You are on page 1of 32

kandungan

Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

1. Pengenalan 4

2. Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari 5

3. Definisi 5

4. Visi Perubatan Tradisional Dan Komplementari 7

5. Misi Perubatan Tradisional Dan Komplementari 7

6. Objektif Dasar Perubatan Tradisional

Dan Komplementari Kebangsaan 8

6.1 Amalan 8

6.2 Latihan Dan Pendidikan 11

6.3 Bahan Mentah Dan Produk 13

6.4 Penyelidikan 15

7. Rangkaian Dan Kerjasama Antarabangsa 17

Kesimpulan 17
Dasar Perubatan Traditional Dan Komplementari Kebangsaan

Penghargaan
SENARAI AHLI JAWATANKUASA TETAP PERUBATAN TRADISIONAL DAN
KOMPLEMENTARI 2001 /2003

Kementerian Kesihatan Malaysia Prof. Madya Dr Kombara Maheendran


Kuliyah Perubatan
Dato’Dr Hj Mohd Ismail Merican Universiti Islam Antarbangsa Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Ahmad Asmadi Yusof
Fakulti Perubatan .
Che Mohd Zin Che Awang Universiti Kebangsaan Malaysia
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Badan Payung
Dr Narimah Awin
Pengarah Tuan Haji Hamzah Abu
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Presiden
Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia
Dr. Lye Munn Sann (PUTRAMAS)
Pengarah
Institut Penyelidikan Perubatan- En Thong Chong Khat
Setiausaha Agung
Dr Ong Chee Leng Federation of Chinese Physician and Medicine Dealers
Pengarah Bahagian Amalan Perubatan Association of Malaysia (FCPMDAM)

Dr Zakiah Ismail En B. Moorthy


Ketua Bahagian Biokimia Setiausaha Agung
Institut Penyelidikan Perubatan Pertubuhan Perubatan Tradisional India Malaysia
(PEPTIM)
En Jaafar Lassa
Ketua Penolong Pengarah Dr Mohamed Ishak Syed Ahmad
Bahagian Analisis Ubat Presiden
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia Society for Complementary Therapies.(MSCT)

Dr Mohd Khairi Yakub En Mohamed Hairudin Abdul Hamid


Setiausaha Presiden
Majilis Perubatan Malaysia Majilis Perubatan Homeopathi Malaysia (MPHM)

Dr Hjh Safurah Hj Jaafar World Health Organization


Timbalan Pengarah Dr Uh Susantha De Silva
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Badan Bukan Kerajaan
Dr. Sabariah Hj Abd Hamid
Penolong Pengarah Dr Lee Yan San
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Dr Mohd Safiee Ismail Prof. Madya Dr Sharifah Zainiyah Syed Yahya


Penolong Pengarah Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (PDPKAM)

Wakil Dari Universiti Tempatan Prof. Dr. Zhari Ismail


Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
Dato’ Prof Madya Dr Zaliha Omar
Ketua Jabatan Sains Kesihatan Sekutu Dr Syed Kamarudin Wazir
Fakulti Perubatan Universiti Malaya Malaysian Herbal Corporation

Prof. Madya Dr Abd Rashid Abd Rahman En Rajen M


Timbalan Dekan Penyelidikan Malaysia Herbal Coporation
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia

2
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
National Policy of Traditional and Complimentary Medicine

Penghargaan
SENARAI AHLI JAWATANKUASA TETAP PERUBATAN TRADISIONAL DAN
KOMPLEMENTARI 2003/2006

Kementerian Kesihatan Malaysia Wakil Dari Universiti

Y. Bhg Datuk Dr. M . S . Pillay Prof Dr Abd Rashid Abd Rahman


Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Cyberjaya University College of Medical Sciences
(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal)
Prof. Dr. Ibrahim Jantan
Datin Napsah Mahmud Jabatan Farmasi
Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia
Bahagian Perubatan Tradisional dan
Komplementari (Sesi 2005/2006) Badan Payung

Dr. Ramli B. Abd. Ghani Tuan Hj Hamzah Abu


Pengarah Presiden
Bahagian Perubatan Tradisional dan Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia
Komplementari (PUTRAMAS)

Dato’ Che Mohd Zin Che Awang En Tan Kee Huat


Pengarah Head of TCM Practitioner Council,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Federation of Chinese Physicians And Medicine-Dealers
Associations of Malaysia (FCPMDAM)
Dato’ Dr Hjh Narimah Awin
Pengarah En. Liow Tuck Soon
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Presiden
Chinese Physician’s Association of Malaysia (MCPA)
Dr Mohd Khairi Bin Yakub
Pengarah Amalan Perubatan En Ng Poh Kok
Bahagian Amalan Perubatan Setiausaha
Federation of Chinese Physicians &
Pn. Eishah Abd. Rahman Acupunctirists Association of Malaysia (FCPAAM)
Pengarah
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Dato’ Dr Dorai Raja
Presiden
Dr Ng Kok Han Pertubuhan Perubatan Tradisional India Malaysia
Pengarah (PEPTIM)
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
Dr Mohamed Ishak Syed Ahmad
Dr. Nor Shahidah Khairullah Presiden
Pengarah Malaysia Society for Complementary Therapies
Institut Kebangsaan Produk-Produk Asli, Vaksin & (MSCT)
Biologikal
Institut Penyelidikan Perubatan Tuan Haji Mohammed B. Mohd Noor
Presiden
Dr Zakiah bt Ismail Majlis Perubatan Homeopathi Malaysia (MPHM)
Ketua Pusat Penyelidikan Herba (HMRC),
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) World Health Organization
Dr Han Teiru
Dr. Wan Mazlan Bin Mohd Woojdy
Setiausaha Badan Bukan Kerajaan
Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
Datuk Dr Lee Yan San
En. Jaafar b. Lassa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perubatan Tradisional dan Prof. Dr. Zhari Ismail
Komplementari Persatuan Farmasi Malaysia
Dr. Shamsaini bt Shamsuddin Dato’ Dr Neoh Soon Bin
Ketua Penolong Pengarah Soon Soon Group of Companies
Bahagian Perubatan Tradisional dan
Komplementari Dr. Syed Kamaruddin Wazir
Malaysian Herbal Corporation (MHC).
Dr. Goh Cheng Soon c/o Malaysian Industry-Government Group for High
Ketua Penolong Pengarah Technology (MIGHT)
Bahagian Perubatan Tradisional dan
Komplementari

3
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

1. PENGENALAN

Sedekad yang lalu perubatan tradisional telah memberi sumbangan


penting dalam penjagaan kesihatan manusia. Perubatan tradisional
dan komplementari bertindak sebagai penaung rawatan penyakit
kepada masyarakat bagi mengekalkan kesihatan. Kebenaran
penggunaan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) tersebar
dengan luas sekali dan semakin meningkat. Malaysia yang kaya dengan
biodiversiti tropika adalah merupakan sumber semulajadi untuk produk-
produk kesihatan dan kini kerajaan menganggap ianya berpotensi
besar.

Sejak merdeka, Malaysia telah menubuhkan dan membangunkan


sistem penjagaan kesihatan moden yang mana semua rakyat boleh
berbangga dengannya. Sementara itu perubatan komplementari juga
mula bertapak di Malaysia. Minat dan permintaan untuk penjagaan
kesihatan secara semulajadi terus meningkat secara global dan juga
berkembang pesat di Malaysia. Ianya memerlukan pendekatan baru
untuk kemajuan dan pembangunan perubatan tradisional dan
komplementari. Ianya sejajar dengan anjakan paradigma dalam
penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedia maklum tentang


pentingnya peranan yang dimainkan oleh PTK dalam aspek
pencegahan, promotif dan penyembuhan kesihatan untuk sebahagian
besar penduduk, terutamanya dalam negara-negara membangun dan
mengalakkan penggunaannya. Oleh sebab itu, WHO menggalakan
ahli-ahli menyokong perubatan tradisional dan komplementari serta
perkembangannya dengan penilaian yang berterusan dan merangka
dasar serta peraturan yang sesuai untuk sistem kesihatan kebangsaan.

Berdasarkan tinjauan kebangsaan pengguna Perubatan Tradisional


dan Komplementari yang dijalankan di seluruh negara pada tahun 2004,
69.4%(67.6% -71.2%) rakyat Malaysia pernah menggunakan PTK
semasa hayat. Sementara 55.6% (53.8% -57.4%) melaporkan pernah
menggunakan PTK dalam masa 12 bulan sebelum tinjauan dilakukan.
Kajian seluruh dunia juga menunjukkan lebih daripada 40% penduduk
sesebuah negara menggunakan perubatan tradisional dan
komplementari untuk keperluan penjagaan kesihatan mereka.

4
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Kementerian Kesihatan telah mengambil pendekatan yang positif dan


proaktif dalam memastikan kualiti dan keselamatan PTK ke atas para
pengguna. Kementerian juga menyokong sebarang usaha
mengintegrasikan PTK dengan perubatan moden di mana setelah
diperkenalkan, ianya akan diserap sekiranya bersesuaian ke dalam
sistem utama kesihatan nasional.

2. DASAR PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Sistem perubatan tradisional dan komplementari adalah merupakan


komponen penting dalam sistem penjagaan kesihatan. Ianya akan
wujud bersama perubatan moden ke arah meningkatkan kesihatan
dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.

Kerajaan akan mempermudahkan pembangunan perubatan tradisional


dan komplementari di negara ini dan memastikan kualiti dan
keselamatan amalan dan juga produk tradisional dan komplementari.
Ini akan membantu dalam mengenalpasti kepentingan kesihatan,
ekonomi dan sosial.

3. DEFINISI

Sehingga kini tiada lagi definisi yang diterimapakai untuk “Perubatan


Tradisional” dan “Perubatan Komplementari”. Definisi di bawah akan
dijadikan asas dalam pendekatan kerajaan untuk pembangunan
perubatan tradisional dan komplementari.

i. Perubatan Tradisional

Perubatan tradisional dirujuk sebagai amalan, pendekatan,


pengetahuan dan kepercayaan terhadap kesihatan yang
melibatkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan ubat-ubatan
berasaskan mineral, terapi-terapi spiritual, teknik-teknik manual
dan senaman, yang diaplikasikan secara khusus mahupun
gabungan bagi merawat, diagnosis serta mencegah penyakit dan
mengekalkan kesihatan.

WHO Traditional Medicine Strategy 2002–2005

5
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

ii. Perubatan Komplementari

“Perubatan komplementari secara praktisnya merujuk kepada


kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan, yang berasal
daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman”.

Pejabat Jabatan Kesihatan Scotland,


Perubatan Komplementari dan Khidmat Kesihatan Nasional (London, November 1996)

iii. Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK)

“Amalan perubatan tradisional dan komplementari yang diamalkan


bersama, selain daripada perubatan atau pembedahan oleh
pengamal perubatan berdaftar seperti yang terkandung dalam
Akta Perubatan 1971.”
Malaysian Medical Council, Ministry of Health, Malaysia (2001)

iv. Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

Pengamal perubatan tradisional dan komplementari adalah


pengamal seperti yang dinyatakan dalam para (i) diatas dan telah
berdaftar dengan Badan Pengamal PTK.

v. Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

Badan Pengamal PTK adalah badan kebangsaan yang berdaftar


dengan Pendaftar Pertubuhan, dan ianya dilantik oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendaftar dan
mengawal pengamal PTK melalui kod amalan dan etika. Terdapat
lima badan penaung sehingga kini, iaitu Melayu, Cina, India,
Komplementari dan Homeopati.

vi. Jawatankuasa Tetap Perubatan Tradisional dan


Komplementari

Jawatankuasa Tetap PTK yang dipengerusikan oleh Timbalan


Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal)
terdiri daripada pegawai-pegawai atasan KKM, perwakilan
daripada universiti-universiti, badan professional, World Health

6
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Organization (WHO) dan badan-badan pengamal PTK.


Jawatankuasa ini bertanggungjawab kepada pembangunan PTK.

vii. Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari

Majlis PTK adalah badan tertinggi yang dipengerusikan oleh Ketua


Pengarah Kesihatan, dengan ahli-ahli yang dicalonkan dari
berbagai-bagai “stakeholders of health”.

4. VISI PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Perubatan tradisional / komplementari akan diintegrasikan secara


optimum ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan bagi
mencapai pendekatan holistik dalam meningkatkan kesihatan dan
kualiti hidup.

5. MISI PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Untuk memastikan penggunaan perubatan tradisional dan


komplementari adalah selamat dan berkualiti bagi mencapai potensi
yang optimum dalam penjagaan kesihatan melalui:

• Promosi penggunaan perubatan tradisional dan komplementari


yang betul dan munasabah terutama dalam sistem penjagaan
kesihatan primer.

• Pendidikan dan latihan yang bersesuaian untuk pengamal PTK.

• Menyokong dan menerima produk dan amalan yang selamat


digunakan dan berkualiti mengikut piawaian.

• Memperkukuhkan aktiviti pembangunan dan penyelidikan dalam


PTK.

• Mempromosi dan menyokong PTK.

• Pemuliharaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk pembangunan


PTK.

7
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

• Meningkatkan kerjasama teknikal antarabangsa dan pertukaran


maklumat.

6. OBJEKTIF DASAR PERUBATAN TRADISIONAL DAN


KOMPLEMENTARI KEBANGSAAN

Objektif Umum

Untuk memastikan amalan dan produk adalah selamat dan


berkualiti serta mudah diperolehi.

Memudahkan integrasi perubatan tradisional dan komplementari


ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan.

Objektif Spesifik

Objektif spesifik terbahagi kepada empat komponen utama iaitu:-

6.1 Amalan

6.2 Latihan dan Pendidikan

6.3 Bahan Mentah dan Produk

6.4 Penyelidikan

Bagi setiap komponen, strategi-strategi berikut telah dirangka :

6.1 Amalan

Objektif Spesifik

Untuk menyelaraskan amalan perubatan tradisional dan


komplementari di bawah badan pengamal PTK dengan
mengunakan pendekatan berperingkat dari swa-kawal
(Self-regulation) ke peraturan statutori.

8
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Untuk mewujudkan sistem pendaftaran bagi pengamal-pengamal


perubatan tradisional dan komplementari.

Untuk mempromosikan penggunaan perubatan tradisional dan


komplementari dan meminimumkan kesan advers.

Untuk mempromosikan amalan perubatan tradisional dan


komplementari agar ianya boleh diterima pakai.

Untuk memastikan perubatan tradisional dan komplementari


diamalkan di pusat-pusat perubatan tradisional dan komplementari
yang berdaftar.

Untuk memudahkan pembangunan amalan perubatan tradisional


dan komplementari dengan mengintegrasikannya ke dalam sistem
penjagaan kesihatan kebangsaan.

STRATEGI

Bagi mencapai objektif-objektif tersebut, beberapa strategi telah


dicadangkan seperti berikut:-

Pembangunan profesionalisma pengamal-pengamal perubatan


tradisional dan komplementari perlu dipertingkatkan secara sistematik.
Pada masa sekarang, pengamal-pengamal menawarkan perkhidmatan
mereka samada di premis-premis berdaftar atau di rumah-rumah
persendirian. Oleh yang demikian, mereka perlu didaftarkan, diiktiraf
dan dikawal untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah
selamat.

Amalan perubatan tradisional dan komplementari yang menepati


kriteria dan tahap piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Perubatan
Tradisional dan Komplementari akan menjadi lebih selamat untuk
digunakan oleh masyarakat.

Semua badan pengamal perubatan tradisional dan


komplementari yang diiktiraf perlu menetapkan piawai dan
kriteria bagi memastikan kualiti dan amalan yang selamat.

9
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Semua badan pengamal perubatan tradisional dan


komplementari yang diiktiraf harus menguatkuasakan kod
etika dan amalan yang telah ditetapkan oleh KKM, melalui
proses swa-kawal.

Semua badan pengamal perubatan tradisional dan


komplementari yang diiktiraf perlu mematuhi standard dan
kriteria amalan berdasarkan penilaian rakan sejawat (peer
evaluation).

Badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari akan


menyelenggarakan pendaftaran ahli atau organisasi-organisasi
ahli.

Badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari akan


membangunkan kriteria bagi keanggotaan atau pengiktirafan
pengamal. Mereka juga akan menentukan kod amalan dan etika
serta proses dan prosedur disiplin.

Badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari perlu


mempunyai mekanisma untuk mengendalikan aduan orang ramai.

Badan pengamal perubatan tradisional dan komplementari perlu


mewujudkan prosedur disiplin yang telus dan harus mengambil
tindakan disiplin kepada ahli yang didapati melanggar kod amalan
dan etika.

Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari dan ahli


Jawatankuasa Tetap Perubatan Tradisional dan Komplementari
perlu mengiktiraf peraturan dan undang-undang badan pengamal
PTK serta menggalakkan mereka untuk menyebarkan maklumat
tentang amalan perubatan tradisional dan komplementari yang
baik.

Badan pengamal PTK perlu mengalakkan ahli-ahli mereka untuk


mempunyai pelindungan insurans yang mencukupi.

10
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

6.2 Latihan dan Pendidikan

Objektif Spesifik

Untuk memastikan semua pengamal perubatan tradisional dan


komplementari menjalani sistem pendidikan dan latihan yang
formal.

Untuk membangunkan proses akreditasi.

Untuk memastikan pengamal perubatan moden mempunyai


kesedaran dan pengetahuan yang cukup tentang perubatan
tradisional dan komplementari untuk saling bekerjasama dengan
pengamal-pengamal.

Untuk memastikan orang ramai mempunyai pengetahuan yang


cukup tentang perubatan tradisional dan komplementari bagi
mereka membuat keputusan yang bijak tentang modaliti yang
dipilih.

STRATEGI

Bagi mencapai objektif-objektif tersebut, beberapa strategi telah


dicadangkan seperti berikut

Dewasa ini, masih belum ada sistem pendidikan atau latihan formal di
institusi pengajian tempatan dan tiada tahap piawaian atau penilaian
akreditasi terhadap program-program latihan antarabangsa
menyebabkan kurangnya keyakinan masyarakat terhadap perubatan
tradisional dan komplementari terutamanya oleh pengamal perubatan
moden. Bagi memastikan kualiti pendidikan dan latihan perubatan
tradisional dan komplementari beberapa strategi dicadangkan:

Mewujudkan institusi-institusi latihan perubatan tradisional dan


komplementari kerajaan atau swasta yang formal oleh
Kementerian Pengajian Tinggi, badan-badan korporat, badan-
badan bukan kerajaan ataupun pertubuhan-pertubuhan perubatan
tradisional dan komplementari.

11
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Pengiktirafan, akreditasi dan pentauliahan institusi-institusi


perubatan tradisional dan komplementari dan pengamal, yang
dilatih dalam atau luar negara oleh Lembaga Akreditasi Negara
(LAN).

Menggalakkan program latihan berkembar perubatan tradisional


dan komplementari antara institusi tempatan dengan luar negara.

Menjadikan program pembangunan professional (CPD) sebagai


satu kriteria untuk pengekalan pendaftaran.

Pada masa sekarang, masih wujud perasaan kurang yakin pengamal


perubatan moden terhadap perubatan tradisional dan komplementari
kerana kurangnya maklumat dan bukti saintifik berkenaan dengan
amalan atau kaedah perubatan tradisional dan komplementari. Untuk
meningkatkan keyakinan dan kerjasama serta perkongsian bijak,
pengamal perubatan moden perlu mempunyai pengetahuan berkenaan
perubatan tradisional dan komplementari melalui:

Penggabungan modul-modul perubatan tradisional dan


komplementari yang berkaitan ke dalam kurikulum dan latihan
perubatan moden serta sains kesihatan bagi program ijazah dan
ijazah lanjutan di institusi pengajian tinggi tempatan.

Memperkenalkan perubatan tradisional dan komplementari dalam


program pembangunan profesional berterusan bagi pengamal
perubatan moden.

Pertukaran lawatan oleh kedua-dua pengamal ke premis-premis


contoh.

Menyediakan tajaan-tajaan untuk program latihan perubatan


tradisional dan komplementari dengan penglibatan daripada
badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan- pertubuhan perubatan
tradisional dan komplementari serta badan korporat.

Mengadakan insentif untuk latihan bagi sub-specialities dengan


memberi biasiswa atau pakej kewangan istimewa untuk
pendidikan lanjutan.

12
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Peningkatan permintaan terhadap produk dan amalan perubatan


tradisional dan komplementari di kalangan masyarakat adalah hasil
daripada promosi besar-besaran, amalan yang merangkumi seluruh
aspek kehidupan harian serta wujudnya keperluan untuk amalan
penjagaan kesihatan alternatif. Bagi membolehkan pengguna membuat
pilihan yang tepat, langkah-langkah berikut adalah dicadangkan:

Satu sistem penyebaran maklumat yang lebih berkesan perlu


diwujudkan supaya maklumat yang tepat diperolehi oleh pengguna
mengenai amalan perubatan tradisional dan komplementari yang
betul.

Menggabungkan maklumat tentang perubatan tradisional dan


komplementari sebagai komponen penting dalam pembangunan
profesional berterusan (CPD).

6.3 Bahan Mentah Dan Produk

Objektif Spesifik

Untuk memudahkan pembangunan satu sistem perancangan yang


menyeluruh bagi memastikan bekalan bahan mentah yang
berterusan dan menepati tahap piawaian yang ditetapkan.

Untuk memastikan pemuliharaan yang efektif terhadap tumbuh-


tumbuhan berubat dengan penglibatan agensi-agensi berkaitan.

Untuk menggalakkan penyertaan sektor industri dalam


pembangunan perubatan tradisional dan komplementari tanpa
menjejaskan kualiti dan keselamatan.

Untuk memastikan penyebaran maklumat dan promosi perubatan


tradisional dan komplementari dibuat dengan bertanggungjawab
dan selaras dengan undang-undang sedia ada.

Untuk mengukuhkan kawalan terhadap pengeluaran, pengedaran,


import dan eksport produk perubatan tradisional dan
komplementari.

13
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Untuk memudahkan pembangunan dan pelindungan terhadap


harta intelek berkaitan pengetahuan, adat resam serta sumber
biologi perubatan tradisional dan komplementari.

Untuk mengukuhkan penilaian dan pemantauan produk perubatan


tradisional dan komplementari yang terbukti selamat, efektif dan
berkualiti tinggi.

STRATEGI

Bagi mencapai objektif-objektif tersebut, beberapa strategi telah


dicadangkan seperti berikut:-

Malaysia yang kaya dengan pelbagai khazanah alam tropika berada


di landasan yang betul untuk menjadi pengeluar utama bagi
pengeluaran produk penjagaan kesihatan tradisional dan
komplementari. Namun penggunaan bahan-bahan mentah terpiawai
dalam penghasilan sesuatu produk adalah amat rendah. Walaupun
pengilang tempatan perlu akur kepada Amalan Perkilangan Baik (GMP),
tidak ada ketetapan buat masa kini bagi penggunaan bahan mentah
terpiawai.

Maka, bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam industri


perubatan tradisional dan komplementari, teknologi moden,
penyelidikan terkini dan kaedah pemprosesan perlu diperkenalkan.
Beberapa strategi dicadangkan:

Bekalan berterusan bahan-bahan mentah tradisional dan


komplementari bermutu boleh dicapai melalui pembangunan
rancangan penanaman dan juga perlindungan sumber asli,
semulajadi dan teknologi daripada dieksploitasi; dengan
kerjasama agensi lain.

Program pembangunan menyeluruh untuk tahap piawaian bahan-


bahan mentah tradisional dan komplementari.

Penghasilan produk perubatan tradisional dan komplementari


yang berterusan dengan mematuhi tahap piawaian yang diterima

14
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

pakai dengan menggunakan kaedah-kaedah pemprosesan yang


sesuai.

Bukti-bukti saintifik bagi menyokong keberkesanan sesuatu


produk perubatan tradisional dan komplementari perlu
didokumentasi sebagai rujukan.

Mengemaskini dan mengembangkan monograf tumbuh-tumbuhan


Malaysia secara berterusan ke arah mengeluarkan farmakopoeia
untuk perubatan tradisional dan komplementari.

Pembangunan program-program kesedaran antara pengilang,


pengedar dan agen-agen produk perubatan tradisional dan
komplementari adalah penting bagi penyebaran maklumat yang
tepat.

6.4 Penyelidikan

Objektif Spesifik

Untuk memberi keutamaan, menggalakkan, memudahkan dan


membimbing penyelidikan saintifik terhadap amalan dan produk
perubatan tradisional dan komplementari.

Untuk membangunkan kaedah dan teknologi yang bersesuaian


bagi mengawal kualiti, keselamatan dan kemujaraban perubatan
herba dan ubat tradisional.

Untuk membangunkan pengkalan data bagi memudahkan


pengamal perubatan moden, pengguna, pengilang dan agensi-
agensi lain, yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dengan perubatan tradisional dan komplementari mendapatkan
maklumat.

STRATEGI

Bagi mencapai objektif-objektif tersebut, beberapa strategi telah


dicadangkan seperti berikut:-

15
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Walaupun perubatan tradisional dan komplementari amat bermanfaat


namun tidak selalunya disokong oleh bukti saintifik. Oleh yang
demikian, penyelidikan saintifik diperlukan untuk menyediakan bukti
keselamatan dan keberkesanan produk dan amalan perubatan
tradisional dan komplementari.

Program penyelidikan dan pembangunan yang sistematik dengan


penekanan terhadap kualiti, keselamatan dan kemujaraban akan
diwujudkan untuk memudahkan penerimaan dan integrasi perubatan
tradisional dan komplementari dalam sistem penjagaan kesihatan sedia ada.

Pendekatan terancang program penyelidikan dan pembangunan


perubatan tradisional dan komplementari perlu diterimapakai.
Pendekatan mestilah merangkumi penggunaan protokol dan garis
panduan yang diluluskan oleh badan-badan antarabangsa seperti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Bangsa-Bangsa Bersatu
dan Jawatankuasa Harmonisasi Antarabangsa yang berkaitan
dengan perubatan tradisional dan komplementari. Penyelidikan
yang dimaksudkan adalah penyelidikan eksperimental dan
gunaan serta penyelidikan klinikal.

Peruntukan yang mencukupi bagi penyelidikan perubatan


tradisional dan komplementari harus disediakan selaras dengan
kemajuan semasa dan perkembangan penyelidikan perubatan
tradisional dan komplementari.

Personel terlatih dalam penyelidikan dan pembangunan perubatan


tradisional dan komplementari perlu disediakan melalui aktiviti-
aktiviti pembangunan keupayaan yang teratur.

Pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan perubatan tradisional


dan komplementari perlu dikenalpasti dan dibangunkan di bawah
Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hak intelek


bagi melindungi penemuan-penemuan dalam penyelidikan atas
perubatan tradisional dan komplementari perlu dibangunkan dan
dilaksana.

16
Dasar Perubatan Tradisional Dan Komplementari Kebangsaan

Pengkalan data mengenai perubatan tradisional dan


komplementari dengan hubungkait kebangsaan dan
antarabangsa perlu ditubuhkan.

7. RANGKAIAN DAN KERJASAMA ANTARABANGSA

Perkembangan pesat perubatan tradisional dan komplementari di


serata dunia dan perkongsian yang lebih besar antara perubatan
moden dan perubatan tradisional dan komplementari akan lebih
bermanfaat melalui

Kerjasama serantau dan antarabangsa dengan pusat-pusat


perubatan tradisional dan komplementari lain menerusi seminar,
bengkel dan aktiviti lain.

Menubuhkan pusat rujukan dengan kemudahan jaringan untuk


amalan, latihan, pendidikan dan penyelidikan oleh badan-badan
perubatan tradisional dan komplementari.

KESIMPULAN

Pembangunan polisi kebangsaan perubatan tradisional dan


komplementari di Malaysia akan membantu mengukuhkan peranan
perubatan tradisional dan komplementari dalam sistem penjagaan
kesihatan kebangsaan dan pelengkap kepada usaha menuju integrasi
rangkaian penjagaan kesihatan untuk kebaikan pembekal penjagaan
kesihatan dan juga masyarakat.

17
content
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

1. Introduction 19

2. Policy Statement On Traditional And Complementary Medicine 20

3. Definitions 20

4. Vision For Traditional And Complementary Medicine 22

5. Mission For Traditional And Complementary Medicine 22

6. Objectives Of The National Policies On Traditional

& Complementary Medicine 23

6.1 Practice 24

6.2 Education And Training 26

6.3 Raw Materials And Products 28

6.4 Research 30

7. Networking And International Colloboration 31

Conclusion 31
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

1. INTRODUCTION

For the past decades, traditional medicine has made significant


contributions to the health care of our people. Traditional medicine
continues to be patronised by the community to treat disease and
maintain health. It is widely acknowledged that the use of Traditional
and / or Complementary Medicine (T/CM) is widespread and increasing.
Malaysia’s rich tropical biodiversity is a reliable source for natural health
products and the government is now addressing its full potential.

Since independence, Malaysia has established and developed a


modern healthcare system, which all Malaysians can be proud of.
Meanwhile complementary medicine has also taken root in Malaysia.
The growing global interest and demand for natural healthcare and the
widespread use of T/CM in this country, necessitates a new approach
to the development of T/CM. This is consistent with the paradigm shift
in healthcare that is taking place throughout the world.

The World Health Organisation (WHO) is aware of the important role


played by T/CM in preventive, promotive and curative aspects of health
for a large proportion of the population, especially in developing
countries, and advocates tapping its usefulness. It therefore encourages
member states to support T/CM and the continuous evaluation,
formulation of policies with appropriate regulations suited to their specific
national health systems.

Based on nation wide survey conducted in 2004 regarding Traditional


and Complementary Medicine utilization by the Malaysian public, the
prevalence of the population who has ever used T/CM in their life time
is 69.4 % ( 67.6 % - 71.2 %). 55.6 % ( 53.8% - 57.4%) of the population
reported that they have used T/CM in the last 12 months prior to the
survey. This could well be gross under-reporting, as studies around
the world have shown that more than 40% of the population in many
countries are using T/CM for their healthcare needs.

The Ministry of Health has taken a positive and proactive approach


towards T/CM to ensure its quality and safety for the consumers. It
supports efforts to integrate T/CM with modern medicine and will
introduce it, incrementally where appropriate, into the mainstream of
our national health system.

19
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

2. POLICY STATEMENT ON TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY


MEDICINE

Traditional / complementary medicine (T/CM) system shall be an


important component of the healthcare system. It will co-exist with
modern medicine and contributes towards enhancing the health and
quality of life of all Malaysians.

The government will facilitate the development of T/CM in the country


and ensures the quality, safe practices and products of T/CM. It will
support the identification of its health, economic and social benefits.

3. DEFINITIONS

There is as yet, no universally agreed definition for “Traditional Medicine”


and or “Complementary Medicine”. The definitions below shall be the
basis of the Government’s approach to the development of T/CM.

i. Traditional Medicine

“Traditional medicine define as diverse health practices,


approaches, knowledge and beliefs incorporating plant, animal,
and/or mineral based medicines, spiritual therapies, manual
techniques and exercises applied singularly or in combination to
maintain well-being, as well as to treat, diagnose or prevent
illness.”
WHO Traditional Medicine Strategy 2002–2005

ii. Complementary Medicine

“Complementary medicine, in practice refers to a wide range of


health interventions originating from different cultures across
thousands of years of history”.

Scottish Office Department of Health,Complementary Medicine and the National


Health Services (London November 1996).

20
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

iii. Traditional and Complementary Medicine (T/CM)

“Traditional and Complementary Medicine practice together is


other than practice of medicine or surgery by registered medical
practitioners, as defined in Medical Act 1971.”
Malaysian Medical Council, Ministry of Health, Malaysia (2001).

iv. Traditional / Complementary Medicine practitioners

“T/CM Practitioners are practitioners as defined under Sub-


paragraph (i) above and are registered with T/CM Practitioner
Bodies”.

v. Traditional / Complementary Medicine Practitioner Bodies


The T/CM Practitioner Bodies are national bodies that are
registered with the Registrar of Societies, and appointed by the
Ministry of Health (MOH) to self-regulate their practitioners through
the compliance of codes of ethics and practice.

There are five Practitioner Bodies at present, namely, the Malay,


Chinese, Indian, Complementary and Homeopathy.

vi. Traditional / Complementary Medicine Standing Committee

The T/CM Standing Committee which is chaired by the Deputy


Director General of Health (Research and Technical Support)
comprises of relevant senior officers from the Ministry of Health,
representatives from local universities, professional bodies, World
Health Organization (WHO )and the Practitioner Bodies. It is
responsible for the development of T/CM in line with national policy.

vii. Traditional / Complementary Medicine Council

The T/CM Council is a committee which is chaired by the Director


General of Health, with appointed members from the various
stakeholders of health. It advises the T/CM Standing Committee
on the policy direction and position to be taken.

21
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

4. VISION FOR TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE

T/CM shall optimally be integrated into the Malaysian healthcare system


to achieve a holistic approach towards enhancing health and the quality
of life.

5. MISSION FOR TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE

To ensure quality and safe use of T/CM products and practices in order
to attain the optimum potential in healthcare delivery through:

• Promotion of the proper practice of T/CM particularly in the Primary


Health Care delivery system

• Appropriate education and training of T/CM practitioners

• Adherence to acceptable standards of safety and quality for


products and practices

• Establishment of strong research and development activities in T/CM

• Promotion and advocacy of T/CM

• Conservation of plants and animals for progress of T/CM


development

• Enhancing international technical co-operation and exchanges


relevant to T/CM

22
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

6. OBJECTIVES OF THE NATIONAL POLICIES ON TRADITIONAL &


COMPLEMENTARY MEDICINE

General Objectives

To ensure that safe, quality T/CM products and practices are made
available to the public.

To facilitate the integration of T/CM into the national healthcare


system.

Specific Objectives

The specific objectives are divided into four main components:-

6.1 Practice

6.2 Education and Training

6.3 Raw Material and Products

6.4 Research

For each of these components, the following strategies have been


drawn:

23
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

6.1 Practice

Specific Objectives

To regulate the practice of T/CM by T/CM Practitioner Bodies using


a phased approach, from self-regulation to statutory regulations.

To establish a registry of all T/CM practitioners.

To promote the rational use of T/CM in order to minimise adverse


effects.

To promote acceptable practices of T/CM.

To ensure T/CM is practised in registered T/CM facilities.

To facilitate the development of T/CM practice and its integration


into the national health care system of the country.

STRATEGIES

The following strategies are proposed to achieve the above objectives:-

The professionalism and systematic development of T/CM practitioners


need to be enhanced. The practitioners offer their services either
through registered premises or from their homes. There is a need to
register them, recognise and regulate their practice to ensure safe
practices are adhered to.

T/CM practices will be made safe for the public through acceptable
standards and criteria, as endorsed by the T/CM Council.

All established T/CM Practitioner bodies are required to set


their standards and criteria that will ensure quality and safe
practices.

24
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

All established T/CM Practitioner Bodies are required to


enforce code of ethics and practices that have been endorsed
by the Ministry of Health, through a process of self-regulation.

All established T/CM practitioners are required to comply with


these set standards and criteria of practices, through peer
evaluation.

The T/CM Bodies shall maintain a register of their members or


member organisations.

T/CM Bodies shall develop criteria for membership or credentialing


of practitioners. They will determine the code of conduct, ethical
practice, and disciplinary processes and procedures.

T/CM Bodies shall have in place, a mechanism for complaints by


members of the public.

T/CM Bodies shall have in place a disciplinary procedure that is


accessible to the public and shall take disciplinary action against
errant members who are found to breach the code of conduct
and ethics.

The T/CM Council and T/CM Standing Committee shall recognise


the T/CM Bodies’ rules and regulation and endorse their efforts to
disseminate information, on good T/CM practices.

T/CM Bodies shall encourage their members to have adequate


professional indemnity insurance.

25
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

6.2 Education And Training

Specific Objectives

To ensure all T/CM practitioners undergo a formalised system of


education and training.

To put in place a process for accreditation.

To ensure modern medicine providers have adequate awareness


and knowledge of T/CM to allow for healthy co-existence and
mutual understanding with T/CM practitioners.

To ensure the general public has appropriate and adequate


knowledge of T/CM to make informed decisions and choices of
T/CM modalities.

STRATEGIES

The following strategies are proposed to achieve the above objectives:-

Presently there is no system for formal education and training locally


and any standardisation and accreditation of overseas training
programmes resulting in a lack of confidence on T/CM by the general
public, especially by modern medicine providers. To ensure quality of
education and training in T/CM, the following strategies are suggested:

Establishment of formalised government and private T/CM training


institutions locally by the Ministry of Education, corporate bodies,
NGOs or T/CM Associations.

Recognition, accreditation and credentialing of T/CM Institutions


and practitioners, trained locally and overseas by the National
Accreditation Board.

Encouragement of T/CM twinning training programmes between


local and overseas institutions.

26
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

Introduction of Continuing Professional Development (CPD) as a


requirement for practitioners.

There is currently a lack of confidence by medical doctors on T/CM


due to the paucity of information on T/CM and inadequate access to
scientific evidence in T/CM practices. In order to instil confidence and
enhance cooperation and smart partnerships, modern medicine
providers should have adequate knowledge of T/CM through:

Incorporation of relevant T/CM modules into the undergraduate


and post-graduate modern medicine medical curriculum and allied
health science training programmes in the local training institutions.

Introduction of T/CM in the Continuous Medical Education


programmes of modern medicine practitioners

Exchange of visits of model premises of both practices.

Provision of sponsorships of T/CM training programs with


participation from NGOs, T/CM Associations and corporate bodies.

Creation of incentives for training for sub-specialities with


scholarships or special financial education packages.

The increasing utilisation of T/CM products and practices by the public


are due to the extensive promotion of T/CM products, the holistic nature
of many T/CM modalities and the increasing demands for alternatives
in healthcare. To enable the public to make informed decisions the
following are suggested:

Greater efforts are made to improve awareness through


dissemination of accurate information to the general public on the
appropriate use of T/CM.

Incorporation of information on T/CM as an essential component


of the Mass Customised and Personalised Health Information and
Education of Tele-Health (MCPHIE)

27
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

6.3 Raw Materials And Products

Specific Objectives

To facilitate the development of a comprehensive plan for


sustainability and standardisation of raw materials.

To ensure the effective cultivation and conservation of medicinal


plants with participation of all relevant agencies.

To encourage industrial participation in the development of T/CM,


without compromising quality.

To promote and encourage high standard of quality control of raw


materials and finished products.

To ensure that the dissemination of information and promotion of


T/CM are made in a responsible manner and in accordance with
existing legislations.

To strengthen the control on the production, distribution, import


and export of traditional medicine products.

To facilitate the development and protection of intellectual property


rights related to T/CM knowledge, culture and biological resources.

To strengthen the evaluation and monitoring of T/CM products


that have been proven safe, effective and of high quality.

STRATEGIES

The following strategies are proposed to achieve the above objectives:-

Malaysia, with its rich tropical biodiversity is well positioned to be a


major producer of Traditional and Complementary healthcare products.
However there is little standardisation of the raw materials used in the
manufacture of the products. Although local manufacturers are required
to comply with the current Good Manufacturing Practices (GMP), there
are no requirements at present for the mandatory use of standardised
raw materials.

28
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

Hence to capitalise and improve Malaysia’s position in the T/CM


industries, modern technologies, cutting edge research and methods
of processing must be introduced. The following strategies are
recommended:

A sustainable supply of quality T/CM raw materials is made


available through the development of a cultivation plan, protection
of indigenous and natural health resources and technology from
unwarranted exploitation, with co-operation from other agencies.

The development of a comprehensive programme for the


standardisation of T/CM raw materials.

Constant production of traditional / complementary medicinal


products in accordance to acceptable standards using
contemporary methods of processing.

Availability of scientific evidence to support efficacy of traditional


/ complementary medicinal products.

Regular updating and expansion of the current monograph on


Malaysian plants towards the production of a pharmacopoeia for
T/CM products.

Development of awareness programmes among manufacturers,


distributors and agents of T/CM products on the importance of
disseminating accurate information on T/CM.

29
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

6.4 Research

Specific Objectives

To prioritise, encourage, facilitate and conduct scientific research


on T/CM practices and products.

To establish methods and technologies for quality control, safety


and efficacy of herbal medicines and traditional remedies.

To set up an information database of T/CM for healthcare providers,


consumers, manufacturers and other agencies which are directly
or indirectly involved in T/CM.

STRATEGIES

The following strategies are proposed to achieve the above objectives:-

T/CM, although beneficial, is often not supported by scientific evidence.


Hence scientific research is required in order to provide evidence of
safety and efficacy of T/CM products and practices.

A systematic research and development programme, with emphasis


on quality, safety and efficacy to facilitate acceptance and integration
of T/CM, will be introduced into the existing healthcare system.

A planned and systematic approach to T/CM research shall be


adopted. The approach shall include the utilisation of standard
protocols and guidelines approved by recognised international
organizations such as the World Health Organisation, United
Nations and the International Committee for Harmonisation
pertaining to T/CM. Such researches will include experimental
and applied research as well as clinical research.

Adequate funding for T/CM research shall be provided to keep


abreast with current advances and development in T/CM research.

30
National Policy of Traditional and Complementary Medicine

Trained personnel in T/CM research & development shall be made


available through structured capacity building activities.

Research and Development Centres for T/CM shall be identified


and developed under the National Institutes of Health (NIH).

Awareness of issues related to Intellectual Property Rights (IPR)


for the protection of research discoveries on T/CM shall be
developed and implemented.

Repositories and databases on T/CM with national and


international linkages shall be established.

7. NETWORKING AND INTERNATIONAL COLLOBORATION

The increasing development of T/CM in many parts of the world and


hence the greater reliance on sharing of evidence-based medicine and
the knowledge on T/CM shall be benefited through:

Regional and international co-operation with other T/CM centres


via seminars, workshops and other activities.

Establishment of referral centre(s) with networking facilities for


the practice, training, education, product and research
development of T/CM by the Practitioner Bodies.

CONCLUSION

The development of this national policy on T/CM in Malaysia will help


strengthen the role of T/CM in our national healthcare system and
complement our efforts towards an integrated healthcare network for
the benefit of both the healthcare providers as well as the public.

31
Autograf

You might also like