You are on page 1of 22

PANDUAN PELAKSANAAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JARAK JAUH


(INISIATIF PEMBELAJARAN DI RUMAH)
DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
12 April 2020

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pada 10 April 2020, sekali lagi YAB Perdana Menteri Malaysia
mengumumkan penyambungan tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Tempoh-tempoh PKP adalah seperti berikut:
1.1.1 tempoh pertama: 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020
(Cuti Persekolahan Pertengahan Penggal 1: 14-22 Mac
2020)
1.1.2 penyambungan pertama: 1 April 2020 hingga 14 April
2020
1.1.3 penyambungan kedua: 15 April 2020 hingga 28 April
2020

1.2 Pada 17 Mac 2020, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)


telah mengeluarkan dokumen bertulis INPUT TAMBAHAN:
PERBINCANGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH. Perkara 6
dokumen ini mencatatkan bahawa sepanjang tempoh PKP,
GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR DARI RUMAH
dengan kaedah berikut:

1 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
a. Murid-murid digalakkan mengulang kaji di rumah
menggunakan kemudahan yang ada di rumah masing-masing
seperti buku teks. Jika mempunyai kemudahan internet, boleh
juga menggunakan google classroom, cikgootube dan
EduwebTV. Sekiranya memerlukan bimbingan, adalah
diharapkan guru-guru bersedia untuk membantu murid melalui
aplikasi media sosial atau aplikasi maya yang sesuai.

b. Sekiranya guru-guru telah memberikan latihan bertulis kepada


murid-murid sebelum cuti, selesaikan latihan tersebut dan guru
perlu menyemaknya sekembali ke sekolah ataupun melalui
medium yang telah dipersetujui oleh guru dan murid sebelum
bercuti. (hal.2)

1.3 JPNS telah mengumpul laporan PdP alternatif/jarak jauh


daripada sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi
pelaksanaan 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Berdasarkan
rumusan daripada pelaporan yang disediakan melalui inisiatif
sekolah dan PPD, memerlukan tiga tindakan susulan oleh JPNS
iaitu:

1.3.1 Penyelarasan kutipan data yang dapat membekalkan


pelaporan yang boleh dipercayai (reliable) dan sah
(valid);

1.3.2 Penyediaan panduan pelaksanaan PdP dalam talian


agar lebih sistematik dan patuh kepada kehendak Surat
Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020; dan

1.3.3 Penyediaan panduan pelaksanaan PdP luar talian agar


penghantaran bahan pembelajaran kepada murid dalam
tempoh PKP tidak mendedahkan guru dan murid

2 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
kepada risiko tindakan undang-undang pergerakan
terhad dan jangkitan COVID-19.

1.4 Dalam teks Perutusan Khas pada 10 April 2020, YAB PM telah
menyebut bahawa:

Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita


mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolah sehinggakan
kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya


telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan
inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning
sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk
tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka. (hal.4)

1.5 Sehubungan itu, sebagai pelaksana, JPNS, PPD dan sekolah


perlu bersedia untuk melaksanakan pengajaran jarak jauh
secara konsisten dalam kebertanggungjawaban memastikan
tidak ada murid yang tertinggal/tercicir dalam pembelajaran
walau di mana jua mereka berada. Sehubungan itu, semasa
menyedia dan melaksanakan pembelajaran dari rumah (home
based-learning), perkara-perkara berikut perlu
dipertimbangkan:

1.5.1 tempoh PdP jarak jauh yang lebih lama dan


kemungkinan untuk melepasi tarikh 28 April 2020;
1.5.2 lebih sistematik (berjadual dan rasmi); serta
1.5.3 berkualiti (kandungan pelajaran).

3 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
2.0 PENGERTIAN ISTILAH-ISTILAH UTAMA

Berikut dikemukakan pengertian tentang istilah-istilah teknikal yang


digunakan dalam panduan ini:

2.1 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) alternatif/ jarak


jauh:
2.1.1 pengajaran: Guru menyediakan bahan pengajaran
berdasarkan sukatan pelajaran yang sedang berkuat-
kuasa, menyampaikan dan memeriksa hasil kerja murid.
2.1.2 pembelajaran: Murid menerima dan melaksanakan
arahan yang diberikan oleh guru dalam perolehan ilmu
pengetahuan mengikut mata pelajaran.
2.1.3 jarak jauh: pelaksanaan pengajaran oleh guru dan
pembelajaran murid berlaku di rumah masing-masing.
PdP bukan berlaku di sekolah secara bersemuka.
2.1.4 alternatif: PdP boleh berlaku di mana sahaja murid
berada dengan pelbagai kaedah dalam tempoh PKP.

2.2 PKP: Warga Pendidikan yang terdiri daripada pegawai yang


bertugas di pejabat, guru-guru yang bertugas di sekolah, anggota
kumpulan pelaksana dan murid-murid adalah tertakluk kepada
peraturan PKP yang sedang berkuat-kuasa.

2.3 guru: Guru-guru yang berkhidmat di bawah Kementerian


Pendidikan Malaysia.

2.4 murid: Murid-murid di bawah seliaan Kementerian Pendidikan


Malaysia.

4 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
2.5 dalam talian: sebarang kaedah PdP yang berbantukan capaian
internet sama ada stabil (wifi dll) atau data minimum dalam
telefon pintar.

2.6 luar talian: sebarang kaedah PdP yang tidak menggunakan


bantuan internet.

3.0 PdP DALAM TEMPOH PKP SEHINGGA MURID KEMBALI


BELAJAR DI SEKOLAH

Panduan PdP dalam tempoh PKP dan sehingga murid kembali belajar
di sekolah, disediakan berdasarkan kepada punca kuasa berikut:

3.1 Teks Perutusan YAB Perdana Menteri bertarikh 10 April 2020;

3.2 Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020 bertarikh 27 Mac


2020. Dua infografik berikut disediakan oleh JPNS untuk
memudahkan pemahaman peranan PGB, guru dan ibu bapa
terhadap kehendak surat siaran;

5 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
3.3 Soalan Lazim (FAQ’S) Berkaitan Perlanjutan Perintah Kawalan
Pergerakan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 bertarikh
29 Mac 2020;

3.4 Pelaksanaan Rakaman Rancangan Berbentuk Pembelajaran Di


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Atas Urusan Slot Program TV
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dan Arahan
Kebenaran Bagi Pegawai Yang Terlibat Susulan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bertarikh 8 April 2020; dan

3.5 Nota Makluman CERT KPM Bil. 1/2020: Ancaman Serangan Siber
Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 4
April 2020.

4.0 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU MINGGUAN ATAU


BULANAN

4.1 Jadual waktu PdP adalah salah satu instrumen untuk mengawal dan
memastikan PdP dilaksanakan secara sistematik dan teratur.
Perkara 5.1.2 dalam Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020,
menyatakan bahawa peranan dan tanggungjawab pentadbir sekolah
(Pengetua dan Guru Besar (PGB)). PGB bertanggungjawab
mengatur jadual pembelajaran. Ciri-ciri jadual waktu yang
disediakan hendaklah fleksibel bagi menguruskan aktiviti PdP yang
berkesan. Oleh yang demikian, PGB perlulah memastikan bahawa:

4.1.1 setiap jadual waktu yang disediakan dimaklumkan kepada


guru yang mengajar dan murid yang belajar. Dalam keadaan

6 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
murid melaksanakan pembelajaran di rumah, maka adalah
wajar jadual waktu PdP tersebut dimaklumkan kepada ibu
bapa/penjaga;

4.1.2 penjadualan mata pelajaran dan guru mengambil kira


kaedah PdP yang digunakan dan capaian murid terhadap
bahan pembelajaran yang disediakan/ dirancang oleh guru;
dan

4.1.3 masa PdP sebaik-baiknya pada waktu siang. Jika perlu


dilaksanakan pada waktu malam, hendaklah mendapat
persetujuan daripada guru, ibu bapa dan murid;

4.2 Tidak ada jadual PdP pada hari kelepasan am dan hujung
minggu.

4.3 Sabtu dan Ahad perlu diperuntukkan untuk aktiviti keluarga dalam
rumah masing-masing. Sekiranya terdapat permintaan daripada
guru-murid untuk mengadakan kelas, hanya perlu dengan
persetujuan bersama ibu bapa/penjaga dan tidak dimasukkan dalam
jadual waktu yang disediakan oleh sekolah.

5.0 PdP DALAM TALIAN

5.1 PdP dalam talian boleh dilaksanakan secara interaktif bersemuka


melalui skrin komputer ataupun penghantaran latihan melalui
telefon pintar. Guru perlu memilih kaedah yang dapat melibatkan
sebahagian besar murid di kelasnya.

7 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
5.2 Jadual PdP dalam talian perlu dimaklumkan kepada ibu
bapa/penjaga dan murid minggu sebelumnya dan sentiasa diberi
peringatan agar murid bersedia untuk duduk di hadapan komputer
atau mendapat giliran menggunakan telefon pintar keluarga.

5.3 Guru-guru digalakkan menggunakan bahan dan kemudahan PdP


dalam talian yang terdapat dalam Pelantar Pembelajaran Digital
KPM. Jika menggunakan bahan dari pelantar luar KPM, hendaklah
menggunakan aplikasi yang selamat dan bahan pembelajaran yang
sesuai dengan sukatan pelajaran yang disediakan oleh KPM. (Rujuk
3.5)

5.4 PGB dan guru-guru hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan


semasa penggunaan aplikasi yang tidak selamat untuk
mengelakkan kesan penggunaan yang tidak diingini. (Rujuk 3.5)

5.5 Contoh penjadualan PdP dalam talian adalah seperti Rajah 1.

Rajah 1: Contoh Jadual PdP Dalam Talian (SMK Bundu Tuhan Ranau)

8 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
6.0 PdP LUAR TALIAN

6.1 PdP luar talian melibatkan penggunaan bahan bercetak seperti buku
teks, buku kerja, lembaran kerja, modul atau audio dan video.
Penggunaan buku teks KPM dan siaran Radio Pendidikan dan TV
Pendidikan adalah contoh bahan pembelajaran PdP luar talian.

6.2 Penjadualan PdP luar talian memerlukan tempoh penyediaan bahan


dan respon murid yang lebih lama kerana melibatkan logistik.
Tempoh yang diperuntukkan untuk murid memberi respon
(menyiapkan tugasan) perlulah disesuaikan dengan kemudahan
logistik yang ada.

6.3 Bagi murid-murid yang tidak dapat mengikuti PdP dalam talian
kerana halangan kemampuan dan juga lokasi rumah di luar
lingkungan capaian internet, perlu dikenal pasti untuk dilibatkan
dalam kaedah PdP luar talian.

6.4 JPNS mencadangkan dua kaedah utama pelaksanaan PdP luar


talian:

6.4.1 Jika kampung (di mana murid tinggal) mempunyai wakil


guru atau ibu bapa yang mempunyai telefon pintar,
penghantaran tugasan dibuat dengan memberikan muka surat
buku teks atau buku aktiviti untuk dibaca dan nombor soalan
yang dijawab. Guru perlu menyediakan skema pemarkahan
untuk membolehkan murid berusaha mendapat jawapan yang
terbaik;

9 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
6.4.2 Jika kampung murid tidak mempunyai kemudahan 6.4.1,
selain merujuk kepada buku teks, sekolah boleh
menyediakan lembaran kerja/buku kerja/modul untuk
dijawab dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Skema
jawapan juga perlu disediakan bersama-sama lembaran kerja
untuk semakan kendiri murid.

6.4.3 Bahan pembelajaran luar talian memerlukan pengurusan


logistik untuk sampai ke tangan murid. Untuk tujuan ini, PPD
perlu menyediakan arahan secara bertulis yang jelas dan
rasmi kepada sekolah berkaitan pergerakan pegawai tanpa
melanggar prosedur (SOP) PKP. Manakala sekolah pula
perlu mematuhi arahan bertulis PPD dengan tindakan
berikut:

a. Bagi mengurangkan pergerakan guru, PPD boleh


membantu menjadi pusat memperbanyakkan bahan
pembelajaran, memasukkan setiap bahan dalam sampul
surat yang mempunyai nama dan beralamatkan rumah
murid secara individu. Penyampaian bahan
pembelajaran ke pejabat PPD sebaik-baiknya melalui
media elektronik.
b. PPD perlu berbincang dengan Pegawai Daerah (DO)
selaku Pengerusi Keselamatan Daerah, untuk
membolehkan bahan pembelajaran sampai kepada
murid di lokasi tertentu. Semua keputusan perbincangan
dengan pihak berkuasa yang menguatkuasakan SOP
PKP, perlu disampaikan kepada PGB melalui
mesyuarat atau perbincangan dalam talian.

10 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
Perbincangan bertujuan untuk memastikan setiap PGB
mempunyai kefahaman yang jelas terhadap kaedah
mengoperasi penghantaran dan penerimaan bahan
pembelajaran yang melibatkan logistik.
c. Wakil yang dipilih untuk menyertai misi penghantaran
bahan pembelajaran perlu mematuhi segala prosedur
kerja yang diarah oleh DO.
d. Semua bahan pembelajaran dihantar ke premis transit
yang dipersetujui oleh DO (seperti rumah ketua
kampung atau pengawal keselamatan sekolah jika
perumahan berhampiran sekolah) untuk mengurangkan
risiko jangkitan Covid-19. Murid akan mendapatkan
bahan tersebut daripada premis transit.
e. PPD dan sekolah perlu mempunyai rapport yang baik
dengan pemimpin-pemimpin tempatan agar agensi
keagamaan dan kepimpinan kampung/ komuniti PIBG
dan Agensi Petugas dapat membantu menjadi perantara
antara guru-murid-guru dalam pengurusan bahan
pembelajaran murid.

6.4.4 Bahan pembelajaran yang digalakkan adalah pembelajaran


berasaskan projek (project-based learning) yang dibuat oleh
murid secara individu dan dalam jangka panjang. Setiap guru
mata pelajaran memberikan satu projek kepada setiap murid
untuk membolehkan masa murid dipenuhi oleh aktiviti
pembelajaran dalam tempoh yang lama. Contoh bahan
pembelajaran berasaskan projek di di bawah (Penggunaan
dengan izin Puan Norlyziah bt. Ali Hussin, Guru Cemerlang
Geografi, SMK Sanzac, Kota Kinabalu)

11 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
12 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
13 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
14 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
6.4.5 Radio dan TV Pendidikan (RTVP) yang disiarkan oleh TV
Okey (RTM) atau syarikat penyiaran swasta boleh digunakan
sebagai aplikasi PdP luar talian. Jadual siaran RTVP perlu
disampaikan kepada murid setiap minggu atau sehari
sebelum siaran.

6.4.6 Contoh jadual PdP luar talian (penggunaan dengan izin PPD
Lahad Datu)

Rajah 2: Contoh Jadual PdP Luar Talian

7.0 PdP CAMPURAN DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

7.1 Berdasarkan laporan pelaksanaan PdP dari 18 Mac hingga 9 April


2020, didapati bahawa tidak ada satupun PdP yang dapat diikuti
oleh murid secara 100% dengan menggunakan satu kaedah sahaja.
Oleh itu, semua guru perlu memikirkan kedua-dua kaedah iaitu
dalam talian dan luar talian digunakan bersama dalam satu PdP
mengikut perbezaan keperluan murid.

15 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
7.2 Berikut adalah jadual cadangan pengisian PdP campuran dalam dan
luar talian:

Jadual 2: Cadangan Pengisian PdP Kaedah Campuran Dalam dan Luar


Talian
Bil Kemudahan Kaedah Bahan Bahan Bahan Data
saluran PdP Pembelajaran Pembelajaran pembelajaran Murid
Pembelajaran yang untuk PdP yang terbuka Terlibat
sesuai Campuran disediakan (JPNS,
oleh KPM 1 April
2020)
1 Akses internet Dalam Latihan Pelantar Aplikasi
yang stabil talian berdasarkan Pembelajaran internet
15. 59%
tanpa buku teks Digital KPM terbuka
had
2 Telefon pintar Dalam Project-based Bahan
dengan data talian learning pembelajaran Aplikasi data
minimum terhad terbitan KPM minima 47.71%
Radio & TV atau guru-
Pendidikan guru
3 Tiada internet Luar buku kerja,
dan telefon talian Buku teks lembaran 52.29%
pintar kerja

7.3 Sama ada PdP dalam talian atau luar talian atau campuran, guru
perlu memberi arahan bertulis yang jelas dan mudah difahami oleh
murid dan ibu bapa. Arahan yang jelas dan bertatasusila akan
meningkatkan kerjasama ibu bapa/penjaga murid untuk memantau
pembelajaran anaknya di rumah.

7.4 Berikut adalah contoh arahan ringkas dan bertatasusila daripada


guru kepada murid-muridnya. (Penggunaan dengan izin Puan
Shamsuria Ibni, SKK St. Anne, WP Labuan).

16 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
8.0 PdP MURID KELAS PEPERIKSAAN

8.1 Murid kelas peperiksaan adalah murid-murid yang telah


mendaftar untuk menduduki peperiksaan awam tahun 2020.
Mereka terdiri daripada murid yang berada di Tahun 6 (UPSR),
Tingkatan 3 (PT3), Tingkatan 5 (SPM) dan Tingkatan 6 (STPM
dan STAM).

17 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
8.2 Dalam tempoh PKP, panitia mata pelajaran dengan bimbingan
PGB digalakkan memilih tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran
yang sesuai diajar secara jarak jauh. Tajuk-tajuk yang berbentuk
ujikaji atau tunjuk cara secara hands-on diajar apabila kembali ke
sekolah.

8.3 Untuk sesi ulangkaji, murid-murid boleh diberi latihan bertulis


menjawab soalan-soalan ujian. Contoh pengajaran melalui
YouTube yang berikut dapat memberi ilmu dan kemahiran kepada
murid untuk menjawab rumusan karangan. (Penggunaan gambar
dengan izin Encik Juilis Mokujal, Guru Cemerlang Bahasa
Melayu, SMK Narinang, Kota Belud).

8.4 Tempoh PKP juga boleh digunakan oleh guru untuk membimbing
murid menyiapkan kerja kursus (yang dinilai dalam peperiksaan)
terutama kerja kursus yang memerlukan bimbingan minimum.

8.5 Calon UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM digalakkan


(dibekalkan dengan bahan pembelajaran) membuat ulangkaji
18 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
topik-topik yang telah dipelajari tahun sebelumnya. Contohnya
calon SPM, dibekalkan dengan soalan-soalan bagi topik
Tingkatan 4 dan dibekalkan dengan skema jawapan sebagai
rujukan ulangkaji.

9.0 PEMANTAUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH

9.1 Pemantauan pelaksanaan PdP jarak jauh adalah bertujuan untuk


mendapatkan status pelaksanaan dalam mencapai objektif PdP
tersebut.

9.2 JPNS menyediakan beberapa instrumen pemantauan seperti


berikut:

Jadual 3 : Fungsi Instrumen Pemantauan Oleh JPNS


Bil. Instrumen Link Kegunaan Data
1 Pengajaran dan https://gg.gg/PDPC-JJSBH- 1. Penyediaan
Pembelajaran Jarak Jauh PKP2020 harian PdP
Semasa Perintah Kawalan Berkuat kuasa jarak jauh
Pergerakan (PKP) Negeri 13 April 2020 hingga 2. Membekalkan
Sabah persekolahan dibuka semula catatan PdP
ringkas kepada
guru
2 Tinjauan Penglibatan Guru https://bit.ly/AlternatifPKP Laporan jumlah
Dalam PdP Alternatif 18 Instrumen ini akan guru terlibat dalam
Mac – 6 April 2020 diaktifkan secara berjadual PdP Alternatif
untuk mendapatkan trend
penglibatan guru

19 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
9.3 JPNS juga menggunakan kumpulan telegram berikut untuk
memantau aktiviti PdP guru di peringkat pelaksana:
9.3.1 JPN SABAH-PdP (admin Sektor Pembelajaran)
9.3.2 Majlis Guru Cemerlang Sabah (admin Sektor Pembelajaran)
9.3.3 PBD SABAH (admin Sektor Pembelajaran)
9.3.4 PORTAL RASMI PK PRA-U (admin Sektor Pembelajaran)
9.3.5 Pengurusan Panitia SM Sabah (admin Sektor Pembelajaran)

9.4 PPD, sekolah dan guru melaporkan pelaksanaan PdP jarak jauh
secara harian dan mingguan dengan mengisi instrumen pemantauan
(perkara 9.2 no. 1 dan 2 dalam jadual) dan di kumpulan telegram
tersebut. Kumpulan telegram ini juga digunakan oleh guru sebagai
saluran perkongsian bahan pembelajaran. JPNS menganalisis dan
mengambil data untuk pelaporan mingguan dalam bentuk video.

9.5 PPD dan sekolah boleh meneruskan kaedah pemantauan yang telah
dibangunkan. Bagaimanapun, pengisian instrumen-instrumen oleh
guru hendaklah tidak bertindan dan tidak membebankan guru.
Fungsi instrumen yang sama antara PPD dan sekolah perlu
disatukan (merge) untuk mengelakkan guru mengisi data berulang.

10.0 PENYELARASAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH


SECARA BERPUSAT

10.1 JPNS mengadakan mesyuarat dan perbincangan secara dalam


talian untuk menyelaras tindakan yang perlu diambil. Peserta
mesyuarat dan perbincangan adalah berdasarkan keperluan.

20 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
10.2 Sebarang keputusan mesyuarat akan disampaikan kepada PPD
melalui kaedah berikut (Jadual 4) berdasarkan kesegeraan
penyampaian maklumat. PPD perlulah sentiasa peka terhadap
penyampaian maklumat melalui media rasmi yang digunakan
oleh JPNS.

Jadual 4: Kaedah Penyampaian Maklumat Rasmi Kepada PPD dan Sekolah

Bil. Maklumat Kaedah Penyampaian Tindakan Susulan


1 Maklumat rasmi yang Kumpulan WhatsApp JPNS, PPD, PGB
diterima daripada kerajaan JPN SABAH
persekutuan, KPM dan
kerajaan negeri Emel @moe
2 Minit Mesyuarat, Panduan Surat yang disebarkan JPNS, PPD
Pelaksanaan daripada JPNS melalui JPN SABAH

Emel @moe

10.3 Sebarang maklumat berstatus TERHAD, SULIT dan RAHSIA


tidak dibenarkan dihantar melalui media sosial seperti
WhatsApp, telegram dan sebagainya. Maklumat terperingkat
hendaklah disampaikan melalui e-mel atau kaedah lain dengan
mematuhi prosedur pengurusan maklumat terperingkat.

11.0 PENUTUP
11.1 Hasrat JPNS untuk semua warga pendidik menggunakan masa
BEKERJA DARI RUMAH untuk menambah kemahiran
pengajaran jarak jauh. Bahan pembelajaran yang diberikan
kepada murid mampu menarik perhatian untuk menimba ilmu
pengetahuan baharu. Untuk menjayakan PdP jarak jauh,
21 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH
komitmen tinggi daripada JPN, PPD dan PGB adalah
pemboleh ubah kepada penyertaan penuh guru dan murid.

11.2 Untuk mencapai hasrat tersebut, panduan ini akan disemak


setiap bulan untuk pindaan dan tambahan berdasarkan dapatan
analisis instrumen pemantauan, serta maklumat dan arahan
baharu daripada KPM.

SABAH HEBAT: KATAKAN TIDAK KEPADA NOMBOR 16!


SABAH HEBAT: KATAKAN TIDAK KEPADA 0%!

STAY AT HOME: KEEP SAFE AND HEALTHY!

Pejabat Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
12 April 2020

22 | PANDUAN PELAKSANAAN PdP JARAK JAUH DALAM TEMPOH PKP, JPN SABAH

You might also like