You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 AKTIVITI PRABACAAN

2 AKTIVITI PRATULISAN

3 PEMULIHAN BACAAN

4 PEMULIHAN TULISAN

1
1.0 ANALISA TENTANG AKTIVITI PRABACAAN

Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu.


Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca
pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar
membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan
kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah
pasangan sebaliknya

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan


untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan
pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan
daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan
bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala
aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman
pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata
dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata.

Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti


membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di
dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan
yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti
lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf
yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau
urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan
huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan
mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak
lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan
huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”,
“Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama” dan aktiviti membina perkataan.
2
Kaedah Abjad

Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan


frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar
yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu
mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad
a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat
membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah
murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi
huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara
berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan
dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata.

Kaedah Suku Kata

Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z,


huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal),
mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat
penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kaedah Pandang dan Sebut

Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini
memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin
perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh
perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan
terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki
membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga
menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid

3
menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya
memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut
perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut
perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah
seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu
belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

Kaedah Fonik

Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi,


tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan
seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang
boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan
Bantu Belajar). Aktiviti membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh
murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata
menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana
dengan menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti
membaca ayat yang lengkap.

4
2.0 ANALISA TENTANG AKTIVITI PRATULISAN

Sebagai guru kita boleh menerangkan kepada murid bahawa tulisan (abjad)
adalah alat bahasa dan pemikiran yang telah dihasilkan melalui proses jangka
masa yang begitu panjang, misalnya abjad A, B, C yang kita lihat sekarang
adalah hasil rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun
lamanya. Dalam bidang kreativiti, kita perlu mengesan berbagai jenis bentuk
dan makna dari satu-satu perkara. Sebagai contoh abjad W yang mana 2V
berjalan bersama atau 2 gigi jerung, abjad M macam gunung atau W terbalik.
Banyak lagi perkara-perkara dari abjad lain yang boleh dihidupkan bentuk atau
ertinya yang luar biasa yang boleh meningkatkan kreativiti murid dalam mengajar
pratulisan.

Pratulisan merupakan aktviti penting sebelum murid melangkah ke Tahun


Satu. Aktiviti ini dijalankan terutama di kelas prasekolah atau tadika. Ianya
merupakan asas untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan satu
penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan, ayat dan lain-lain. Aktiviti pramenulis ialah tempoh masa
murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum dapat menulis
huruf dengan kemas dan teratur. Latihannya menitikberatkan perkara-perkara
berikut iaitu :-
a. Latihan–latihan pergerakan tangan
b. Latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan
sempurna
c. Latihan pergerakan mata
d. Latihan koordinasi mata dan tangan.

5
Latihan-latihan Pergerakan Tangan

Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan


membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan
menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan
merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel
dengan cara guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara
yang betul. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari,
menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan
membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan
tangan . Latihan menggerakkan jari ini bertujuan supaya murid-murid bersedia
untuk menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan
penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada
plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air.

Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan


Sempurna

Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini
bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu
latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran
bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-
gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek
gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan
lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis
bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa
menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di
atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, huruf
kertas pasir dan membuat rantai secara bebas turut membantu murid
membentuk huruf akhirnya.

6
Latihan Pergerakan Mata

Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan,
membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh
guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang
ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain
seperti menyebut benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru.
Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut
bentuk asas objek.

Latihan Kordinasi Mata dan Tangan

Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan


latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti –aktiviti lain yang boleh
dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang
diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan
ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan
gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang
tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari
atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan
sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan.

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu


memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan,
diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah
peringkat menulis mekanis.

7
Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan

1. Mari Menabung

Alat yang diperlukan:

o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pastikan


lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini
agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan.
o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran)

 Permainan ini melatih murid cara untuk memegang alat tulis


(3 jari), koordinasi mata tangan, serta melatih kecekapan
dan kelembutan jari tangan serta pergelangan tangan (bila
anak mencuba memasukkan duit syiling /butang baju
dengan pelbagai posisi lubang.

2. Membantu menjemur

Alat yang diperlukan:

o Penyepit kain
o Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin

o Tali diikat diantara dua kerusi

 Permainan ini melatih murid cara untuk memegang alat tulis


(3 jari), melatih kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan
serta koordinasi mata-tangan.

3. Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik


Alat yang diperlukan:

o Penyedut air plastik dan kacang hijau

8
 Permainan ini melatih cara atau bentuk memegang alat tulis,
koordinasi dua tangan, koordinasi mata-tangan, melatih
kecekapan dan kelembutan jari tangan serta melatih
konsentrasi dan kesabaran.

4. Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh


Alat yang diperlukan:
o Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak
 Permainan ini melatih koordinasi mata-tangan, melatih
mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

5. Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas


permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir.

Alat yang diperlukan:


o Pasir,besen atau bekas yang besar.
 Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih
mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

6. Menyambung Titik
Alat yang diperlukan :
o Pensil,pensil warna, kertas putih.
 Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih
mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

Aktiviti di atas merupakan contoh yang boleh dikembangkan menjadi kegiatan


pra menulis yang bertujuan untuk menyediakan murid untuk menulis dengan baik
dan berminat.

9
10
11
12
13
14
4.0 ANALISIS TENTANG AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan


dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah
proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Konsep
menulis ialah;
i. Lambang-lambang bunyi bahasa yang dilahirkan dalam bentuk grafik bagi
melahirkan fikiran, idea dan perasaan.
ii. Proses memindahkan lambang-lambang bunyi untuk dijadikan alat
komunikasi.

Objektif menulis :
i. Menjadikan asas yang kukuh supaya murid dapat melahirkan idea, fikiran
dan perasaan dengan pantas, cekap dan baik.
ii. Membolehkan murid menyusun huruf-huruf menjadi suku kata, perkataan
dan ayat.
iii. Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea.
iv. Untuk menghasilkan bentuk penulisan kreatif dalam jangka masa panjang.

Peranan tulisan:
a) Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu
dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan
cekap.
b) Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair,
sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan

15
jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri,
bahkan juga seluruh insan umumnya.
c) Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi
komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta
matlamat hidup.
d) Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi
sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok
masyarakat.
e) Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat
serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat
moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian
daripada asas utama keperluan hidup masa kini).

PERINGKAT- PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

Pratulisan:

Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak


bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang
diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat
contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran
mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi
kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan.
Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

i) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

16
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain.
ii)Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
iii) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke
bawah dan lain-lain.
iv) Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan mekanis :
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan
mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-
murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis
murid-murid diminta.membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong
tanpa garisan. Setelahkemajuannya didapati memuaskan barulah latihan
membentuk huruf diberikan. Bermuladengan ruang garisan yang lebar atau luas
membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.
Objektif tulisan mekanis:
a) Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
b) Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
c) Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan kreatif :
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di
peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

a) Membina ayat.
b) Mengarang cerita.
c) Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.

17
d) Menulis surat kiriman.

MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

a) Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

b) Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

c) Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara

perkataan dengan perkataan.

d) Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

e) Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan.

f) Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

g) Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

h) Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

i) Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

j) Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

k) Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

l) Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

m) Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

n) Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

o) Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

18
CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam


peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara
serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan
tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.
Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan
cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah
dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan


oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan
bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi
menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk
menggunakan getah pemadam.

19
BAHAN BANTU
BELAJAR

20

You might also like