You are on page 1of 1

RESIPI PULUT HITAM

Bahan-bahan ( sekeluarga )
 300 gm Pulut Hitam
 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
 1 tin santan
 1/2 cawan gula pasir
 daun pandan (kalau ada)
 segenggam sagu (kalau suka)
 susu segar
 sedikit garam (hujung sudu kecil)
Cara-cara
1. Rendam pulut hitam semalaman
2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga
rasa masak.
4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin
boleh terus masuk dalam periuk?)
7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh
tambah susu segar semasa makan.

You might also like