You are on page 1of 7

7/31/2019 Alat Muzik Traditional....Folio Muzik..

 
Alat Alat Muzik Tradisional

gendang

Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang
penganak.Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang lazimnya
digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang mempunyai
dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang diikat pada
gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh dimainkan bersama
serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendng boleh dimanipulasi
mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan muzik wayang kulit,Gendang
keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain.

http://slidepdf.com/reader/full/alat-muzik-traditionalfolio-muzik 1/7
7/31/2019 Alat Muzik Traditional....Folio Muzik..

 
seruling 

Seruling merupakan sejenis alat muzik  yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu
ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat
daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup.
 Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang
 baik. 

gedombak

http://slidepdf.com/reader/full/alat-muzik-traditionalfolio-muzik 2/7
7/31/2019 Alat Muzik Traditional....Folio Muzik..

Gedombak adalah gendang dua muka iaitu 'compound hole' tetapi pada sebelah
permukaan besar sahaja telah diregangkan dengan kulit dan pada permukaan satu
lagi dibiarkan terbuka. Ia berbentuk seperti piala iaitu 'goblet-shaped'. Baluhnya
diperbuat daripada kayu jenis keras, lazimnya daripada kayu nangka ataupun
angsana. Pada permukaannya diregang ataupun dirambing dengan belulang
daripada kulit kambing sebagai bahan bunyi dengan menggunakan kaedah siratan
tali rotan yang halus. 

gong 

Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong
diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan
 besi. Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya
dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia diaminkan dalam muzik 
gendang silat,gendang keling dan gamelan. 

http://slidepdf.com/reader/full/alat-muzik-traditionalfolio-muzik 3/7
7/31/2019 Alat Muzik Traditional....Folio Muzik..

angklung 

Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu.
Batang-batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya
pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang
membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang. Digunakan untuk muzik 
berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor. Bingkai dipegang
dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi. 

serunai 

Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat
pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni
muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan
dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada
pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini.
Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian
 bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat.wayang kulit
dan sebagainya. 

http://slidepdf.com/reader/full/alat-muzik-traditionalfolio-muzik 4/7
7/31/2019 Alat Muzik Traditional....Folio Muzik..

 
sape

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masyarakat orang ulu atau penduduk ulu di
sungai diSerawak.Sape berasal dari kaum Nayan.Sape juga merupakan satu alat muzik
petik yang mempunyai bunyi yang unik.Ia berbentuk lebar, mempunyai tali, bertangkai
kecil dan lebar lebih kurang 1 meter. Sape diperbuat dari batang kayu yang ditebuk dan
mempunyai ukiran corak warna yang unik.Alat muzik ini dulunya dimainkan seorang diri
sebagai hiburan.

kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam masyarakat
Melayu.Ia tergolong dalam alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya dibuat daripada
kulit kambing.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan jari-
 jari atau tapak tangan mengikut rentak.

http://slidepdf.com/reader/full/alat-muzik-traditionalfolio-muzik 5/7
7/31/2019 Alat Muzik Traditional....Folio Muzik..

 
geduk

Geduk merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai dua
muka.Pada kebiasaannya bingkainya dibuat dari kayu nangka.Ia biasanya dimaihkan
dalam permainan wayang kulit atau menora dan dimainkan secara berpasangan geduk
ibu dan geduk anak.Sepasang pemalu kayu digunakan untuk memainkannya.

gambus 

Gambus adalah alat muzik petik seperti mandoloin yang berasal dari Timur Tengah
iaitu dari Turki dan Mesir.Di datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1800 dan paling
popular di Negeri Johor.Gambus dimainkan diiringi gendang.

http://slidepdf.com/reader/full/alat-muzik-traditionalfolio-muzik 6/7
7/31/2019 Alat Muzik Traditional....Folio Muzik..

 
rebana ubi

Rebana ubi ialah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang, dimain dengan
cara dipukul dengan pemalu.Rebana ubi lebih besar dari rebana biasa.Diameter rebana
ubi adalah sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya 1 meter.Bergantung kepada
saiznya rebana ubi boleh digantung melintangg atau diletakkan di atas lantai.

http://slidepdf.com/reader/full/alat-muzik-traditionalfolio-muzik 7/7

You might also like