You are on page 1of 8

1.

3 CABANG-CABANG FALSAFAH
. METAFIZIK (ONTOLOGI)
. EPISTEMOLOGI

By: Dr Sugunah Supermane


Metafizik (Ontologi)
• Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-
perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini
dan susunaturnya.
• Menurut kamus, metafizik merujuk kepada
“…yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”.
• Metafizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang
jauh melampaui penyiasatan saintifik.
• Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada
perkaitan sebab-akibat.
Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti berikut :
• Apa itu kebenaran ?
• Adakah Tuhan wujud ?
• Siapa itu manusia ?
• Apakah itu hidup ?
• Apakah itu kebebasan manusia ?
• Adakah dunia ini semata-mata
terdiri daripada jisim sahaja ?
• Adakah manusia mempunyai
akal ?
• Apakah hubungan antara akal
dan tubuh ?

Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:

Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “ baik” atau “ kurang baik “ ?


Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik ?
Epistemologi
• Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan.
• Berasal daripada perkataan Yunani episteme
yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan logos
yang bermakna “keterangan”.
• Berfokuskan kepada penganalisisan,
penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Epistemologi cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut :

• Apa itu ilmu ?


• Apakah sumber-sumber
pengetahuan ?
• Apa yang diketahui oleh
manusia ?
• Bagaimana kita tahu
bahawa kita ketahui
sesuatu ?
• Adakah ilmu statik atau
senantiasa berubah ?
Epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh
ilmu dan kesahan untuk mencari ilmu.
Antara sumber ilmu adalah seperti:
• Wahyu – pengetahuan yang
diperturunkan oleh Tuhan melalui
orang perantaraan tertentu yang
dipilihNya untuk disampaikan kepada
masyarakat umum.
• Berasaskan pengalaman
pancaindera – apa yang kita
lihat,dengar, rasa,sentuh dan bau
merupakan cara kita memperolehi
maklumat.
• Intuisi – pengetahuan yang diperolehi seseorang melalui
cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari.
• Pandangan pakar bidang berkenaan – berdasarkan ilmu dan
kemahiran yang dipunyai.
• Logik – kita mempunyai akal yang
membolehkan kita membuat
taakulan dan seterusnya
mengetahui sesuatu.
• Kaedah saintifik – melibatkan
carian jawapan kepada persoalan-
persoalan tertentu melalui
pengumpulan dan penganalisisan
data secara sistematik.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like