You are on page 1of 1

Tutorial GCI1022 Minggu ke 10

AHLI KUMPULAN: Audrey Ting Siong Bin, Evelyn Yiu Sing Yi, Lim Xin Er, See Mun
Yee, Tan Siew Joey, Wong Yu Yan

1. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran globalisasi yang dihadapi di


Malaysia. Sejauh manakah kerajaan dan rakyat Malaysia memainkan peranan untuk
menangani cabaran ini.

Antaranya, Malaysia menghadapi cabaran untuk menangani kemasukan pekerja


asing. Kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan yang perlu bagi memastikan
negara mempunyai tenaga kerja yang mencukupi bagi memenuhi keperluan negara.
Terdapat pusat-pusat latihan yang melatih belia-belia khusus dalam meningkatkan
kemahiran. Pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat
kemasukan pendatang luar. Sebagai contoh, Jabatan imigresen bertindak tegas
mengesan dan menghantar balik pendatang tanpa izin dengan memeriksa pasport
mereka serta menyaman majikan yang mengupah pendatang asing ini. Pendatang
asing datang secara haram ditangkap oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan
kemunculan masalah sosial yang mengancamkan keamanan negara. Pihak kerajaan
juga memastikan syarikat majikan yang mengupah tenaga asing dari negara lain
mengikut prosedur yang betul dan mempunyai lesen dalam pengurusan kemasukan
pendatang asing. Syarikat-syarikat tempatan mengutamakan pengambilan rakyat
Malaysia daripada memilih pendatang asing. Pihak ejen dan majikan yang
mengambil pekerja asing memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Selain itu, untuk menangani masalah jenayah, pihak polis sentiasa meronda
pada waktu malam agar pencuri atau perompak tidak berpeluang untuk menjalankan
jenayah. Masyarakat setempat juga menubuhkan pasukan rela dengan kerjasama
antara satu sama lain dalam kalangan penghuni bagi menjamin keselamatan dan
keamanan komuniti. Pihak kerajaan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah
dengan mendenda wang tunai atau hukuman penjara. Tidak dapat menafikan
bahawa hukuman tersebut memberi kesan yang berkesan untuk menakutkan orang
ramai agar keamanan negara dapat dijamin.

Akhirnya, cabaran-cabaran globalisasi yang dihadapi di Malaysia termasuk


ancaman budaya luar seperti aspek budaya pemakaian, aktiviti ‘clubbing’. Pihak
sekolah dan ibu bapa perlu memberi didikan dan nasihat kepada anak-anak supaya
tidak mengikut trend negara luar dengan memakai pakaian yang mencolok mata.
Kerajaan perlu memberikan ceramah kepada masyarakat untuk memberitahu
masyarakat bahawa sebahagian ‘club’ sudah menjadi tempat saluran penjual dadah
serta menawarkan perkhidmatan seks bagi golongan kelas rendah atau tinggi.
Masyarakat perlu berfikir sebelum bertindak untuk menjaga keselamatan dan
kesihatan diri dengan menjauhi diri daripada jenayah-jenayah tersebut. Budaya luar
juga mempengaruhi amalan bahasa rakyat Malaysia, kewujudan bahasa rojak dan
pelbagai bentuk singkatan kata. Pihak sekolah dan kerajaan perlukan memberikan
ceramah kepada masyarakat supaya mereka mengetahui kepentingan mematuhi
tatabahasa yang betul. Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan kepada anak-anak
dengan menggunakan tatabahasa yang betul.

You might also like