You are on page 1of 25

1.

0 PENGENALAN

Saya Azwin Binti Zulkufli daripada kelas RBT4 2PPISMP telah menjalankan satu
kajian tentang perniagaan jenis milikan tunggal iaitu Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Malaysia. Menurut SME Info (2018), IKS mempunyai j ualan tahunan tidak melebihi RM20
juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang. Saya memilih Perniagaan Zila Aziz
Enterprise kerana perniagaan tersebut membekalkan hasil pertanian seperti kerepek
pisang. Pelanggan Perniagaan Zila Aziz Enterprise terdiri daripada masyarakat sekeliling
yang menginginkan makanan ringan yang berkhasiat serta mudah didapati.
Walaubagaimanapun, perniagaan Zila Aziz menghadapi cabaran untuk memastikan
kesegaran bahan mentah mereka untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

1
2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Zila Aziz Enterprise ditubuhkan pada 16 Mei 2011 dan didaftarkan pada tahun yang
sama secara rasmi pada 8 September 2011. Nama Zila Aziz Enterprise diambil sempena
nama pengurus perniagaan itu sendiri iaitu Puan Norazilah Binti Abd Aziz. Perniagaan Zila
Aziz Enterprise membekal kerepek dan hasil pertanian. Perniagaan ini beralamat di No.
3616 Jalan Ban Kenal Parit 1, Lorong Cempedak, Kampung Ampangan, Tanjong Karang,
45500 Tanjong Karang, Selangor. Perniagaan ini jenis milikan tunggal. Sebelum
tertubuhnya perniagaan ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan
diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan pemasaran yang
sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa buah agensi kerajaan di sekitar
Kuala Selangor.

Sasaran pelanggan Perniagaan Zila Aziz Enterprise ialah suami isteri yang bekerja,
keluarga yang mempunyai isi rumah yang ramai, serta rumah orang – orang tua dan
pelancong-pelancong di sekitar pekan Tanjong Karang.

Perniagaan Zila Aziz Enterprise buat masa ini diuruskan oleh Puan Norazilah Binti Abd
Aziz sebagai pengurus besar dan merangkap pengurus kewangan. Terdapat jawatan lain
seperti pengurus pemasaran yang dijawat oleh Siti Noorazieha Binti Zahar dan dibantu
oleh dua orang pekerja am. Anggaran kos bahan mentah untuk sebulan ialah RM 300 dan
untuk setahun ialah RM 3600. Penetapan harga yang ditetapkan ke atas produk yang
ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price–follower‘ iaitu
mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing–pesaing lain.

Perniagaan Zila Aziz Enterprise telah berusaha mengumpul wang daripada pendapatan
bulanan yang diperolehi dan telah berjaya membeli satu buah oven, lapan buah acuan
kuih kapit dan beberapa peralatan untuk menghasilkan kerepek pisang. Ini adalah
sebahagian daripada langkah mempersiapkan diri saya untuk menjadi seorang pengurus
perniagaan yang bijak dan berkalibar. Selain daripada itu, hasrat untuk menyediakan
produk dan perkhidmatan berasaskan hasil pertanian yang halal untuk pelanggan
beragama islam juga telah menjadi pendorong kepada pemilik Perniagaan Zila Aziz
Enterprise untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelori oleh kaum
bukan bumiputera.

2
3.0 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Perniagaan Zila Aziz Enterprise yang beroperasi di alamat No. 3616 Jalan Ban
Kenal Parit 1, Lorong Cempedak, Kampung Ampangan, Tanjong Karang, 45500 Tanjong
Karang, Selangor. Bermula dengan modal sebanyak RM 100, 000, Perniagaan Zila Aziz
Enterprise membekal kerepek dan hasil pertanian kepada pelanggannya disamping
menawarkan harga yang berpatutan dan dapat mengekalkan kualiti produknya. Menurut
Wikipedia, Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA dibentuk pada 1 Mac
1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
Sehubungan itu rancangan perniagaan ini disediakan bagi membolehkan perniagaan
mengembangkan lagi perniagaan dengan mendapatkan pinjaman perniagaan yang
bernilai RM 15, 000 dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah Skim Pembiayaan
Peningkatan Perniagaan (SPiM) untuk membeli mesin membuat pau dan mesin membuat
kuih kapit (RM 5, 000) dan membeli bahan mentah untuk menghasilkan kerepek, pau dan
kuih kapit (RM 5, 000) bagi memenuhi sasaran jualan yang telah ditetapkan. Selain itu, kos
ubahsuai premis perniagaan (RM 5, 000). Selain itu, menyediakan garis panduan untuk
pihak pengurusan, supaya syarikat ini berjalan dan berkembang mengikut seperti yang
dirancang. Akhir sekali, sebagai bahan rujukan untuk menyakinkan pembekal-pembekal
bahan mentah akan keupayaan perniagaan.

3
4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

BUTIRAN MAKLUMAT
Nama perniagaan Zila Aziz Enterprise
Alamat perniagaan No. 3616 Jalan Ban Kenal Parit 1, Lorong Cempedak,
Kampung Ampangan, Tanjong Karang, 45500 Tanjong
Karang, Selangor.
Nombor telefon dan 013 - 3823376/ 03 - 91711993
faksimili
Bentuk perniagaan Milikan Tunggal
Kegiatan utama Membekal Kerepek dan Hasil Pertanian
perniagaan
Tarikh mula perniagaan 16 Mei 2011
Tarikh pendaftaran 8 September 2011
Nombor pendaftaran SA 0199192-U
Modal permulaan RM 100 000
Modal pinjaman RM 15 000
Nama bank Maybank Berhad
Nombor akaun bank 162124295243

4.1 LATAR BELAKANG PEMILIK

BUTIRAN MAKLUMAT

4
Nama penuh Norazilah Binti Abdul Aziz
Nombor kad pengenalan 720516 – 10 – 5184
Tarikh lahir / umur 16 Mei 1972 / 49 tahun
Alamat tetap No. 3616 Jalan Ban Kenal Parit 1, Lorong Cempedak,
Kampung Ampangan, Tanjong Karang, 45500 Tanjong
Karang, Selangor.
Nombor telefon 013 – 3055723
Kelulusan akademik Sijil Pelajaran Malaysia
Kemahiran Memasak
Kursus Dihadiri Kursus Kek dan Biskut (Kolej Komuniti)
Status perkahwinan Berkahwin

5.0 KEDUDUKAN TAPAK PROJEK

5.1 Google Maps

5
5.2 Sebab memilih lokasi

Pemilihan lokasi yang strategik dilihat sebagai salah satu faktor penting menentukan
sama ada perniagaan kerepek akan mendapat sambutan ramai atau tidak. Perniagaan Zila
Aziz Enterprise ini beralamat di No. 3616 Jalan Ban Kenal Parit 1, Lorong Cempedak,
Kampung Ampangan, Tanjong Karang, 45500 Tanjong Karang, Selangor. Kawasan ini sangat
strategik kerana berdekatan dengan Agrotourism Homestay Sungai Sireh. Selain itu, terdapat
banyak kawasan perumahan ataupun kawasan yang terdapat ramai pelancong pada setiap
hujung minggu. Premis Zila Aziz Enterprise juga mempunyai ruang letak kereta yang
mencukupi bagi memudahkan pelanggan kami.

6.0 MATLAMAT PERNIAGAAN

6
6.1 VISI, MISI, OBJEKTIF

(a) Visi
Bertujuan untuk menambahkan penguasaan dalam bidang perniagaan demi untuk
menaikkan ekonomi Bumiputera setanding dengan bangsa lain. Membuktikan
bumiputera boleh berjaya di samping mendapat sokongan dan kerjasama dari semua
pihak yang terlibat.

(b) Misi
Menjual barang yang segar dan berkualiti kepada pelanggan khususnya kepada
penduduk setempat, badan – badan kerajaan dan swasta.

(c) Objektif
Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan. Selain itu,
konsisten dalam menangani masalah pemasaran dan pembelian bahan mentah agar
mutu perniagaan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

6.2 SYER PASARAN


Menurut Softwareperniagaan, syer pasaran adalah peratusan yang dianggarkan
daripada saiz pasaran. Anggaran ini diperoleh berasaskan kekuatan dan kelemahan
perniagaan berbanding pesaing-pesaing dalam sasaran pasaran. Perniagaan Zila Aziz
Enterprise menguasai 30 % pada hasil jualan kerepek.

6.3 HARGA JUALAN SEUNIT

Jenis kg Harga (RM)


Kerepek pisang 1 30
Kuih kapit 1 30
Kuih pau 1 30

6.4 SASARAN JUALAN

7
Berikut merupakan sasaran jualan perniagaan bagi tempoh satu tahun. Perniagaan
mensasarkan jualan bulanan meningkat sebanyak 10 % setiap bulan.

BULAN SASARAN JUALAN (RM)


Mei 5000
Jun 5 500
Julai 6 050
Ogos 6 655
September 7 321
Oktober 8 054
November 8 860
Disember 9 746
Januari 10 721
Februari 11 794
Mac 12 974
April 14 272
Jumlah 106 947

7.0 SASARAN UNTUNG

Berikut merupakan sasaran untung perniagaan bagi tempoh satu tahun. Untung
perniagaaan dijangkakan meningkat sebanyak 10 % daripada sasaran jualan setiap
bulan.

8
BULAN SASARAN UNTUNG (RM)
Mei 4000
Jun 4 500
Julai 5 050
Ogos 5 655
September 6 387
Oktober 7 194
November 8 080
Disember 9 055
Januari 10 127
Februari 11 306
Mac 12 603
April 14 030
Jumlah 97 987

8.0 SASARAN PELANGGAN

Sasaran pelanggan Perniagaan Zila Aziz Enterprise ialah suami isteri yang bekerja,
keluarga yang mempunyai isi rumah yang ramai, serta pelancong-pelancong dan
penduduk taman perumahan di sekitar pekan Tanjong Karang.

9.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

9.1 CARTA ORGANISASI BAGI PERNIAGAAN ZILA AZIZ ENTERPRISE:

9
PENGURUS
BESAR &
PENGURUS
KEWANGAN

PENGURUS
PEMASARAN 2 ORANG
PEKERJA AM

9.2 JADUAL SPESIFIKASI KERJA BAGI PERNIAGAAN ZILA AZIZ ENTERPRISE

JAWATAN TUGAS
10
Pengurus Besar  Mengawal dan mengenal pasti dasar dan misi perniagaan.
dan Pengurus  Mengawal selia dan memantau perjalanan perniagaan
Kewangan  Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dengan
berkesan.
 Memastikan aliran keluar masuk wang diurus dengan baik.
 Mengemaskini akaun dan penyata kewangan.
Pengurus  Merangka strategi pemasaran dan mencari alternative
Pemasaran terbaik untuk sasaran pasaran.
 Memastikan pelanggan berpuas hati terhadap kualiti
perkhidmatan yang diberi.
Pekerja am  Membantu pengurus pentadbiran menjalankan tugas.
 Menguruskan hal ehwal pentadbiran.

9.3 JADUAL GAJI PEKERJA

 Gaji termasuk caruman KWSP dan PERKESO.

11
JAWATAN GAJI (RM)
Pengurus Besar (1 orang) 1 900
Pengurus Pemasaran (1 0rang) 1 500
Pekerja (RM 1 200 × 2 orang) 2 400
JUMLAH 7 300

 Insentif

Imbuhan Kerja Lebih Bonus Tambahan


Masa
Butir RM Butir RM
Kerja lebih 6 jam 16.00 Sebulan 200
Sejam berikutnya 4.00

10.0 RANCANGAN OPERASI

10.1 CARTA ALIR MEMPROSES KEREPEK PISANG

12
Penyimpanan
Mula Tamat
kerepek pisang

Mengupas Pembungkusan
pisang kerepek

Menyagat Menggoreng
pisang pisang

10.2 KEPERLUAN BAHAN MENTAH (KIRAAN)

Bahan Anggaran sebulan (RM) Anggaran setahun (RM)


Buah pisang 100.00 1 200
Minyak masak 110.00 1 320
Garam 5.00 60
JUMLAH 215 2 580
13
10.3 SENARAI PEMBEKAL BAHAN-BAHAN MENTAH:

HOUSE OF INGREDIENTS

No 3, Jalan Lengkongan,

45500 Tanjong Karang, Selangor.

(Tel 03-62742262)

SUZIE BAKERY SDN BHD

No 2, Jalan Medan Niaga 2,

Kampung Baharu,

4500 Kuala Selangor,

Selangor

(Tel 011- 12393394)

10.4 SENARAI MESIN DAN PERALATAN

Jenis Harga Belian (RM) Pembiayaan


Kuali 500 Sendiri
Mesin membuat kuih pau 2500 Sendiri
Komputer 3 000 Sendiri
Ruang niaga 2 500 Sendiri

11.0 SUSUN ATUR RUANG NIAGA

14
KUALI
MENGGORENG
KEREPEK
MEJA

MEJA

TANDAS RUANG PENTADBIRAN

12.0 PERBELANJAAN OPERASI

Butiran Perbelanjaan Aset (RM) Perbelanjaan Bulanan (RM)


MESIN DAN PERALATAN
 Kuali 500
 Mesin membuat 2500
kuih pau
15
 Komputer 3000
 Sewaan 2 500
BAHAN MENTAH
 Buah pisang - 100.00
 Minyak masak - 110.00
 Garam - 5.00
BELANJA UTILITI - 350
JUMLAH 8, 500 565

13.0 RANCANGAN PEMASARAN

13.1 CAMPURAN PEMASARAN – 4P

16
 PRODUK

Memastikan kesegaran produk terjamin, dimana tarikh luput akan dipaparkan pada setiap
bungkusan untuk rujukan pelanggan. Selain itu, mempelbagaikan keluaran produk agar
pelanggan mempunyai banyak pilihan. Akhir sekali, Mengutamakan kualiti produk dengan
menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi.

 HARGA

Menurut Hairul Nizam (2011), harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu
produk. Penetapan harga yang ditetapkan ke atas produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan adalah berpatutan, kompetitif dan ia berkonsepkan ‘price–follower‘ iaitu
mengikut kadar pasaran seperti yang ditetapkan pesaing–pesaing lain.

 PROMOSI

Memberi tawaran istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan. Selain
itu, memberi pek percubaan pada harga yang rendah bagi produk baru.

 AGIHAN

Memasarkan produk ditempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai. Serta membuat


pemantauan ke atas lokasi dan kekerapan pelanggan yang datang berkunjung. Akhir
sekali, membuat kaji selidik terhadap golongan sasar seperti pekerja pejabat, pelajar dan
pelancong.

13.2 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

 Buruh

17
Perniagaan Zila Aziz Enterprise buat masa ini diuruskan oleh Puan Norazilah Binti Abd
Aziz sebagai pengurus besar dan merangkap pengurus kewangan. Terdapat jawatan lain
seperti pengurus pemasaran yang dijawat oleh Siti Noorazieha Binti Zahar dan dibantu
oleh dua orang pekerja am.

 Teknologi

Menggunakan mesin kuih kapit untuk menghasilkan produk.

 Modal

RM 40 000 daripada modal sendiri.

 Usahawan

Norazilah Binti Abdul Aziz.

 Bahan mentah

Buah pisang, tepung, minyak masak dan garam.

13.3 STRATEGI PENGELUARAN

 Perniagaan Zila Aziz Enterprise akan memperbaiki organisasi pengeluaran dari semasa ke
semasa supaya proses pengaeluaran dapat berjalan dengan lancar.
 Perniagaan Zila Aziz Enterprise menyediakan perkhidmatan penghantaran produk terus
sampai ke rumah dengan mengenakan caj yang murah untuk memudahkan pelanggan
mereka yang sibuk bekerja.
 Pemilik Aziz Aziz Enterprise sentiasa menjaga kawalan kualiti produk mereka untuk
memastikan produk keluaran mereka menjadi pilihan nombor satu para pelanggan.

14.0 ANALASIS SWOT

18
KEKUATAN KELEMAHAN

 Mesin untuk membuat kuih pau  Lokasi Zila Aziz Enterprise terletak
sangat berkualiti dan canggih. di kampung yang kecil
 Mudah untuk mendapatkan bahan menyebabkan kurangnya
mentah supaya dapat pelanggan.
kelangsungan perniagaan berjalan  Zila Aziz Enterprise juga
lancar kekurangan mesin kuih kapit.
 Zila Aziz Enterprise mempunyai
pekerja yang berdedikasi dan
berpengalaman.

PELUANG ANCAMAN

 Pada zaman sekarang, ramai  Pesaing terbesar perniagaan Zila


wanita yang sudah berkerjaya Aziz Enterprise ialah Kedai
menyebabkan mereka mencari Kerepek MHP Enterprise Masri
makanan yang mudah untuk dan Kunya Kunya Enterprise
didapati seperti kerepek pisang kerana mereka akan mengadakan
yang dipasarkan oleh Zila Aziz promosi pada setiap hujung
Enterprise. minggu.
 Kerajaan menjalankan kempen  Kerap melakukan promosi pada
beli barangan buatan Malaysia. musim perayaan supaya
 Perniagaan dapat dikembangkan pelanggan tertarik untuk membeli
dan cawangan baru dapat dibuka produk Zila Aziz Enterprise.
kerana Perniagaan Zila Aziz  Harga bahan-bahan mentah di
Enterprise mendapat sambutan pasaran semakin mahal.
hangat daripada para pelanggan.

15.0 TENTUKAN TARGET JUALAN (PRODUK DAN HARGA)


19
Bulan Kg (sebulan) Harga / per kg Anggaran jualan
April 80 30 2 400
Mei 85 30 2 550
Jun 90 30 2 700
Julai 95 30 2 850
Ogos 97 30 2 910
September 100 30 3 000
Oktober 105 30 3 150
November 109 30 3 270
Disember 110 30 3 300
Januari 115 30 3 450
Februari 125 30 3 750
Mac 130 30 3 900
JUMLAH 1 241 37 230

16.0 PERBELANJAAN PEMASARAN

Definisi Pemasaran mengikut Philip Kotler & Gary Armstrong ialah satu proses sosial dan
pengurusan dimana individu dan kumpulan memperoleh apa yang diperlukan dan inginkan
melalui penciptaan, penawaran dan pertukaran produk dan perkhidmatan dengan nilai secara
bebas.

20
 Hantarkan risalah kepada setiap rumah, sekolah dan sekitar pekan Tanjong Karang.
 Risalah tersebut akan memberitahu informasi tetntang lokasi dan produk keluaran Zila
Aziz Enterprise. Letak pada papan pengumuman, perniagaan premis lain, dan tempat
lain yang sesuai untuk meletak risalah.
 Kos yang dianggarkan untuk membuat risalah ialah RM 1 bagi yang dicetak secara
berwarna. Sebanyak 300 helai risalah yang diperlukan sebagai tujuan promosi.
 Kos untuk membayar upah pekerja yang ditugaskan untuk mengedar risalah ialah RM
10 sejam.

17.0 ASPEK KEWANGAN

 Perniagaan Zila Aziz Enterprise bermula dengan modal sebanyak RM 100, 000.
 Perniagaan mendapatkan pinjaman perniagaan yang bernilai RM 15, 000 dari
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah Skim Pembiayaan Peningkatan
Perniagaan (SPiM) untuk membeli mesin membuat pau dan mesin membuat kuih
kapit (RM 5, 000) dan membeli bahan mentah untuk menghasilkan kerepek, pau
21
dan kuih kapit (RM 5, 000) bagi memenuhi sasaran jualan yang telah ditetapkan.
Selain itu, kos ubahsuai premis perniagaan (RM 5, 000).
 Pengiraan pembiayaan dan nilai ansuran bulanan

Bayaran pinjaman 15 000 / 120 bulan = RM 1125 sebulan


Faedah atas pinjaman (15 000 × 3% × 5) / 120 = RM 18.75 sebulan
 Lain-lain maklumat berkaitan kewangan merupakan rahsia perniagaan Zila Aziz
Enterprise.

18. LAMPIRAN

22
Gambar 1: Zila Aziz Enterprise Gambar 2: Bersama pemilik
perniagaan Zila Aziz Enterprise

23
Gambar 3: Produk Zila Aziz Enterprise Gambar 4: Produk Zila Aziz Enterprise

Gambar 5: Sijil-sijil pencapaian Zila


Aziz Enterprise

19.0 RUJUKAN

Definisi Pemasaran mengikut Philip Kotler & Gary Armstrong. Dilayari pada 21 Mac 2021 di

URL http://mytaniaga.blogspot.com/2018/05/apa-itu-pemasaran.html

Hairul Nizam Hassan. (2011). Anjung Pengajian Perniagaan STPM.

https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-3/3-1-3-campuran-pemasaran/

Majlis Amanah Rakyat. (1 November 2020). In Wikipedia.


24
https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Amanah_Rakyat

SME Info. (2018). Definisii Rasmi PKS Kebangsaan.

https://smeinfo.com.my/my/definisi-rasmi-pks

Softwareperniagaan. (2020). Syer Pasaran.

https://softwareperniagaan.mybizcore.com/pemasaran-perniagaan/

25

You might also like