You are on page 1of 13
POLYTECHNIC EDUCATION DEPARTMENT in collaboration with SULTAN AZLAN SHAH POLYTECHNIC, PERAK JRHATAN PENDIDIKAN POLITERNIK Denes AN AZLAN Si cs . soe eISSN 2289-7356 Number Volume Tune 5 1 2016 Rilangan Silid Disember STRATEGIC STRUCTURED INTERNSHIP PROGRAMME (SSIP) FOR THE MECHANICAL ENGINEERING DIPLOMA STUDENTS, POLYTECHNIC BANTING SELANGOR: A PILOT TEST. Una Devi Nadarajah, Teoh Thean Hin & Chuah Bee Zeng. | ‘SOLAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKANDRAYER AND ITS RELATIONSHIP WITH EDUCATION. Norhayati binti Ab. Ghani @ Rani, Khadijah abdul Razak & Mohd Aderi Che Noh. HAK-HAK ISTERI SELEPAS BERDAKUNYA PERCERATAN : SATU KAJIAN BERDASARKAN UNDANG-ONDANG KELUARGA ISLAM DI SELANGOR. Mohd Rusdan Bin Hasan, Mohd Husni Bin Abd Halid & Noorul Azuma Binti Kamaruddin. PERSEPSI MORID TERHADAP PENGATARAN DAN PEMBELATARAN BERASASKAN MASJID DAN PENCAPATAN AKADEMIK DALAM PENDIDIKAN ISLAM. ab. Halim Tamur: PENIEAIAN KENDIRI TERHADAP KOMPETENSI PERSONALITI DAN PENGATARAN GURU: KAJIAN DI SEKOLAW MENENGAH AGAMA RAKYAT MALAYSIA. Mond Aderi Che Noh ‘SISTEM PENGAJIAN TURATH ISTAME DI MALAYST Ahmad Yunus Kasin & Mohd Aderi Che Noh. MODEL APLIRASI PENDIDIRAN ISLAM HOLISTIR. NEW SUPPORTIVE TERMS OF FOLLOWERSHIP IN THE QUR'AN. Diar Mahmood Saeed & Adnan Mohamed Yusoff. TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FARTOR YANG MEMPENGARUHT PENULISAN AYAT HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHETZ Mohamad Marzuqi Abdul Rahin § Azmil Hashim. FARTOR PENDORONG PENGAMALAN NITAT-NIZAT MURNT DALAM KORSUS TAMADUN ISIAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) POLTTEKNIK MALAYSIA. Azrul Bin Jaafar, Adawiyah Binti Ismail § Azrina Binti Tahir. KEPERCAYAAN PELATAR UiTM TERHADAP KONSEP ILMU MENURUT ISLAM. Mahfuzah Mohanned Zabidi § Ab. Halim Tanuri. DEVELOPMENT OF SMART KILLER BACTERIA. 4). Zunuvanas Bin Mohamad, Wan Rosemehah binti Wan Omar. Roshidi bin Zakaria. Elias bin Daud, Nurul Maisarah binti Kamaruddin, Mariana binti xosdi. Mizan Adilliah Bt Rudi & Norezzety Shafekah PEMBINAAN HUBUNGAN DI ANTARA GURU DENGAN PELATAR, Ahaad Fizdaus MohdsNeotpeKanazul.azni Jasmi ¢ Khairunnisa A Shukos. TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Jenmal Tebemihal % Sates Sostal TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL [URNAL TEKNIKAL DAN SAINS SOSIA Bilangan 5 Jilid1 Jun 2015 e-ISSN 2289-7356 JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK Dengan Kerjasama POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH ESTES Ee oe MTT STRATEGIC STRUCTURED INTERNSHIP PROGRAMME (SSIP) FOR 1-15 THE MECHANICAL ENGINEERING DIPLOMA STUDENTS, POLYTECHNIC BANTING SELANGOR: A PILOT TEST | Uma Devi Nadarajah, Teoh Thean Hin & Chuah Bee Leng SOLAT DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN 16-24 | Norkayati Ab. Ghani @ Rani, Khadijah Abdul Razak & Mohd Aderi Che Noh HAK-HAK ISTERI SELEPAS BERLAKUNYA PERCERAIAN: SATU] 25-35 KAJIAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI SELANGOR __& ‘Mohd Rusdan Hasan, Mohd Husni Abd Halid & Nooral Aauwa Kamaradain PERSEPSI MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | 36-54 BERASASKAN MASJID DAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM PENDIDIKAN ISLAM ‘Ab, Halim Tarr PENILAIAN KENDIRI TERHADAP KOMPETENSI PERSONALITI DAN | 55-66 PENGAJARAN GURU: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT MALAYSIA ‘Mohd Adri Che Nob SISTEM PENGAJIAN TURATH ISLAMI DI MALAYSIA: MODEL APLIKASI | 67-79 PENDIDIKAN ISLAM HOLISTIK 2 ‘Ahmad Yunus Kasim & Mohd Aderi Che Noh NEW SUPPORTIVE TERMS OF FOLLOWERSHIP IN THE QUR'AN 80-92 iar Mahmood Saeed & Adnan Mohamed Yusoff TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUMI | 93-102 | PENULISAN AYAT HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN | PELAJAR TAHFIZ | Mohamad Marzugi Abdul Rahim & Azmil Hashim TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Vemmak Vehoihal % Saioa Saniat HAK-HAK ISTERI SELEPAS BERLAKUNYA PERCERAIAN : SATU KAJIAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI SELANGOR Mohd Rusdan Bin Hasan Mohd Husni Bin Abd Halid Politeknik Sultan Idris Shah Noorul Azuwa Binti Kamaruddin Sek. Men. Keb. Seri Tanjung ABSTRAK Terdapat ramai isteri-isteri yang telah diceraikan tidak mengetahui hak-hak mereka selepas berlakunya perceraian. Walaupun terdapat peruntukan dengan merujuk kepada seksyen-seksyen berkaitan dalam Undang-undang Keluarga Islam , masih ramai yang kurang jelas dengan hak-hak isteri selepas perceraian. Kajian ini bertujuan menjelaskan hak-hak yang boleh dituntut oleh isteri selepas berlaku perceraian iaitu mut’ah, nafkah iddah dan hadhanah. Selain itu, ianya mengupas isu-isu semasa berkaitan hak-hak tersebut dengan merujuk kepada seksyen-seksyen yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam dan menganalisis peruntukan-peruntukan tersebut dan kesesuaiannya dengan tuntutan syarak, Kata kunci: Hak isteri, mut‘ah, nafkah iddah dan hadhanah, ABSTRACT There are many wives that have been divorced do not know their rights after the divorce. The purpose of this research is to explain the rights of women in the context of divorce such as muta’ah (consolotary gift), nafkah iddah (maintenance) and hadhanah (custody of children}. Besides, this article will discuss on current issues related to woman rights after divorce under islamic Family Law Enactment Key words : Rights of wives, mut’ah, nafkah iddah dan hadhanah, PENDAHULUAN Perceraian bukanlah suatu perkara yang diidamkan oleh pasangan yang berkahwin, dan bukan jua matiamat yang ingin dicapai oleh hukum syarak daripada perkahwinan, Perceraian merupakan jalan terakhir apabila pasangan suami dan isteri tidak lagi mampu untuk hidup bersama. Perceraian sebenarnya bukanlah hak suami semata-mata kerana isteri juga boleh menuntutnya di Mahkamah atas beberapa alasan dan menurut kaedah tertentu. Menurut amalan di negara kita, semua urusan berkaitan perceraian mestilah dirujukkan terlebih dahulu kepada Mahkamah Syariah yang berkuasa untuk tujuan pengesahan. TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Vorral Teboithal % Sains Penulisan ini adalah bagi menjelaskan hak-hak seorang ister' selepas berlakunya perceraian menurut syariah dan undang-undang dalam negara. Perlu diketahui apabila sesuatu perceraian telah disahkan, anya akan dirujuk kepada pejabat agama untuk tujuan pendaftaran, Selepas sesuatu perceraian didaftarkan, timbul pula beberapa isu mengenai hak-hak isteri selepas perceraian termasuklah bayaran mut'ah, bayaran nafkah dan hak penjagaan anak (hadhanah), Dalam hal ini, isteri perlulah memahami secara jelas tentang halchak seorang isteri setelah bercerai dan boleh membuat tuntutan di mahkamah. Tidak dapat dinafikan, dalam sesetengah keadaan, isteri tidak dapat membuat pertimbangan yang tepat kerana mengalami tekanan emosi dan kesempatan ini digunakan oleh bekas suami untuk menidakkan hak-hak isteri. Oleh itu, dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, terdapat peruntukan ~ peruntukan yang membicarakan tentang hak ~ hak isteri selepas perceraian. lanya dinyatakan dalam Bahagian V, Bahagian VI dan Bahagian VII. Ini membolehkan isteri-isteri yang telah diceraikan menuntut hak-hak mereka berdasarkan syariat. Tambahan pula, hak-hak isteri selepas berlakunya perceraian diiktiraf sah dalam undang-undang yang berkuatkuasa dan seterusnya mudah untuk dilaksanakan terhadap pihak yang menuntut atau pihak yang mempertikaikanaya. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah penyelidikan gunaan. Pelaksanaan sesuatu penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktikal dengan menggunakan teori-teori sedia ada dalam disiplin yang diselidik (Noraini Idris, 2010) DEFINISI MUT’AH, NAFKAH DAN HADHANAH Definisi Mut‘ah Mut'ah berasal daripada perkataan arab al-mata’ yang bermaksud sesuatu yang menyeronokkan dan dapat dimanfaatkan. la juga bermaksud bergembira dengan sesuatu Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, 2002, mut‘ah bermaksud pemberian suami (tidak diwajibkan) kepada isteri setelah berlaku perceraian, Manakala kahwin mut’ah pula bermaksud kahwin kontrak atau sementara (yang dibenarkan pada peringkat awal perkembangan Islam, tetapi kemudiannya diharamkan) Menurut Dr. Mustafa Al-Khin (2019), Hafiz, (2012), mut'ah bermaksud pemberian harta (sagu hati) yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan, Hukum memberi mut’ah adalah wajib, ini adalah berpandukan kepada Firman Allah dalam surah al-Bagarah ayat 236 yang bermaksud: “Hendaklah kamu memberi mut‘ah iaitu pemberian sagu hati kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang hendaklah ‘memberikan sagu hati itu menurut kemampuannya, dan dan suami yang susah pula menurut kemampuannya’, Menurut Zakaria Al-Barri, mut’‘ah pada dasarnya ialah sepasang pakaian yang dipakai ketika keluar daripada rumah suaminya. Sebanyak-banyak mutah yang diberi kepada isteri ialah kira-kira separuh daripada jumlah mas kahwin yang diterima. Jika ——lebih daripada itu, ianya dikira sebagai tabarru’ atau derma daripada pihak suami kepada bekas isteri. Antara hikmah disyariatkan mut’ah ialah untuk mengambil hati isteri yang telah diceraikan sewaktu dia meninggalkan kehidupan bersuami, meringankan bebanan dan kesusahan disebabkan perpisahan dan mengubati perasaan sakit hati dan rasa benci hasil daripada perceraian tersebut. Definisi Nafkah Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, 2002, nafkah bermaksud wang (makanan dan lain- lain) yang diperlukan untuk hidup dan sara hidup. Nafkah juga bermaksud rezeki yang perlu dicari dan perbelanjaan yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya, Menurut ‘Abu Bakar Jabir Al-Jazari (1979), Abul Khairi Al-Latifi (2004) mendefinisikan nafkah sebagai semua keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal yang dikeluarkan atau dihabiskan untuk tujyan keperluan asas tersebut. Pemberian nafkah kepada isteri yang telah diceraikan adalah waiib. Definisi Hadhanah Hadhanah berasal dari perkataan arab ‘hidhan’ yang bermaksud meriba, mendakap dan memeluk. Kemudian istilah hadhanah digunakan dengan erti mendidik anak, kerana seorang ibu yang mendukung anak, biasanya meletakkan anak diatas ribaannya (Ibn Manzur, 1999).Menurut Dr. Mustafa Al-Khin (2009), Dra. Wista Ahmad (2008), mendefinisikan hadhanah sebagai menjaga seseorang yang belum berupaya mengurus diri dan mendidiknya dengan pelbagai cara yang sesuai dengan pertumbuhannya sehingga umur mumayyiz. KEDUDUKAN MUT‘AH, NAFKAH DAN HADHANAH MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR Kedudukan Mut’ah Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Mut’ah alah pemberian daripada suami kepada isteri selepas berlaku perceraian. Mut'ah ‘wajib diberikan kepada isteri yang diceraikan selepas persetubuhan atau kepada isteri yang diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya tidak disebut semasa akad nikah. Ini merupakan pendapat jumhur ulama. Manakala dalam keadaan yang lain, memberi mutah kepada isteri yang telah diceraikan itu adalah sunat. Pendapat ini juga menjadi pegangan mazhab Syaii’e dan mazhab Hanafi Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah bukan sahaja boleh memohon nafkah, malah turut boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak ita dan berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang munasabah, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. Kedudukan Nafkah Menurut Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Dalam sebuah keluarga, suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Dalil yang mewajibkan seorang suami memberi nafkah kepada isteri ialah berdasarkan firman Allah SWT ayat 34 Surah an-Nisaa’-yang bermaksud 27 TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Tosoral Tebtoribal % Sates Sestak “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang- orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka” Jumlah atau kadar nafkah tidak ditetapkan dalam syariat Islam, Nafkah asas yang perlu disediakan oleh suami merangkumi makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal. Walau bagaimanapun nafkah yang disediakan hendaklah cukup dan mampu ‘memberi keselesaan kepada isteri dan anak-anak. Bagi nafkah makanan dan minuman, ianya hendaklah mencukupi dan baik untuk kesihatan diri, Dari sudut pakaian pula, suami hendaklah menyediakan pakaian yang boleh memelihara tubuh dari cuaca yang panas atau sejuk disamping menutup aurat dengan sempurna, Dari sudut rumah kediaman pula, suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang batk. Kesemua nafkah yang wajib disediakan ini adalah mengikut kemampuan suami, Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah At-Talaq ayat 7 yang bermaksu “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)” Menurut Bnakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 Bahagian VI Pembubaran Perkahwinan Seksyen 60 iaitu Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri dan efek nusyuz ada menyatakan bahawa mahkamah boleh ‘memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya atau seseorang isteri tidaklah berhak mendapat niafkah apabila dia nusyuz.atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, Selepas sabaja ister itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka ister! itu tidaklah lagi menjadi nusyuz. ‘Terdapat salah faham é dalam kalangan masyarakat hari ini di mana apabila talak dilafazkan oleh suami, maka isteri perlu keluar dari rumah dan tidak berhak tinggal dengan suami lagi Jadi tidak hairanlah apabila berlaku kes perceraian, suami menghalau bekas isterinya yang masih dalam tempoh idéah keluar dari rumah. Keadaan bertambah rumit apabila ada pihak ketiga yang turut campur tangan menghalau bekas isteri tadi dan mengatakan bekas isteri tersebut tidak tahu malu dan sebagainya. Inilah realiti masyarakat apabila agama kurang didalami dan hak-hak isteri dipandang remeb. Oleh itu, keadan ini perlu diperjelaskan dalam masyarakat terutamanya golongan suami yang kkurang faham tentang hak wanita semasa dalam tempoh iddah. GUGUR NAFKAH KETIKA IDDAH Terdapat beberapa perkara yang menghilangkan kelayakan bagi seorang isteri untuk ‘menerima nafkah, contohnya seperti berikut : 1. Jika isteri nusyuz dalam tempoh iddah sehingga isteri itu kembali taat kepada suaminya dan bertaubat atas kesalahannya. 2, Jika isteri menjadi murtad dalam tempoh iddah. TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Jormal Tobit © Sates - 3. Jika isterinya telah bersetuju dalam suatu perjanjian selepas perceraian bahawa dia tidak akan menuntut sebarang nafkah dalam tempoh iddahnya. 4. Jika tempoh iddab isteri itu disahkan tamat, sama ada iddah itu tamat dengan pengakuan isteri itu atau dengan genapnya perkiraan jumlah bulan yang diwajibkan isteri beriddah atau dengan sebab kehamilan isteri itu telah berakhir. Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 Bahagian VI Pembubaran Perkahwinan Perkara 66 jaitu hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian ada menyatakan bahawa hak bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh ‘iddah atau apabila isteri menjadi nusyuz. Hak isteri yang diceraikan untuk menerima pemberian daripada bekas suaminya di bawah seswat perjanjian hendaklah terhenti di atas perkahwinan semula isteri itu, Selain seksyen 60 dan seksyen 66, terdapat juga dalam Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang membahaskan tentang nafkah isteri, anak-anak daln lain-lain bermula seksyen 61 hinggalah seksyen 81. Penggunaan seksyen 61 hingga seksyen 81 Bahagian VI tertakluk pada situasi dan keadaan yang tertentu. KEDUDUKAN HADHANAH MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SELANGOR Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 Bahagian VII Penjagaan Perkara 82 iaitu Orang yang berhak menjaga kanak-kanak. Bagi seksyen 83, hingga seksyen 88, ada peruntukan dalam Enakmen yang membahaskan tentang kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan, bagaimana hak penjagaan boleh hilang, tempoh penjagaan, penjagaan anak-anak tak sah taraf, kuasa mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan dan perintah tertakluk kepada syarat-syarat. Antara syarat-syaratnya ialah ibu lebih berhak daripada bapa dalam menjaga anak-anak kerana kasih dan kesabaran ibu menanggung beban dalam menjaga dan mendidik lebih hebat berbanding bapa. Ibu juga dilihat lebih berlemah-lembut dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Senarai keutamaan hak penjagaan anak-anak Sekiranya bu tiada atau tidak mahu menjaga anaknya, hak penjagaan akan berpindah kepada nenek sebelah ibu. Dalam hal ini, dahulukan keluarga yang terdekat di kalangan yang dekat, Senarai keutamaan bagi perempuan dalam penjagaan anak-anak adalah seperti berikut: 1. Ibuanak-anak itu sendiri,jika tidaklayak, berpindah kepada nenek sebelah ibunya dan keatas. 2, Jka nenek sebelah ibunya tidak mampu, maka berpindah kepada nenek sebelah bapanya dan keatas, 3. Jika nenek sebelah bapa tidak layak, maka hak hadhanah berpindah kepada adik beradik perempuan seibu dan sebapa. Kemudian berpindah kepada adik beradik perempuan sebapa. Kemudian berpindah kepada adik beradik perempuan seibu. 7 6. Kemudian berpindah kepada ibu saudara sebelah ibu. “= TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Vormak Tebonital % Seton Sosial Kemudian berpindah kepada ibu saudara sebelah bapa. Kemudian berpindah kepada anak-anak perempuan daripada adik-beradik lelaki. Kemudian berpindah kepada anak-anak perempuan daripada adik-beradik perempuan. zs 8 9. Manakala senarai keutamaan lelaki dalam penjagaan anak-anak adalah seperti berikut: 1. Bapa anak-anak itu sendiri, jika tidak layak, berpindah kepada datuk dan keatas. 2, Jika datuk tidak mampu, maka berpindah kepada adik-beradik lelaki seibu dan sebapa. 3, Jika adik-beradik lelaki seibu dan sebapa tidak mampu, maka berpindah kepada adik-beradik lelaki sebapa. 4, Kemudian berpindah kepada adik-beradik seibu. 5. Kemudian berpindah kepada anak lelaki daripada dik-beradik lelaki seibu dan sebapa, 6. Kemudian berpindah kepada anak lelaki kepada adik-beradik sebapa, 7. Kemudian berpindah kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa. 8, Kemudian berpindah kepada anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa. 9. Kemudian berpindah kepada anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa. Dalil pensyariatan yang menyatakan bahawa seorang ibu lebih berhak terhadap anak-anaknya ialah berdasarkan satu hadis/Nabi Muhammad #. Abdullah bin Umar menyatakan bahawa telah datang seorang Wanita menemui Rasulullah & dan bertanya: “Wahai Rasulullah, ini adalah anakku, perutku yang mengandungnya, buah dadaku yang menyusukannya, ribaku yang memangkunya. Sesungguhnya bapanya telah menceraikanku dan mahu merampas anak ini daripadaku” Maka Rasulullah # bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguknya engkaulah yang berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Hadis ini tidak memberikan hak mutlak hadhanah kepada pihak isteri semata- mata. Sebaliknya ia mengisyaratkan bahawa isteri hanya boleh mendapatkan hak hadhanah setelah memenuhi beberapa syarat, antaranya selagi isteri itu belum berkahwin lain, tidak terlalu sibuk dengan urusan kerja dan mempunyai akhlak yang baik. Hikmah dan tujuan hadhanah adalah untuk memastikan urusan dan perjalanan hidup anak-anak berjalan lancar walaupun sesudah berlakunya perceraian. Selain itu, hikmah hadhanah adalah untuk meredakan emosi anak-anak dan dapat mengelakkan anak-anak daripada terdedah kepada bahaya dan mudarat kerana mereka belum dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL HURAIAN TERHADAP PERUNTUKAN DALAM ENAKMEN UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 Sejarah telah membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah mewujudkan satu undang- undang yang bersandarkan kepada syariat Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka, Undang-undang ini kemudiannya digubal semasa zaman penjajahan. Selepas kemerdekaan, undang-undang keterangan Islam sekali lagi mula mendapat perhatian seiring dengan perkembangan institusi Mahkamah Syariah, Sejarah undang-undang syariah di negeri Selangor pula berkenaan dengan undang-undang keterangan Mahkamah Syariah di Selangor dimana undang-undang keterangan yang pertama diluluskan adalah Enakmen Keterangan Syariah pada tahun 1996, Enakmen ini walau bagaimanapun telah digantikan dengan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yangtelah diluluskan dan diwartakan bermula pada 24 Julai 2004 yang kini telah dibukukan. Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 terdapat 10 Bahagian. Bahagian-bahagian yang termaktub dalam enakmen ini adalah bermula dengan perkahwinan, pendaftaran perkahwinan, penalti dan pelbagai peruntukan berhubungan dengan akad nikah dan pendaftaran perkahwinan, pembubaran perkahwinan, nafkah isteri dan anak, penjagaan dan penalti Bagi isu-isu atau kes-kes berkaitan.dengan tuntutan Mut’ah, ianya dinyatakan secara jelas dalam Bahagian V - Pembubaran Perkahwinan Seksyen 58. Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut dengan kenyataan “selain daripada haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak- pihak itu dan apabila berpuas hati baliawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.” Hal ini bertepatan dengan konsep syariah bersandar kepada firman Allah SWT yang bermaksud dalam surah Al-Bagarah ayat 236 yang bermaksud : “Tidak ada kewajipan membayar (mahar) atas kamu, jika kamu ‘menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. Dan hendaklah kamu berikan suatu mut'ah kepada mereka. Orang yang mampu menurue kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), iaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan'. Ayat ini dijadikan dalil wajib pemberian saguhati (mut'ah) perceraian dalam mazhab al-Syafie. Terdapat 3 keadaan yang mewajibkan mut'ah, Pertama isteri yang diceraikan sebelum berlaku perhubungan kelamin dan tidak ditentukan baginya sebarang mahar. Jika telah diberi setengah daripada mahar, maka itu sudah mencukupi dan tidak perlu diberi mut'ah. Kedua ister yang sudah dilakukan perhubungan kelamin dengannya. Ketiga isteri yang tidak ditentukan maharnya tetapi sudah berlaku perhubungan kelamin, Manakala bagi isu atau kes berkaitan dengan tuntutan nafkah pula dinyatakan dengan 31 TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Normal Tebottal % Sato jelas dalam Bahagian VI - Nafkah Isteri, Anak Dan Lain-Lain. Terdapat 20 seksyen dalam a seksyen 79. bahagian ini bermula dengan seksyen 60 sehit Kesemua seksyen dalam bahagian ini membahaskan secara terperinci berkaitan dengan hak isteri dan anak berkenaan hak ehwal nafkah. Ini termasuklah pentaksiran nafkah, tempoh nafkah yang sepatutnya diberikan oleh suami kepada isterinya, sebab- sebab yang menggugurkan kelayakan menerima nafkah oleh isteri dan kuasa mahkamah bagi mengubah perintah atau penjagaan nafkah isteri dan anak. Dalil yang mewajibkan pemberian nafkah oleh suami kepada anak dan isterinya talah melalui Al-Quran dalam surah al-Talaq ayat ke-7 yang bermaksud: “Hendakiah orang yang mampu _memberi nafkah —menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya Gekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (ekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan ‘memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan’. Dalam surah al-Bagarah ayat ke- 233 pula, Allah SWT berfirman : Si Be wshys Sah HAS LB, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan ‘Kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma'ruf” Dan firman Allah SWT dalam surah al-Talag ayat ke-6 yang bermaksud: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat ediaman kamu seswai dengan kemampuan kamu dan janganlah kamu ‘membuat sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan ‘tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu) dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu dengan cara yang batk dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”. Dalam sebuah hadis berkaitan Hindun, yang mana dia telah datang kepada Rasulullah dan berkata "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang bakhil. Dia tidak membiayai nafkah saya dan anak saya dengan mencukupt. TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL Jormak Teborital % Saiovs Sasial Lalu Rasulullah @ bersabda, "Ambiliah hartanya sekadar yang ‘mencukupi untukmu dan anakmu dengan sepatutnya”. Hadis di atas menunjulkan bahawa kewajipan membiayai nafkah isteri adalah mutlak dan ia dinilaikan dengan kecukupannya.Manakala bagi isu atau kes berkaitan dengan tuntutan hadhanah pula dinyatakan dengan jelas dalam Bahagian VII - Hadhanah atau Penjagaan Kanak-Kanak. Terdapat 7 seksyen dalam bahagian ini bermula dengan seksyen 82 sehingga seksyen 88. Kesemua seksyen dalam bahagian int membahaskan secara terperinci berkaitan dengan hak isteri dan anak berkenaan hak ehwal hadhanah, Ini termasuklah senarai mereka yang berhak menjaga anak-anak dan kelayakannya, sebab-sebab yang menggugurkan kelayakan seseorang dalam hadhanah, tempoh penjagaan dan penjagaan anak-anak tak sah taraf. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Abdullah, bin Umar yang menyatakan bahawa telah datang seorang wanita menemui Rasulullah 2 dan bertanya: “Wahai Rasulullah, ini adalah anakku, perutku yang mengandungnya, buah dadaku yang menyusukannya, ribaku yang memangkunya, Sesungguhnya bapanya telah menceraikanku dan mahu merampas anak ini daripadaku" Maka Rasulullah @ bersabda kepadanya yang bermaksud: *“Sesungguhnya engkaulah yang berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Begitu juga dengan hadis Nabi Muhammad # yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. yang bermaksud: Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa Nabi # telah memberi pilihan kepada seorang kanak-kanak lelaki untuk memilih bapa atau ibunya, Baginda bersabda: “Wahai budak! Ini bapamu dan ini ibumu, pilihlah". Kedua-dua hadis ini menunjukkan penghakiman Rasulullah & terhadap masalah hadhanah selepas berlakunya perceraian pada zaman baginda #. Dan seksyen-seksyen berkaitan hadhanah dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003 dilihat bersesuaian dengan dalil-dalil yang dinyatakan, PANDANGAN DAN PENILAIAN TERHADAP PEMAKAIAN HUKUM. SYARAK DALAM UNDANG-UNDANG Isu atau persoalan kajian adalah berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam sama ada ianya selari atau tidak dengan kehendak syariat. Hal ini kerana perceraian yang terjadi seringkali-menimbulkan pertikaian mengenai hak-hak. yang ingin dituntut oleh TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL setiap bekas suami dan isteri. Pada pandangan penulis, pemakaian hukum syarak dalam undang-undang keluarga Islam seperti yang diamalkan di Malaysia adalah suatu perkara yang sangat baik. Hal ini kerana sejarah Islam telah membuktikan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad @ telah mengangkat darjat wanita yang sebelumnya berada di tahap yang rendah. Oleh itu, menjadi kewajipan kita membuktikan bahawa Islam bukanlah agama yang menganiaya wanita tetapi sebaliknya Islam adalah satu agama yang sangat menjaga hak-hak wanita. Ini boleh dilihat melalui hak-hak wanita yang telah diceraikan mendapat pembelaan yang sewajarnya menurut syariat Islam, Penulis juga berpendapat bahawa Bahagian V Pembubaran Perkahwinan seksyen 58 Mut'ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut perlu diperhalusi lagi. Hal ini kerana hanya terdapat satu seksyen sahaja yang membahaskan tentang mut'ah. Pihak penggubal undang-undang syariah mungkin boleh menambah berkaitan jumlah kelayakan penerimaan muah oleh isteri yang diceraikan berdasarkan gaji suami. Manakala seksyen-seksyen yang membicarakan tentang hak-hak isteri selepas diceraikan berkaitan dengan tuntutan nafkah dan hadhanah diterangkan dan dihuraikan secara jelas dan nyata. Secara keseluruhan, perbincangan dan pelaksanaan hak - hak ister! seperti ‘mut’ah, hadhanah dan nafkah dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah menepati kehendak syariat Islam. Ini dibuktikan pada kenyataan- kkenyataan yang terdapat dalam enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Cumanya penambahbaikan boleh dilakukan dengan memasukkan sekali dalil-dalil naqli dalam enakmen tersebut bagi mengukuhkan lagi undang-undang keluarga Islam dalam negara Malaysia ini. KESIMPULAN Pendekatan yang dilakukan di Malaysia dalam konteks undang-undang keluarga Islam ini lebih menekankan usaha pembelaan hak-hak wanita yang telah diceraikan berdarkan konsep mut’ah, nafkah dan hadhanah. Isteri mempunyai hak untuk menuntut mut'ah dan nafkah yang tidak diberikan oleh suaminya di mahkamah, Isteri juga berhak ‘menuntut hak penjagaan anak-anak (hadhanah) selagi mana dia tidak melakukan apa-apa perkara yang melanggar syariat. Isteri menanggung beban bukti dalam mensabitkan seseorang sami berlaku cuai dan gagal dalam memberikan peruntukkan nafkah kepada isterinya dan sekiranya terdapat tuduhan isteri tersebut nusyuz yang menghalang dirinya daripada mendapat peruntukan nafkah, maka seseorang isteri juga menanggung beban bukti untuk membela dirinya di Mahkamah. Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Kelvarga Islam (Negeri Selangor) 2003, isteri berhak mendapat hak-hak mereka di mahkamah berdasarkan hak-hak yang dinyatakan dalam syariat Islam. Pada masa yang sama, usaha penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan _prinsip- prinsip Hukum Syarak berkaitan selari dan tepat dengan struktur undang-undang sedia ada. Proses memberi keterangan adalah satu proses yang penting bagi Hakim membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan muktamad. Akhir kata, Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor mempunyai peruntukan hak-hak wanita selepas perceraian seperti mut‘ah, nafkah dan hadhanah voowsovewselart dengamtuntutan syariat Islam. 34 TECHNICAL AND SOCIAL SCIENCE JOURNAL dermal Tebeoribal & Saios Sasial RUJUKAN Abdul Monir Yaacob (1998) Sejarah Perundangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Abdullah Muhammad bin Yazid : Ibnu Majah (1984), Sunan Ibnu Majah, juzuk ke-2, Percetakan Arab Saudi, Riyadh ‘Abu Bakar Jabir Al-Jazari (1979), Minhaj Al-Muslim, Maktabah Al-Kuliyyah Al-Azhariyyah, Kaherah, Abmad bin Hanbal (1972), Musnad mam Ahmad, jlid ke-9, Darul Ma'arif, Mesir Al-Syarbini, Muhammad (tt), Mughni al-Muhtaj ila ma'rifat mac ani Alfaz. al-Minhaj. Syirkah Mustafa al-Babiy al-Halabiy, Mesir http://guamansyariah blogspot.com /2013/03/kes-tuntutan-mutah-yang- dilapurkan_2.html http://wwL.utusan.com.my /utusan/ kewajipan-suamitfixzz3TP2CxRua Ibn Manzur (1999), Lisan al- ‘Arab. Beirut: Dar thya’ al-Turath Jurnal Hukum jilid 28 Bahagian 2 (2008) Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur Jurnal Hukum jilid 30 Babagian 1 (2010), Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga (2002), Kuala Lumpur Mustafa AL-Khin, (2009) Figh Mankaji As-Syafi’e (Terjemahan), Jabatan Mufti Negeri, Negeri Sembilan Noraini Idris (2010) Penyelidikan Dalam Pendidikan, Mc Graw Hill Education Malaysia, Malaysia. Wista Ahmad (2008), Perkahwinan Meniirué Perspektif Islam, Angkatan Edaran Ent. Sdn Bhd, Selangor, 1ra_Agama/20121010/ba_05 /Nafkah-isteri- KETERANGAN BERKENAAN PENULIS: Mohd Rusdan Bin Hasan Pensyarah_ Politeknik Sultan Idris Shah mohdrusdan@psis.edu.my Mohd Husni Bin Abd Halid Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah husni.a@psis.edumy Noorul Azuwa Binti Kamaruddin Guru Sek. Men. Keb. Seri Tanjung azuwahusni84@gmail.com

You might also like