You are on page 1of 4

CADANGAN MEMBINA BANGUNAN BARU YANG MENGANDUNGI 4 BILIK

DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN MENGIKUT PIAWAI DI SK PARIT


JAWA, DAERAH MUAR, NEGERI JOHOR

PROGRAM : PENDIDIKAN RENDAH


KOD BUTIRAN : 00102
SUB PROJEK : SK PARIT JAWA, MUAR.

1. LATARBELAKANG PROJEK:

SK.Parit Jawa merupakan sebuah sekolah Pinggir Bandar / Luar Bandar yang
sederhana besar. Sekolah ini telah menerima cadangan menggantikan bangunan
lama (empat bilk darjah ) tidak boleh digunakan lagi dengan bangunan baru
dengan sedikit ubahsuai. Sekolah ini memerlukan sebuah dewan serbaguna yang
dapat menampung aktiviti dan keperluan pembelajaran sepanjang masa.
Keadaan bangunan kantin SK Parit Jawa juga memerlukan binaan semula
kerana keadaan bumbung, longkang ,syiling serta dinding yang sudah uzur.
Binaan baru kantin ini mestilah lebih besar dan selesa, untuk menampung
penggunaan murid seramai 530 orang. Ruang makan untuk guru juga sempit dan
tidak selesa jika semua guru dan kakitangan sokongan seramai 65 orang
menggunakan secara serentak. SK Parit Jawa mencadangkan agar bangunan
kantin ini berkongsi bangunan (di tingkat atas ) dengan kemudahan bilik-bilik
khas lain seperti Bilik jQAF, Bilik Seni, Bilik Pengawas, Bilik SAL,Kedai Buku
selain dari tandas murid dan tandas guru.

2. OBJEKTIF PROJEK :

1. Menyediakan prasarana pembelajaran yang lebih lengkap, selesa, kondusif


dan selamat untuk semua pelajar, guru serta kakitangan sekolah.
2. Bangunan Dewan serbaguna boleh menyelesaikan masalah tempat
berhimpun / sebarang majlis, dewan peperiksaan awam (UPSR), serta aktiviti
sukan dan kokurikulum “in-door”.

3. SKOP PROJEK:

3.1 Projek Dewan dicadangkan merangkumi kemudahan-kemudahan berikut:

Bil Brif Projek

1 Pentas

2 3 gelanggang badminton.

3 Bilik Air/Tandas.

4 Stor am.
3.2 Bangunan Kantin dicadangkan dua tingkat merangkumi kemudahan-
kemudahan berikut :

Bil Brif Projek

Tingkat bawah (Kantin)

1 Ruang dapur menyedia makanan –yang


kondusif.

2 Ruang makan murid yang luas dan


selesa.

3 Ruang makan guru yang selesa.

4 Ruang sinki yang mencukupi.

5 Ruang jualan / sajian yang teratur.

6 Kedai Buku.

7 Tandas.

8 Bilik jQAF.

9 Bilik Seni (PSV)

10 Bilik Pengawas.

11 Bilik SAL.

12 Stor Am

13 Bilik Suis eletrik.

14 4 Bilik Darjah.

4. JUSTIFIKASI PROJEK:

1. Enrolmen murid yang tidak jauh berbeza setiap tahun, memerlukan


persediaan kemudahan untuk memenuhi keperluan pembelajaran tahun-tahun
akan datang.
2. Memberi kemudahan menjalankan program bukan saja untuk dalaman
( sekolah ) malah untuk PIBG, Zon atau PPD .
3. Mengatasi masalah tempat untuk melaksanakan program besar.
4. Mengatasi masalah tempat menjalankan Peperiksaan Awam (UPSR ).
5. Kawasan ini sukar mendapat tempat untuk program menghimpun orang
ramai.
6. Ada kawasan untuk membangunkan Dewan dan Kantin Baru.

5. ANGGARAN KOS:
Anggaran keseluruhan kos bagi projek ini sebanyak RM13,180,294.00

6. OUTPUT DAN FAEDAH DIJANGKA DARIPADA PROJEK:

1. Murid dan seluruh warga SK Parit Jawa dapat menjalankan aktiviti


kokurikulum, perjumpaan atau mesyuarat dengan lebih selesa.
2. Peperiksaan awam (UPSR) boleh dilaksanakan dengan teratur tanpa
mengganggu bilik-bilik darjah.
3. Sukan / Permainan Badminton, Pimpong , Bola Tampar dan Takraw dapat
dijalankan tanpa gangguan cuaca.
4. Aktiviti dan latihan Silat, Tarian ,Tae Kwan Do dapat dijalankan dengan lebih
sempurna.
5. Kantin yang teratur menjamin keselesaan pengguna.
6. Bilik-bilik Khas yang dilengkapi kemudahan memberi suasana pembelajaran
yang lebih selesa dan kundusif .
7. Menjadikan prasarana sekolah lebih menarik kerana kemudahan yang ada
serta bangunan baru yang indah serta membanggakan.

7. MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. Bangunan Dewan Serbaguna amat diperlukan atas keperluan warga sekolah,


penduduk setempat ( PIBG ) serta desakan Politik.
2. Bangunan Lama diakui tidak selamat, sesuai diganti dengan bangunan
Dewan .
3. Bangunan Kantin yang telah uzur boleh diganti dengan bangunan dua tingkat
untuk menjimatkan tapak.
4. Bersama ini disertakan gambar-gambar bangunan berkaitan sebagai
sokongan mendapatkan projek .

You might also like