You are on page 1of 39

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI

MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

BBD 18002
Pendahuluan
Jika melihat kepada sorotan sejarah
pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar
bahawa pendidikan di negara kita telah melalui
pelbagai peringkat.

Perkembangan pendidikan di Malaysia


jelas menunjukkan perbandingan yang ketara
dalam hala tuju dan falasafah pendidikan era
sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka.

Pendidikan di Malaysia telah melalui saat


suka dan duka serta sering berlaku perubahan
demi perubahan untuk memartabatkan
pendidikan.
1/36
HALA TUJU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN PRAMERDEKA

Pendidikan pada Zaman Pramerdeka terbahagi kepada


beberapa peringkat yang menjadi pemangkin kepada
hala tuju dan falsafah pendidikan di Malaysia.

Terdapat dua peringkat

era masyarakat
tradisional era penjajahan

2/36
Era Masyarakat Tradisional
Era ini merupakan salah satu bentuk pendidikan yang berkisar
kepada pembelajaran secara turun-temurun yang diwariskan kepada
genarasi seterusnya.

 Hala tuju pendidikan berdasarkan proses pembelajaran untuk


melahirkan insan yang berkemahiran, berkebolehan dalam aspek
teknik dan praktikal.

 diajar oleh ibu bapa, ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

 Falsafah pendidikan lebih cenderung untuk melahirkan generas


yang mempunyai adab sopan, hormat antara satu sama lain dan
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam yang dipelajari.Hal ini
bertepatan dengan pendapat Hasan Langgulung (1995)

3/36
 Perkembangan pendidikan pada era ini juga telah
menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk
mempelajari bidang ilmu yang lebih luas.

 Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk


menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek
kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan berdasarkan
falsafah pendidikan agama melalui keunggulan pendidikan
Islam yang diterapkan dalam pembelajaran.

4/36
Era Penjajahan
• Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula
menguasai negeri-negeri Melayu.

• Pada zaman penjajahan Inggeris terdapat lima jenis pendidikan


yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti
kaum iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok,
Sekolah Vernakular bagi etnik Cina dan India.

• Sekolah aliran Melayu yang ditubuhkan oleh pihak penjajah


menekankan kepada kurikulum asas, iaitu pelajaran membaca,
mengarang, ejaan, menulis, ilmu kira-kira, ilmu alam dan latihan
jasmani. Bentuk kemahiran asas yang diajar pula ialah perkebunan
dan penternakan.
5/36
• Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan
mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai
kaum tani.

• Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan


menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat
mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-
ekonomi negara.

• Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris


ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis
pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman,
iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.

• Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju


pengajaran dan kurikulum yang berbeza.

6/36
Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak
Inggeris telah membuat kajian. Rentetan daripada
itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya

Laporan Barnes 1950

Laporan Fenn-Wu 1951

Ordinan Pelajaran 1952

Laporan Razak 1956


Laporan ini telah membawa perubahan yang besar
dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di negara
kita. 7/36
HALA TUJU DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
SELEPAS MERDEKA

• Pendidikan di Malaysia telah mengalami


pelbagai anjakan dan perubahan bagi
merealisasikan matlamat kerajaan menjadikan
pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

• Terdapat pelbagai peringkat pada


pascamerdeka iaitu era 1957-1970, era
1971-1990, era 1991-2000 dan era 2001-2010.
8/36
HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

• Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan


perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah
berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat
kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi.

• Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk


membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau
K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara
lain.

• Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber


tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam
pelbagai bidang dan berdaya saing.
9/36
DASAR PENDIDIKAN

• Dasar Pendidikan (Pelajaran)


Kebangsaan melalui Penyata Razak
1956 & dimaktubkan dlm Ordinan
Pelajaran, 1957.

• Dilaksanakan utk mengganti sistem


pendidikan penjajah.

• Disemak semula pada thn 1960 yg


menghasilkan Laporan Rahman Talib
& dimaktubkan dlm Akta Pelajaran,
1961.

10/36
OBJEKTIF

“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yg


diisytiharkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957 ialah utk
menubuhkan satu sistem pendidikan yg akan dapat
memenuhi keperluan negara & menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, &
politiknya…”

11/36
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa


pengantar yg utama;

3. Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan


Malaysia bagi semua jenis sekolah;

5. Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi


semua;

7. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

12/36
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya


dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh,
seimbang & bersepadu;

3. Mengadakan peluang pendidikan asas selama


sembilan tahun;

5. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang &


mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil &
memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang
bernasib baik & kawasan luar bandar @
pedalaman;
13/36
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR


yg berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd
KBSM pada thn 1989;

3. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik


melalui penyusunan semula kurikulum sek.
vokasional pada tahun 1978;

5. Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan


pendidikan di peringkat universiti terutama dlm
bidang sastera gunaan & sains gunaan
14/36
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral


& disiplin;

3. Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa


Inggeris sbg mata pelajaran yg wajib diajar di
sekolah-sekolah & memberi peluang sempurna
bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain spt Bahasa
Cina & Bahasa Tamil;

5. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk


disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet
polis, pengakap, puteri islam dll.
15/36
PENCAPAIAN SEMASA

• Hasil Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan,


tenaga rakyat yg dihasilkan pada keseluruhannya
dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara
kecuali di beberapa bidang tertentu.

• Dapat merapatkan jurang pengenalan bidang


pekerjaan mengikut kaum sama ada di sektor awam
@ swasta.

• Mengurangkan kemiskinan terutamanya kaum


bumiputra yg berpendidikan.

16/36
PENDIDIKAN DAN LATIHAN DI BAWAH
RANCANGAN MALAYSIA KE- 9

• Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897


pada 2005. Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta
pada 2005.
• Melahirkan tenaga kerja yg berpendidikan, mahir & terlatih.
• Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab & mempunyai
nilai-nilai moral & etika yg kukuh.
• Membantu kpd pencapaian Dasar pembangunan Nasional
(DPN) – utk membasmi kemiskinan & penyusunan semula
masyarakat.
• Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan
berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah
dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan
pendapatan.
• Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari
awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005.

17/36
Dasar-dasar dan Hala Tuju
Pendidikan Malaysia
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PELAN INDUK
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006-2010)
2.1.1 MEMBINA NEGARA BANGSA
2.1.2 MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
2.1.3 MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
2.1.4 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
2.1.5 MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
2.1.6 MELONJAKKAN KECERMERLANGAN
INSTITUSI PENDIDIKAN

2.2 SARANAN HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN


NEGARA OLEH YAB MENTERI PELAJARAN
18/36
2.1 PERKEMBANGAN BARU HASIL
DARIPADA PERSIDANGAN KAJIAN SEMULA
PIPP 2009

• Persidangan Kajian Semula PIPP anjuran Kementerian


Pelajaran Malaysia telah diadakan pada 19-22 Julai
2009.

• Tujuan utama persidangan ini adalah untuk


mengenalpasti kesesuaian strategi pelaksanaan,
pelan tindakan, aktiviti, indikator dan jangka masa
yang ditetapkan sama ada perlu dikekalkan, dipinda
atau digugurkan berdasarkan perkembangan dasar-
dasar baru Kerajaan.
19/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.1 MEMBINA NEGARA BANGSA

• Konsep 1Malaysia perlu diterapkan dalam aktiviti


pendidikan ke arah memantapkan perpaduan di
kalangan murid.

• Fokus perlu diberikan dalam memartabatkan


Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa
Inggeris.

• JPN menentukan kuota penyertaan murid


daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum.
20/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.1 MEMBINA NEGARA BANGSA (sam.)

• Sekolah swasta dilibatkan dalam aktiviti bagi Teras 1.

• JPN mengehadkan bilangan pasukan beruniform di


peringkat sekolah bagi menggalakkan lebih ramai murid
pelbagai kaum terlibat.

• JPN perlu menerapkan nilai-nilai Konsep 1Malaysia


dalam pengurusan dan pentadbiran di peringkat sekolah.

21/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.2 MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

• Fokus kepada pembentukan modal insan yang


holistik, mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif.

• Penyediaan profil murid Tahun 1 bagi


membolehkan sekolah mengenalpasti tahap
penguasaan.

• Gunakan sistem modular dan pelbagai kaedah


pengajaran untuk mengatasi masalah
penguasaan 3M.
22/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)

2.1.2 MEMBANGUNKAN MODAL INSAN (sam.)

• Peningkatan kadar literasi murid di peringkat sekolah


rendah dijadikan KPI untuk Guru Besar, PPD dan
Pengarah JPN.

• Sekolah memberi penekanan kepada pembangunan


nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan inovasi serta
kepimpinan dan keusahawanan.
23/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.3 MEMPERKASAKAN SK

• Setiap Pengetua /Guru Besar diberi tempoh


percubaan selama setahun (kegagalan mencapai KPI
yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan).

• Semua sekolah mempunyai guru terlatih yang mencukupi


dan mengikut opsyen terutama di luar bandar dan
pedalaman.

• Pengarah JPN diberi kuasa untuk membuat redeployment


guru-guru Bahasa Inggeris ke sekolahsekolah di luar
24/36
bandar dan pedalaman sebelum akhir 2009.
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)

2.1.3 MEMPERKASAKAN SK (sam.)

• Penekanan kepada peningkatan pencapaian akademik


kerana perkara ini merupakan daya tarikan ibu bapa.

• Semua sekolah menekankan keperluan asas


infrastruktur lengkap dan berfungsi sepenuhnya
(semua sekolah sentiasa bersih, kemas dan teratur
dalam semua aspek).
25/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.4 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN

• Definisi bandar dan luar bandar perlu dikaji


semula dengan mengambil kira kedudukan
Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

• Asrama Desa dan Asrama Harian diperluaskan.

• Dasar penempatan guru permulaan dalam mata


pelajaran kritikal di kawasan luar bandar dan
pedalaman hendaklah dianggap sebagai satu
khidmat negara. 26/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.4 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN (sam.)

• Guru cemerlang perlu berada di sekolah masing-


masing sekurang-kurangnya empat hari seminggu dan
satu hari sahaja dibenarkan keluar untuk tugas.

• Sekolah-sekolah pinggir bandar juga perlu diberi tumpuan


dengan mengambilkira kesesakan pelajar dan keperluan
asas serta guru.

• Peluasan prasekolah dikaji semula bagi memastikan


kanak-kanak yang terpinggir (reaching the unreach)
disediakan pendidikan prasekolah. 27/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.5 MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

• Mewujudkan pusat latihan seperti Pusat Latihan Biro


Tatanegara atau dengan menggunakan Pusat
Kokurikulum Negeri bagi menanamkan sikap positif
kepada guru-guru permulaan serta guru-guru yang telah
berkhidmat lebih lima (>5) tahun.

• Mengadakan program-program motivasi untuk


menyegarbugarkan (revitalising and rejunevate)
guruguru yang telah lama berkhidmat.

28/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.5 MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN (sam.)

• Elaun khas kepada guru diberikan berdasarkan


peformance-based tanpa mengira lokasi.

• Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi


markah bonus untuk urusan kenaikan pangkat bagi guru
yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.

• Semua Pengetua/Guru Besar memakai lencana (badge)


seperti “Saya Agen Perubahan” atau “Saya Guru
Berkualiti” mulai tahun 2010.
29/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.6 MELONJAKKAN KECERMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

• Memantapkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak


tempatan dan luar negara seperti IPTA/IPTS bagi
melonjakkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
bidang kebitaraan (niche areas) masing-masing.

• Menyediakan mekanisme penilaian bagi membolehkan


murid menilai guru dan guru menilai pihak pentadbir
sekolah untuk tingkatkan kecemerlangan SKK.
30/36
2.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PIPP (2006-2010)
2.1.6 MELONJAKKAN KECERMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN

• 80 peratus daripada pelajar daripada SKK perlu


cemerlang dalam bidang kebitaraan sekolah tersebut
pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

• Semua Pengetua / Guru Besar perlu mengekalkan


prestasi lebih 80 peratus berdasarkan SKPM
sekurangkurangnya 3 tahun berturut- turut.

• Pelantikan guru dan jurulatih di SKK mempunyai


kelayakan dan kepakaran dalam bidang kebitaraan
31/36
masing-masing.
2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
[Saranan YAB Menteri Pelajaran Malaysia]

• Mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan,


berketerampilan, mempunyai jati diri, progresif, kreatif dan
berinovatif.

• Melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurang-


kurang tiga quotient iaitu Intelectual Quotient (IQ),
Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ).

• Merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar


selaras dengan Pendidikan Untuk Semua (Education For
All) yang disasarkan oleh UNESCO.

32/36
2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
[Saranan YAB Menteri Pelajaran Malaysia] (sam.)
• Melakukan anjakan paradigma seperti yang digariskan
oleh YAB Perdana Menteri :-

g) anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan;

b) anjakan daripada budaya kesan nyata (output)


kepada budaya keberhasilan (outcome);

c) anjakan daripada birokrasi menyusahkan kepada


birokrasi memudahkan;

d) anjakan daripada produktivi semata-mata kepada


gabungan produktiviti, kreativiti dan inovasi bagi
melonjakkan kejayaan secara lonjakan berganda.
33/36
2.2 HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
[Saranan YAB Menteri Pelajaran Malaysia] (sam.)

• Menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dan


inovasi dalam kalangan generasi muda di sekolah sejak
dari peringkat rendah.

• Menyisipkan unsur futuristik berteraskan teknologi


maklumat dan komunikasi.

• Mengkaji dan memurnikan perancangan sedia ada


dalam PIPP dan perancangan pelan strategik untuk
RMKe-10,dengan memberi tumpuan kepada
merealisasikan Gagasan 1Malaysia.

34/36
PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN (PIPP)

• Satu rangka kerja bersepadu akan


dibentuk untuk menghubungkaitkan
dasar dan pelaksanaan program
RMKe-10 dengan bidang keberhasilan
utama (KRA) dan outcome seperti di
Rajah 1.

35/36
36/36
4.0 RUMUSAN

Semua bahagian KPM diharapkan dapat


memberi kerjasama sepenuhnya dalam
menjayakan penyediaan PIPP RMKe-10.
Usaha KPM diperlukan bagi meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi negara
serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
Sekian
Terima kasih

You might also like