You are on page 1of 4

SYARAT DAN PERATURAN SEPAKTAKRAW BERPASUKAN PIALA P.

218 SIBUTI
(SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH DALAM PARLIMEN P.218 SIBUTI)

1. PENGURUSAN

1.1. Pertandingan ini akan dikelolakan oleh Persatuan Sepaktakraw Bahagian Miri (2015). Pihak
Pengelola berkuasa dan bertanggungjawab untuk melantik dan meluluskan mana-mana
Individu Untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Pengelola.

2. PERATURAN

2.1.Selain daripada peraturan yang terkandung,kejohanan ini akan dijalankan menurut Undang
– undang permainan sepaktakraw PSM yang berkuatkuasa pada ketika ini.

2.2.Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang – undang berkenaan
akan diputuskan seperti berikut :-

2.2.1.Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

2.2.2.Sebarangan persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tenikal dan


Pertandingan

2.2.3.Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa
Tenikal dan Pertandingan adalah muktamad.

3. TARIKH / TEMPAT PERTANDINGAN

3.1. Tarikh pertandingan adalah pada 28 Oktober 2017 hari Sabtu dan tempat pertandingan adalah
Di Dewan Sekolah Menengah Suai Niah

4. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN

4.1.Penyertaan adalah terbuka kepada 8 buah Sekolah Menengah dalam Parlimen P.218 Sibuti sahaja.

4.2. Setiap pasukan akan diwakili oleh satu ( 1 ) pasukan ( 3 Regu ) sahaja,yang mengandungi
Dua belas (12) orang pemain dan tiga (3) orang pegawai sahaja.

4.3. Setiap pasukan mesti mengandungi pemain – pemain seperti berikut :

1) Regu Pelajar ( 4 orang pemain)

2) Regu Guru atau staf ( 4 orang pemain).

3) Regu Bapa atau penjaga pelajar. ( 4 orang pemain )


4.4.Setiap Pasukan yang dijadualkan bertanding hendaklah berada digelanggang perlawanan 30 minit
sebelum waktu perlawanan bermula.Jika mana – mana Pasukan tidak melaporkan diri 15 minit
selepas dijadualkan maka pasukan tersebut akan dianggap kalah dan pasukan yang hadir akan
diikhtira menang.

4.5.Setiap Pasukan yang akan memulakan perlawanan hendaklah mengandugi tidak kurang daripada
enam ( 6 ) orang pemain semasa pengenalan pemain diumumkan.GAGAL berbuat demikian
pasukan yang kurang pemain akan dikira kalah.

4.5.Setiap pemain mesti terdiri daripada Pelajar,Guru/Staff dan Bapa/Penjaga dari Sekolah yang
diwakilinya.Pemain selain dari sekolah yang diwakili adalah tidak dibenarkan.

5. YURAN PENDAFTARAN

5.1. Yuran Pendaftaran adalah PERCUMA.

5.2.Setiap pasukan akan diberi 12 helai Baju Jersi untuk pemain dan 3 helai baju untuk pegawai oleh
pihak penanjur yang tertera nama kejohanan.Setiap Pasukan yang bermain diWajib memakai
baju Jersi jersi tersebut.

6. SISTEM PERTANDINGAN

6.1. Sistem pertandingan dijalankan secara liga berkumpulan.dibahagi kepada Dua (2) kumpulan
Iaitu A dan B.Pasukan yang menjadi Johan dari setiap kumpulan akan bertanding diperlawanan
akhir.Pasukan yang menjadi Naib Johan dalam setiap kumpulan akn mendapat tempat Ketiga ( 3 )
bersama.

6.2. Pertandingan antara PASUKAN ini akan mengandungi tiga ( 3 ) Regu perlawanan .Ia akan
dijalankan seperti berikut :

6.2.1. Regu A = Pelajar.

6.2.2. Regu B = Guru / Staf.

6.2.3. Regu C = Bapa / Penjaga.

7. SISTEM MATA DAN KIRAAN MATA

7.1. Bagi pusingan awal setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berasaskan yang menang
akan mendapat 3 mata dan yang kalah tidak mendapat apa – apa mata.
7.2. Sekiranya terdapat lebih dari satu pasukan yang mendapat jumlah mata sama,maka kaedah –
kaedah berikut akan digunakan :

8.2.1. Jumlah perbezaan REGU yang diperolehi.


8.2.2. Jumlah perbezaan SET yang telah diperolehi.
8.2.3. Jumlah perbezaan MATA keseluruhan yang diperolehi.
8.2.4. Pemenang perlawanan diantara kedua – dua pasukan.

8. JADUAL/TEMPAT

8.1. Jadual dan tempat pertandingan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola yang telah dibuat dan
ditetapkan adalah mukatamad.Atas sebab – sebab yang diluar dugaan,maka Jawatankuasa
Pengelola boleh menangguhkan mana – mana perlawanan dengan memberitahu terlebih dahulu
kepada pasukan yang terlibat.Setiap Pasukan yang bertanding hendaklah bersedia untuk bermain
lebih satu perlawanan sehari.

9. PENGADIL,PEMBANTU DAN HAKIM GARISAN

9.1.Pengadil dan Pembantu terdiri daripada individu – individu yang akan dilantik
oleh Jawatankuasa Pertandingan.Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil Bertugas bagi
sesuatu perlawanan berkaitan dengan undang – undang permainan adalah muktamad.

9.2.Setiap Pasukan dikehendaki menyediakan seorang penjaga Garisan semasa pasukan tersebut
bermain.

10. PAKAIAN DAN ARM BAND

10.1. Selain dari tercatat dalam undang – undang permainan,maka setiap regu mestilah berpakaian
seragam (jersi) dan bernombor sepanjang kejohanan diadakan.Setiap ketua regu wajib memakai
arm-band ditangan.

11. TARIKH TUTUP,TAKLIMAT PENGURUS DAN CABUTAN UNDI

11.1.Tarikh Tutup Pendaftaran Pemain,Taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi akan
diadakan pada hari Khamis 26 Oktober 2017 bertempat di Kantin IPG Kampus Sarawak pada
jam 9 pagi .Setiap pasukan diminta untuk menghantar wakil pada taklimat tersebut.

11.2. Baju Jersi akan diserah kepada semua pasukan yang bertanding selepas taklimat tersebut.
12. HADIAH - HADIAH

12.1. Johan : Piala, Medal, Wang Tunai RM 2500.00 & Voucher Rm 3500.00.

12.2. Naib Johan : Piala, Medal,Wang Tunai RM 1500.00 & Voucher RM 2500.00.

12.3. Ketiga Bersama : Piala, Medal,Wang Tunai RM 1000.00 & Voucher RM 1000.00.

12.4. Kelima - Kelapan : Piala,Medal,Wang Tunai RM 500.00 & Voucher RM 500.00.

13. ADUAN/BANTAHAN

13.1. Semua aduan/bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh pengurus pasukan yang
berdaftar sahaja kepada juri rayuan tidak lewat daripada 1 jam selepas tamat perlawanan
berkenaan.

13.2. Tiap – tiap bantahan/rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 300.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ratus) sahaja. Wang pertaruhan akan luput sekira bantahan ditolak.

14. PERKARA AM

14.1. Walaupun segala usaha akan diambil oleh Jawatankuasa Pengelola bagi menentukan aspek –
aspek keselamatan Pegawai dan pemain – pemain terkawal namun Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan tidak bertanggungjawab tentang keselamatan diri,barang – barang dan lain – lain
daripada pegawai dan pemain – pemain.disepanjang pertandingan ini berlangsung.

14.2.Semua pasukan,pegawai dan pemain – pemain yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini
adalah melakukan dengan kemahuan sendiri dan secara sukarela..

14.3. Jawatankuasa pengelola berhak kepada mana – mana perkara yang tidak dijelaskan dalam
peraturan ini dan sebarang keputusan yang diambil adalah muktamad.

You might also like