You are on page 1of 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/305722429

Pembangunan Kerangka Kurikulum Awal Literasi (KUALITI) untuk Kanak-kanak


TASKA di Malaysia

Conference Paper · December 2015

CITATION READS

1 6,649

2 authors:

Juppri Bacotang Zainiah Mohamedisa


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
42 PUBLICATIONS   21 CITATIONS    33 PUBLICATIONS   16 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Pembinaan Sebuah Modul untuk Pecutan Penguasaan Asas Literasi bagi Kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ Tahun View project

Pretend play of young children in Malaysia: the development of pretend play assessment and pretend play guidelines View project

All content following this page was uploaded by Juppri Bacotang on 01 February 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


180 Juppri & Zainiah

Pembinaan Kerangka Kurikulum Awal Literasi (KUALITI) Untuk


Kanak-Kanak TASKA Di Malaysia

1
Juppri Bacotang & 2Zainiah Mohamed Isa
1,2
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
juppri@fppm.upsi.edu.my

Abstrak: Perkembangan awal literasi didefinisikan sebagai (NELP) in United States, Early Years Foundation Stage
pengetahuan, kemahiran, sikap, dan minat tentang awal (EYFS) in United Kingdom, Te-Whariki in New Zealand,
membaca dan awal menulis dalam kalangan kanak-kanak Early Years Learning Framework (EYLF) in Australia and
TASKA (lahir hingga empat tahun). Perkembangan awal Kurikulum PERMATA Negara (KPN) in Malaysia. The
literasi bertujuan untuk memberi pendedahan awal researchers found that the early literacy development has
kepada kanak-kanak TASKA sebelum mereka diajar been focused in the curriculum. However, there are
membaca dan menulis secara formal sama ada di similarities and differences in main components and
prasekolah atau di sekolah rendah. Objektif artikel ini content of early literacy in that curriculum. Researchers
adalah untuk menjelaskan komponen dan kandungan also have succeeded in building up framework of Early
kurikulum perkembangan awal literasi kanak-kanak TASKA Literacy Curriculum (ELC) that more complete and specific
di beberapa buah negara. Seterusnya, membina kerangka for children nurseries ages 2, 3, and 4 years in Malaysia.
Kurikulum Awal Literasi (KUALITI) khusus untuk kanak- Keywords: early literacy curriculum, emergent literacy,
kanak TASKA di Malaysia. Pengkaji menjalankan analisis early literacy development, children's nurseries
dokumen bagi kurikulum perkembangan awal literasi di
beberapa buah negara seperti National Early Literacy Pengenalan
Panel (NELP) di Amerika Syarikat, Early Years Foundation
Stage (EYFS) di United Kingdom, Te-Whariki di New Teori emergent literacy ataupun pemunculan literasi
Zealand, Early Years Learning Framework (EYLF) di
telah dikemukakan oleh Clay (1966) yang
Australia, dan Kurikulum PERMATA Negara (KPN) di
Malaysia. Pengkaji mendapati perkembangan awal literasi menggambarkan proses perkembangan pertuturan,
telah pun difokuskan dalam semua kurikulum tersebut. awal membaca, dan awal menulis yang berlaku sejak
Namun, terdapat persamaan dan perbezaan dalam aspek lahir sehingga kanak-kanak memperoleh kemahiran
komponen dan kandungan perkembangan awal literasi membaca dan menulis yang standard. Dengan
dalam kurikulum tersebut. Pengkaji juga telah berjaya wujudnya teori tersebut, berlaku perubahan persepsi
membina kerangka Kurikulum Awal Literasi (KUALITI) yang tentang perkembangan awal literasi kanak-kanak
lebih lengkap dan spesifik untuk kanak-kanak TASKA yang sedia ada. Sebelum ini, perkembangan awal
berumur 2, 3, dan 4 tahun di Malaysia.
literasi hanya dianggap bermula apabila kanak-kanak
Kata kunci: kurikulum awal literasi, pemunculan literasi,
perkembangan awal literasi, kanak-kanak TASKA
mendapat pembelajaran dan pengajaran membaca
dan menulis secara formal sama ada di prasekolah
Abstract: Early literacy development is defined as atau di sekolah rendah (Whitehurst dan Lonigan,
knowledge, skills, attitudes and interests of early reading 1998; Young, 2003). Sebaliknya, teori pemunculan
and early writing development among children in nurseries literasi merujuk pada penguasaan awal literasi oleh
(birth to four years old). The main objective of emergent kanak-kanak yang bermula sejak awal lahir lagi dan
literacy is to give early exposure to child nurseries before mengalami perkembangan yang berterusan (Beaty,
they learn to read and write formally whether in preschool 2009; Lonigan, 2006; Snow, Burns, & Griffin, 1998).
or elementary school. This article aims to explain the Kebanyakan kajian di Barat mendapati
components and content of early literacy development
perkembangan awal literasi merupakan indikator
curriculum for children's nurseries in several countries.
Then, build the framework of Early Literacy Curriculum atau peramal terbaik untuk mengenal pasti tahap
(ELC) specific to children's nurseries in Malaysia. The penguasaan membaca dan menulis kanak-kanak
researchers conducted an analysis of documents to the pada masa hadapan (National Early Literacy Panel,
early literacy curriculum as National Early Literacy Panel 2008; Nemours Brightstart, 2008; Snow, Burns &
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015 181

Griffin, 1998). Ini kerana kanak-kanak berumur 4 untuk mengenal pasti komponen atau kemahiran
tahun ke bawah yang memasuki prasekolah dengan perkembangan awal literasi yang sebenar dan yang
tahap perkembangan awal literasi yang baik akan paling utama untuk kanak-kanak.
dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Justeru, kerangka Kurikulum Awal Literasi
dengan lancar (Whitehurst & Lonigan, 2001). (KUALITI) dibina oleh pengkaji ini boleh menjadi
Justeru, perkembangan awal literasi perlu panduan utama kepada pendidik untuk
diperkukuhkan lagi dalam kalangan kanak-kanak meningkatkan perkembangan awal literasi kanak-
sejak awal umur lagi iaitu sekurang-kurangnya kanak TASKA dengan lebih menyeluruh dan
bermula di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Ini terperinci. Ini kerana kerangka Kurikulum Awal
kerana TASKA di Malaysia menyediakan program Literasi (KUALITI) mengandungi komponen yang lebih
asuhan dan didikan untuk kanak-kanak berumur lahir lengkap dan spesifik untuk kanak-kanak TASKA
hingga 4 tahun (Bahagian PERMATA, 2013). berumur 2, 3, dan 4 tahun di Malaysia.
Kebanyakan kajian lepas menunjukkan
perkembangan awal literasi sangat sesuai Tujuan Kajian
diperkenalkan kepada kanak-kanak berumur 4 tahun
ke bawah (Davis, 2014; Goodwin, 2014; Hilbert & Eis, Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang
2014; Juppri, 2012; Scates, 2014). pembinaan kerangka Kurikulum Awal Literasi
Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk (KUALITI) untuk kanak-kanak TASKA di Malaysia.
mendapatkan pemahaman lebih menyeluruh tentang
perkembangan awal literasi dalam kurikulum di Objektif Kajian
beberapa buah negara. Ini kerana konsep
perkembangan awal literasi masih baharu dan belum Objektif kertas konsep ini adalah untuk:
diberi perhatian yang sepenuhnya di Malaysia. 1. Mengenal pasti komponen dan kandungan
Seterusnya, membina kerangka Kurikulum Awal kurikulum perkembangan awal literasi kanak-
Literasi (KUALITI) yang lebih lengkap dan spesifik kanak TASKA di beberapa buah negara.
untuk kanak-kanak TASKA di Malaysia. 2. Membina kerangka Kurikulum Awal Literasi
(KUALITI) untuk kanak-kanak TASKA di
Pernyataan Masalah Malaysia.

Di Malaysia, pendidik mengalami masalah Metodologi


kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang
perkembangan awal literasi untuk kanak-kanak Pengkaji telah menjalankan sebuah bengkel yang
TASKA kerana sumber terhad yang hanya difokuskan disertai oleh beberapa orang ahli pakar yang terdiri
dalam Kurikulum PERMATA Negara sahaja. Pengkaji daripada seorang profesor dan seorang pensyarah
telah meneliti kandungan kurikulum tersebut kanan yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah (PhD)
terutamanya dalam bidang pembelajaran dalam bidang bahasa dan komunikasi, dan dua orang
Perkembangan Bahasa, Komunikasi, dan Literasi pendidik TASKA yang berpengalaman mengajar
Awal kerana sangat berkaitan dengan perkembangan selama lebih 10 tahun. Bengkel tersebut bertujuan
awal literasi (Bahagian PERMATA, 2013). Salah satu untuk membuat analisis dokumen terhadap lima
kelemahan yang dikenalpasti oleh pengkaji ialah kurikulum perkembangan awal literasi di beberapa
komponen perkembangan awal literasi tidak buah negara seperti National Early Literacy Panel
dibahagikan dan dijelaskan secara spesifik dan (NELP) di Amerika Syarikat, Early Years Foundation
terperinci, tetapi dinyatakan dalam bentuk hasil Stage (EYFS) di United Kingdom, Te-Whariki di New
pembelajaran dan tahap perkembangan “milestone” Zealand, The Early Years Learning Framework (EYLF)
mengikut peringkat umur secara rawak dan umum. di Australia, dan Kurikulum PERMATA Negara (KPN)
Selain itu, terdapat beberapa perbezaan di Malaysia.
dalam aspek penggunaan istilah dan jenis komponen Pengkaji bersama-sama dengan ahli pakar
atau kemahiran perkembangan awal literasi dalam tersebut meneliti dan membuat perbandingan sejauh
kurikulum di luar negara. Ini mengelirukan pendidik mana perkembangan awal literasi telah difokuskan
182 Juppri & Zainiah

dalam setiap kurikulum tersebut. Seterusnya, bunyi bahasa pertuturan dan makna
pengkaji berbincang dengan ahli pakar untuk tersendiri.
membina kerangka Kurikulum Awal Literasi (KUALITI) 3. Penamaan Automatik Lancar Tentang Huruf:
yang lebih lengkap, spesifik, dan disusun mengikut Kebolehan menamakan dengan lancar urutan
kesesuaian umur kanak-kanak TASKA (2, 3, dan 4 huruf secara rawak.
tahun) di Malaysia. 4. Penamaan Automatik Lancar Tentang Objek
Bagi mendapatkan kesahan kandungan, atau Warna: Kebolehan menamakan dengan
pengkaji telah mendapatkan pandangan dan maklum lancar urutan pengulangan set rawak gambar
balas daripada dua orang penilai luar iaitu seorang objek atau warna.
profesor madya yang mempunyai ijazah Doktor 5. Tulisan Huruf Atau Nama Sendiri: Kebolehan
Falsafah (PhD) dalam bidang bahasa dan komunikasi, menulis huruf secara berasingan mengikut
dan seorang pensyarah kanan yang mempunyai arahan atau menulis nama sendiri.
ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang 6. Ingatan Fonologikal: Kebolehan mengingat
pendidikan awal kanak-kanak. Kedua-dua penilai luar maklumat yang dipertuturkan dalam masa
tersebut mempunyai pengalaman selama lebih yang singkat.
daripada 20 tahun dalam bidang masing-masing. Ini
seterusnya dapat memastikan pengkaji mengumpul Selain itu, terdapat lima komponen
data berkaitan kandungan sesuatu bidang yang dikaji sampingan perkembangan awal literasi yang
dengan lebih tepat. mempunyai hubungan yang lemah dengan
penguasaan membaca dan menulis pada masa
Dapatan Kajian hadapan. Komponen ini dapat dipengaruhi oleh
faktor pemboleh ubah kontekstual yang lain seperti
1. Apakah komponen dan kandungan kurikulum intelek dan dan status sosioekonomi. Antara
perkembangan awal literasi kanak-kanak komponen sampingan tersebut adalah seperti
TASKA di beberapa buah negara? berikut:
1. Konsep Cetakan: Pengetahuan peraturan
National Early Literacy Panel (NELP), Amerika
(kiri-kanan, depan-belakang) dan konsep
Syarikat
cetakan (muka hadapan buku, penulis, teks).
2. Pengetahuan Cetakan: Gabungan elemen
National Early Literacy Panel (NELP) ditubuhkan pada
pengetahuan abjad, konsep cetakan, dan
tahun 2002 di bawah National Center for family
pengekodan awal.
Literacy (NCFL). NELP ditubuhkan untuk mengkaji
3. Kesediaan Membaca: Gabungan
kesan amalan pengajaran perkembangan awal
pengetahuan abjad, konsep cetakan,
literasi yang digunakan terhadap kanak-kanak
perbendaharaan kata, ingatan dan kesedaran
berumur lahir hingga 5 tahun. Matlamat utama NELP
fonologikal.
adalah untuk mengenal pasti intervensi, aktiviti
4. Bahasa Lisan: Kebolehan menghasilkan atau
keibubapaan, dan amalan pengajaran yang
memahami bahasa pertuturan termasuk
menggalakkan perkembangan perkembangan awal
perbendaharaan kata dan tatabahasa.
literasi kanak-kanak (Lonigan & Shanahan, 2010).
5. Pemprosesan Visual: Kebolehan
Terdapat enam komponen utama
memadankan atau mendikriminasikan simbol
perkembangan awal literasi yang dikenal pasti
visual.
mempunyai hubungan peramal bertahap sederhana
hingga kuat tanpa dipengaruhi faktor intelek dan
Early Years Foundation Stage (EYFS), United
status sosioekonomi. Antara komponen utama
Kingdom
tersebut adalah seperti berikut:
1. Pengetahuan Abjad: Pengetahuan nama dan
Early Years Foundation Stage (EYFS) merupakan
bunyi bagi cetakan huruf.
standard yang mesti dipatuhi oleh semua pengusaha
2. Kesedaran Fonologikal: Kebolehan mengenal
program awal kanak-kanak untuk memastikan
pasti, memanipulasi atau menganalisis aspek
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015 183

berada dalam keadaan baik dan selamat bercakap dengan orang lain tentang perkara
(Department for Education, 2014). EYFS lebih yang dibaca.
menyeluruh kerana menekankan keperluan 2. Tulisan: Menggunakan pengetahuan fonik
pembelajaran dan perkembangan, keperluan untuk menulis perkataan yang sepadan
keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. Dalam dengan bunyi pertuturan, menulis beberapa
artikel ini, pengkaji hanya memfokuskan bidang perkataan sukar, menulis ayat mudah yang
pembelajaran dan perkembangan EYFS yang boleh dibaca oleh diri sendiri dan orang lain,
berkaitan perkembangan awal literasi sahaja iaitu dan sesetengah perkataan dieja dengan betul
komponen komunikasi dan bahasa (utama), dan dan sebaliknya.
komponen literasi (spesifik).
Komponen komunikasi dan bahasa Te-Whariki, New Zealand
memberikan kanak-kanak peluang untuk mengalami
persekitaran bahasa yang pelbagai, mengembangkan Te Whariki merupakan pernyataan polisi kurikulum
kemahiran dan keyakinan kanak-kanak dalam awal kanak-kanak Kementerian Pendidikan New
mengekspresikan diri mereka sendiri, dan untuk Zealand yang menjadi dasar untuk menyediakan
bertutur dan mendengar dalam situasi yang pelbagai. perkembangan dan pembelajaran awal kanak-kanak
Matlamat pembelajaran awal bagi komponen ini berdasarkan konteks sosio-budaya. (New Zealand
adalah seperti berikut: Ministry of Education, 2014). Dalam kurikulum Te
1. Mendengar dan Penumpuan: Mendengar Whariki hanya Tunjang 4: Komunikasi yang berkaitan
dengan aktif dalam pelbagai situasi dan perkembangan awal literasi. Antara komponen
cerita, memberi respon apa yang didengar utama bagi tunjang tersebut adalah seperti berikut;
dengan komen, soalan, atau perlakuan yang 1. Komunikasi bukan lisan: Kemahiran responsif
sesuai, dan menumpukan terhadap perkara dan tindak balas, pergerakan isyarat dan
yang orang lain perkatakan. ekspresif anggota badan, dan menunjukkan
2. Pemahaman: Mengikut arahan yang perasaan dan emosi dengan baik.
melibatkan beberapa idea atau perlakuan, 2. Komunikasi lisan: Kemahiran bahasa dalam
menjawab soalan tentang pengalaman konteks sebenar, mengulang bunyi dan
sendiri, dan memberi respon terhadap cerita perkataan, meningkatkan kemahiran struktur
atau peristiwa. dan makna bahasa, menghargai bahasa
3. Pertuturan: Mengekspresikan diri dengan ibunda sebagai bahasa kehidupan dan
efektif, menunjukkan kesedaran tentang relevan, kebolehan mendengar dengan
kehendak pendengar, menggunakan istilah penuh perhatian dan memberi respon yang
yangs sesuai apabila bercakap tentang bersesuaian.
peristiwa, dan mengembangkan kemahiran 3. Pengalaman cerita dan simbol budaya sendiri
naratif dengan menghubungkan idea dan dan budaya lain:
peristiwa.  Memahami yang pandangan,
pengalaman, dan idea boleh ditunjukkan
Komponen literasi pula menggalakkan kanak- melalui perkataan, gambar, cetakan,
kanak menghubungkan bunyi dengan huruf, dan nombor, bunyi, bentuk, model, dan
mula untuk membaca dan menulis. Kanak-kanak fotograf.
mesti diberikan peluang dalam meneroka dan  Meneroka dan memerhati fungsi
mengakses bahan bacaan (buku, sajak, dan alat tulis cetakan dalam aktiviti yang bermakna.
yang lain) untuk meningkatkan minat mereka.  Membiasakan diri dengan cerita dan
Matlamat pembelajaran awal bagi komponen ini nilai-nilai sastera yang bersesuaian
adalah seperti berikut: dengan budaya dalam komuniti.
1. Bacaan: Membaca dan memahami ayat  Memberi pengalaman dalam mencipta
mudah, menggunakan pengetahuan fonik, cerita dan simbol.
membaca beberapa perkataan yang sukar, 4. Meneroka dan mengembangkan kaedah
dan menunjukkan pemahaman apabila untuk menjadi lebih kreatif dan ekspresif:
184 Juppri & Zainiah

 Membiasakan diri dengan ciri-ciri  Memberi respon terhadap perkara yang


bahan dan teknologi yang digunakan dilihat, diidengar, disentuh, difikir, dan
dalam seni kreatif dan seni ekspresif. dirasa.
 Berkemahiran dan yakin dalam  Bertutur secara bebas atau berdikari,
proses seni dan kraf. memulakan perbualan dalam bahasa
 Mahir menggunakan media atau ibunda, dan menunjukkan kebolehan
bahan seni untuk meluahkan untuk memenuhi keperluan pendengar.
perasaan dan menyampaikan  Meluahkan idea, perasaan dan
maklumat. menghormati pandangan orang lain.
 Membiasakan diri dengan seni, kraf,  Menunjukkan peningkatan dari segi
lagu, muzik, dan cerita yang dihargai pengetahuan, kefahaman dan
oleh budaya dalam komuniti. kemahiran menyampaikan maklumat
menggunakan sekurang-kurangnya satu
Early Years Learning Framework (EYLF), Australia bahasa.
2. Kanak-kanak terlibat dengan pelbagai bentuk
Early Years Learning Framework (EYLF) digubal oleh teks dan memperoleh makna daripada teks
The Council of Australian Governments untuk tersebut.
memastikan pendidik dapat menyediakan peluang  Mendengar dan bertindak balas
untuk kanak-kanak memaksimumkan potensi mereka terhadap bunyi dan corak dalam konteks
dan membina asas untuk mencapai kejayaan dalam pertuturan, cerita, dan irama.
pembelajaran pada masa hadapan (Australian  Memberi respon terhadap cetakan,
Goverment Department of Education, 2009). EYLF gambar, dan teks multimedia.
merupakan kurikulum pertama di Australia yang  Memahami konsep dan proses literasi
dibina khusus untuk pendidikan awal kanak-kanak seperti bunyi bahasa, hubungan bunyi-
yang berusia dari lahir hingga lima tahun sebagai satu huruf, konsep cetakan, dan bentuk
proses transisi sebelum kanak-kanak ke sekolah struktur teks.
aliran perdana.  Menggunakan teks dalam pelbagai cara
Dalam EYLF, hanya terdapat satu bidang untuk berkongsi keseronokan.
pembelajaran yang berkaitan dengan perkembangan  Mengenal dan menggunakan teks
awal literasi iaitu kanak-kanak berkomunikasi dengan tulisan dan lisan mengikut budaya.
efektif. Bidang pembelajaran ini mementingkan 3. Kanak-kanak meluahkan idea dan membina
kebolehan literasi dan numerasi sebagai asas kefahaman menggunakan pelbagai media.
komunikasi dan seterusnya mencapai kejayaan  Berkongsi cerita dan simbol mengikut
dalam pembelajaran. Pengkaji hanya memfokuskan budaya sendiri, dan mengubah suai
literasi sahaja yang didefinisikan sebagai kebolehan, semula cerita-cerita yang telah
keyakinan dan kecenderungan menggunakan bahasa diketahui.
dalam semua bentuk komunikasi seperti pertuturan,  Menggunakan hasil seni seperti
mendengar, pemerhatian, bacaan, tulisan, dan contengan, lukisan, ukiran, drama,
melibatkan teks kontemporari seperti elektronik dan tarian, pergerakan muzik dan bercerita
cetakan berasaskan media. Kanak-kanak perlu diberi untuk meluahkan idea dan membina
peluang untuk meneroka dunia mereka dengan makna.
menggunakan teknologi dan media digital.  Mula menggunakan gambar rajah yang
Antara komponen utama dalam bidang menyerupai huruf dan perkataan untuk
pembelajaran literasi adalah seperti berikut: menyampaikan makna.
1. Kanak-kanak berinteraksi secara lisan dan 4. Kanak-kanak mula membina kefahaman
bukan lisan dengan orang lain untuk pelbagai terhadap fungsi simbol dan corak.
tujuan.  Mengetahui dan meramal corak rutin
 Terlibat dalam interaksi yang harian dan masa lepas.
menyeronokkan.
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015 185

 Menyedari hubungan antara lisan, Aktiviti-aktiviti bagi membina kemahiran


tulisan, dan gambaran visual. berkomunikasi, berbahasa dan awal literasi telah
 Mendengar dan memberi respons dirancang dengan begitu rapi supaya kanak-kanak
terhadap bunyi dan corak dalam dapat menguasai kemahiran berkomunikasi
pertuturan, cerita dan puisi kanak- (mengikut tahap masing-masing) semasa berada di
kanak. TASKA. Walau bagaimanapun, pembahagian
5. Kanak-kanak menggunakan teknologi komponen dan kemahiran bidang pembelajaran ini
maklumat dan komunikasi (ICT) untuk tidak jelas dan tidak disusun dengan sistematik,
memperoleh informasi, menyiasat idea dan tetapi hanya dinyatakan dalam bentuk hasil
meluahkan pemikiran mereka. pembelajaran secara rawak mengikut umur kanak-
 Mengenal pasti fungsi teknologi dan kanak seperti berikut;
menggunakannya dalam kehidupan 1. 6 hingga 12 Bulan
harian.  Mengeluarkan pelbagai bunyi seperti
 Menggunakan ICT untuk mendapatkan babbling dan cooing.
gambar dan maklumat, menerokai  Menyebut perkataan mudah seperti
tentang dunia mereka. “cucu” (susu), “bu” (ibu), “ma” (mama),
 Menggunakan ICT sebagai alat untuk “pah” (papa/opah) dan lain-lain.
membuat bentuk, melukis, mengubah  Menggabungkan suku kata “da” menjadi
suai, menggambarkan, dan mengarang. “dada”.
 Menggunakan teknologi untuk  Mengangguk dan menggeleng untuk
keseronokan dan membina makna. menyatakan “ya” atau “tidak”.
 Suka meniru bunyi yang didengar.
Kurikulum PERMATA Negara, Malaysia 2. 1 hingga 2 Tahun
 Berkomunikasi dengan 50 hingga 100
Kurikulum PERMATA Negara (KPN) merupakan satu perkataan.
garis panduan kepada pengusaha dan pendidik  Menggunakan intonasi berlainan untuk
TASKA di Malaysia yang meliputi aspek pendidikan, sesuatu perkataan/keadaan.
pengasuhan, nutrisi dan kesihatan (Bahagian  Mengenali gambar dalam buku cerita
PERMATA, 2013). Ini dapat memastikan pengusaha dan suka menconteng.
dan pendidik TASKA memainkan peranan mereka 3. 2 hingga 3 Tahun
untuk membangunkan kecemerlangan potensi  Menguasai 200 hingga 300
kanak-kanak. Sehingga kini, pelaksanaan KPN hanya perbendaharaan kata.
terpakai bagi TASKA yang dikelolakan oleh kerajaan  Berkomunikasi menggunakan ayat yang
atau badan-badan berkanun. pendek.
Berdasarkan KPN, hanya satu bidang  Menggunakan perkataan “tak” (tidak),
pembelajaran yang berkaitan dengan perkembangan kata kerja dan kata nama.
awal literasi iaitu bidang pembelajaran  Memahami arahan dan peraturan
Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi mudah.
Awal. Bidang pembelajaran ini bertujuan memastikan  Menguasai kemahiran bertanya dan
kanak-kanak boleh menguasai bahasa, khususnya mengingati pesanan atau cerita.
bahasa ibunda dan bahasa Melayu, serta bahasa  Mengenal dan boleh menyebut huruf
Inggeris lebih awal. Secara khususnya, objektif dan abjad dengan lancar.
pembelajaran bagi bidang ini adalah untuk membina  Membaca dan bercerita.
kebolehan bertutur, bersoal jawab, awal baca, awal 4. 3 hingga 4 Tahun
tulis, dan menanam minat suka membaca sebagai  Menguasai 500 hingga 1000
langkah awal ke arah pembudayaan ilmu dalam diri perbendaharaan kata.
kanak-kanak.  Membentuk ayat menggunakan 3
hingga 4 patah perkataan.
186 Juppri & Zainiah

 Bercerita apa yang dilihat, memberi terdapat dalam setiap kurikulum tersebut
cadangan, dan melahirkan perasaan. berdasarkan komponen utama perkembangan awal
 Memahami peraturan mudah. literasi supaya lebih jelas dan terperinci (rujuk Jadual
 Menguasai kemahiran bertanya dan 1 dalam Lampiran A).
mengingat. Berdasarkan Jadual 1, pengkaji mendapati
 Menulis nama sendiri. hanya kurikulum NELP dan KPN yang menekankan
semua komponen utama perkembangan awal
Analisis Perbandingan Kurikulum literasi. Manakala, kurikulum EYFS tidak menekankan
komponen konsep cetakan dan cetakan persekitaran,
Bagi menganalisis setiap kurikulum perkembangan dan komponen fonemik dan fonetik; kurikulum Te-
awal literasi yang dilibatkan dalam kajian ini, pengkaji Wariki tidak menekankan komponen fonemik dan
telah merujuk lima komponen utama perkembangan fonetik, dan komponen tulisan awal; dan kurikulum
awal literasi yang banyak difokuskan dalam kajian- EYLF tidak menekankan komponen tulisan awal.
kajian lepas iaitu bahasa dan komunikasi, konsep Keseluruhannya, berdasarkan dapatan
cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan analisis perbandingan kurikulum perkembangan awal
fonetik, bacaan dan kefahaman naratif, dan tulisan literasi di beberapa buah negara, pengkaji mendapati
awal (Beaty, 2009; Creech, 2008; DeBaryshe & perkembangan awal literasi telah difokuskan dalam
Gorecki, 2007; Juppri, 2012; Lonigan, 2006; semua kurikulum tersebut. Namun, terdapat
Strickland & Ayers, 2007; Wasik, 2010; Zainiah, 2013, beberapa perbezaan dalam aspek penggunaan istilah
Zainiah & Juppri, 2014). dan jenis komponen atau kemahiran perkembangan
Kurikulum NELP dan EYFS menunjukkan awal literasi dalam kurikulum tersebut. Ini
pembahagian komponen dan kemahiran menunjukkan setiap kurikulum tersebut mempunyai
perkembangan awal literasi yang jelas, tetapi kelebihan dan kekurangan tersendiri dalam
terdapat pertindihan istilah yang sama bagi sesuatu memfokuskan perkembangan awal literasi.
komponen. Berdasarkan komponen utama
perkembangan awal literasi, komponen NELP seperti 2. Apakah Pembinaan Kerangka Kurikulum Awal
pengetahuan abjad, kesedaran fonologikal, Literasi (KUALITI) untuk Kanak-kanak TASKA di
penamaan automatik lancar tentang huruf, dan Malaysia
ingatan fonologikal termasuk dalam komponen
fonemik dan fonetik, manakala komponen EYFS Jadual 2 (rujuk Lampiran B) menunjukkan kerangka
seperti mendengar dan penumpuan, dan pertuturan Kurikulum Awal Literasi (KUALITI) yang lebih lengkap
merupakan komponen bahasa dan komunikasi. dan spesifik untuk kanak-kanak TASKA berumur 2, 3,
Kurikulum Te-Whariki, EYLF, dan KPN pula dan 4 tahun di Malaysia. Berdasarkan Jadual 2,
menunjukkan pembahagian komponen dan semua komponen utama perkembangan awal literasi
kemahiran perkembangan awal literasi yang sangat seperti bahasa dan komunikasi, konsep cetakan dan
umum dan kurang spesifik jika dibandingkan dengan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, bacaan
komponen utama perkembangan awal literasi. dan kefahaman naratif, dan tulisan awal ditekankan
Namun, kurikulum tersebut mempunyai keunikan dalam kurikulum tersebut. Antara fokus yang
dan kelebihan tersendiri jika dibandingkan dengan ditekankan bagi setiap komponen utama
kurikulum yang lain. Misalnya, kurikulum Te-Whariki perkembangan awal literasi adalah seperti berikut;
menekankan aspek kebudayaan sendiri, seni kreatif 1. Bahasa dan Komunikasi
dan seni ekspresif; kurikulum EYLF menekankan  Kemahiran mendengar dengan aktif
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pelbagai situasi (arahan / cerita /
(ICT); dan KPN dapat menjelaskan tahap muzik / ritma / lagu / puisi).
perkembangan atau kebolehan kanak-kanak  Memberi tumpuan semasa perbualan /
mengikut umur mereka berkaitan perkembangan aktiviti.
awal literasi.  Memberi respon menggunakan mimik
Pengkaji juga telah membandingkan dan muka / bahasa badan.
menyusun semula komponen atau kemahiran yang
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015 187

 Penglibatan diri dalam perbualan  Memperkenalkan sastera atau budaya


(mengeluarkan pendapat / persoalan). tempatan (pantun / cerita / sajak / lagu /
 Penguasaan asas kosa kata puisi / gurindam).
(perbendaharaan kata yang diperoleh  Memahami cerita (meramal /
mengikut umur). menghubungkan dengan pengalaman
 Penguasaan bahasa (bertutur atau pengetahuan / menceritakan
menggunakan bahasa lisan yang betul semula).
dan lancar).  Melakukan aktiviti membaca (bacaan
 Berbahasa mengikut situasi / budaya / bersendirian / bacaan berdialog / bacaan
sopan-santun. bersama / bacaan kuat).
2. Konsep Cetakan dan Cetakan Persekitaran  Respons terhadap bahan bacaan (aktiviti
 Penerokaan bahan bercetak (buku cerita lanjutan seperti membuat buku /
/ buku maklumat / cetakan berlakon / mereka cipta lagu selepas
persekitaran). membaca atau bercerita).
 Fungsi buku (menunjukkan beberapa 5. Tulisan Awal
bahagian dan ciri buku seperti kulit  Mengenal dan menggunakan alat tulis.
depan / halaman / belakang / tajuk /  Contengan / lakaran / lukisan yang
penulis). bermakna kepada kanak-kanak.
 Kefahaman gambar (pengetahuan  Meniru tulisan / gambar.
gambar / membezakan antara cetakan  Teknik menulis (mengetahui titik mula,
dengan gambar). arah, dan kedudukan tulisan).
 Peraturan cetakan (mengetahui arah  Membina / menulis nama sendiri.
bacaan / fungsi tanda bacaan).  Tulisan rekaan (tulisan rekaan yang
 Cetakan persekitaran (simbol / logo / difahami oleh kanak-kanak sebelum
huruf / nombor). menguasai tulisan standard).
 Pengetahuan cetakan teks (huruf /  Menulis huruf / suku kata / perkataan /
perkataan / frasa / ayat). frasa / ayat mudah.
 Fungsi cetakan (menyedari fungsi  Menulis untuk pelbagai tujuan (puisi /
cetakan yang membawa mesej / cerita / pengalaman).
mempunyai pelbagai kegunaan).
3. Fonemik dan Fonetik Setiap fokus tersebut tidak semestinya
 Mengenal pasti dan memanipulasi bunyi ditekankan dalam semua peringkat umur kanak-
dalam pertuturan / persekitaran. kanak TASKA, tetapi bergantung pada tahap
 Pengetahuan tentang bahasa berirama / kesesuaian dan kebolehan mereka. Berdasarkan
lagu. perbincangan pengkaji dengan ahli pakar, terdapat
 Pengetahuan bunyi / nama huruf yang beberapa fokus yang tidak perlu diperkenalkan
terdapat dalam abjad. kepada kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun,
 Mengenal pasti hubungan antara bunyi manakala bagi kanak-kanak berumur 4 tahun, semua
dengan huruf. fokus tersebut boleh diperkenalkan kepada mereka
 Menyambung suku kata untuk membina (rujuk Jadual 2 dalam Lampiran B).
perkatan. Ini merupakan kelebihan kerangka kurikulum
 Membina atau mengeja perkataan / ini kerana pembahagian fokus bagi setiap komponen
frasa / ayat mudah. utama perkembangan awal literasi adalah lebih jelas
4. Bacaan dan Kefahaman Naratif dan lengkap, disusun mengikut aras kesukaran dari
 Minat membaca / mendengar pembacaan mudah ke susah, dan dinyatakan secara spesifik
/ bercerita. mengikut kesesuaian umur kanak-kanak TASKA (2, 3,
dan 4 tahun).
188 Juppri & Zainiah

Perbincangan bermakna, kedua-dua kajian tersebut belum lengkap


sepenuhnya dalam mengkaji perkembangan awal
Pembinaan kerangka Kurikulum Awal Literasi literasi kanak-kanak TASKA di Malaysia.
(KUALITI) ini amat relevan kerana dapat menyokong
dan melengkapkan lagi Kurikulum PERMATA Negara Kesimpulan
untuk kanak-kanak TASKA di Malaysia. Ini bertepatan
dengan kajian Goodwin (2014) yang mendapati Keseluruhannya, pembinaan kerangka KUALITI ini
program pendidikan TASKA memberi kesan positif adalah lebih lengkap kerana berdasarkan hasil
terhadap tahap perkembangan literasi awal kanak- perbandingan kurikulum perkembangan awal literasi
kanak semasa di prasekolah. Kebanyakan kajian lepas dan beberapa kajian lepas di dalam dan di luar
juga mendapati perkembangan awal literasi amat negara. Justeru, pengkaji mencadangkan supaya
sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak berumur 4 kajian yang melibatkan kanak-kanak TASKA
tahun ke bawah iaitu semasa di TASKA (Davis, 2014; terutamanya berkaitan perkembangan awal literasi
Goodwin, 2014; Hilbert & Eis, 2014; Juppri, 2012; perlu dijalankan dengan lebih banyak lagi. Antara
Scates, 2014). aspek yang boleh dikaji ialah pelaksanaan aktiviti dan
Berdasarkan kerangka KUALITI ini, pendidik penilaian tahap perkembangan awal literasi untuk
juga lebih mudah memahami komponen atau fokus kanak-kanak TASKA. Ini kerana konsep ini masih
perkembangan awal literasi yang perlu ditekankan baharu lagi dan belum diberi perhatian yang meluas
mengikut kesesuaian umur kanak-kanak TASKA. Ini di Malaysia. Kajian seumpama ini juga bertepatan
kerana pendidik perlu mengubahsuai strategi dengan keperluan semasa yang mula memfokuskan
pengajaran supaya bersesuaian dengan keperluan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di
individu kanak-kanak (Lovelace, 2010). Seterusnya, TASKA sejak KPN diperkenalkan di Malaysia.
dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran Pengkaji mengucapkan jutaan terima kasih
pendidik yang mempunyai hubungan langsung kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana
dengan peningkatan perkembangan awal literasi membiayai kajian ini melalui Skim Geran
kanak-kanak (National Early Literacy Panel, 2008). Penyelidikan Fundamental (FRGS), Kod Penyelidikan:
Menurut Davis (2014) pula, pengajaran pendidik 2013-0062-107-02.
perlu disokong melalui latihan, bantuan bahan, dan
pengalaman positif bersama dengan kanak-kanak. Rujukan
Justeru, kerangka KUALITI ini boleh dijadikan sebagai
bahan sokongan utama kepada pendidik bagi Australian Goverment Department of Education.
mengajar kanak-kanak dengan lebih efisien dan (2009). Belonging, being and becoming: The
optimum. Early Years Learning Framework for
Seterusnya, kebanyakan kajian lepas Australia. Diperoleh semula daripada
berkaitan perkembangan awal literasi sama ada di http://files.acecqa.gov.au/files/National-
dalam mahupun di luar negara melibatkan beberapa Quality-Framework-Resources-
komponen utama, yang merujuk pada literasi Kit/belonging_being_and_becoming_the_ear
seimbang (Creech, 2008). Pengkaji sendiri (Juppri, ly_years_learning_framework_for_australia.
2012; Zainiah 2013) telah menjalankan kajian pdf
tentang perkembangan awal literasi untuk kanak- Bahagian PERMATA. (2013). Kurikulum PERMATA
kanak di Malaysia. Dalam kajian Juppri (2012), Negara: Asuhan dan didikan awal kanak-
sampel kajian hanya melibatkan kanak-kanak TASKA kanak 0-4 tahun (Cetakan Ketiga). Cyberjaya,
berumur 4 tahun dan memfokuskan komponen Selangor: Jabatan Perdana Menteri.
pengetahuan cetakan, tulisan awal, dan kesedaran Beaty, J. J. (2009). 50 early chilhood literacy
fonologikal sahaja. Manakala, kajian Zainiah (2013) strategies (2nded.). Upper Saddle River, NJ:
pula hanya melibatkan kanak-kanak prasekolah Pearson Education.
berumur 5 hingga 6 tahun dan memfokuskan
komponen konsep cetakan, strategi pembaca,
fonemik dan fonetik, dan kefahaman sahaja. Ini
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015 189

Clay, M. M. (1966). Emergent reading behavior. National Early Literacy Panel. Jessup, MD:
Unpublished doctoral dissertation, University National Institute for Literacy.
of Auckland, New Zealand. Lonigan, C. J. (2006). Development, assessment, and
Clay. M. M. (1972). Reading: The patterning of promotion of pre-literacy skills. Early
complex behavior. London: Heinemann Education and Development, 17, 91-114. doi:
Educational Book. 10.1207/s15566935eed1701_5
Creech, N. L. (2008). Every letter, every sound, every Lovelace, F., A. (2010). An examination of early
day in every way: A qualitatitve study of literacy in an early childhood classroom.
encoding and decoding in an emergent Unpublished Doctor of Education
literacy intervention program. Unpublished dissertation, The University of Memphis,
doctoral dissertation, Wayne State United State.
University, Detroit. Marshall, T., M. (2014). An evaluation of project
Davis, D., L. (2014). Fidelity of implementation, iREAD: A program created to improve sight
teacher perceptions and child outcomes of a word recognition. Unpublished Doctor of
literacy curriculum in a Head Start program: Education dissertation, The College of
A mixed methods study. Unpublished Doctor William and Mary, Virginia, United State.
of Philosophy dissertation, University of National Early Literacy Panel. (2008). Developing
Nebraska, United State. early literacy. Washington, DC: National
DeBaryshe, B. D., & Gorecki, D. M. (2007). An Institute for Literacy.
experimental validation of a preschool Nemours Brightstart. (2008). Is your child ready to
emergent literacy curriculum. Early read? Devoloping literacy skills at home.
Education and Development, 18(1), 93-110. Jacksonville, FL: Author.
Gonzalez, J. E., Goetz, E. T., Hall, R. J., Payne, T., New Zealand Ministry of Education. (2014). Te
Taylor, A. B., Kim, M., & McCormick, A. S. Whariki. Diperoleh semula daripada
(2010). An evaluation of Early Reading First http://www.educate.ece.govt.nz/learning/cu
(ERF) preschool enrichment on language and rriculumAndLearning/TeWhariki.aspx
literacy skills. Read Writ, 24:253–284, DOI Scates, V. R. (2014). An Action Research Study of Star
10.1007/s11145-009-9212-8. Early Literacy and its Usefulness in Informing
Goodwin, M., G. (2014). Literacy skills of Instruction in a Multi-Age Kindergarten
kindergarten students with preschool Classroom. Unpublished Doctor of Education
experience compared to those with no dissertation, Gardner-Webb University,
preschool experience in one Southeastern United State.
United States rural school district. Snow, C., Burns, S., & Griffin, P. (1998). Preventing
Unpublished Doctor of Philosophy reading difficulties in young children.
dissertation, Capella University, United State. Washington, DC: National Academy Press.
Hilbert, D., D., & Eis, S., D. (2014). Early intervention Strickland, D. S., & Ayers, S. R. (2007). Literacy
for emergent literacy development in a leadership in early chilhood: The essential
collaborative community pre-kindergarten. guide. Amsterdam Avenue, NY: Teachers
Early Childhood Educ J, 42:105–113, DOI College Press.
10.1007/s10643-013-0588-3. Wasik, B. A. (2010). What teachers can do to
Juppri Bacotang. (2012). Kesan pelaksanaan aktiviti promote preschoolers’ vocabulary
Modul Literasi Awal (MULA) terhadap development: Strategies from an effective
kemahiran literasi awal kanak-kanak TASKA. language and literacy profesional
Tesis sarjana pendidikan yang tidak development coaching model. The Reading
diterbitkan, Universiti Pendidikan sultan Idris, Teacher, 63(8), 621-633. doi:
Tanjong Malim, Perak. 10.1598/RT.63.8.1
Lonigan, J. C., & Shanahan, T. (2010). Developing Whitehurst, J. G., & Lonigan, C. (1998). Child
early literacy: Executive summary of the development and emergent literacy. Child
Development, 69, 848-872.
190 Juppri & Zainiah

Whitehurst, J. G., & Lonigan, C. (2001). Get Ready to TASKA. Kertas kerja yang dibentangkan
Read! Boston, MA: Allyn and Bacon. dalam Seminar Pendidikan Awal Kanak-
Young, P. Y. (2003). Predicting the petterns of early kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
literacy achievement: A longitudinal study of Tanjong Malim, Perak.
transition from home to school. PhD Thesis.
Griffith University, Brisbane, Retrieved
25.12.2008, daripada Pengkalan Data
ProQuest.
Zainiah Mohamed Isa. (2013). Kesan pembacaan
buku cerita bertahap terhadap kemahiran
pemunculan literasi kanak-kanak prasekolah.
Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan,
Universiti Pendidikan sultan Idris, Tanjong
Malim, Perak.
Zainiah Mohamed Isa & Juppri Bacotang. (2014).
Kemahiran literasi awal bagi kanak-kanak
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015 191
192 Juppri & Zainiah
Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, 2015 193
194 Juppri & Zainiah

View publication stats

You might also like