You are on page 1of 2

SOALAN-SOALAN LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS) v2.

1. Adakah penyertaan dibuat secara individu?


• Pendaftaran dan penyertaan untuk Jambori ini adalah secara individu
• Video yang dihasilkan akan dimuatnaikkan atau dikongsi mengikut penyertaan
individu
Contoh situasi:
• Ali berdaftar untuk jambori ini sebagai peserta. Muthu dan Ah Hock berdaftar
sebagai peserta individu juga.
• Ali, Muthu dan Ah Hock memuat naik atau kongsi video berasingan mengikut link
yang diberi.

2. Bolehkah video dihasilkan secara berkumpulan?


• Video boleh dihasilkan secara berkumpulan tetapi terhad kepada SOP yang
dikeluarkan oleh MKN untuk mengawal penularan COVID-19 di negeri, daerah,
mukim, bandar, taman masing-masing
• Penyertaan video akan dimuat naik secara individu
Contoh situasi:
• Ali, Muthu dan Ah Hock menghasilkan video secara berkumpulan melalui kaedah
maya. Mereka memuat naik atau berkongsi video yang sama semasa memuat naik
atau kongsi video secara berasingan mengikut link yang diberi.

3. Bahasa yang digunakan dalam video? Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris?
• Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dalam video
untuk menerangkan proses, atau bahan mentah, atau langkah-langkah yang dibuat.
• Jike Bahasa Malaysia digunakan, sila letakkan kepsyen (caption) atau sari kata di
bawah.
Contoh situasi:
• Ah Hock menyatakan bahawa dia akan bawang merah dan bawang putih untuk
masakannya. Dalam video, Ali akan menggunakan kepsyen (caption) yang
menyatakan “onion” dan “garlic” apabila menggunakan ramuan tersebut sebagai
penerangan kepada pihak BSA.
• Muthu menunjukkan yang dia menyediakan nasi goreng dalam videonya. Sari kata
video akan menyatakan “fried rice” sebagai penerangan kepada pihak BSA.

4. Adakah sijil penyertaan akan diberi?


• Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh pihak penganjur GSKJ 2021 iaitu Boy Scouts of
America (BSA)
• Sijil hanya akan dikeluarkan jika video yang dihasilkan telah dimuat naik atau
dikongsi oleh peserta dengan BSA selepas melepasi langkah saringan oleh PPM dan
berdaftar dengan pihak BSA
Contoh situasi:
• Ali telah memuat naik video untuk saringan oleh PPM. Video Ali mematuhi kriteria
dan melepasi peringkat saringan. E-mel dengan pautan untuk berdaftar dengan BSA
akan dihantar kepada Ali. Ali berdaftar dengan BSA, mengikuti langkah yang
dinyatakan oleh BSA dan Berjaya memuat naik atau kongsi video tersebut. Ali akan
mendapat Sijil Penyertaan daripada pihak BSA.
• Muthu telah memuat naik video untuk saringan oleh PPM. Video Muthu tidak
mematuhi kriteria dan melepasi peringkat saringan. E-mel menyatakan sebab video
tidak melepasi kriteria dihantarkan kepada Muthu. Muthu memperbaikki video
tersebut, melepasi langkah saringan dan dapat berdaftar degan BSA seperti Ali.
Muthu mendapat Sijil Penyertaan.
• Ah Hock telah memuat naik video untuk saringan oleh PPM. Ah Hock telah melepasi
peringkat saringan oleh PPM. Ah Hock tidak membaca e-mel dan tidak sempat
berdaftar dengan BSA dan memuat naik videonya. Ah Hock tidak akan mendapat Sijil
Penyertaan

5. Adakan pemakaian pakaian seragam pengakap diperlukan dalam video?


• Ya. Pemakaian pakaian seragam adalah WAJIB untuk video tersebut.
• Sila menghubungi pihak JPK melaui emel gskj2021.my@gmail.com jika ada sebarang
pertanyaan.

6. Tarikh tutup dalam surat siaran dan lampiran tidak sama. Mana yang betul?
• Pihak JPK telah membuat keputusan untuk melanjutkan tarikh akhir kepada 20 Julai
2021 untuk peringkat berkaitan dengan PPM supaya lebih ramai peserta diberi
peluang untuk berdaftar dan menghantar video mereka.

7. Adakah sijil penyertaan akana diberikan jika peserta tidak menghantar video selepas
mendaftar?
• TIDAK. Penyertaan dalam jambori ini adalah melalui penghantaran video kepada
pihak BSA untuk mendapat sijil. Sekiranya peserta mendaftar, tidak menghantar
video dan telah menonton siaran langsung melalui media sosial, peserta masih tidak
layak untuk mendapat sijil penyertaan untuk aktiviti ini.
• Sila rujuk kepada soalan 4 untuk cara melayakkan diri untuk mendatap sijil.

You might also like