You are on page 1of 5

KERTAS KERJA P

ELAKSANAAN PROJEK KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi
melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia
pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-
murid Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk
mencapai matlamat di atas.

Penyertaaan murid-murid sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau
di luar sekolah merupakan intipati dalam alam persekolahan yang perlu didedahkan kepada
murid. Sehubungan dengan itu, satu Projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai
tujuan di atas. Hal ini merupakan titik tolak bagi melahirkan murid-murid yang berupaya
berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran
keusahawanan dalam menguruskan kehidupan.

PROJEK KEUSAHAWANAN

Satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid adalah berbentuk program pembelajaran di luar
kelas. Murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar
mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ini merupakan
satu program percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi
fizikal dan keusahawanan.

Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini.


Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan murid dengan
peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya komponen
keusahawanan telah diperkenalkan dalam semua subjek. Berdasarkan usaha tersebut, Panitia
Bahasa Melayu ingin membudayakan keusahawanan di kalangan murid-murid semasa
aktiviti kokurikulum.

OBJEKTIF

a. Memberikan pengetahuan dan pengalaman baharu dalam bidang keusahawanan yang


terdapat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia .

b. Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman berniaga.

c. Memberi kesedaran kepada para murid untuk melaksanakan tanggungjawab yang


diamanahkan dengan lebih baik demi kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah

d. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan murid-


murid .

e. Melatih murid-murid khas dalam bidang perniagaan secara amali.

f. Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid tentang pelbagai cabaran


dan persaingan dalam dunia perniagaan.
TARIKH PERLAKSANAAN

Bermula 13 Mac 2019

TEMPAT

Dewan SJKT Gopeng

KUMPULAN SASARAN

Murid tahap 2

SASARAN JUALAN

Murid tahap 2 dan guru-guru

PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:

a) Air minuman iaitu air kotak

b) Roti atau kek kecil

Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk melatihakan murid menghadapi
cabaran hidup dalam dunia perniagaan. Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan
digunakan untuk menampung program-program yang dianjurkan oleh panitia Bahasa Melayu.

KEPERLUAN LOGISTIK

a) Meja

b) Buku kira-kira

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah (RM)


1. Air Kotak RM 15.00 2 RM 30.00
2. Roti RM 2.10 2 RM 4.20
3. Bekas kertas(Paper Cup) RM 2.10 2 RM 2.10
JUMLAH KESELURUHAN RM 36.30

PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah


dilantik untuk menjayakan program ini.
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN

Pengerusi :

En. J. Santhanaraj A/L J.S.Sillan (Guru Besar)

Naib Pengerusi:

Pn. Logeswary A/P Arumugam (Penolong Kanan Kokurikulum)

Pn. S. Rajeswary A/P Subramaniam (Penolong Kanan Pentadbiran)

En. Murali A/L Narayanaswamy (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha:

Pn. Kithanjali A/P Ramesh (Penyelaras)

Bendahari :

Cik Subhashini A/P Ravee

AJK

Pn. Vijayaletchumy A/P Arjuna


Pn. Loveesal Kovil Pillai A/P Moses
Pn. Lydia Nesalamar A/P Parananatham
Pn. Thadchayani A/P Kathiresan
TENTATIF PROGRAM/MASA

Setiap waktu Kokurikulum 2.45 petang hingga 3.00 petang.

RUMUSAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di samping
menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan murid dalam bidang
keusahawanan. Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu
daripada pihak pengurusan dan guru-guru terutamanya dari segi sokongan. Dengan adanya
sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap usaha murid-murid dalam
bidang keusahawanan.

Disediakan oleh,                             Disemak oleh, Disahkan oleh,

.........................…                     ............................… ...............................


(KITHANJALI A/P RAMESH)

You might also like