentafsir/menginterpritasi maklumat yang disampaikan oleh
penghantar ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh penerima [1]
-Maklumat boleh disampaikan dalam bentuk tulisan, perkataan, gambar [1]
Cth : Pihak pengurus [penghantar] menghantar memo [bentuk maklumat] kepada pekerja
jadual kerja baru [bentuk difahami] tentang perubahan waktu kerja [1]

3.Saluran
-Mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada saluran lisan atau percakapan atau melalui
tulisan, visual atau pergerakan badan.
-Cth: saluran yang digunakan oleh pengurus pemasaran/staf ialah saluran lisan dan melalui komputer,
LCD dan sebagainya.

-17-
4.Dekod :
-Proses menterjemah/mentafsir/menginterpritasi maklumat yang diterima daripada penghantar
dalam makna yang difahami oleh penerima [1]
-Penerima akan menterjemahkan maklumat berdasarkan pengalaman, pendidikan [1]
Cth : pihak pekerja [penerima] menerima dan memahami memo [menterjemah maklumat]
daripada pengurus berkaiatan perubahan waktu kerja [1]

5.Penerima
-Orang yang menjadi sasaran mesej.
-Cth: penerima mesej adalah staf/pengurus pemasaran.

6.Maklumbalas
-Tindakbalas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk
lisan atau bukan lisan.
-cth: maklumbalas daripada pengurus pemasaran/stafberlaku apabila pengurus pemasaran/staf
memberi cadangan, bantahan atau arahan dll.

2.Halangan –halangan komunikasi


Halangan dan rintangan komunikasi dalam organisasi perniagaan
1. Halangan fizikal
Halangan proses komunikasi yang berbentuk fizikal, iaitu gangguan secara nyata dan langsung,
misalnya bunyi bising daripada radio, mesin, bunyi deruman kenderaan dan lain-lain yang
menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak jelas.

2. Halangan psikologikal
-Halangan psikologikal timbul disebabkan oleh pemikiran atau tanggapan yang berbeza dan emosi
yang berbeza.
-Perbezaan tanggapan disebabkan perbezaan latar belakang, pendidikan, budaya, kepercayaan
dan pengalaman hidup mereka,.
-Cth: Perbezaan budaya dan adat resam antara Korea dan Malaysia menyebabkan wujud
tanggapan yang berbeza antara pengurus bagi sesuatu ayat atau perkataan yang sama
-Cth: Emosi yang berbeza seperti pengurus jualan rasa rendah diri,takut dan kuatir akan
menyebabkan kegagalan organisasi mendapat kontak belian dari negara asing.
3. Halangan sosiologikal
-Halangan komunikasi yang timbul disebabkan oleh perbezaan dari aspek status,tahap
umur,pendidikan budaya.
-cth:Presiden sesebuah syarikat mungkin kurang memberi perhatian kepada cadangan yang diberikan
oleh staf operasi kerana status staf tersebut adalah staf bawahan
4. Halangan semantik
-Halangan semantik berlaku disebabkan oleh penggunaan perkataan yang mempunyai makna yang
berbeza/ banyak makna.
-cth:Perkataan ”daki” yang bermakna memanjat atau pun kotoran di kulit/permukaan

3.Bentuk Komunikasi
i.Menegak
- pertukaran maklumat antara individu yang mempunyai jawatan yang berlainan dalam jabatan
yang sama
- Contoh, pengurus Jabatan Pemasaran memberi arahan kepada Pengawai Pemasaran

-18-
ii.Mendatar
- pertukaran maklumat antara individu yang mempunyai jawatan yang sama tetapi jabatan yang
berbeza
- Contoh, Pengurus jabatan Pemasaran berkomunikasi dengan pengurus Jabatan kewangan

iii.Melintang
- pertukaran maklumat antara individu yang mempunyai jawatan yang berbeza dan jabatan
berbeza.
- Contoh, pengurus Jabatan Pemasaran berkomunikasi dengan kerani di Jabatan kewangan

4.Jenis komunikasi
A.komunikasi lisan(PPMU)
i.perbincangan
-Komunikasi yang melibatkan pengaliran mesej dua hala antara ahli kumpulan secara formal atau
tidak formal

ii.mesyuarat
-melibatkan pengaliran mesej dua hala antara ahli kumpulan dalam suatu situasi formal

iii.ucapan
-Pengaliran mesej sehala daripada penyampai kepada audiens dalam situasi yang formal

iv.pembentangan
- Pengaliran mesej sehala daripada pembentang kepada audiens dalam situasi yang formal yang
melibatkan penyampaian maklumat ilmiah

b)komunikasi bukan lisan(VBB)


1. Visual:
Merupakan komunikasi melalui periggunaan carta atau graf, gambar, carta alir atau gambarajah [1]
Contoh : simbol tengkorak yang digunakan untuk memberitahu bahawa kawasan tersebut terdapat
bahan kimia atau racun yang berbahaya kesannya pengunjung tidak dibenarkan menghampiri
kawasan tersebut bagi menjaga keselamatan mereka [1]

2. Bertulis:
Merupakan komunikasi melalui perkataan dalam bentuk sehala atau formal [1]
Amaran atau peringatan bertulis supaya tidak melakukan perkara yang mengancam
keselamatan premis perniagaan [1]
Contoh : Amaran bertulis DILARANG MEROKOK melarang pengunjung merokok di dalam premis untuk
mengelakkan kebakaran yang boleh membayakan keselamatan [1]

3. Bahasa Badan :
Melibatkan pergerakan anggota badan manusia dari muka hingga ke kaki [1]
Pergerakan muka seperi perubahan air muka, pergerakan tangan, cara berjalan, bahasa isyarat [1]
Contoh : Pengawal keselamatan menunjukkan arah dengan tangan laluan yang selamat semasa
kebakaran [1]
-19-
5.media komunikasi.
i.bersemuka
- Satu komunikasi lisan yang melibatkan proses pertukaran maklumat, idea dan perasaan ketika
pendengar dan penyampai berada di tempat yang sama pada masa yang sama.
-Pendengar dan penyampai bertemu antara satu sama lain untuk berkomunikasi secara terus.
- Komunikasi ini boleh dijalankan secara formal atau tidak formal.
- Contoh : mesyuarat, pembentangan, perbincangan, perbualan,

ii.telepon
- -Kaedah komunikasi lisan yang memudahkan dua pihak berhubung melalui pertuturan dalam jarak yang jauh
dan sukar berjumpa secara bersemuka.
- Maklumat dapat disampaikan denqan segera tanpa menqira lokasi.

iii.internet
-satu jaringan computer yang menghubungkan berjuta-juta manusia diseluruh dunia
-internet melibatkan penggunaan TCP iaitu standard protocol yang menghubungkan antara computer
dan jaringan
-dengan menggunakan internet akan mengurangkan kos komunikasi

iv.intranet
-ialah jaringan computer yang menghubungkan individu dalam satu-satu organaisasi sahaja
-intranet juga dikenali laman web organisasi yang mempunyai banyak maklumat mengenai organisasi
-maklumat dalaman organisasi dapat disampaikan dan disebarkan kepada setiap pekerja dengan
cepat dan mudah
-menjadi medan pertukaran maklumat dan pandangan di antara pekerja mengenai sesuatu isu dalam
organisasi

v.memorandum
-satu alat komunikasi bertulis sehala yang digunakan antara jabatan atau unit dalam sesebuah
organisasi
-mengandungi maklumat penting yang hendak disampaikan kepada pekerja organisasi
-contoh memo dihantar untuk memanggil mesyuarat tergempar

vi.surat menyurat
-satu alat komunikasi bertulis sehala terutama apabila berhubung dengan pihak luar organisasi
-surat rasmi digunakan untuk berhubung dengan organisasi tertentu spt kerajaan
-tujuan surat rasmi ditulis ialah untuk membuat permohonan,membuat aduan

vii.laporan
-merupakan alat komunikasi bertulis sehala yang menyatakan dan menerangkan sesuatu perkara
kepada pihak tertentu
-merupakan dokumen rasmi dan perlu disimpan untuk rujukan
-contohnya laporan kualiti produk,laporan kewangan perniagaan
-melalui laporan dapat menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih mendalam
x.buletin
-alat komunikasi bertulis yang diterbitkan secara berkala seperti sebulan sekali
-memaparkan perkembangan terbaru sesebuah organisasi
-Tulisan adalah ringkas dan padat serta bahasa yang digunakan formal
-bahagian terpenting dalam buletin artikel mengenai maklumat terbaru dan aktiviti organisasi
-20-
3.2 kemahiran mendengar.

6.Proses mendengar (5M)


1. Menerima - Puan Sakinah akan menerima input/maklumat yang disampaikan oleh pegawai dari
jabatan jualan dalam bentuk perkataan, bahasa badan, atau tulisan.
2. Memahami - Puan Sakinah akan memahami maklumat yang diterima daripada pegawai dari
jabatan jualan ke dalam bentuk yang difahami.
3. Mengingati - Puan Sakinah mengingati maklumat yang diterima dan memadankan dengan
maklumat yang ada dalam ingatannya.
4. Menilai - Puan Sakinah akan menilai kesasihan/kebenaran maklumat yang diterima dan diingati
untuk mendapat kefahaman yang lebih tinggi.
5. Memberi tindak balas - Puan Sakinah akan memberi tindak balas terhadap maklumat yang
diterima. Tindak balas dalam pelbagai bentuk seperti pertanyaan, bahasa badan, dan lain-lain
stpm 2014.Nyatakan proses mendengar yang berlaku semasa Puan Sakinah, seorang Pengurus
Pemasaran, mendengar pembentangan laporan jualan oleh Eksekutif Jualan. [5]

7.kaedah mendengar secara berkesan..


1. mendengar secara empati dan objektif [1]
-Pendengar akan cuba memahami dan menghayati perasaan penghantar (empati) [1]
-pendengar akan cuba menilai mesej yang disampaikan dengan adil tanpa berat sebelah(objektif)[1]
-Contohnya Ahmad yang menerima mesej akan cuba memahami dan merasai perasaan penghantar
mesej [1]

2.mendengar secara kritikal dan nonjudgemental [1]


-pendengar mendengar secara kritis ,cuba memahami dan menganalisis mesej yang diterima
(kritikal)
-pendengar mendengar dengan berfikiran terbuka untuk memahami dan tidak membuat
sebarang penghakiman.(nonjudgemental) [1]
-cth

3.mendengar secara cetek dan mendalam


-Pendengar akan memahami maksud mesej secara tersurat berdasarkan maklumat asas sahaja (cetek)
-Pendengar akan memahami maksud mesej secara terperinci dan cuba memberi maklum balas dengan
maklumat seperti berhujah (mendalam)
-cth;seorang bapa yang memarahi anaknya kerana memanjat pokon,dengan menyuruh sianak terus
melakukannya.sekiranya sianak memahami itu suruhan,dan terus memanjat pokok menunjukkan sianak
berfikir secara cetek.

8.Teknik mendengar secara aktif


1. Mengulang maksud pembicara [penutur]
- pendengar menyebut semula maksud isi bicara untuk memastikan kefahamannya.
2. Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara
- pendengar menghayati perasaan, emosi, atau isi hati yang dialami oleh pembicara
3. Menanya soalan
- pendengar mengemukakan pertanyaan bagi mengukuhkan kefahaman atau menghayati
perasaan

-21-
8.3 Kemahiran berunding

9.prinsip berunding ..
1.Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan
- tumpuan kepada pokok permasalahan/isu/matlamat
- elak merujuk kepada jawatan/pangkat/status
2.Asingkan manusia daripada masalah
- tumpu kepada penyelesaian masalah
- elakkan beremosi
3 .Jana pelbagai pilihan
- menjana sebanyak mungkin alternatif penyelesaian yang munasabah kepada masalah
4. Guna kriteria yang objektif dan boleh diterima
- penyelesaian berdasarkan kepada maklumat dan data yang sedia ada
- elakkan andaian, ramalan, dan persepsi
- boleh dilaksanakan mengikut tempoh, kemampuan, dan keupayaan

10.Elemen-elemen perundingan- 7Elemen


1.Maklumat
-pihak yang berunding perlu mempunyai maklumat lengkap dengan fakta yang tepat mengenai apa
yang hendak dirunding
-semakin banyak maklumat maka semakin baik hasil sesuatu rundingan

2. Masa
- Masa berunding yang optimum,keputusan yang akan diambil lebih baik
-Menepati masa perundingan
- Rundingan tidak boleh dijalankan secara tergesa-gesa atau keadaan tertekan

3.Kuasa
-merujuk keupayaan seseorang untuk membuat keputusan semasa perundingan
-Seseorang yang menjadi wakil dalam perundingan mestilah mempunyai kuasa yang berpunca dari
kuasa kepakaran dan kuasa sah.

4.Budaya
-Merupakan satu set amalan.cara hidup yang diamalkan secara tradisi oleh sekelompok masyarakat.
- kedua pihak yang berunding dan mempunyai latar budaya yang berlainan seharusnya mempelajari
adat budaya pihak yang terlibat dalm perundingan .

5. Pelaku/personality
-Merujuk kepada perlakuan individu yang terlibat dalam atau semasa proses perundingan.
-Perunding mestilah menunjukkan kesungguhan semasa mengadakan perundingan
- Bersifat tolak ansur semasa mengadakan perundingan.
-Saling mempercayai antara satu sama lain.
-Mendengar secara aktif semasa mengadakan perundingan.
-Bersedia dari segi fizikal yang sesuai, seperti berpakaian yang sesuai dengan situasi perundingan.

-22-
6.Etika
-merujuk kepada prinsip-prinsip akhlak atau moral yang dipegang oleh seorang individu
-Perunding mestilah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh organisasi
-Memberi maklumat yang diminta dengan betul dan tepat
-Berunding dengan niat yang baik , jujur dan sopan
- Cth tidak memberikan maklumat palsu mengenai kewangan

7.Sosial
-Merujuk kepada norma hidup yang diamalkan oleh sekelompok masyarakat tertentu.
-Perunding mestlah mengetahui norma hidup yang diamalkan oleh pihak lain seperti adat
resam,pantang larang,anutan agama supaya aspek sosial tidak menjadi penghalang kepada proses
perundingan.

11.Tahap-tahap perundingan
1. Intrapersonal
• Merujuk kepada perundingan yang berlaku dalam diri individu itu sendiri. Seseorang individu itu
tidak membuat perundingan dengan individu yang lain tetapi memproses sendiri berdasarkan
maklumat yang diperolehi.

2. Interpersonal
• Merujuk kepada perundingan yang dijalankan antara individu dengan invidu lain atau secara
berkumpulan . Tahap perundingan ini adalah dinamik kerana sentiasa memikirkan cara bagaimana
hendak mempengaruhi antara satu sama lain.

3. Intrajabatan
• Perundingan dijalankan dalam jabatan yang sama untuk menyelesaikan masalah yang hanya
berlaku dalam jabatan sahaja.

4. Interjabatan
• Perundingan yang dijalankan antara jabatan yang berlainan. Contohnya perundingan berkaitan
dengan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran bagi menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan konsep promosi produk baru.

5. Nasional
• Merujuk kepada perundingan yang berlaku antara perunding yang berasal dari negara yang sama
Sebagai contoh perundingan antara dua syarikat yang berasal dari negara yang sama.

6. Dua hala
• Perundingan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja. Contohnya antara kesatuan sekerja dengan
majikan sahaja.

7. Serantau
• Merujuk kepada perundingan antara pihak yang berasal dari negara yang berjiran. Contohnya
perundingan antara syarikat Malaysia dengan syarikat yang beroperasi di Thailand.
8. Pelbagai hala
-Merujuk kepada perundingan dengan pelbagai tujuan, tidak berfokus kepada satu matlamat sahaja.
9. Antarabangsa/global
• Merujuk kepada perundingan antara dua atau lebih syarikat yang melibat dua atau lebih negara
yang berlainan.
-23-
12.Strategi dan taktik perundingan
1. Nibbling : [1]
- H : Pihak yang berunding memberi tekanan kepada pihak satu lagi supaya memenuhi
permintaan lain dan syarat tambahan yang bukan merupakan tujuan asal perundingan [1]
- C : Kesatuan sekerja memberikan tekanan kepada majikan untuk mendapatkan permintaan
lain seperti kenaikan bayaran kerja lebih masa, kenaikan elaun dan faedah lain selain
kenaikan gaji [2]

2. Red Herring : [1]


- H : Mengalihkan perhatian pihak perunding daripada satu isu yang utama kepada isu
sampingan [1]
- C : Kesatuan sekerja akan mengalihkan perhatian pihak majikan daripada kenaikan gaji
kepada kenaikan bayaran lain seperti elaun, bonus dan bayaran lebih masa [2]

3. Outrageous : [1]
- H : Satu tingkahlaku keterlaluan yang digunakan untuk memaksa pihak lain menerima
sesuatu ketetapan [1]
- C : Kesatuan sekerja akan memaksa secara keterlaluan seperti ugutan akan mengadakan
mogok jika kenaikan gaji yang dipohon tidak dipenuhi [2]
4. Good Guy Bad Guy : [1]
- H : Good Guy bersifat lemah lembut , bad guy bersifat agresif dalam perundingan [1]
- C : Kesatuan sekerja bertindak agresif/memujuk dengan lembut supaya majikan menaikkan
kadar gaji [2]

5. Trial Balloon : [1]


- H : Satu pihak mengemukakan satu cadangan sebagai satu jalan penyelesaian masalah
terakhir [1]
- C : Kesatuan sekerja membentangkan kehendak yang maksimum terhadap kenaikan gaji [2]

6. Apparent Withdrawal : [1]


- H : berpura – pura untuk menarik diri daripada perundingan agar pihak lawan merasa
terdesak untuk bersetuju dengan terma yang dicadangkan [1]
- C : Kesatuan sekerja berpura – pura menunjukkan minat yang kurang terhadap perundingan
tersebut [2]

7. Limited Authority : [1]


- H : Berpura – pura tiada kuasa untuk mengubah terma perundingan [1]
- C : Wakil kesatuan sekerja yang berunding menangguhkan keputusan dengan alasan ingin
merujuk kepada ahli kesatuan terlebih dahulu sebelum kata putus diberi [2]

-24-

8.4 Teknologi maklumat


1.cara-cara internet boleh meluaskan peluang-peluang perniagaan
1. e-dagang (e-commerce)
- Proses menjalankan perniagaan melalui rangkaian komputer atau internet seperti membeli dan
menjual barang atau perkhidmatan, membuat tempahan dan pembayaran barang secara dalam
talian dan sebagainya.
-Penggunaannya membolehkan perniagaan meningkatkan hasil jualan, mengurangkan kos
pengambilan pekerja, berkeupayaan mendapat pelanggan baru, membina hubungan baik dengan
pelanggan dan pembekal, dan sebagainya.
- Contohnya, e-pay, MOL, e-shop, dan PayPal

2.e-perolehan
-Satu sistem dalam talian yang digunakan oleh pembekal untuk memasar barang dan perkhidmatan
mereka kepada kerajaan .
-Sistem ini akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-
perkhidmatan yang disediakan.
-ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera
kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
- e-Perolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web
sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran
-Menyediakan proses pembaharuan dan pendaftaran pembekal dengan Kementerian Kewangan
secara terus melalui internet.
Membolehkan persembahan katalog secara dalam talian, mengambil dan melaksanakan pesanan,
membuat pembayaran secara elektronik serta memeriksa atau menghantar sebut harga dan tender.

3.e-pemasaran (e-marketing)
- Mengkomunikasikan, mempromosikan dan memasarkan produk secara dalam talian (online).
Memudahkan pembeli membuat capaian atau akses kepada produk dan membuat tempahan.
- Contohnya, e-bay, mudah.my, Lazada, Zalora dan sebagainya.

Keputusan rutin
Keputusan berkait masalah yang sering berlaku dalam organisasi [1 ].
Masalah yang boleh dijangkakan [1 ].
Menggunakan kaedah yang telah distrukturkan atau disediakan [ 1 ]
Contoh [1]: Menambah pengeluaran kereta/ menyelaraskan kerja setiap bahagian pengeluaran [1]

Keputusan tak rutin


Masalah yang jarang berlaku [1]
Masalah yang baharu [1]
Masalah yang tidak dijangka akan berlaku [1]
Contoh [1]: Pelanggan/ pembeli mengubah spesifikasi produk mengikut keperluan sendiri misalnya
keperluan pemandu untuk orang kelainan upaya (OKU).

-25-
BAB 9:PEMBUATAN KEPUTUSAN
1.Maksud pembuatan keputusan
-ialah proses mengenalpasti masalah dan peluang,mengenalpasti alternatif-alternatif penyelesaian dan
memilih alternatif terbaik.
2.Jenis keputusan
1.Keputusan rutin
Keputusan berkait masalah yang sering berlaku dalam organisasi [1 ].
Masalah yang boleh dijangkakan [1 ].
Menggunakan kaedah yang telah distrukturkan atau disediakan [ 1 ]
Contoh [1]: Pengurus pengeluaran membuat keputusan menambah pengeluaran produk

2.Keputusan tak rutin


Masalah yang jarang berlaku [1]
Masalah yang baharu [1]
Masalah yang tidak dijangka akan berlaku [1]
Contoh [1]: Pelanggan/ pembeli mengubah spesifikasi produk mengikut keperluan sendiri misalnya
keperluan pemandu untuk orang kelainan upaya (OKU).
3.proses pembentukan keputusan
1.mengenalpasti masalah
-pengurus perlu kenalpasti masalah yang dihadapi oleh perniagaan sedia ada
-pengurus perlu melihat kepada jurang pencapaian berbanding matlamat
-cth syarikat mengalami kemerosotan dalam jualan ,maka pengurus harus mengenalpasti masalah
samaada disebabkan perubahan citarasa pengguna,promosi tidak tepat atau kualiti tidak menepati
kehendak pengguna

2.mengutip data
-pengurus harus mengutip maklumat berangka atau tidak berangka melalui soal selidik,pemerhatian dan
maklum balas pelanggan
-cth Pengurus mengutip data mengenai jumlah permintaan produk.

3.menganalis data
- Meringkaskan data yang telah dikutip dengan membuat pengiraan menggunakan alat statistik
seperti purata, sisihan piawai, ukuran kekerapan, median dan kecerunan
-cth membuat analisis kesesuaian lokasi perniagaan
4.menjana alternatif
-pembuat keputusan akan mencari pelbagai alternatif yang boleh menyelesaikan masalah atau yang
bakal memberikan keuntungan
-alternatif penyelesaian mestilah berdasarkan maklumat yang dikutip dan dianalisis
-contoh untuk mengatasi jualan merosot,antara alternatif penyelesaian ialah menurunkan harga
jualan,meningkatkan kualiti produk,menjalankan promosi yang agresif
5.menilai alternatif
-alternatif-alternatif perlu dibandingkan dan dinilai dari segi kecekapan atau keberkesannya melalui
analisis SWOT
-Ianya boleh dinilai dengan mengunakan kaedah samada kuantitatif atau kualitatif
-Terdapat 3 kriteria penilaian iaitu kecukupan,boleh dilaksanakan dan realistic
-Alternatif yang tidak mampu dijalankan dan melibatkan kos yang tinggi perlu digugurkan
-Contoh Jika ingin meningkatkan kualiti produk untuk menambahkan jualan,melibatkan kos
penyelidikan yang tinggi,kemahiran staf terpaksa ditambah melalui kursus dan seminar
-26-

6.memilih alternatif
-Pengurus harus memilih alternatif yang terbaik.
-alternati yang terbaik ialah yang menguntung organisasi atau melibatkan kos yang rendah
-contohnya altenatif yang paling mudah untuk meningkatkan jualan dan melibatkan kos yang rendah
ialah melakukan promosi yang agresif.

3.Alat membuat keputusan

4 Faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan


1. Kedapatan maklumat ..
-cara mendapatkan maklumat tentang cita rasa, budaya, agama penduduk di negara yang
disasarkan ,aklumat tentang kuasa beli, ekonomi penduduk, masyarakat di negara yang disasarkan.
Kualiti maklumat [ 1 ]
-Kuantiti/ jumlah maklumat [ 1 ]
-Jangka masa / tempoh mendapatkan maklumat [ 1 ]

Faktor-faktor yang mempengaruhi kedapatan maklumat


1. Ketepatan maklumat [1]
- Maklumat yang diperoleh hendaklah tepat dan memberikan gambaran yang sebenar [1]
- Sumber maklumat perlulah sah dan boleh dipercayai [1]
- Contohnya : maklumat tentang umur penduduk diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara
untuk membuat segmentasi pasaran pakaian [1]

2. Ketersediaan maklumat / cara mendapatkan maklumat/masa [1]


- Maklumat boleh diperoleh pada bila – bila masa yang diperlukan [1]
- Maklumat hendaklah disimpan secara sistematik supaya mudah dicapai [1]
- Contohnya : semua maklumat pembekal kain seperti nama pembekal, alamat, sebutharga disimpan
dalam sistem maklumat vendor dan boleh dicapai pada bila-bila masa [1]

3. Maklumat yang lengkap / kuantiti maklumat [1]


- Maklumat perlu lengkap dari semua aspek [1]
- Maklumat perlulah sentiasa dikemaskini [1]
- Contohnya : maklumat tentang bahan membuat pakaian mestilah lengkap dari aspek kos, ukuran,
material, ukuran pelanggan [1]

-27-
4. Maklumat yang bersesuaian / kualiti maklumat [1]
- Maklumat hendaklah bersesuaian dengan masalah atau topik yang dibincangkan [1]
- Maklumat perlulah sesuai dan terkini [1]
- Contohnya : maklumat yang bersesuaian dengan syarikat membuat pakaian ialah cita rasa
pengguna, rekabentuk pakaian yang terkini, material yang sesuai [1]

2. Kecekapan pembuat keputusan


-Berdasarkan pengalaman lalu pengurus ,tahap pendjdikan/ kebijaksanaan pengurus
dan personaliti pembuat keputusan

• Faktor kecekapan pembuat keputusan itu sendiri antaranya ialah;


1.Personaliti [1]
Persenoliti pembuatan keputusan dibahagikan kepada dua iaitu konservertif dan kesempurnaan.
Orang yang konservertif sentiasa berhati-hati dalam mengambiltindakan manakala yang bersifat
kesempurnaan mementingkan sesuatu keputusan yang lengkap [1].

2.Kebijaksanaan [1]
Merujuk kepada tahap pendidikan atau pengetahuan serta pengalaman yang dimiliki oleh seseorang
yang boleh mempengaruhi dalam proses membuat keputusan [1].

3.Nilai-nilai yang diamalkan oleh pembuat keputusan


Merujuk kepada nilai agama,politik,ekonomi yang akan mempengaruhi pertimbangan keputusan yang
dibuat oleh seseorang [1],

4.Kretiviti [1]
Merujuk kepada suatu proses menghasilkan suatu idea baru untuk digunakan dalam tindakan
membuat keputusan [1],

5.. Intuisi
• Merujuk kepada gerak hati pembuat keputusan dalam pertimbangan dalam membuat sesuatu
keputusan

6. Kemahiran
-Keupayaan dalam bidang berkaitan seperti pemasaran/kewangan

3.Faktor-faktor situasi dalam membuat keputusan.


1. Keadaan kepastian [1]
-Keputusan dapat dibuat dengan tepat kerana persekitaran terlibat dalam membuat keputusan
dapat dijangkakan [1]
-Hasil yang diperolehi dari keputusan lebih jelas dan tepat [1]
-Maklumat boleh didapati dengan lengkap dan tepat. [1]
-Keputusan ini mudah dan bercorak rutin/sering berlaku [1]
-Contohnya keputusan mengenai penyelenggaraan pejabat/mesin, pembelian peralatan
pejabat/mesin/bahan mentah dan sebagainya. [1]
-28-
2. Keadaan risiko [1]
-Keputusan yang akan dibuat dalam keadaan persekitaran yang sentiasa berubah dan sukar untuk
dijangkakan. [1]
-Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang kurang tepat dan tidak lengkap. [1]
-Hasil dari keputusan tidak jelas dan tertakluk kepada kebarangkalian[1]
-Contohnya seperti keputusan menjual produk di kawasan pasaran yang baru/membuat pelaburan
dalam bidang yang baru [1]

3. Keadaan ketidakpastian [1]


-Keputusan yang dibuat dalam keadaan persekitaran yang tidak dapat diramalkan perubahannya.
-maklumat tidak lengkap untuk menjadi panduan dalam membuat keputusan. [1]
-Pengurus harus berhati-hati dalam mengambil keputusan bagi keadaan ini kerana risikonya tersangat
tinggi. [1]
-Pembuat keputusan memggunakan kreativiti dan kepakaran untuk membuat keputusan
-Keputusan yang dibuat tidak menjanjikan sebarang hasil yang diharapkan
Contohnya, kemasukan pesaing baru atau produk baru dalam pasaran yang tidak dijangkakan. [1]

4. Keadaan kesamaran [1]


-pihak pembuat keputusan tidak mengetahui matlamat dengan jelas dan masalah yang dihadapi
secara terperinci. [1]
-Pembuat keputusan juga langsung tidak mempunyai maklumat lengkap dan jelas dalam menjana
sebarang alternatif. [1]
-Pembuat keputusan akan terdedah dengan konflik antara matlamat yang ingin dicapai dengan
pemilihan alternatif yang ada[1].
-pembuat keputusan membuat keputusan dengan berimaginasi tentang masalah yang mungkin
berlaku. [1]
cth; pengurus sebuah syarikat baru ditubuhkan cuba memasarkan terus produk baru dipasaran
antarabangsa.

NOTA TAMAT
SELAMAT BELAJAR...ALAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM KECUALI KAUM ITU
SENDIRI MENGUBAHNYA..WASSALAM..

You might also like