You are on page 1of 7

Edaran Staf Akademik FPTV Sahaja

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM)


SEMESTER II SESI 2019/2020

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

1.0 PENGENALAN

Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk edaran dalaman kepada staf akademik
FPTV demi menjaga keselamatan pelajar dan pensyarah semasa krisis COVID-19
disamping memudahkan proses pemantauan dan jaminan kualiti. Panduan ini
menerangkan mengenai pelaksanaan projek sarjana muda bagi semester II sesi
2019/2020 terutamanya bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional
(ISMPV). Penyediaan garis panduan ini juga merupakan susulan daripada daripada
Pekeliling Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Bil.1/2020 bertarikh
28 Mac 2020 dan Pekeliling Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Bil.2/2020 bertarikh 19 April 2020 serta Pekeliling Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa) Bil.3/2020 pada 26 April 2020. Penyediaan panduan
ini telah mendapat kelulusan rasmi daripada pihak Pengurusan Fakulti melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Khas Bil.1 pada 6 Mei 2020.

2.0 UMUM

Jawatankuasa Eksekutif Universiti memutuskan pelaksanaan Pengajaran Jarak


Jauh (PJJ) dan pembatalan pertemuan bersemuka merupakan satu-satunya
penyelesaian yang akan dapat memastikan pembelajaran dan pengajaran (P&P)
dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan keselamatan dan kesihatan pelajar serta
staf. Sehubungan dengan itu, penyeliaan dan pembentangan PSM juga akan
dijalankan mengikut kaedah pelaksanaan secara PJJ sepenuhnya.

3.0 MATLAMAT

Kaedah pelaksanaan yang digunapakai perlu mencapai keperluan PSM untuk


mempertingkat pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menjalankan kajian
ilmiah secara berdikari di bawah bimbingan penyelia serta dapat mengukur
pencapaian pelajar berdasarkan hasil pembelajaran (CLO dan PLO) yang ditetapkan
dalam silibus PSM 1 atau PSM 2.

1/7
Edaran Staf Akademik FPTV Sahaja

a) Hasil Pembelajaran PSM

(i) Mengenal pasti masalah pendidikan vokasional dan mencadangkan


penyelesaiannya.
(ii) Menyediakan proposal kajian bagi tujuan perlaksanaan PSM 1 dan PSM 2.
(iii) Mempersembahkan idea berkaitan dengan kajian kepada panel-panel penilai
secara lebih sistematik.

4.0 PENYELIAAN PSM SECARA ATAS TALIAN

Susulan perintah kawalan pergerakan dan pelaksanaan PJJ, cabaran utama


pelaksanaan PSM adalah berkenaan dengan akses internet, penggunaan
kemudahan dan peralatan makmal, bekalan bahan dan kerjasama dengan
organisasi luar. Bagi memudahkan proses tersebut, penyelia memainkan peranan
penting untuk membimbing dan memberi nasihat kepada pelajar khususnya dalam
menentukan skop kajian yang sesuai dengan keterbatasan situasi sepanjang
tempoh penularan wabak ini. Sehubungan itu, berikut adalah peranan penyelia dan
panduan pemurnian skop kajian.

a) Peranan Penyelia
(i) Mengadakan perbincangan dengan pelajar secara berkala menggunakan
mana-mana platform atas talian yang dipersetujui bersama oleh penyelia dan
pelajar.
(ii) Memberi bimbingan dan cadangan yang sewajarnya kepada pelajar
berkenaan skop projek berdasarkan kekangan dalam situasi semasa.
(iii) Memastikan pelajar untuk mencatat log perbincangan melalui sistem e-psm.
(iv) Mengesahkan rekod log perbincangan dengan pelajar melalui sistem e-psm.
(v) Memantau kemajuan projek pelajar.
(vi) Membimbing pelajar menyediakan laporan projek mengikut standard dan
format yang ditetapkan.
(vii) Menyemak dan memberi maklum balas terhadap penulisan projek pelajar
dari masa ke semasa.
(viii) Melaporkan kepada Jawatankuasa PSM tentang sebarang kes di bawah
penyeliannya yang bermasalah.
(ix) Menilai hasil projek pelajar.
(x) Menghantar markah penilaian kepada Jawatankuasa PSM mengikut masa
yang ditetapkan.

b) Pemurnian skop kajian

Penyelia diberi kelonggaran serta fleksibiliti bagi menentukan skop kajian dengan
syarat hasil pembelajaran yang ditetapkan dapat dipenuhi. Antara pemurnian yang
boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut ;

(i) Kajian rekabentuk dan pembangunan produk boleh ditukar kepada simulasi.

2/7
Edaran Staf Akademik FPTV Sahaja

(ii) Sekiranya produk tidak dapat dibangunkan sepenuhnya kerana kekangan


sumber dan peralatan, skop kajian adalah sehingga fasa rekabentuk konsep
dan terperinci sahaja yang melibatkan lakaran awal, lukisan terperinci 2D/3D,
perincian, dimensi, komponen, bahan, keselamatan dan lain-lain aspek yang
berkaitan.
(iii) Kutipan data untuk kajian sosial boleh dijalankan secara atas talian. Jika tiada
akses untuk mendapatkan sampel, penyelia boleh menukar sampel kajian
mengikut kesesuaian skop dan objektif kajian.
(iv) Kajian teknikal/eksperimen yang memerlukan kemudahan makmal boleh
menggunakan data sedia ada untuk dijadikan perbandingan dan simulasi.

5.0 PEMBENTANGAN PSM

(i) Peratusan pentaksiran PSM untuk Semester II Sesi 2019/2020 dikekalkan


iaitu bagi PSM 1, peratusan markah penyelia adalah sebanyak 60% dan
penilai 40%, manakala bagi PSM 2 peratusan markah penyelia adalah
sebanyak 70% dan penilai diperuntukan 30%.
(ii) Namun begitu, tidak ada pembentangan seminar secara lisan yang akan
dijalankan.
(iii) Panel penilai akan menilai pembentangan seminar berdasarkan laporan
projek yang telah disahkan oleh penyelia dan poster pembentangan. Bagi
pelajar PSM 2, laporan teknikal perlu disertakan.
(iv) Penilai dikehendaki untuk menilai laporan teknikal dan dikembalikan
kepada Jawatankuasa PSM.
(v) Penilai perlu menghantar markah melalui sistem e-psm mengikut tarikh
yang ditetapkan.
(vi) Penilai boleh menghubungi pelajar sekiranya memerlukan penerangan
lanjut berkaitan kajian.

3/7
Edaran Staf Akademik FPTV Sahaja

6.0 PROSES KERJA PENYELIAAN DAN PEMBENTANGAN PSM

i. Penyelia memberi bimbingan dan memantau


kemajuan kerja pelajar secara atas talian. Pelajar
catat log pertemuan (SMAP) dan penyelia sahkan
(TCIS) dalam sistem e-psm.

ii. Jawatankuasa PSM mengadakan Taklimat pembentangan PSM

iii. Jawatankuasa PSM menentukan tarikh dan mengeluarkan Jadual


Pembentangan PSM

iv. Penyelia mengesahkan pelajar yang dibenarkan untuk


pembentangan berdasarkan laporan akhir projek dan poster
pembentangan. (Borang Pengesahan Penyelia)

v. Pelajar menghantar laporan akhir dan poster pembentangan


kepada panel penilai melalui emel/wassap/telegram atau lain-lain
platform yang sesuai

vi. Penilaian pembentangan oleh panel penilai


(Borang Pengesahan Penilai)

vii. Pemurnian Laporan PSM


(Borang Pengesahan Pembetulan oleh Penyelia)

viii. Penyelarasan markah oleh Jawatankuasa PSM

ix. Penghantaran Laporan Akhir PSM2 melalui e-report

4/7
Edaran Staf Akademik FPTV Sahaja

7.0 PENGHANTARAN LAPORAN AKHIR PSM2 MELALUI e-REPORT

Penghantaran secara naskah berjilid adalah dimansuhkan, sebaliknya laporan akhir PSM
2 perlu dimuatnaik oleh pelajar melalui sistem e-report. Prosedur penghantaran adalah
seperti berikut ;

PELAJAR

Borang pengesahan
pembetulan Fail pdf
Diperakui oleh penyelia

Username dan password mengikut


program Type: Text
eg: Login Description: Nama Penuh (No
Program Username Password Matrik) Pelajar
BBA fptvbba fptvbba Tittle Tajuk PSM
Abstract (1 sahaja ikut bahasa
utama tesis)
Thesis Type: Bachelor degree
Thesis Name: Bachelor Degree
Keseluruhan laporan akhir PSM dalam Upload Project (BDP)
bentuk fail PDF Creators
Family name given name emel
eg: Ahmad Zanariah GB0171103
Divisions
FPTV Progammee >>>>
Publications Details
Isi maklumat Status Published
Date Year/Month/ Day
Department (Nama Fakulti dan
program)
Supervisor Name: Nama Penuh
Penyelia
Subject Education
Deposit Item Now
Details: Item ID Hantar fail

Borang Penghantaran Laporan E-report oleh Penyelia


Bersama Item ID Pengesahan
Penyelia

1. Borang Penghantaran
Laporan akhir PSM
2. Borang Pengesahan
Penghantaran Pembetulan
Laporan Akhir PSM 3. 2 CD (Laporan Penuh dan
Laporan teknikal

5/7
Edaran Staf Akademik FPTV Sahaja

PENYELIA

Menggunakan ID Type: Text


e-report Description: Nama Penuh (No
Login Matrik) Pelajar
Tittle Tajuk PSM
Abstract (1 sahaja ikut bahasa
utama tesis)
Thesis Type: Bachelor degree
Thesis Name: Bachelor Degree
Project (BDP)
Carian menggunakan Creators
Family name given name emel
ID item
Edit Item
Cari Fail pelajar eg: Ahmad Zanariah GB0171103
Divisions
FPTV Progammee >>>>
Publications Details
Status Published
Date Year/Month/ Day
Department (Nama Fakulti dan
Semak Maklumat program)
Supervisor Name: Nama Penuh
Pelajar Penyelia
Subject Education

Move to Repository
Pengesahan
Penyelia

Lengkapkan dan peraku Borang Laporan


Borang Penghantaran Laporan
Akhir PSM 2 Akhir

Serahkan Borang
Pelajar Penghantaran Laporan Akhir
PSM 2

6/7
Edaran Staf Akademik FPTV Sahaja

8.0 TAKWIM GERAK KERJA

Bil Perkara Tempoh Tarikh Tindakan


masa
19 April 2020 - Penyelia dan
1. Penyeliaan Secara Atas Talian Fasa 1 5 minggu
23 Mei 2020 Pelajar
31 Mei 2020 -
2. Penyeliaan Secara Atas Talian Fasa 2 4 minggu Penyelia dan Pelajar
27 Jun 2020

Penyelaras Kursus
3. Taklimat Pembentangan PSM 2 hari 13-14 Mei 2020
PSM 1 dan PSM 2

4. Paparan Jadual Pembentangan PSM 1 hari 21 Mei 2020 Penyelaras PSM

22-24 Jun 2020 :


Penghantaran Laporan Akhir, Poster dan (PSM 1) Penyelia dan
5. 1 minggu
Laporan Teknikal kepada Panel Penilai 28-30 Jun 2020 : Pelajar
(PSM 2)

Pelaksanaan Penilaian Pembentangan 25 Jun- 9 Julai


6. 2 minggu Panel Penilai
dan Kemasukan Markah 2020

Penyelia, Penilai
7. Pembetulan laporan akhir 2 minggu 10-23 Julai 2020
dan Pelajar

Penghantaran Laporan Akhir PSM 2 4 hari


8. 24-27Julai 2020 Pelajar
melalui e-report

Pengesahan Penghantaran Laporan Akhir


9. 4 hari 28-31Julai 2020 Penyelia
PSM 2 melalui e-report

Sebarang pertanyaan atau perubahan panel penilai boleh hubungi:

1. Ts MAZIANA BINTI YAAKOB@ MOHAMED


(Penyelaras PSM 1)
H/p. : +6019-7151979
E-mail : maziana@uthm.edu.my

2. DR ZANARIAH BINTI AHMAD


(Penyelaras PSM 2)
H/p. : +6013-957 0103
E-mail : zanaria@uthm.edu.my

** Sebarang pindaan prosedur adalah tertakluk kepada perubahan dan keperluan semasa.

DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA PROJEK SARJANA MUDA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

13 MEI 2020
7/7

You might also like