You are on page 1of 4

Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin

i. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli


Jawatankuasa.
ii. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
iii. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
iv. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
v. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
vi. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
vii. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan
Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.
viii. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
ix. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
x. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.
xi. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
ahli.
xii. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam
lawatan atau projek yang dijalankan.
xiii. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
xiv. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
xv. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
xvi. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
xvii. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
xvii. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil
xix. Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
xx. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
xxi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan
i. Membentuk jawatankuasa.
ii. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
iii. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. iv.
Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
v. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.
vi. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah. vii.
Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
viii. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar
sekolah.
ix. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. x.
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
xi. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
xii. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi untuk digunakan.
xiii. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
xiv. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah- langkah untuk
mempertingkatkan.
xv. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri,
wakil daerah/negeri dan negara)
xvi. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan &
Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
xvii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.
Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Badan

1. Beruniform
i. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform.
ii. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. iii.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
iv. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
v. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
vi. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh
yang ditetapkan.

2. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum


i. Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh
yang ditetapkan.
ii. Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan
dan rekod bilik kokurikulum.

3. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:


i. Borang penyertaan persatuan ii.
Borang senarai AJK dan ahli iii.
Buku laporan aktiviti

4. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan
rekod.

5. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum


sekolah.

You might also like