You are on page 1of 12

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ABUN MATU

1.0 Pengenalan

Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan
sebagai sukan teras negara khasnya dan di daerah Belaga khususnya. Namun bilangan
jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak
kurang memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Kelab Sukan Bola Jaring telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan bola jaring antara rumah sukan SK
Abun Matu bagi tahun 2021. Langkah mengadakan program seumpama ini di harap dapat
memberi pendedahan permainan bola jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan
berkualiti sejajar dengan dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah melahirkan jagoan pasukan sekolah dalam sukan bola jaring
yang disegani di daerah Belaga. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih
banyak penyertaan dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring.

3.1 Objektif

a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal.

b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik sekolah di peringkat sekolah
seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah

c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi

d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid

e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid


terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.
4.1 Rasional

a) Menggalakan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring

b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah

c) Merupakan persediaan awal murid sebelum menghadapi ke pertandingan luar di


peringkat daerah.

5.0 Tarikh Pelaksanaan

Tarikh : 18/3-19/3/2021

6.0 Tempat Perlaksanaan Pertandingan

Padang bola jaring SK Abun Matu

7.0 Pengelolaan / Penganjuran

Kelab Bola Jaring SK Abun Matu

8.0 Sasaran

Terbuka kepada murid perempuan sekolah rendah (12TKB) SK Abun Matu

9.0 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan

Rujuk Lampiran 1

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Rujuk Lampiran 2

11.0 Peraturan Dan Syarat Kejohanan

Rujuk Lampiran 3
12.0 Jadual Perlawanan
Rujuk Lampiran 4

13.0 Borang penyertaan


Rujuk Lampiran 5

14.0 Tentatif program


Rujuk Lampiran 6

13.0 Penutup

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan
sokongan daripada semua pihak amat diperlukan demi mempastikan matlamat dan
objektif Kejohanan Bola Jaring Antara Rumah Sukan Peringkat SK Abun Matu ini
tercapai dengan jayanya.
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN

PENASIHAT : GURU BESAR

PENGERUSI : EN PAUL JAING (GPK KOKU)

NAIB PENGERUSI 1 : PUAN SITI MARIAM (GPK 1)

NAIB PENGERUSI 2 : PUAN MADLYEN UNING (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 3 : EN MARTIN ANAK ALO (SU SUKAN SKAM)

SETIAUSAHA : PUAN LAURA JULAN JOK

BENDAHARI : PUAN GOH CHAI ZENG

JAWATANKUASA KECIL : PENDAFTARAN PESERTA

PUAN JALAWAI ANAK AKAU


PENGADIL

SEMUA JURULATIH PASUKAN


RUMAH SUKAN

PENJAGA MASA
CIK MERTA SULAIMAN

HAKIM PENCATAT MARKAH


CIK WENTI MERING

HADIAH DAN SIJIL

PUAN IMELDA & PUAN SUSILIA

PERALATAN

EN HARDIN

JURUGAMBAR DAN

DOKUMENTASI

EN PUI CHAW MIN


LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah


seunit (RM)
(RM)
1 SIJIL PENYERTAAN
48 KEPING 3 140.00
PESERTA/JURULATIH/
PENGURUS PASUKAN
2 DRINKING WATER 8 KOTAK 12.00 96.00
3 TROPHY (TEMPAT 1,2,3) 3 50.00 150.00
4 JAM RANDIK 2 15.00 30.00
5 NET BOLA JARING 2 40.00 80.00
6 BOLA MIKASA 2 139.00 278.00
7 PAM 1 18.00 18.00
JUMLAH BESAR 792.00
LAMPIRAN 3

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN


PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN ABUN MATU

1.0 Pelaksanaan Kejohanan Bola Jaring Antara Rumah Sukan SK Abun Matu:

Tarikh : 18-19 Mac 2021

Tempat : Padang Bola Jaring SK Abun Matu

Sasaran murid : Perempuan 12KTB

Jumlah Pemain : 7 orang pemain, 3 simpanan

Kriteria Pemilihan : 1. 10 pemain terbaik akan terpilih mewakili sekolah ke peringkat daerah.

2. Sistem pertandingan berdasarkan permainan secara

liga. (sebarang pindaan akan dimaklumkan)


2.0 Syarat Penyertaan

1. Pertandingan terbuka kepada semua murid SK Abun Matu.

2. Setiap r u m a h s u k a n menghantar satu pasukan bola jaring masing- masing.

3. Jumlah pemain tidak kurang daripada 7 orang dan tidak melebihi 10 orang pemain.

4. Borang penyertaan mestilah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada 1 Mac
2021.

5. Pihak penganjur berhak meminda syarat penyertaan dengan memaklumkan terlebih dahulu
kepada semua pasukan.

6. Tiada yuran penyertaan dikenakan.

3.0 Syarat Pertandingan

1. Pendaftaran/Pembentukan Pasukan
1.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 10 orang pemain

2. Cara memutuskan Keputusan:


2.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “Liga”

3. Jika pasukannya berakhir dengan seri, maka keputusan pemenang akan ditentukan melalui :
3.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan
akan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa rehat.
3.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian sepertimana terdapat
dalam Buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan.
3.3 Setelah masa tambahan lima minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar
kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat.
3.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat, maka
permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

4. Pakaian :
4.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yang
menunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas
pinggang dengan ukuran 150mm (6inci) tinggi. Huruf- huruf berikut hendaklah
disematkan di hadapan dan belakang pemain:
GS – Goal Shooter (Penjaring gol)
GD – Goal Defence (Penahan gol)
GK – Goal Keeper (Penjaga gol)
GA – Goal Attack (Penyerang
gol)
WA – Wing Attack (Penyerang Sayap)
WD – Wing Defence (Penangkis
Sayap) C – Center (Pemain tengah)

4.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak boleh dipakai. Kasut pepaku seperti spike
shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan ringan boleh
digunakan. Selain itu pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong sebelum
bermain.
4.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa bibs masing- masing.

5. Kelewatan:
5.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu,
pihak lawan akan diberi kemenangan percuma.

6. Tempoh bermain :
6.1 Pertandingan ini mengambil masa 30 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan
15 minit diperuntukkan dan diselang masa rehat 5 minit. Waktu kecederaan dan
gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang
gangguan atau berlakunya kecederaan.
7. Keputusan hakim adalah muktamad

(Sebarang pindaan akan dimaklumkan

kelak)

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………… …………………………
( LAURA JULAN JOK ) (ENCIK PAUL JAING )
Penyelaras Kelab Bola Jaring Penolong Kanan Kokurikulum
SK Abun Matu SK Abun Matu
LAMPIRAN 4
Jadual Pertandingan
Sistem Liga

RUMAH SUKAN PASUKAN


TEVELA
SELARENG
NYARAN
TEVE

PASUKAN A B C D

Menang: 3
Seri :1
Kalah: 0

Keputusan:
Johan:......................
Naib Johan:.................
Ketiga:.................
Keempat:................
LAMPIRAN 5
SK ABUN MATU,
96900 BELAGA,
SARAWAK.

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA RUMAH SUKAN SK ABUN MATU

NAMA RUMAH SUKAN:..........................................................................................................


PENGURUS PASUKAN:............................................................................................................
JURULATIH:...............................................................................................................................
KETUA PASUKAN:....................................................................................................................

Bil. Nama No. Kad Pengenalan/ Sijil Lahir Posisi

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

.........................................................
( )

Pengurus Pasukan
LAMPIRAN 6

TENTATIF PROGRAM (cadangan)

MASA ATURACARA

8.30 pagi Pendaftaran peserta

9.00 pagi Taklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan

9.20 pagi Permainan bola jaring bermula

12.30 tengah hari Rehat dan merarau

2.00 petang Permainan bola jaring peringkat akhir

5.00 petang Permainan tamat

Penyampaian hadiah

You might also like