You are on page 1of 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA 'SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL. OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA 'ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEXE PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel: +603-8864 9902 62604 PUTRAJAYA, Fax: ¥603-8865 6580 MALAYSIA Website: hitpsfwww.moe.gov.myl Ruj. Kami: KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jid. 4 (14) Tarikh {@ Jun 2012 ‘Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Semua Pengarah Kolej Matrikulasi YBhg. Datuk/Tuan/Puan, SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012 Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Senamrobik 1Murid 1Sukan ‘Malaysia secara serentak di sekolah- sekolah seluruh negara pada 10 Julai 2012. Untuk makluman YBhg. Datuk/Tuan/Puan, acara ini akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Kompleks Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang Jaya, Selangor. 3. Pelaksanaan program pada hari tersebut akan bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan dipohon mengambil tindakan sewajarnya dengan memaklumkan kepada semua sekolah agar membuat segala perancangan dan persiapan yang terbaik bagi memastikan program ‘Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan {Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya. 4. Bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) dan dokumentasi, pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengemukakan borang prapendaftaran murid yang lengkap melalui e-mel seperti yang dinyatakan dalam Panduan Pelaksanaan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan ‘(Malaysia sebelum atau pada 29 Jun 2012, Bersama-sama ini disertakan Panduan » Pelaksanaan Senamrobik Serentak ‘Murid 1Sukan 4Malaysia untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Tuan/Puan selanjutnya. 5. Pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan juga dipohon untuk mengemukakan borang pengesahan bilangan sebenar yang menyertai senamrobik serentak tersebut dan gambar pegun yang berkaitan melalui e-mel seperti dalam panduan yang disertakan sebelum atau pada 17 Julai 2012 6. Kerjasama YBhg. Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon memaklumkan kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/ MTuan/Puan Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang menutut perintah, ‘SUFA’AT BIN TUMIN imbalan Ketua Pengérah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia sk 1. YAB Tan Sri Dato! Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia 2. YB Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran 3. YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi ‘Timbalan Menteri Pelajaran 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like