You are on page 1of 5
KETUA PENGARAH Director General JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Fire And Rescue Department of Malaysia Telefon 603-8892 7661 Lebuh Wawasan, Presint 7 Fake 603-8888 0023 62250 Putrajaya oral Resmi: www. bomba gov.my MALAYSIA Pe Emel ke@bomba.gov my Ruj. Tuan: Ruj. Kami: JBPM/IP/BKK:700 ~ 7/3/3 Jid. 8 ($4) Tarikh Januari 2021 SEPERTI SENARAI EDARAN YS Dato’/ Tuan, PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN' SISTEM PENGAWASAN KEBAKARAN AUTOMATIK (SPKA) SEPANJANG TEMPOH INTERIM Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan. eZ Sebagaimana YS Dato'/Tuan sedia maklum, Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) merupakan sistem yang dihubungkan ke Main Fire Alarm Panel di premis ditetapkan dengan pusat kawalan SPKA dan seterusnya ke Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pemasangan SPKA di bangunan adalah merupakan salah satu keperluan yang termaktub di dalam Undang- Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, Sarawak Building Ordinan (SBO) 1994 dan juga Akta Perkhidmatan Bomba 1988 3. Untuk makluman YS Dato'/Tuan, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh perjanjian Syarikat Iscada Net Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) yang telah tamat pada 17 Disember 2020. Sehingga kini, lantikan penyedia perkhidmatan SPKA yang baharu masih dalam peringkat pertimbangan oleh pihak KPKT. 4 Bagi tujuan ini, beberapa pelan tindakan perlu dilakukan dalam memastikan pengeluaran Sijil Perakuan Bomba (FC) bagi Premis Ditetapkan dan sokongan Certificate Completion and Compliance (CCC), Certificate of Fitness for Occupation (CFO) atau Occupation Permit (OP) bagi bangunan baharu dapat dilaksanakan sepenuhnya sepanjang tempoh interim adalah seperti berikut ‘CEPAT DAN MESRA’ (a) (b) Pengeluaran Perakuan Bomba (FC) bagi Premis Ditetapkan Permohonan pengeluaran Perakuan Bomba (FC) bagi premis ditetapkan boleh diluluskan mengikut seksyen 29 (4) Akta, “...Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan”. Oleh itu, Ketua Pengarah boleh mengenakan syarat supaya menangguhkan dahulu syarat pemasangan SPKA dan menghendakkan pemunya premis untuk membuat akujanji secara bertulis melalui undertaking letter iaitu akan memasangkan SPKA setelah penyedia perkhidmatan baharu dilantik. Pengarah Bomba Negeri yang telah diwakilkan kuasa boleh menggunakan peruntukan sama dan mengeluarkan FC. Sokongan _Certificate_Completion and Compliance (CCC Certificate _of Fitness for Occupation (CFO) atau Occupation Permit (OP) bagi bangunan baharu il Bagi bangunan baharu untuk mendapatkan CCC, CFO atau OP syarat ini boleh dikecualikan dengan syarat bangunan-_tersebut = selamat dan mempunyai pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi. Tambahan pula bangunan tersebut adalah merupakan premis ditetapkan dan perlu mendapatkan FC dalam tempoh setahun setelah CCC, CFO atau OP. Jika terdapat kebakaran dikesan di bangunan tersebut, pengurusan bangunan boleh membuat panggilan secara manual terus atau talian 999 kepada PGO Bomba Negeri dan BBP terdekat. Mengikut seksyen 27A Akta, pemunya premis akan menubuhkan =pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) untuk menjaga_ keselamatan bangunan berkenaan dan bertindak di peringkat awal sekiranya ada kecemasan di premis-premis berkenaan. iv. Mengarahkan setiap Ketua dan pegawai BBP yang bertanggungjawab menjaga premis-premis ditetapkan dalam kawasan jagaan masing-masing disamping membantu Pengurusan Bangunan berkenaan membuat pemeriksaan berkala dalam memastikan pengurusan bangunan mengamalkan housekeeping yang baik dan membuat penyelenggaraan sistem pencegahan kebakaran bangunan dengan rapi agar semua pepasangan keselamatan kebakaran berfungsi dalam keadaan baik. 5. Oleh yang demikian, Jabatan ini berharap dengan adanya pelan tindakan tersebut ianya dapat melancarkan dan memastikan pengeluaran Perakuan Bomba (FC) bagi Premis Ditetapkan dan sokongan Certificate Completion dan Compliance (CCC), Certificate of Fitness for Occupation (CFO) atau Occupation Permit (OP) bagi bangunan baharu dapat dilaksanakan sepanjang tempoh interim iaitu sehingga pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 6 Sukacita juga YS Dato'/Tuan dapat memaklumkan kepada pemunya premis berkenaan dengan menggunakan format surat di Lampiran A. # Kerjasama dan perhatian pihak YS Dato/Tuan di dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Aes SRI MOHAMMAD HAMDAN BIN HAJI WAHID) sk. 1) YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2) YAS Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JBPM 3) YAS Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JBPM 4) YS Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan & Penyelamat, JBPM 5) YS Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, JBPM SENARAI EDARAN 1) 2) 5) 6) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P. Kuala Lumpur YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P. Labuan YS Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia W.P, Putrajaya Lampiran A (Pemunya Premis ). Tuan PEMASANGAN SISTEM PENGAWASAN KEBAKARAN AUTOMATIK (SPKA) SEPANJANG TEMPOH INTERIM Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan. 2. Untuk makluman, Kerajaan telah memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh perjanjian Syarikat Iscada Net Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) yang telah tamat pada 17 Disember 2020. Sehingga Kini, lantikan penyedia perkhidmatan SPKA yang baharu masih dalam peringkat pertimbangan oleh pihak KPKT. 3. Oleh itu, Perakuan Bomba boleh dikeluarkan sekiranya tuan membuat akujanji secara bertulis melalui undertaking /etter iaitu akan memasangkan SPKA setelah penyedia perkhidmatan baharu dilantik. 4 Kerjasama dan perhatian pihak YS Dato'/Tuan di dalam perkara ini amatlah dihargai Sekian, terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ....-Pengarah Negeri.

You might also like